Wednesday, May 30, 2012

346. After All

1. J2ME dicipta oleh Sun Microsystem sebagai library untuk aplikasi telefon dan banyak digunakan dalam Nokia dan Sony.

2. Aplikasi Android boleh dibangunkan mengunakan bahasa pengaturcaraan Java SE akan tetapi hasil akhir adalah classes.dex (di dalam fail apk) hanya boleh dibaca oleh Dalvik Virtual Machine.

3. Aplikasi asli untuk Blackberry adalah Java SE dan mengunakan Java Virtual Machine.

4. Saja baca-baca mengenai sejarah Java untuk telefon bimbit dan telefon pintar.

5. Paradigma selalu menganggap Java sebagai satu bahasa pengaturcaraan yang susah jika dibandingkan dengan PHP, C dan C++ ada kebenarannya. Akan tetapi dengan memahami secara perlahan-lahan setiap maksud yang terkandung dalam syntax-syntaxnya dapatlah difahami cara-cara mengunakannya. Paling saya suka adalah kenyataan seseorang mengatakan bahawa membangunkan kod Java untuk telefon pintar jauh lebih mudah untuk dibangunkan berbanding dengan membangunkan kod C++ untuk telefon pintar.

6. Paling penting adalah memahami cara untuk debug dalam Java. Saya boleh katakan debugger terbaik adalah PHP kerana selalunya ia akan memberitahu error pada line yang betul-betul ada kesilapan dan hanya memaparkan maklumat yang perlu sahaja kepada pengaturcara. Dalam Java ianya tidak begitu.

7. Pada asalnya saya cuma berminat untuk membangunkan mengunakan JavaScript. Akan tetapi terdapat masalah pada ICS yang menyebabkan saya tidak jumpa penyelesaian yang cepat untuk aplikasi Zairoute dan Zairoliday lalu saya mengambil jalan lain iaitu mula belajar Java untuk Android.

8. Sebelum saya belajar Java untuk Android, saya juga ada sedikit pengalaman mengunakan JSP yang sedikit sebanyak mengunakan syntax yang sama.

9. Dalam PHP saya ada satu sistem yang saya banyak belajar semasa membangunkannya iaitu SIS dan ianya menjadi jambatan kepada saya untuk mula menceburi bidang pengaturcaraan.

10. Dalam Java, Zairoute mungkin adalah satu aplikasi yang menjadi titik permulaan bagi saya dalam memperluaskan lagi pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan aplikasi telefon pintar.

#zairo

Sunday, May 20, 2012

345. Ads

1. Dua tiga menjak ini setiap kali on telefon pintar Android akan kelihatan alert berkaitan Airpush. Ini sedikit sebanyak membuat saya sedikit rimas kerana iklan yang running background boleh membuat bateri kehabisan dengan lebih cepat.

2. Saya pasangkan aplikasi AirPush Detector dan kelihatan 5 aplikasi yang mempunyai iklan running background. Terus buang semua aplikasi tersebut.

3. Kemudian saya pasangkan Ad Network Detector. Lagilah banyak aplikasi beriklan yang dapat dikesan melebihi 20 aplikasi.

4. Semua aplikasi beriklan telah pun dibuang kecuali 2 iaitu Game Hub yang merupakan aplikasi default yang tidak boleh dibuang dan Screen Capture yang saya belum jumpa penganti yang lebih baik.

5. Bagi saya sepatutnya aplikasi-aplikasi tersebut memberikan lebih pilihan kepada pengguna iaitu mempunyai dua versi iaitu lite dan penuh di mana versi lite tidak perlu bayar dan versi penuh perlu dibayar. Versi yang mempunyai iklan rasanya tidak semua orang berminat untuk pasangkan. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Contoh terbaik adalah ChessGenius yang menyediakan versi lite dan versi penuh.

