Thursday, July 2, 2015

410. Laici Kang

Tajuk ambil mood puasa, hihi.

Walau pun kebanyakkan penambahbaikan masih belum dikeluarkan dalam Google Play kerana ianya masih dalam pengujian namun ada baiknya saya paparkan setting yang ada pada Zairopray untuk kemudahan semua.

1. General > Location - Ini telah ditambah geokod yang nilai default adalah KLCC. Untuk mendapatkan geokod lokasi lain perlu mengunakan menu pada Manual Location atau Current Location.

2. Manual Location - Untuk key in latitud dan longitud jika anda tahu. Jika anda masukkan salah format data maka ianya akan menyimpan geokod KLCC. Biasanya ini untuk pengguna advance. Nama lokasi default adalah Geocode namun boleh diubah kepada nama bandar yang berkenaan jika perlu. Kenapa KLCC? Mungkin kerana berada di tengah-tengah Kuala Lumpur dan lebih sinonim dengan Malaysia dari kaca mata orang luar negara.

3. Current Location - Ini yang dicadangkan jika anda perlu mengunakan geokod. Nama lokasi default adalah Geocode namun boleh diubah kepada nama bandar yang berkenaan jika perlu.

4. General > Summer Time - 0 atau +1 jam. Pada musim panas biasanya di bahagian hemisfera utara akan ditambah 1 jam daripada waktu asal.

5. Timezone (daripada -12.0 kepada 14.0) - Waktu di Malaysia misalnya adalah pada zon +8 dan dimasukkan sebagai nilai 8.

6. Time Offset (0 minit hingga 1 jam) - Fungsi ini untuk mereka yang suka mencepatkan waktu di jam atau telefon pintar yang bertujuan untuk mendisiplinkan diri terhadap masa. Jika cepatkan waktu selama 15 minit, maka 15 minit perlu dimasukkan supaya mendapat waktu solat pada waktu sebenar. Saya dulu menpercepatkan jam selama 10 minit terutama semasa zaman pengajian tapi kini hanya jam di kereta yang dicepatkan 5 minit.

7. Compass Offset - Kalau telefon pintar anda mengalami perbezaan arah kompas yang statik maka boleh gunakan fungsi ini. Telefon pintar Moto G saya juga telefon pintar seorang rakan pernah mengalami masalah seperti ini menyebabkan fungsi ini dibuat.

8. Current Sound Profile (Follow atau Unfollow) - Kalau Follow maksudnya ketika mesyuarat misalnya apabila telefon pintar dalam mod senyap maka tidak ada bunyi notifikasi azan walau pun setting adalah Notification, Ringtone atau pun Alarm. Kalau Unfollow maka ianya akan berbunyi tanpa mengambil kira mod semasa. Di sini dicadangkan mengunakan Follow iaitu nilai default.

9. Silent Now (1 minit hingga 16 jam) - Ada masa anda perlu setkan telefon pintar dalam mod senyap dan inilah caranya selain daripada setting di Silent Mode > Custom Start dan Silent Mode > End Start. Silent Now adalah sekali sekala manakala Custom Start dan Custom End untuk mod senyap secara berkala.

10. Silent Mode > Custom Start dan Silent Mode > End Start - Ini bertujuan untuk setkan mod senyap secara berkala setiap hari contohnya 6 petang hingga 5 pagi yang boleh disetkan Custom Start dengan nilai 1800 dan Custom End dengan nilai 0500.

11. Orientation (Potret atau Lanskap) - Ini memberikan lebih pilihan kepada pengguna di mana pada skrin besar seperti tablet lebih sesuai mengunakan pilihan lanskap.

12. Banyak penambahkanbaikan telah dibuat kepada fungsi sedia ada contohnya Current Sound Profile yang sebelum ini jika mod Follow tidak menukarkan daripada mod senyap atau mod gegar kepada mod ringtone jika mengunakan Silent Mode Custom. Ini telah diperbaiki supaya ianya berguna sama ada mod Follow tau pun Unfollow. 

Bermula sebagai aplikasi yang hanya memaparkan data Jakim selama setahun secara luar talian, Zairopray telah mengorak langkah untuk memaparkan pilihan kepada info waktu solat dan puasa. Saya tidak ada perancangan teliti tapi secara umumnya Zairopray dibuat sehingga ada formula waktu solat supaya dapat digunakan pada mana-mana negara di dunia dan tiada lagi perancangan utama untuk Zairopray selepasnya kerana saya akan fokus kepada perkara lain pula. Alhamdulillah.

Selama 3 tahun membangunkan Zairopray 'on and off' ianya satu pengalaman berguna mengunakan Java untuk Android. Pengalaman aplikasi crash semasa melarikan aplikasi memang banyak mungkin kerana kurangnya pemahaman yang betul dalam bahasa pengaturcaraan Java. Sebagai individu yang terbiasa dengan PHP, biasanya akan menghadapi masalah apabila membuat bahasa pengaturcaraan yang cerewet tentang jenis pembolehubah di mana PHP tidak cerewet tentang jenis pembolehubah.

Perancangan selepas ini belum tentu lagi. Font Kufi masih tertangguh, Kamus 21k data masih tertangguh, meneruskan pembelajaran dalam Laravel, PostgreSQL dan Ubuntu. Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya, datang dan pergi sesuka hati.
Daripada 5 perkara di atas, mungkin boleh fokus kepada satu perkara contohnya Ubuntu. Banyak perkara perlu diketahui untuk mengunakan Ubuntu dengan bijaksana seperti fungsi revert, kemaskini kernel, custom ISO Ubuntu dan lain-lain.

Link berkaitan setting dalam Zairopray:
1. http://zairochess.blogspot.com/2013/12/390-penambahbaikan.html
Artikel 390. Penambahbaikan (Time Remaining setting, Offset setting, Font Size setting and Time Format setting)

2. Zairopray > About > Walkthrough - Memaparkan secara ringkas berkaitan Setting
a. Current Location
b. Alarm Offset
c. Notifications - Ada pilihan Off, Silent, Notification, Ringtone ,Alarm dan Open App.
d. Silent Mode

3. Zairopray > About - Mengenai Hijri Adjustment, arah kiblat, waktu matahari terbit, istiwa dan terbenam, formula solat Tahajjud, solat Dhuha, solat Dhuha (Afdal) dan Isyak (Afdal).

#zairo