Tuesday, August 4, 2015

411. Syukur Selalu

1. Zairopray sudah disiapkan audio azan dan formula, Alhamdulillah.

2. Audio azan untuk Zairopray agak lambat dibuat berbanding dengan aplikasi lain seumpamanya namun saya menyediakan sekali bunyi beduk / taboh / kerantong selama 10s untuk memberikan ruang kepada pengguna mematikan bunyi jika berada di tempat-tempat yang tidak sesuai dibunyikan azan.

3. Bila ada 5 fail bunyi ianya menjadikan apk Zairopray daripada kurang 1MB menjadi 8.6MB namun berjaya dikecilkan kepada 4.3MB mengunakan aplikasi pengubah audio seperti Audacity, Lame dan Audioconverter di dalam Ubuntu.

4. Audioconverter untuk menukar format daripada mp3 kepada ogg.

5. Lame untuk menukar sampel kepada 22.5 menjadikan fail lebih kecil tetapi masih mengekalkan kualiti suara.
 
6. Audacity untuk menukar daripada stereo kepada mono untuk fail yang lebih kecil tanpa pengurangan kualiti bunyi yang ketara. Sebenarnya Audacity adalah aplikasi pengubah audio dan banyak perkara dapat dilakukan dengannya.

7. Juga menurut sifu, fail seperti ini (tempoh kurang daripada 5 minit) sepatutnya boleh mendapatkan saiz fail beberapa ratus kilobyte sahaja dan itu yang berjaya dihasilkan, Alhamdulillah.

8. Mungkin saya akan fokus kepada perkara lain pula dan 3 tahun lebih membangunkan Zairopray adalah satu perkara yang istimewa. Banyak perkara dapat dipelajari dengan membangunkannya namun masih banyak yang saya belum ketahui di dalam Java Android.

9. Oh ya, azan dalam aplikasi waktu solat merupakan permintaan yang paling tinggi melalui komen dan email kepada saya. Itu ada benarnya kerana kalau aplikasi waktu solat tanpa azan seperti tidak sempurna. Azan di masjid lebih utama iaitu Fardu Kifayah namun terutamanya wanita biasanya solat di rumah atau pejabat yang tidak mendengar azan masjid boleh mengunakan azan dalam aplikasi waktu solat selain daripada TV dan radio.

10. Apa yang baik datangnya daripada Allah. Apa yang kurang adalah kelemahan daripada saya sebagai manusia biasa. Mohon maaf zahir dan batin. Raya sebulan kan, hihi.

#zairo