Saturday, December 15, 2018

458. Twenty 19

سڤرتي تاهون۲ لڤس، سوروتن ڤرکارا يڠ برجاي دچاڤاي اونتوق تاهون 2018، الحمدلله.

تيما 2018 ساي اداله جاوي ترنسليتراسي نام دان اين تله برجاي دبوات اونتوق سبهاݢيان درڤد نام۲ يڠ بياسا. سبهاݢيان لاݢي اکن دسمبوڠ اونتوق تاهون 2019.

کمسکيني اوريو اونتوق تيليفون نوکيا 5 ساي دڠن ڤلباݢاي چيري۲ بارو يڠ مناريق. 

لڤتوڤ ساي دکمسکيني دڠن اوبونتو 16.04 ايل.تي.ايس. دان مڠݢوناکن ويلاند سباݢاي دسکتوڤ اينۏيرونمنت.

ساي ممڤلاجاري دڤلوير سچارا سنديري دان ڤرݢي ککورسوس موڠودب.

چابرن 1000 ڤرماٴينن چاتور تله برجاي دلقساناکن دالم فيچس، الحمدلله.

اڤليکاسي جاوي کوفي دتوکر نام کڤد جاوي ترنسليتراسي اونتوق ممبريکن نام يڠ لبيه تڤت کڤد فوڠسيڽ.

لڤتوڤ ساي دکمسکيني دڠن اوبونتو 18.04 ايل.تي.ايس. يڠ دکاتاکن لبيه ستابيل درڤد اوبونتو 16.04 ايل.تي.ايس.

برجاي مڠݢوناکن سڤنوهڽ دالم توليسن جاوي اونتوق نام دالم سناراي نومبور تيليفون.

مڠݢوناکن 8 کاتݢوري اونتوق نام دالم سناراي نومبور تيليفون سوڤايا لبيه ترسوسون دان موده دݢوناکن.

سوسونن ڤاڤن ککونچي جاوي دڤرکمسکن لاݢي سوڤايا اياڽ موده دݢوناکن دڠن مڠيکوت اتورن ترتنتو دڠن اوبهسواي يڠ مينيمل.

زايرو#

Seperti tahun-tahun lepas, sorotan perkara yang berjaya dicapai untuk tahun 2018, Alhamdulillah.

1. Tema 2018 saya adalah jawi transliterasi nama dan ini telah berjaya dibuat untuk sebahagian daripada nama-nama yang biasa. Sebahagian lagi akan disambung untuk tahun 2019.

2. Kemaskini Oreo untuk telefon Nokia 5 saya dengan pelbagai ciri-ciri baru yang menarik.

3. Laptop saya dikemaskini dengan Ubuntu 16.04 LTS dan menggunakan Wayland sebagai Desktop Environment.

4. Saya mempelajari Deployer secara sendiri dan pergi ke kursus MongoDB.

5. Cabaran 1000 permainan catur telah berjaya dilaksanakan dalam FICS, Alhamdulillah.

6. Aplikasi Jawi Kufi ditukar nama kepada Jawi Transliterasi untuk memberikan nama yang lebih tepat kepada fungsinya.

7. Laptop saya dikemaskini dengan Ubuntu 18.04 LTS yang dikatakan lebih stabil daripada Ubuntu 16.04 LTS.

8. Berjaya menggunakan sepenuhnya dalam tulisan Jawi untuk nama dalam senarai nombor telefon.

9. Menggunakan 8 kategori untuk nama dalam senarai nombor telefon supaya lebih tersusun dan mudah digunakan.

10. Susunan papan kekunci Jawi diperkemaskan lagi supaya ianya mudah digunakan dengan mengikut aturan tertentu dengan ubahsuai yang minimal.

#zairo

Saturday, October 20, 2018

457. How It Goes

1. Bagaimana papan kekunci ERTY dan Jawi 7 huruf sebaris dicipta? Masukan http://jawikufi.blogspot.com/2017/08/444-erti.html telah pun menceritakan mengenai papan kekunci ERTY namun di sini diterangkan semula secara ringkas bersama-sama papan kekunci Jawi.

