Monday, April 15, 2013

375. Calon

Memang susah nak suruh orang buat kerja amal contohnya seperti muat turun aplikasi, retweet, like dan share. Tapi tidak semua orang begitu, ada yang okay.

Dari situ kita tahu mana kawan sejati dan kawan biasa. Kawan sejati akan tolong kita tanpa soal untuk apa kena buat semua ini akan tetapi terus buat tanpa banyak soal.

Manusia ada macam-macam jenis. Kita tidak boleh anggap orang lain macam kita atau paksa orang bersikap seperti kita. Itu yang saya faham melalui pengalaman hidup untuk selama ini. Biarkan mereka dengan cara masing-masing asalkan mereka bahagia dah tidak menyusahkan aku, hu2.

Selalunya bila ada masalah baru cari kawan. Bila hidup senang langsung lupa kawan. Telefon tak angkat dan mesej tak jawab. Bila ditanya sibuk katanya tapi bila ada masalah tak pernah sibuk pun untuk cari kita.

Cukup untuk cerita itu. Oh ya, saya baru dapat menghubungi kawan-kawan lama yang sama Asasi dahulu dan satu kumpulan dengan saya iaitu L2. Masing-masing sudah berjaya dengan kehidupan sendiri, Alhamdulillah. Lebih 10 tahun tidak bersua tiba-tiba kenal di MukaBuku. Mereka masih sama seperti dulu.

Oh ya, saya ketua kumpulan L2. Menawarkan diri sebab sudah tiada sesiapa yang berminat untuk mencalonkan diri sendiri. Saya tidak suka menjadi ketua pun tapi sejak sekolah rendah selalu dicalonkan sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas. Sekolah menengah baru saya jadi orang biasa tanpa jawatan dalam kelas, huhu. Untuk rekod, saya pernah menjadi penolong ketua kelas darjah 2, ketua kelas darjah 3, penolong ketua kelas darjah 4, ketua kelas 5M dan ketua kelas 6M.

Saya ditawarkan menjadi pengawas semasa darjah 6 dan tingkatan 5 tetapi saya menolak. Saya lebih suka menjadi orang biasa, hu2.

Oh ya, saya tidak berminat untuk bercakap pasal politik pun. Saja mengambil angin pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 ini. Selamat mengundi semua. Undilah dengan bijaksana dan jangan sampai menyesal dan dipersalahkan oleh generasi selepas kita.

#zairo