Sunday, April 28, 2013

378. Back to Base

1. Saya baru selesai memasang dan ubahsuai Ubuntu 13.04 pada laptop saya. Ianya sedikit kepayahan kerana mulanya saya memasang Lubuntu 13.04 secara tingkatnaik daripada dalam talian.

2. Setelah selesai proses pemasangan, didapati saya tidak berjaya log masuk menerusi LXDM. Tukar kepada LightDM juga lagi teruk kerana tidak keluar skrin login.

3. Jenuh juga saya mencari penyelesaian menerusi telefon pintar kerana sudah tidak boleh masuk dalam desktop kecuali di terminal sahaja yang boleh menerusi CTRL-ALT-F2 di mana login pengguna adalah berjaya. Ini bermakna ada masalah dengan LXDM.

4. Akhirnya saya mengambil keputusan memasang Ubuntu-Desktop.
$ sudo apt-get install ubuntu-desktop.
$ sudo reboot
dan sangkut juga di LXDM. Saya tekan masuk ke terminal menerusi CTRL-ALT-F2 dan menaip
$  ls -ld $HOME $HOME/.dmrc
$  chmod og-w $HOME $HOME/.dmrc
$  ls -ld $HOME $HOME/.dmrc
$ startx
lalu berjaya masuk ke desktop. Alhamdulillah.

5. Setelah itu saya membuang aplikasi LightDM, LXDM dan LXDE  kerana saya hanya mengunakan satu Desktop Manager(UNITY + GNOME2) dan satu Display Manager(GDM).
$ sudo apt-get install gdm
$ sudo apt-get remove lightdm
$ sudo apt-get remove lxdm
$ sudo apt-get remove lxde
$ sudo apt-get autoremove

6. Saya tidak pernah mengunakan Unity secara teliti dan hanya pernah guna di Virtualbox. Rupanya Unity ini sangat menarik dan ramah pengguna. Saya rasa keselesaan itu daripada pertama kali mengunakannya.

7. Kali ini saya memasang Ubuntu lebih awal berbanding versi lepas yang saya pasang pada bulan Februari 2012 yang lalu. Ini kerana saya bercuti selama 2 hari minggu depan dan ada masa lebih untuk memperbetulkan sekiranya masalah berlaku semasa pemasangan.

8. Saya suka dengan Terminal pada Ubuntu kerana boleh buat transparent background dengan mudah pada preference. Terminal pada Lubuntu, transparent background adalah wallpaper desktop dan bukan aplikasi di bawah terminal.

9. Ikon default pada Ubuntu lebih besar berbanding Lubuntu. Dash sangat selesa digunakan untuk membuka aplikasi-aplikasi dan folder.

10. Syukur tidak ada aplikasi yang terjejas teruk semasa menaiktaraf Ubuntu. Ini sangat penting kerana jika perlu pasang semula setiap 6 bulan daripada baru sangatlah tidak ramah pengguna.

p/s Masalah shutdown kadang-kadang loading tidak henti-henti kerana masalah gnome2 permission diatasi dengan arahan berikut:
$ chown -hR $USER .gnome2/
$ chown -hR $USER .gnome2_private/

Untuk dapatkan semula scroll bar tanpa overlay
$ gsettings set com.canonical.desktop.interface scrollbar-mode normal
Untuk kembali ke default scroll bar
$  gsettings reset com.canonical.desktop.interface scrollbar-mode

#zairo

Friday, April 26, 2013

377. Bowling Part 2

1. Hari ini bermain 3 bingkai. 2 bingkai dapat masing-masing 84 (nombor 2 bersama seorang lagi pemain) dan 83 (Nombor 5 bersama - tercorot) manakala bingkai terakhir dapat 104 (nombor 3).

2. Mula-mula masih tercari-cari teknik yang betul untuk bola putar. Jenuh juga mencuba-cuba. Rupanya saya bermain agak salah kerana berada di tengah-tengah landasan sedangkan saya ingin membuat bola putar.

3. Kesilapan kedua saya adalah membuat putaran terlalu awal. Sepatutnya perlu membuat balingan menegak dah apabila sudah 0 darjah baru memulakan putaran lengan ke sebelah kiri.

4. Cara saya membuat balingan adalah memastikan di sebelah kiri dan kanan landasan saya tidak ada orang membuat balingan dalam masa serentak kerana ini boleh menganggu kosentrasi. Sama ada membiarkan mereka membuat balingan dahulu atau pun saya membuat balingan asalkan tidak secara serentak.

5. Saya menarik satu nafas panjang sebelum membuat teknik balingan yang memerlukan 2 langkah kaki kanan dan 2 langkah kaki kiri. Sebelum melihat teknik ini di Youtube, saya hanya membuat 2 langkah sahaja. Rupanya teknik yang betul adalah dalam 4 langkah.

6. Tangan menghayun seperti ladung seperti kira-kira 180 darjah ke belakang untuk memberikan impak maksima kepada jatuhan pin.

7. Balingan perlu dibuat dengan agak pantas, bukan terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Jika dibuat dengan perlahan kononnya untuk mengawal pergerakan sendiri akan tetapi ianya tidak berhasil seperti yang diharapkan.

8. Secara keseluruhan saya memperolehi peningkatan dalam permainan untuk minggu ini. Ini merupakan minggu kedua saya membuat balingan secara putar.

9. Balingan putar memerlukan kelajuan yang tertentu berbanding balingan secara tegak yang boleh dibuat secara perlahan, laju dan kelajuan sederhana.