2. QWERTY adalah rekaan papan kekunci untuk aksara Latin. Nama ini diambil daripada susunan 6 kekunci pertama pada atas kiri papan kekunci. Rekaan QWERTY berasaskan susun atur ciptaan mesin taip Sholes and Glidden pada tahun 1873. Ianya menjadi popular dengan kejayaan mesin taip Remington No. 2 pada tahun 1878. Berikut adalah default Papan kekunci Rumi.
Q W E R T Y U I O P
A S D F G H J K L
Z X C V B N M

3. 7 aksara paling jarang digunakan mengikut kamus Oxford https://en.oxforddictionaries.com/explore/which-letters-are-used-most: Q J Z X V K W.
E R T Y U I O P
Q W Z X V J K
A S D F G H L
C B N M

4. P diletakkan di baris bawah.
E R T Y U I O
Q W Z X V J K
A S D F G H L
C B N M P

5. Papan kekunci Arab digunakan untuk aksara Arab. Susun atur papan kekunci Arab dicipta oleh Selim Shibli Haddad, artis Syria pada tahun 1899. Susun atur sekarang adalah sedikit berbeza yang dibangunkan oleh Microsoft berdasarkan papan kekunci klasik ciptaan Selim dan digunakan oleh komputer IBM. Berikut adalah default Papan kekunci Jawi.
ذ
د ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
ظ ز و ة ى ﻻ ر ؤ ء ئ
إ أ ٴ

6. Keluarkan lam alif.
ذ
د ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
ظ ز و ة ى ر ؤ ء ئ
إ أ ٴ

7. Masukkan 7 huruf tambahan Jawi di barisan pertama.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ ذ
د ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
ظ ز و ة ى ر ؤ ء ئ
إ أ ٴ

8. Kekalkan 26 huruf Jawi sahaja. Selebihnya di susun atur kedua.Didapati terdapat 27 huruf jawi termasuk hamzah 3/4 untuk perkataan Melayu jati.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ
د ج خ ه ٴ ف ق
م ن ت ا ل ب ي س ش
ز و  ر

ذ
ح ع ث  ص ض
ط ك
ظ ة ى ؤ ء ئ
إ أ غ

9. Min dan nun pindah ke baris paling bawah.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ
د ج خ ه ٴ ف ق
ت ا ل ب ي س ش
م ن ز و  ر

ذ
ح ع ث  ص ض
ط ك
ظ ة ى ؤ ء ئ
إ أ غ

10. Susun atur 2: Ha dipindah ke baris paling atas.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ
د ج خ ه ٴ ف ق
ت ا ل ب ي س ش
م ن ز و  ر

ح ذ
ع ث  ص ض
ط ك
ظ ة ى ؤ ء ئ
إ أ غ

11. Susun atur 2: Zho dan ta marbutah dipindah satu baris ke atas.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ
د ج خ ه ٴ ف ق
ت ا ل ب ي س ش
م ن ز و  ر

ح ذ
ع ث  ص ض
ط ك ظ ة
ى ؤ ء ئ
إ أ غ

12. Susun atur 2: Masukkan alif hamzah bawah dan alif hamzah atas di baris paling atas.
چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ
د ج خ ه ٴ ف ق
ت ا ل ب ي س ش
م ن ز و  ر

إ أ ح ذ
ع ث  ص ض
ط ك ظ ة
ى ؤ ء ئ
غ

#zairo

Sunday, August 26, 2018

456. Konteks

1. Kalau kita menyimpan nama dalam senarai nombor telefon contohnya sebagai Abu, kita mungkin mempunyai lebih dari seorang kawan bernama Abu.

