Sunday, August 16, 2015

412. Ubuntu Untuk Insan Biasa

Boleh dikatakan setiap tahun saya akan menilai semula adakah Linux terutamanya Ubuntu sudah sesuai digunakan untuk pengguna biasa. Agak pelik kalau begitu banyak projek Linux distro namun tiada yang benar-benar sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

Sistem Pengoperasian apa pun yang anda gunakan perlu belajar cara untuk mengunakannya barulah dapat digunakan dengan sempurna. Contohnya Android dan iPhone di mana anda perlu belajar cara mengunakannya dan agak jarang seseorang itu dapat belajar sendiri secara keseluruhan cara mengunakan Android mahu pun iPhone dengan baik.

Salah satu kriteria utama untuk sistem pengoperasian dapat digunakan oleh pengguna biasa adalah aplikasi pejabat. Kalau dulu Open Office menjadi satu aplikasi utama yang percuma/murah namun kini ada Libre Office (cabang daripada Open Office), Textmaker dan WPS Office (dahulunya dikenali dengan nama Kingsoft Office).

Alternatif yang hampir sempurna adalah WPS Office yang menyokong format doc, docx, xls, xlsx, ppt, ppt dengan kurang ralat. Ini kurang berlaku dalam Libre Office yang dikatakan lebih fokus kepada format sumber terbuka.

Kini WPS Office adalah dalam alpha 18 dan masih belum keluar versi lengkap namun ianya sudah menampakkan keyakinan setelah dibina daripada kosong mengunakan bingkai kerja Qt oleh para pekerja Kingsoft di bawah projek komuniti.

Kesimpulannya, perlu menunggu sehingga projek WPS Office mencapai versi lengkap barulah dapat diketahui adakah ianya mampu menjadikan Linux terutamanya Ubuntu sesuai menjadi sistem pengoperasian untuk pengguna biasa.

#zairo