Thursday, October 28, 2010

303. Lubuntu

Akhirnya versi stabil Lubuntu sudah pun dilepaskan dengan versi 10.10 Kod nama Maverick Meerkat. Agak lama juga saya menunggu versi pemasangan standalone LXDE pada Ubuntu ini sejak tahun 2009.

Saya menunggu Lubuntu ini kerana PC lama saya di kampung agak perlahan mengunakan Xubuntu. Kalau dibiarkan jadi tukun la pulak. Jadinya Lubuntu memberi nafas baru untuk PC tersebut.

Akan tetapi saya berminat juga untuk memasang Lubuntu ini pada laptop saya. Tunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan misi ini kerana sekarang dalam proses untuk berpindah kerja dan berpindah rumah.

Lubuntu sememangnya lebih laju daripada Xubuntu (mengunakan GUI XFCE yang juga ada sedikit GNOME). Lubuntu mengunakan GUI LXDE yang merupakan cabang dan peningkatan daripada GUI BusyBox. Untuk rekod, BusyBox juga merupakan GUI yang digunakan dalam Maemo, sistem pengoperasian dalam telefon bimbit Nokia N900. LXDE adalah GUI yang paling ringan di samping menawarkan GUI yang moden tanpa klik kanan pada tetikus untuk membuka menu.

Pemilihan aplikasi pada Lubuntu semestinya berbeza dengan aplikasi pada Ubuntu, Kubuntu dan Xubuntu. Pelayar Chrome dijadikan pilihan dalam Lubuntu dan saya masih merasakan Firefox masih pilihan terbaik untuk digunakan dalam pembangunan sistem.

Aplikasi pejabat mengunakan GNU hampir sama seperti Xubuntu. File Manager agak selesa digunakan kerana ciri2 yang hampir sama dengan File Manager pada Xubuntu.

Tahniah kepada pasukan Ubuntu terutamanya kepada Lubuntu kerana berjaya menghasilkan satu lagi sistem pengoperasian yang terkini dan menarik. Saya juga akan mengesyorkan kepada rakan saya untuk mengunakan Lubuntu memandangkan dia mengunakan PC yang agak lama.

#zairo

Tuesday, October 26, 2010

302. DSLR

1) N900 baru awal pagi tadi dilepaskan patch PR 1.3. Saya pun terus kemaskini untuk 84MB dah didapati lebih pantas kadar pemprosesan semasa lihat gambar, dll.

2) N900 juga mempunyai aplikasi kamera pihak ketiga mirip DSLR iaitu BlessN900 dan FCamera. FCamera menyimpan gambar dalam format data mentah iaitu .dng.

3) Semestinya apa yang boleh dibuat oleh N900 tidaklah sebagus DSLR akan tetapi ianya menghasilkan gambar yang berkualiti walau pun mengunakan kamera 5MP kerana API pada aplikasi yang digunakan.

Luar topik, Ubuntu 10.10 sudah dilancarkan pada 10 Oktober 2010. Kesibukan kerja hampir2 melupakan saya pada sistem pengoperasian Linux yang paling popular di ketika ini. Akan dicuba mengunakan VirtualBox OSE untuk melihat apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh pembangun Ubuntu dan laporan ringkas mengenainya dijangka akan menyusul.

Semestinya saya akan memilih variasi Xubuntu kerana ianya telah saya gunakan untuk lebih 2 tahun kebelakangan ini. Paling saya suka kelajuannya yang mempesonakan dan sangat stabil tanpa hang jika anda mengunakannya dengan berhemah. Maksud berhemah di sini ialah buka aplikasi yang perlu sahaja dan tutup aplikasi yang tidak digunakan. Jika membuka aplikasi yang berat seharusnya tidak membuka banyak aplikasi serentak. Ini seharusnya diamalkan untuk mana2 sistem pengoperasian pun.

#zairo

Sunday, October 24, 2010

301. GIT

Sejak pasang GIT, saya mendapati ianya jauh lebih baik berbanding versioning yang lain. Salah satunya, jika cuba kemaskini ke server sedangkan kod pada server lebih terkini berbanding kod pada local maka GIT tidak membenarkan kemaskini ke server. Ini mengelakkan berlakunya konflik pada kod terutamanya jika melibatkan lebih seorang pengaturcara.

1) Ada 2 GUI sedia ada semasa pasang GIT iaitu GIT GUI dan GITK.

2) GIT GUI dan GITK digunakan bersama2 dan tidak memerlukan GUI client yang lain.

3) Cola merupakan GIT client yang berfungsi seperti GIT GUI.

4) QGIT merupakan GIT client yang berfungsi seperti GTIK dan ada fungsi copy paste teks yang tiada dalam GITK untuk Ubuntu.

5) Giggle merupakan GIT client yang masih tidak banyak arahan untuk digunakan di dalamnya.

6) MSYSGIT merupakan salah satu cara untuk memasang GIT di dalam Windows yang menyediakan penjanaan id untuk SSH tanpa katalaluan.

7) GIT boleh juga mengunakan arahan pada terminal jika tidak mahu mengunakan GIT client.

8) Antara projek sumber terbuka yang mengunakan GIT ialah Linux kernel, GNOME, KDE, XFCE, Symfony2, CakePHP, GIT, dll.

9) GIT mula direka oleh Linus Torvalds pada 3 April 2005 dan mula digunakan untul Linux kernel pada 16 Jun tahun yang sama.

10) Antara kelebihan GIT yang paling ketara ialah kelajuan memproses yang cukup laju.