2. Cara saya selama ini adalah menulis kategori dahulu sebelum nama kemudian baru nama. Kategori boleh jadi nama syarikat atau lokasi. Cara menulis adalah {kategori} {nama} contohnya KL Abu. Akan tetapi mungkin wujud 2 data seperti berikut
a. KL Abu.
b. KL Abu.

3. Namun ada cara lain yang lebih baik iaitu mewujudkan 2 kategori dan ditulis sebagai {kategori} {nama} {subkategori} contohnya
a. Vendor Abu KL.
b. Klien Abu KL.
Ini cara yang saya gunakan sekarang.

4. Terdapat 8 kategori yang saya gunakan dalam senarai nombor telefon iaitu
a. Acquaintance - Kenalan / rakan
b. Friend - Kawan / sahabat
c. Colleague - Ofis / Pejabat / rakan sekerja
d. Client - Klien / pelanggan
e. Vendor - Vendor / penjual
f. Alumni
g. Relative - Kerabat (saudara-mara)
h. Neighbour - Jiran

5. Untuk tulisan jawi saya menggunakan kategori
a. Rakan
b. Sahabat
c. Pejabat
d. Klient
e. Vendor
f. Alumni
g. Kerabat
h. Jiran

6. Ini boleh mengelakkan kekeliruan jika ada lebih dari seorang mempunyai nama yang sama dan dengan cepat kita dapat mengenalpasti atau mencari orang yang ingin kita hubungi.

7. Kalau anda rasa 9 kategori terlalu banyak, boleh juga dikecilkan skop kepada 3 kategori
a. Vendor - untuk vendor, klien dan ofis
b. Relative - untuk saudara-mara
c. Alumni - untuk bekas rakan sekolah, kawan, kenalan dan jiran

8. Saya baru menukar senarai nombor telefon saya daripada Rumi kepada Jawi secara keseluruhan. Sebagai pencinta Jawi, kalau boleh semua perkara ingin diguna dalam tulisan Jawi.

9. Ini penting untuk menjadikan saya lebih gigih menambahbaik transliterasi nama daripada Rumi ke Jawi.

10. Empat kolum yang digunakan adalah
a. First Name - untuk nama kategori e.g. Pejabat
b. Surname - untuk nama e.g. Abu
c. Company - untuk nama subkategori sama ada nama syarikat atau pon
nama lokasi. e.g. PQR.
d. Phone - untuk nombor telefon e.g. +60123456789

#zairo

Saturday, August 25, 2018

455. Ubuntu 18.04 LTS

Ubuntu 18.04 LTS diluncurkan sekitar bulan April dalam persekitaran pembangunan. Persekitaran produksi hanya muncul dalam seminggu lepas dan ini menarik minat saya untuk melihat apa yang menarik dalam Ubuntu 18.04 LTS ini yang dikatakan lebih stabil daripada Ubuntu 16.04 LTS.

1. Masa untuk hidupkan laptop sehingga ke skrin log masuk mengambil masa sekitar 1min 35s.

2. Akan muncul pilihan menu iaitu
a. Ubuntu.
b. Advanced options for Ubuntu.
c. System setup.
dan default adalah Ubuntu dengan Linux kernel terkini iaitu 4.15. Pada 'Advance option for Ubuntu', boleh memilih untuk menggunakan kernel terdahulu. 'System setup' pula adalah pergi ke tetapan BIOS.

3. Kemudian skrin log masuk muncul untuk dimasukkan katanama dana katalaluan.

4. Ada ikon tetapan untuk memilih antaramuka iaitu
a. LXDE.
b. Openbox.
c. Ubuntu.
d. Ubuntu on Wayland.
e. Unity.

5. Masa daripada skrin log masuk sehingga masuk ke skrin menu adalah sekitar 14s.

6. Kalau dulu sudo apt-get install <nama aplikasi>, kini Ubuntu menggunakan sudo snap install <nama aplikasi> yang mewujudkan sandbox seperti aplikasi-aplikasi pada Android yang menyediakan ruang vakum yang membawa bersama segala keperluan sesuatu aplikasi tersebut. Red Hat juga mempunyai penyelesaian yang sama yang dipanggil Flatpak.