6. Macam-macam hal berlaku untuk tahun ini namun saya akan teruskan Java untuk Android dalam masa terdekat ini.

7. Zairoliday akan dikemaskini dua tiga perkara. Ada rakan mengatakan ianya berguna untuk melihat cuti umum. Terharu saya mendengarnya, hu2.

8. Zairoute versi Java akan dibuat dalam masa terdekat juga. Berapa dekat tidaklah dapat saya perkatakan lagi.

9. Selepas siap mungkin ada aplikasi baru akan dibuat. Perancangan macam-macam. Tapi kemalasan diri ini sejak kebelakangan ini tidak dapat diperkatakan lagi, hu2.

10. Saya perlu lebih rajin membuat eksperimen, membaca dan mengkaji. Masa tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa berbuat apa-apa yang penting.

#zairo

Sunday, May 13, 2012

344. Wallpaper



1.  Ini WALLPAPER terbaru laptop saya yang berbunyi 'Take Some Time Zairo'. Sebelum-sebelum ini saya guna default wallpaper sahaja. Sebabnya tak berapa reti hendak reka.  Kebetulan sejak belajar kufi ini adalah sedikit sebanyak idea untuk dilukiskan, huhu.

2.  Lagi satu saya tidak suka ada banyak IKON di dalam folder Desktop iaitu hasilnya akan dapat dilihat di depan skrin.  Kalau ada pun ikon ianya adalah sementara sahaja dan saya akan sentiasa letakkan di folder lain.

3.  Font pada tulisan itu saya reka sendiri.  Saya dapat ilham setelah melihat font rekaan Awang Purba, seorang pakar kufi dan khat.

4.  Warna-warna tersebut saya pilih sesedap rasa asal nampak menarik.  Warna biru merak memang warna kegemaran saya.

5.  Ikon-ikon pada LXPanel di bahagian bawah merupakan aplikasi-aplikasi utama yang saya gunakan setiap hari iaitu pelayar Chromium (Chrome versi sumber terbuka), Pengubah teks Geany, terminal LXTerminal dan File Manager PCMANFM.

6.  Di bahagian atas kiri adalah ikon LXDE dan jika diklik akan memaparkan semua aplikasi-aplikasi yang ada dalam Lubuntu.

7.  Terdapat 2 workspace secara default. Jika buka banyak aplikasi di workspace pertama maka bolehlah mengunakan workspace kedua.

8. Di sebelah kanan atas ada beberapa ikon iaitu pembesar suara, wireless, bateri, masa dan butang shut down.

9. Di sebelah atas tengah adalah task bar yang memaparkan senarai aplikasi yang sedang dibuka.

10. Menu bar asal Lubuntu adalah di bahagian bawah. Akan tetapi saya lebih suka meletakkannya di atas kerana kebanyakan Distro Linux meletakkan menu di bahagian atas termasuklah Ubuntu.

#zairo

Wednesday, May 9, 2012

343. Sedang Apa

Linux secara umumnya dan Ubuntu secara khususnya dan Lubuntu secara spesifiknya semakin meningkatkan ramah pengguna dan kestabilan OS dari sehari ke sehari. Berikut aplikasi penting yang sudah sedia ada berbanding beberapa tahun dahulu yang semuanya perlu mengunakan terminal semata2, hu2. Menariknya tentang Linux adalah aplikasi yang semakin ditambahbaik tidak melembapkan OS kerana strukturnya yang unik dan terbaik.

1. Firewall Configuration - Untuk uruskan benar dan nafi port.
$ apt-get install gufw

2. Update Manager (default) - Untuk kemaskini aplikasi dan kemaskini/naiktaraf OS.

3. GDebi Package Installer (default) - Untuk pasang aplikasi dengan format .deb. dengan cara klik kanan dan 'Open with Gdebi Package Manager'.

4. Zip dan Unzip - Untuk memampatkan fail dan cara guna adalah klik kanan dan 'compress' atau pun nyahmampat dengan cara klik kanan dan 'Extract here'.

