Friday, April 26, 2013

377. Bowling Part 2

1. Hari ini bermain 3 bingkai. 2 bingkai dapat masing-masing 84 (nombor 2 bersama seorang lagi pemain) dan 83 (Nombor 5 bersama - tercorot) manakala bingkai terakhir dapat 104 (nombor 3).

2. Mula-mula masih tercari-cari teknik yang betul untuk bola putar. Jenuh juga mencuba-cuba. Rupanya saya bermain agak salah kerana berada di tengah-tengah landasan sedangkan saya ingin membuat bola putar.

3. Kesilapan kedua saya adalah membuat putaran terlalu awal. Sepatutnya perlu membuat balingan menegak dah apabila sudah 0 darjah baru memulakan putaran lengan ke sebelah kiri.

4. Cara saya membuat balingan adalah memastikan di sebelah kiri dan kanan landasan saya tidak ada orang membuat balingan dalam masa serentak kerana ini boleh menganggu kosentrasi. Sama ada membiarkan mereka membuat balingan dahulu atau pun saya membuat balingan asalkan tidak secara serentak.

5. Saya menarik satu nafas panjang sebelum membuat teknik balingan yang memerlukan 2 langkah kaki kanan dan 2 langkah kaki kiri. Sebelum melihat teknik ini di Youtube, saya hanya membuat 2 langkah sahaja. Rupanya teknik yang betul adalah dalam 4 langkah.

6. Tangan menghayun seperti ladung seperti kira-kira 180 darjah ke belakang untuk memberikan impak maksima kepada jatuhan pin.

7. Balingan perlu dibuat dengan agak pantas, bukan terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Jika dibuat dengan perlahan kononnya untuk mengawal pergerakan sendiri akan tetapi ianya tidak berhasil seperti yang diharapkan.

8. Secara keseluruhan saya memperolehi peningkatan dalam permainan untuk minggu ini. Ini merupakan minggu kedua saya membuat balingan secara putar.

9. Balingan putar memerlukan kelajuan yang tertentu berbanding balingan secara tegak yang boleh dibuat secara perlahan, laju dan kelajuan sederhana.

10. Untuk 3 bingkai hari ini saya membuat 4 kali strike tetapi 2 daripadanya tidak dikira kerana ada sedikit masalah teknikal pada mesin. Paling penting dapat belajar teknik yang betul untuk bola putar dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

#zairo