7. Crash masih ada dalam laptop saya tak semena-mena ianya berlaku. Mungkin kerana banyak aplikasi dipasang tanpa membuang dengan berkesan dan mengganggu keseluruhan sistem pengoperasian.

8. Saya mengimpikan sebuah Desktop Environment yang minimal, moden dan menarik untuk digunakan bersama-sama dengan Ubuntu. GNOME bagus namun sedikit berat mengikut pengamatan saya.

9. Desktop Environment terbaik yang pernah saya gunakan adalah XFCE dalam Xubuntu namun entah kenapa tidak berjaya pula memasang Xubuntu dua tiga menjak ini.

10. Masa yang diambil untuk tutup (power off) laptop adalah sekitar 8s.

11. Untuk bypass log masuk, pergi ke Settings > Users > Unlock > masukkan katalaluan > Automatic Login > On. Masa daripada tekan butang on sehingga masuk ke skrin menu adalah sekitar 2 minit.

12. Dalam Unity, ada mod suspend manakala dalam mod GNOME tiada mod suspend.

13. Tahniah dan syabas kepada pasukan Ubuntu yang berjaya menghasilkan satu lagi versi terbaru Ubuntu yang berkualiti secara percuma kepada seluruh peminatnya.

p/s Dikemaskini menggunakan Ubuntu 18.04 LTS dengan antaramuka Unity :)

#zairo

Monday, June 25, 2018

454. Beautiful Language

1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Jawi Transliterasi telah dibuat satu 'short form' baru untuk menulis ucapan Selamat Hari Raya dalam trengkas iaitu 'shr' sahaja. Ada lagi beberapa trengkas yang saya telah pun buat satu panduan untuknya dalam menu.

2. Zairoliday telah dikemaskini ralat pada widget untuk Oreo. Ini agak mengambil masa untuk saya betulkan kerana saya tidak mengikuti perkembangan kod Android secara rapi. Banyak masa saya lebih kepada menyiapkan fungsi bagai di dalam Jawi Transliterasi di samping membetulkan ralat.

3. Cabaran 1000 permainan catur telah berjaya dilaksanakan di mana saya telah bermain sebanyak lebih daripada 1010 permainan setakat ini dalam FICS, Alhamdulillah.

4. Aplikasi Jawi Kufi telah ditukar nama menjadi Jawi Transliterasi kerana tidak ada fungsi membuat Kufi pun dalam Jawi Kufi dan ini adalah nama yang tidak tepat yang direka secara cepat apabila menyiapkan fungsi awal Jawi Kufi suatu ketika dahulu untuk membolehkan muatnaik dilakukan ke Google Play dengan kadar segera.

5. Secara kasarnya, kebanyakkan fungsi dalam Jawi Transliterasi sudah sedia ada. Tinggal beberapa lagi perkataan yang tersilap yang perlu diperbetulkan. Ini berlaku disebabkan oleh ambiguiti atau pun perkataan serapan Arab atau Inggeris yang tidak boleh digunakan formula.

Dulu Symfony kini Laravel,
Akan datang mungkin Yii 2,
Salam dihulur daripada Azril,
Semoga kalian ceria di situ.

#zairo

Wednesday, April 25, 2018

453. Deep in Thought

1. Kalau tahun lepas saya mempelajari Ansible, tahun ini saya belajar menggunakan Deployer dan MongoDB. Deployer dipelajari secara sendiri manakala MongoDB dipelajari secara sendiri dan juga melalui latihan selama 3 hari.

2. Deployer membolehkan 'zero downtime' semasa mengemaskini aplikasi pada server.

3. $ dep deploy - merupakan arahan untuk mengemaskini pada server setelah git commit dibuat.

4. $ dep rollback - merupakan arahan untuk revert kepada satu versi sebelumnya jika berlaku kesilapan pada kemaskini terbaru.

