Sunday, January 9, 2011

310. Caturjaya

Kali terakhir saya menyertai kejohanan catur adalah Ogos 2009, iaitu lebih setahun yang lalu di Kejohanan Catur Merdeka Berpasukan. Hasil post-mortem daripada kejohanan tersebut saya dapat kesimpulan bahawa prestasi catur saya semakin merosot disebabkan kesibukkan kerja dan saya ingin menumpukan pada kerjaya 100%.

Saya bermain kejohanan catur sejak 1991. Sudah 18 tahun saya menyertai kejohanan catur tempatan di sana sini. Sudah sampai masanya saya bersara penuh (macam pemain pro la pulak hu3) demi memberikan fokus yang lebih kepada kerjaya. Orang lain sudah bekeluarga jadi saya perlu meningkatkan tahap hidup saya untuk masa hadapan yang lebih terjamin.

Sudah setahun lebih saya tidak bermain catur walau pun dalam telefon bimbit. Yela ada cuba sekali aplikasi catur kat MacBook Pro tapi tak main habis pun. Skil2 lama masih ada tapi bila tidak digilap ianya agak tumpul dan banyak yang sudah lupa.

Saya tidak bercadang untuk bermain semula secara serius di meja catur. Rasanya sudah lama tidak bercerita mengenai catur. Ini pun dapat idea sejak berjumpa semula dengan rakan catur secara maya di FB. Beliau seorang pemain yang terkenal dengan serangan yang bertali arus. Rekod pertemuan saya dengannya adalah 1-1.

Dalam pertemuan pertama saya kalah mudah dengannya dalam bukamainan Queen's Gambit Accepted di mana saya sebagai pemain putih memberikan bidak secara percuma yang sepatutnya dapat kembali tetapi saya gagal di situ yang memberikan kesan kepada keseluruhan permainan.

Dalam pertemuan kedua, saya diajak bermain secara permainan tertutup kerana beliau tahu saya lebih bagus bermain secara terbuka. Namun saya juga dapat bermain dengan bagus dalam permainan tertutup dan berjaya menang dalam perlawanan tersebut.

Catur sudah lama sebati dalam diri saya dan membentuk nilai2 murni dalam diri saya seperti ada keyakinan diri, disiplin diri, dapat menerima kekalahan, tidak kenal erti putus asa, rajin berusaha, dll. Lalu saya mengabadikan nama chess kepada zairo menjadi zairochess iaitu beberapa bulan sebelum Kasparov mewujudkan laman webnya yang masyhur, kasparovchess.com pada tahun 1997.

#zairo