#zairo

Tuesday, October 19, 2010

300. Kenapa Kemaskini Blog Sedangkan Tiada Idea?

Ada jugak orang tanya saya blog bila nak kemaskini. Ye tengah kemaskini lani. Memang tengah minggu sibuk mempelajari CodeIgniter di malam hari. Di siang hari jadi chef buat kek yang kadang2 tak brapa nak jadi hu3. Kalau kek tak jadi memang saya tak puas ati. Dalam kepala ligat je berpikir cari jawapan. Mencari sebuah jawapan.

Siang malam buat kod tak penat ke? Apa lantak tak penat, tapi mengigil tangan ni sebab seronok dapat belajar sesuatu yang baru. Ingatkan dah nak benti ni boleh la rilek2. Apa lantak nak rilek2 sedangkan banyak lagi kerja yang perlu disiapkan.

Bukan selalu pun sibuk. Ada masa santai jugak. Takde la 24/7 buat kod. Sampai masuk dalam mimpi la jadinya. Tapi saya suka berfikir tentang penyelesaian kod jika ada masa terluang. Kadang2 ambik masa berfikir lebih bermakna berbanding mengadap depan laptop mencari penyelesaian. Tulis kat buku catatan ke seperti membuat rangka kerja.

Kalau tanya saya: Antara Symfony, CakePHP, CodeIgniter dan Zend mana yang paling bagus? Jawapan saya seperti yang pernah saya katakan iaitu semuanya bagus dengan cara mereka yang tersendiri. Apa yang paling penting adalah menguasai dengan secara mendalam dalam satu2 bahasa pengaturcaraan.

Kalau syarikat mengunakan kek maka belajarlah kek, vice versa. Memberi alasan sememangnya lebih mudah daripada melakukan yang terbaik.

#zairo

Thursday, October 14, 2010

299. CodeIgniter

Ada 4 bingkai kerja utama dalam PHP iaitu Symfony, CakePHP, CodeIgniter dan Zend. Boleh dibuat kesimpulan bahawa dengan mempelajari keempat2 bahasa pengaturcaraan tersebut 8 daripada 10 syarikat IT akan menerima anda bekerja di syarikat tersebut.

Saya pernah mengunakan Symfony dan CakePHP semasa bekerja. Zend akan dipelajari jika berkelapangan. CodeIgniter dulu pernah cuba belajar tapi separuh jalan. Belajar pun sebab dulu ada pergi satu temuduga. Katanya "Awak belajar dulu CodeIgniter dan kemudian baru jumpa saya semula". Beberapa tahun berlalu dan saya masih memandang sepi kepada CodeIgniter kerana kesibukkan kerja mengunakan Symfony dan CakePHP.

Namun sekarang ini saya sedang belajar CodeIgniter. Bagi saya dalam banyak2 bahasa pengaturcaraan CodeIgniter adalah cinta pandang pertama saya. Saya suka dengan pemasangannya yang sangat mudah: hanya copy folder dan konfigurasi pada config folder. Tidak perlu install. Ini yang tidak ada pada Symfony dan CakePHP yang memerlukan install dan konfigurasi bagai.

Walau pun saya mengambil masa yang lama iaitu selepas 2 tahun untuk belajar semula CodeIgniter ianya ada hikmah yang tersendiri. Mungkin saya perlukan timing yang betul untuk memulakan misi besar ini. Belajar bahasa pengaturcaraan tidak semudah yang disangkakan. Perlukan keazaman, disiplin dan ketekunan yang tinggi untuk mengunakan masa yang ada untuk diisi sebaik2nya.

Okay nak sambung belajar CodeIgniter hu2. Harus.

#zairo

Thursday, October 7, 2010

298. Lesson Learned

Kebelakangan ini banyak menda berjaya disiapkan. Lagi nak berenti lagi banyak menda siap, hu3. Selalu mcm tu. Syukur. Paling seronok apabila berjaya membuat sesuatu perkara yang gagal dibuat di syarikat lama.

Saya suka explore untuk meningkatkan pengetahuan di samping menyiapkan kerja. Dah nak berenti buat apa susah2 kan. Tapi saya memandang dari sudut yang berbeza.

Sebagai contoh SVN. Sebelum ini tak pakai pun untuk sistem yang dibuat itu. Tapi pengalaman di syarikat lama membantu saya untuk memasangnya kerana betapa versioning amat perlu jika pengaturcara lebih daripada seorang untuk mengelakkan terkemaskini kod terkini dan boleh kembali ke kod lama jika perlu.

Terima kasih juga kepada En. Bazet. SVN Checkout adalah konsonan yang saya cari selama ini, hu3. Satu hari jugak godek2 menda ni di samping kerja yang lain. Tapi bila jadi ianya cukup berbaloi dan istimewa.

#zairo

Sunday, October 3, 2010

297. Basic Phone

Semalam baru membeli Ximax C28 untuk mengantikan CSL DS28 yang semakin rosak kekuncinya dan skrin yang sudah lama retak. Kekunci boleh diganti akan tetapi skrin mahal harganya. Kalau biarkan pun tidak apa, akan tetapi tiba2 rasa nak guna model baru, hu2. Lagi pun kadang2 tidak keluar nama apabila panggilan masuk atau miskol yang tidak menyelesakan.

Sasaran saya adalah membeli telefon bimbit asas yang paling murah dengan fungsi sms dan panggilan sahaja. Kerana fungsi lain diambil alih oleh Nokia N900 saya itu.

Ciri2 yang ada pada telefon bimbit asas ini adalah:
1) Panggilan siap ada blacklist
2) SMS
3) Lampu suluh
4) Perakam suara dan pemain suara
5) Radio
6) Mesin kira
7) Kalendar untuk lihat sahaja
8) Kad ingatan
9) Alarm
10) Dua kad sim, dual standby

Tiada: MMS, kamera, GPRS dan 3G
Harga: RM98.00
Had SMS dalam ruang ingatan: 50

#zairo