5. MongoDB mula dibangunkan sejak 2007 dan bermula daripada 'asal boleh' namun kini menjadi salah satu pangkalan data tanpa SQL yang sangat popular ketika ini. Versi 4 yang akan datang dikatakan menyokong ACID yang berupaya menyimpan data secara konsisten.

6. Pangkalan data sumber terbuka yang paling popular yang menggunakan SQL masih lagi MySQL.

7. PostgresQL merupakan pangkalan data sumber terbuka yang mengikut standard seperti Oracle, MS SQL Server dan lain-lain. PostgresQL selalu menjadi pilihan jika beralih kepada sumber terbuka daripada pangkalan data bukan sumber terbuka.

#zairo

Wednesday, February 28, 2018

452. Ubuntu 16.04 LTS

1. Paparan antaramuka Unity
a. Ubuntu bermula dengan paparan antaramuka GNOME.
b. Kemudian beralih kepada Unity iaitu cabang daripada GNOME.
c. Mulai versi 17.10 menggunakan GNOME 3.

2. Ikon-ikon minima, maksima dan keluar
a. Di sebelah atas kanan.
b. Untuk aplikasi pihak ketiga, ianya berada di kedudukan asal (biasanya terletak di sebelah atas kiri).

3. Mengubah daripada mod maksima kepada mod custom
a. Tekan butang maksima.
b. Kemudian meletakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.

4. Di sebelah atas kanan dimulai dengan hujung kanan
a. Ikon tetapan.
b. Ikon tarikh masa.
c. Ikon speaker.
d. Ikon bateri.
e. Ikon bluetooth.
f. Ikon bahasa (tiada dalam default).
g. Ikon wireless.

5. Apabila dalam mod maksima, 3 ikon mengambil alih panel atas kiri
a. Ikon keluar.
b. Ikon minima.
c. Ikon maksima.

6. Menu default di sebelah kiri menegak. Dalam menu ada
a. Ikon dash.
b. Ikon show desktop.
c. Ikon trash.

7. Linux kernel + Linux distro + paparan antaramuka
a. Ubuntu adalah gabungan Linux kernel, Debian dan paparan antaramuka GNOME.
b. Linux kernal versi cadangan perlu dipasang untuk memastikan Ubuntu stabil dan tidak crash.
   Rujukan di https://wiki.ubuntu.com/Kernel/LTSEnablementStack.

8. Apabil skrin laptop ditutup, mod suspend untuk Ubuntu 16.04 tidak berfungsi.
   Cara mengatasi adalah dengan cara alternatif iaitu menekan butang tetapan dan kemudian menekan pilihan suspend.
   Untuk laptop saya, dalam 14 peratus kuasa bateri digunakan untuk 8 jam. Ini menjadikan 100% digunakan dalam 56 jam atau lebih daripada 2 hari.
   Jika kuasa bateri sangat rendah, OS akan shutdown dengan serta-merta.

9. Aplikasi default saya
a. Terminal GNOME yang berlatarbelakang warna ungu.
b. Pengubah Teks Geany yang saya gunakan sejak mula saya menggunakan Ubuntu.
c. Pengurus Fail PCManFM yang saya kenali daripada Lubuntu.
d. Pelayar Sesawang Google Chrome yang merupakan pelayar sesawang yag paling popular sekarang.
e. Pelayar Sesawang Firefox yang satu ketika menjadi pelayar sesawang paling popular sebelum Chrome mengambil alih.