5. Lubuntu Software Center (default) - Untuk pasang dan buang aplikasi.

6. Monitor Settings (default) - Untuk ubah setting Monitor/Projektor LCD

7. Geany - Untuk ubah mana-mana seting berformat teks boleh guna pengubah teks ini.
$ apt-get install geany

8. Network Connection (default) - Untuk uruskan rangkaian Internet sama ada wayar, tanpa wayar dan broadband.

9. Blueman Bluetooth Manager - Untuk uruskan bluetooth untuk pindah fail.

10. Printing - Untuk uruskan driver pencetak. Linux dikatakan menyokong semua printer yang baru dan lebih baik berbanding OS lain kerana driver sudah sedia ada di dalam Kernel Linux.

#zairo

Sunday, May 6, 2012

342. Kufi

Dua tiga hari ini saya asyik dengan Kufi, satu seni khat yang berasal dari perkataan Kufah, sebuah bandar di Iraq. Saya tak pasti bagaimana saya mula tertarik dengan seni ini namun ianya mendorong saya untuk terus belajar membuat sendiri Avatar mengunakan Kufi dan meletakkan di pelbagai tempat seperti di wallpaper laptop, wallpaper telefon pintar, avatar Twitter, FB, email dan lain-lain.

1. Kufi versi awal digunakan untuk penulisan awal Al-Quran.

2. Kufi biasanya dibaca daripada kanan bawah kemudian diikuti kiri, atas dan seterusnya kanan. Jika perkataan masih belum selesai ianya disambung dengan di tengah-tengah.

3. Kufi juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan bagi yang benar-benar mahir dan dikatakan boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu-satu karya yang dihasilkan.

4. Kufi biasanya memaparkan ayat al-Quran, nama individu, nama keluarga, kata-kata indah dan sebagainya.

5. Untuk membaca tulisan Kufi mungkin sedikit lambat tetapi akan menjadi laju apabila sudah terbiasa dengan corak-corak yang terdapat pada tulisan Kufi.

6. Kufi juga digunakan pada footer karya untuk menulis tarikh, tempat dan nama pengkarya tanpa memperlihatkan maklumat tersebut dengan agak jelas.

7. Kufi ada di mana-mana seperti pada hiasan rumput di hadapan bangunan, baju, header webpage, avatar, hiasan dinding dan tiang, poster, cenderamata dan lain-lain.

8. Kufi merupakan salah satu seni warisan Islam yang indah.

9. Kufi biasanya dibuat mengunakan mana-mana pengubah imej seperti GIMP, Adobe Photoshop dan lain-lain. Mulanya diwujudkan kanvas yang mempunyai petak segi empat sama. Kemudian barulah di atasnya dilengkapkan tulisan Kufi mengikut perkataan yang ingin dihasilkan. Cara saya ialah
a. Mula-mula dapatkan tulisan jawi bagi perkataan yang diinginkan dengan merujuk ke http://www.jawi.ukm.my.
b. Kemudian buka Open Office Cacl yang mirip Excel untuk melakar bentuk Kufi.
c. Selepas itu barulah buka GIMP dan mula membuat petak empat segi hitam dan putih seperti papan catur.
d. Kemudian dibuat bentuk perkataan yang ingin dihasilkan.
e. Simpan sebagai GIF tidak akan pecah imej jika resize.
f. Simpan sebagai JPG untuk digunakan dalam avatar dan sebagainya.

10. Kufi nampak macam susah akan tetapi ianya tidaklah begitu susah jika anda tahu peraturan-peraturan dalam penulisan Kufi seperti tidak boleh ada ruang kosong lebih dari satu kotak kecuali satu lorong sahaja. Ianya mengunakan kotak-kotak dan ini sedikit-sebanyak memudahkan untuk melengkapkan perkataan yang ingin dituliskan.

#zairo