Sunday, May 6, 2012

342. Kufi

Dua tiga hari ini saya asyik dengan Kufi, satu seni khat yang berasal dari perkataan Kufah, sebuah bandar di Iraq. Saya tak pasti bagaimana saya mula tertarik dengan seni ini namun ianya mendorong saya untuk terus belajar membuat sendiri Avatar mengunakan Kufi dan meletakkan di pelbagai tempat seperti di wallpaper laptop, wallpaper telefon pintar, avatar Twitter, FB, email dan lain-lain.

1. Kufi versi awal digunakan untuk penulisan awal Al-Quran.

2. Kufi biasanya dibaca daripada kanan bawah kemudian diikuti kiri, atas dan seterusnya kanan. Jika perkataan masih belum selesai ianya disambung dengan di tengah-tengah.

3. Kufi juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan bagi yang benar-benar mahir dan dikatakan boleh mencecah ribuan ringgit untuk satu-satu karya yang dihasilkan.

4. Kufi biasanya memaparkan ayat al-Quran, nama individu, nama keluarga, kata-kata indah dan sebagainya.

5. Untuk membaca tulisan Kufi mungkin sedikit lambat tetapi akan menjadi laju apabila sudah terbiasa dengan corak-corak yang terdapat pada tulisan Kufi.

6. Kufi juga digunakan pada footer karya untuk menulis tarikh, tempat dan nama pengkarya tanpa memperlihatkan maklumat tersebut dengan agak jelas.

7. Kufi ada di mana-mana seperti pada hiasan rumput di hadapan bangunan, baju, header webpage, avatar, hiasan dinding dan tiang, poster, cenderamata dan lain-lain.

8. Kufi merupakan salah satu seni warisan Islam yang indah.

9. Kufi biasanya dibuat mengunakan mana-mana pengubah imej seperti GIMP, Adobe Photoshop dan lain-lain. Mulanya diwujudkan kanvas yang mempunyai petak segi empat sama. Kemudian barulah di atasnya dilengkapkan tulisan Kufi mengikut perkataan yang ingin dihasilkan. Cara saya ialah
a. Mula-mula dapatkan tulisan jawi bagi perkataan yang diinginkan dengan merujuk ke http://www.jawi.ukm.my.
b. Kemudian buka Open Office Cacl yang mirip Excel untuk melakar bentuk Kufi.
c. Selepas itu barulah buka GIMP dan mula membuat petak empat segi hitam dan putih seperti papan catur.
d. Kemudian dibuat bentuk perkataan yang ingin dihasilkan.
e. Simpan sebagai GIF tidak akan pecah imej jika resize.
f. Simpan sebagai JPG untuk digunakan dalam avatar dan sebagainya.

10. Kufi nampak macam susah akan tetapi ianya tidaklah begitu susah jika anda tahu peraturan-peraturan dalam penulisan Kufi seperti tidak boleh ada ruang kosong lebih dari satu kotak kecuali satu lorong sahaja. Ianya mengunakan kotak-kotak dan ini sedikit-sebanyak memudahkan untuk melengkapkan perkataan yang ingin dituliskan.

#zairo