10. Aplikasi lain yang sedia ada atau boleh dimuatturun menggunakan apt-get install
a. Font Jawi Kufi saya dibina menggunakan
i. FontForge (Font Editor).
ii. Inkscape (Vector Graphics Editor).
iii. Libre Office (Office Suite).

b. Aplikasi Android saya dibina menggunakan
i. Android Studio (IDE).
ii. Geany (Text Editor).
iii. Inkscape (Vector Graphics Editor).
iv. GIMP (Image Editor).

c. Aplikasi-aplikasi lain adalah
i. DBeaver (Database Client).
ii. Postman (REST Client).
iii. Sublime (Text Editor).
iv. Filezilla (SFTP Client).
v. Couturier (PDF Combiner).
vi. Rythmbox (Music Player).
vii. Screenshot.
dan lain-lain.

p/s Masalah #8 masih berlaku. Bila pergi ke ikon keluar - Suspend - tutup laptop, laptop kembali daripada suspend. Sudahnya saya terpaksa shutdown buat masa ini. Kalau 2 perkara penting untuk sebuah laptop, ianya adalah wireless dan mod suspend. Wireless diperlukan untuk capaian ke Internet manakala mod suspend untuk membuka semula laptop dengan kadar segera tanpa menunggu OS dihidupkan semula.

#zairo

Saturday, February 24, 2018

451. Elementary OS

Elementary OS
1. Baru-baru ini saya memasang variasi Ubuntu iaitu Lubuntu, Ubuntu Budgie dan Elementary OS. Lebih mudah dan cepat memasang paparan antaramuka lain dari variasi sama (Ubuntu) berbanding memasang distro yang lain.

2. Antaramuka
a. Ubuntu menggunakan paparan antaramuka Unity. Ubuntu 18.04 akan menggunakan paparan antaramuka GNOME. Sejak versi 17.10, Ubuntu mula menggunakan semula GNOME.
a. Lubuntu menggunakan paparan antaramuka LXDE
b. Ubuntu Budgie menggunakan paparan antaramuka Budgie
c. Elementary OS menggunakan paparan antaramuka Pantheon.

3. Memasang Elementary OS daripada Ubuntu adalah seperti berikut
$ sudo apt-add-repository ppa:elementary-os/daily
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install elementary-desktop

4. Ikon minima, maksima dan keluar
Ubuntu - Ikon minima, maksima dan keluar di sebelah atas kanan.
Elementary OS - Ikon keluar di sebelah atas kiri, ikon maksima di sebelah atas kanan.

5. Mengubah kepada mod minima
Ubuntu - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan butang maksima. Kemudian meletakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.
Elementary OS - Untuk mengubah tetingkap dari mod maksima ke custom, perlu tekan pada tetingkap lama-lama pada bahagian atas tetingkap dan gerakkan ke tengah skrin. Kemudian letakkan tetikus pada mana-mana bahagian tepi dan seret.

6. Di sebelah atas kanan atas dimulai dengan hujung kanan
a. Ikon keluar
b. Ikon bateri
c. Ikon bluetooth
d. Ikon wireless
e. Ikon speaker (jika klik akan dipaparkan juga Pemain Muzik Rythmbox)
f. Ikon bahasa (Ini default mungkin tiada. Laptop saya memang telah diset English dan Arabic).

7. Di sebelah atas tengah
a. Ikon tarikh masa

8. Di sebelah atas kiri
a. Carian aplikasi - 2 mod disediakan iaitu grid (default) atau kategori.

9. Jika setelah godek-godek dan anda tidak berpuas hati, untuk nyahpasang adalah
$ sudo apt-get purge elementary-desktop

10. Aplikasi default yang mengisi dock adalah
a. Mail
b. Calendar
c. Photo Viewer
d. Rythmbox Music Player
e. Google Chrome
f. Videos Player
Aplikasi-aplikasi default saya pula adalah
a. Terminal
b. Geany Text Editor
c. PCManFM File Manager
d. Google Chrome
e. Firefox Web Browser

11. Antaramuka Elementary OS sangat menarik. Setelah godek-godek sana sini, didapati Elementary OS adalah stabil dan selesa digunakan tanpa sebarang ubahsuai pada tetapan.

