Saturday, April 20, 2013

376. Glow In The Dark Bowling

1. Saya ada pengalaman suka duka bermain boling. Pernah mendapat tempat tercorot dalam pemilihan boling di syarikat lama menyebabkan saya menyepi daripada bermain boling untuk suatu ketika.

2. Semalam saya bermain bowling untuk 2 minggu berturut-turut. Ini merupakan aktiviti baru teman sekerja saya. Kami bermain 2 frame sahaja.

3. Berikut adalah keputusan 3 minggu lepas
Minggu 1 frame 1: Tidak bermain.
Minggu 1 frame 2: Tidak bermain.
Minggu 2 frame 1: 81 (Tempat ke-6 daripada 6 peserta)
Minggu 2 frame 2: 106 (Tempat ke-3 daripada 6 peserta
Minggu 3 frame 1: 93 (Tempat ke-4 daripada 5 peserta)
Minggu 3 frame 2: 161 (Tempat pertama daripada 5 peserta)

4. Setiap pin yang berjaya dijatuhkan dikira sebagai 1 jatuhan pin. Jika 9 pin dijatuhkan untuk setiap pusingan maka anda mendapat 90 jatuhan pin.

5. Jika spare akan dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 1 kali balingan berikutnya. Jika semua balingan adalah spare maka jumlah jatuhan pin ada adalah antara 109 hingga 181.

6. Jika strike dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 2 kali balingan berikutnya. Ini menjadikan jumlah pin maksima adalah 300 jatuhan pin yang dipanggil permainan sempurna.

7. Jika anda berselang seli antara spare dan strike maka jumlah jatuhan spin adalah 190.

8. Laman sesawang untuk teori pengiraan mata dalam boling adalah di http://tralvex.com/pub/bowling/BSC.htm

9. Sasaran saya setiap kali bermain boling adalah mendapat mata lebih daripada 100 jatuhan pin walau pun frame pertama selalu bawah 100, hu2. Untuk mendapat 100 jatuhan pin tidak memerlukan sebarang strike dan memerlukan sekurang-kurangnya 1 spare pada bukan pusingan terakhir. Jika mendapat beberapa strike, ini memberikan lebih peluang untuk melepasi paras 100 malahan memberikan mata yang lebih tinggi. Jika sudah boleh kekalkan lebih daripada 100 jatuhan pin baru beralih kepada sasaran lebih daripada 200 jatuhan pin yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 kali strike.

10. Buat pertama kalinya semalam saya membuat bola spin hasil daripada melihat panduan di Youtube dan perbincangan dengan rakan-rakan. Pada mulanya tidak menjadi seperti yang diharapkan akan tetapi semasa di frame kedua, ianya menjadi strike sebanyak 4 kali berturut-turut. Benarlah seperti teori, ianya lebih mudah strike mengunakan bola spin berbanding bola lurus.

p/s Adakah 161 jatuhan pin markah yang bagus? Untuk bermain saja-saja sekitar 130 jatuhan pin adalah markah yang baik. Untuk pemain liga, 175 jatuhan pin adalah markah yang baik. Pemain negara biasanya melebihi 220 jatuhan pin. Oleh kerana bermain saja-saja, ianya markah yang bagus.

#zairo