10. Untuk 3 bingkai hari ini saya membuat 4 kali strike tetapi 2 daripadanya tidak dikira kerana ada sedikit masalah teknikal pada mesin. Paling penting dapat belajar teknik yang betul untuk bola putar dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

#zairo

Saturday, April 20, 2013

376. Glow In The Dark Bowling

1. Saya ada pengalaman suka duka bermain boling. Pernah mendapat tempat tercorot dalam pemilihan boling di syarikat lama menyebabkan saya menyepi daripada bermain boling untuk suatu ketika.

2. Semalam saya bermain bowling untuk 2 minggu berturut-turut. Ini merupakan aktiviti baru teman sekerja saya. Kami bermain 2 frame sahaja.

3. Berikut adalah keputusan 3 minggu lepas
Minggu 1 frame 1: Tidak bermain.
Minggu 1 frame 2: Tidak bermain.
Minggu 2 frame 1: 81 (Tempat ke-6 daripada 6 peserta)
Minggu 2 frame 2: 106 (Tempat ke-3 daripada 6 peserta
Minggu 3 frame 1: 93 (Tempat ke-4 daripada 5 peserta)
Minggu 3 frame 2: 161 (Tempat pertama daripada 5 peserta)

4. Setiap pin yang berjaya dijatuhkan dikira sebagai 1 jatuhan pin. Jika 9 pin dijatuhkan untuk setiap pusingan maka anda mendapat 90 jatuhan pin.

5. Jika spare akan dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 1 kali balingan berikutnya. Jika semua balingan adalah spare maka jumlah jatuhan pin ada adalah antara 109 hingga 181.

6. Jika strike dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 2 kali balingan berikutnya. Ini menjadikan jumlah pin maksima adalah 300 jatuhan pin yang dipanggil permainan sempurna.

7. Jika anda berselang seli antara spare dan strike maka jumlah jatuhan spin adalah 190.

8. Laman sesawang untuk teori pengiraan mata dalam boling adalah di http://tralvex.com/pub/bowling/BSC.htm

9. Sasaran saya setiap kali bermain boling adalah mendapat mata lebih daripada 100 jatuhan pin walau pun frame pertama selalu bawah 100, hu2. Untuk mendapat 100 jatuhan pin tidak memerlukan sebarang strike dan memerlukan sekurang-kurangnya 1 spare pada bukan pusingan terakhir. Jika mendapat beberapa strike, ini memberikan lebih peluang untuk melepasi paras 100 malahan memberikan mata yang lebih tinggi. Jika sudah boleh kekalkan lebih daripada 100 jatuhan pin baru beralih kepada sasaran lebih daripada 200 jatuhan pin yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 kali strike.

10. Buat pertama kalinya semalam saya membuat bola spin hasil daripada melihat panduan di Youtube dan perbincangan dengan rakan-rakan. Pada mulanya tidak menjadi seperti yang diharapkan akan tetapi semasa di frame kedua, ianya menjadi strike sebanyak 4 kali berturut-turut. Benarlah seperti teori, ianya lebih mudah strike mengunakan bola spin berbanding bola lurus.

p/s Adakah 161 jatuhan pin markah yang bagus? Untuk bermain saja-saja sekitar 130 jatuhan pin adalah markah yang baik. Untuk pemain liga, 175 jatuhan pin adalah markah yang baik. Pemain negara biasanya melebihi 220 jatuhan pin. Oleh kerana bermain saja-saja, ianya markah yang bagus.

#zairo

Monday, April 15, 2013

375. Calon

Memang susah nak suruh orang buat kerja amal contohnya seperti muat turun aplikasi, retweet, like dan share. Tapi tidak semua orang begitu, ada yang okay.

Dari situ kita tahu mana kawan sejati dan kawan biasa. Kawan sejati akan tolong kita tanpa soal untuk apa kena buat semua ini akan tetapi terus buat tanpa banyak soal.

Manusia ada macam-macam jenis. Kita tidak boleh anggap orang lain macam kita atau paksa orang bersikap seperti kita. Itu yang saya faham melalui pengalaman hidup untuk selama ini. Biarkan mereka dengan cara masing-masing asalkan mereka bahagia dah tidak menyusahkan aku, hu2.

Selalunya bila ada masalah baru cari kawan. Bila hidup senang langsung lupa kawan. Telefon tak angkat dan mesej tak jawab. Bila ditanya sibuk katanya tapi bila ada masalah tak pernah sibuk pun untuk cari kita.

Cukup untuk cerita itu. Oh ya, saya baru dapat menghubungi kawan-kawan lama yang sama Asasi dahulu dan satu kumpulan dengan saya iaitu L2. Masing-masing sudah berjaya dengan kehidupan sendiri, Alhamdulillah. Lebih 10 tahun tidak bersua tiba-tiba kenal di MukaBuku. Mereka masih sama seperti dulu.

Oh ya, saya ketua kumpulan L2. Menawarkan diri sebab sudah tiada sesiapa yang berminat untuk mencalonkan diri sendiri. Saya tidak suka menjadi ketua pun tapi sejak sekolah rendah selalu dicalonkan sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas. Sekolah menengah baru saya jadi orang biasa tanpa jawatan dalam kelas, huhu. Untuk rekod, saya pernah menjadi penolong ketua kelas darjah 2, ketua kelas darjah 3, penolong ketua kelas darjah 4, ketua kelas 5M dan ketua kelas 6M.

Saya ditawarkan menjadi pengawas semasa darjah 6 dan tingkatan 5 tetapi saya menolak. Saya lebih suka menjadi orang biasa, hu2.

Oh ya, saya tidak berminat untuk bercakap pasal politik pun. Saja mengambil angin pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 ini. Selamat mengundi semua. Undilah dengan bijaksana dan jangan sampai menyesal dan dipersalahkan oleh generasi selepas kita.

#zairo