12. Elementary OS ada satu yang pelik iaitu apabila disambung atau dipisahkan sambungan bateri, muncul popup login.

p/s Saya kembali menggunakan Ubuntu kerana masalah crash berlaku disebabkan oleh Linux kernel. Masalah diselesaikan dengan memasang Linux kernel yang dicadangkan di https://wiki.ubuntu.com/Kernel/LTSEnablementStack#Ubuntu_16.04_LTS_-_Xenial_Xerus.

p/s2 Masalah #12 diselesaikan dengan pergi ikon bateri - Power Settings - Power button - Do nothing.

#zairo

Saturday, February 10, 2018

450. Oreo

1. 1 tarikan skrin ke bawah menunjukkan peratusan bateri yang tinggal berbanding 2 tarikan sebelum ini.

2. Ikon baru untuk sambungan telefon ke laptop dan Whatsapp Web.

3. Sunlight mode untuk meningkatkan kebolehbacaan semasa di bawah cahaya matahari.

4. Adaptive icon yang akan memaparkan warna putih pada background jika tidak mengikut standard baru cara mencapai ikon Android.

5. Senarai rasmi
   a. Picture-in-picture
   b. Notification dots. Ini ada sebelum ini dalam aplikasi tetapi bukan rasmi daripada Android (warna merah). Dot notifikasi (warna kelabu) pada ikon dan ikon kumpulan.
   c. Update Google Security Patch 2018-01.
   d. Google Play Protect security scans. Play Protect, ciri baru untuk Google scan aplikasi yang mungkin berpotensi memberi masalah kepada pengguna.
   e. Autofill passwords.
   f. Faster boot up. Kurang daripada 30s sudah selesai boot dan sedia untuk digunakan.

6. Saiz kemaskini Android Oreo adalah 1.7184 MB dan ini memerlukan padam beberapa data bagi membolehkan muatturun dilakukan.

7. Anda hanya perlu sambungkan cas telefon dan tunggu sehingga selesai muatturun. Setelah selesai muatturun pilih Yes dan kemaskini akan dilakukan. Proses selesai dilakukan kurang daripada 30 minit.

8. Semak pada tetapan (Settings > System > System update) memaparkan Android 8.0.0. Kemaskini telah berjaya, tahniah.

9. Bagi saya. ciri Oreo yang paling menarik adalah penambahbaikan untuk kamera pada keadaan kurang pencahayaan untuk memaparkan gambar yang baik.

#zairo

Thursday, January 25, 2018

449. When You're Gone

1. Tahun baru 2018 menjelma dengan azam baru semestinya atau pun azam lama yang dibawa dari tahun lepas ke tahun ini.

2. Tidak ada kata-kata sakti yang dapat saya kongsikan seperti orang lain. Cuma yang ada adalah keazaman yang tinggi untuk kemaskini aplikasi Jawi Kufi, InshaAllah.

3. Tema saya untuk tahun ini adalah transliterasi nama untuk dimasukkan dalam aplikasi papan kekunci Jawi Kufi. Ini merupakan sebab asal kenapa aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi dibuat. Namun semestinya perkataan yang biasa digunakan perlu disiapkan terlebih dahulu kerana ini membuatkan aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi lebih bermakna.

4. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, fokus saya lebih terarah kepada aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi. Fokus sangat perlu kerana jika membuat banyak perkara, ianya tidak mendalam dan jauh daripada sempurna.

5. Kemaskini masih dilakukan untuk perkataan imbuhan. Seperti yang saya jangkakan, ianya adalah perkara yang mengambil masa untuk disiapkan. Namun ianya sangat menarik apabila berjaya membetulkan sesuatu perkataan yang tersilap transliterasinya sama ada secara formula, data kamus atau pun kedua-duanya.

6. Perkara menarik berkaitan papan kekunci Jawi Kufi adalah ianya adalah aplikasi papan kekunci minimal. Menggunakan tulisan Rumi sangat selesa di samping tulisan Jawi walau pun zamannya sudah lama berlalu namun masih ada penggemar Jawi yang menyukainya sama ada menggunakannya sebagai medium komunikasi atau pun untuk membuat khat kufi.

#zairo