Saturday, December 28, 2019

468. Schedule and Calendar

1. Versi percuma untuk aplikasi Mujur, Planner dan Jawi Transliterasi sudah ditamatkan untuk memberi ruang kecepatan dan keselesaan kepada pembangun untuk fokus kemaskini kepada satu-satu aplikasi tanpa mengemaskini 2 aplikasi berbeza untuk 1 fungsi yang sama.

2. Jawi Pro sedang mengalami penambahbaikan dari segi kesilapan ejaan dari semasa ke semasa manakala Mujur Bulet Journal sedang ditambahbaik untuk memberikan keselesaan kepada pengguna dari semasa ke semasa.

3. Dalam Mujur Planner sebelum ini ada 4 log iaitu
a. Daily Logs
b. Weekly Logs
c. Monthly Logs
d. Future Logs.

4. Kemudian saya menambah 2 log baru iaitu
a. Fortnightly Logs
b. Yearly Logs.

5. Hasil pengamatan saya, log yang terlalu banyak menyukarkan membuat pilihan untuk log yang ingin digunakan setiap masa dan ketika. Lalu datang idea baru yang lain iaitu menghasilkan satu log rumusan dan satu log perincian.

6. Maka terhasil Schedule dan Calendar menggantikan semua log yang ada di mana Schedule akan memaparkan task dan event untuk setahun manakala Calendar memaparkan data yang sama tapi dalam format kalendar.

7. Sebelum ini saya banyak menggunakan log mingguan sebagai rutin untuk semakan tugasan yang sedang dan akan dibuat. Akan tetapi ada ketika memerlukan log 2 minggu. Akhirnya saya membuat keputusan bahawa setiap log memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk membolehkan ia mengisi semua log harian, mingguan, 2 minggu, bulanan dan sebagainya.

8. Tugas untuk menambahbaik juga menjadi lebih mudah kerana tidak ada banyak antaramuka yang perlu dikemaskini.

9. Sekarang dalam Mujur Planner mempunyai 3 log sahaja iaitu
a. Agenda - semua task dan event. Mudah untuk merancang semula tugasan yang telah lepas.
b. Schedule - task dan event semasa dan akan datang. Mudah untuk melihat tugasan semasa dan akan datang untuk semakan.
c. Calendar - task dan event semasa dan akan datang dalam format kalendar. Mudah untuk melihat tarikh dan hari untuk masukan baru.

10. Buku Planner analog saya gunakan untuk tugasan kerja. Untuk semua senarai tugasan peribadi, kerja dan lain-lain ada disimpan dalam Mujur Planner untuk mudah diperhatikan kerana sentiasa dibawa ke mana-mana berbanding Buku Planner yang hanya dibawa semasa waktu kerja.

11. Apa perkara yang ada dalam Mujur Planner? Banyak yang boleh dimasukkan seperti senarai barang untuk dibeli, perjumpaan dengan keluarga dan rakan-rakan, lokasi geokod, peringatan, hutang / pinjaman yang perlu dibayar, hutang / pinjaman yang akan diterima, bayaran bil, tarikh luput barang, tarikh akhir tugasan dan banyak lagi.

12. Terdapat 10 kategori dalam Mujur Planner yang merangkumi semua bidang iaitu
a. Business
b. Contact
c. Due and Expiry
d. Event
e. Expense
f. Groceries
g. Home
h. Idea
i. Interest
j. Personal

#zairo

Saturday, November 30, 2019

467. Twenty 20

1. Macam biasa penghujung tahun adalah entri untuk saya RUMUSKAN apa yang telah dibuat sepanjang tahun ini (2019).

2. Untuk tahun ini, saya menukar TELEFON PINTAR daripada Nokia 5 kepada Nokia 2.1 dan seterusnya menggunakan Realme C1. Harga asal RM450 tapi membeli dengan harga RM299 kerana menggunakan pelan telco (Termasuk bayaran pendahuluan RM100 mewakili 2 bulan pertama). Harga telefon yang saya bayar cuma RM99.

3. Saya mula membuat aplikasi PLANNER bernama Mujur Planner yang dikembangkan daripada aplikasi Zairotask.

4. Saya membuat senarai KATEGORI untuk data dalam telefon, laptop, emel dan planner.

5. Saya membeli Mi Band 3, sebuah jam tangan untuk KECERGASAN berharga RM129.

6. Buat pertama kalinya JUMLAH PENGGUNA aplikasi Jawi Transliterasi mengatasi jumlah tertinggi yang pernah diraih oleh aplikasi Zairopray saya yang pernah menjadi aplikasi paling ramai pengguna muat turun berbanding semua aplikasi saya yang lain.

7. Jawi PRO berharga RM4.99 mula diluncurkan di Google Play.

8. Secara rasminya saya telah SELESAI dengan aplikasi Jawi Transliterasi. Tiada lagi modul baru yang ditambah. Kemaskini yang ada hanyalah pembetulan ejaan yang salah dalam Jawi.

9. Untuk 2020, saya belum ada kata putus untuk projek terbaru. Mungkin mengemaskini font Jawi Kufi dengan menambah HARAKAT. Saya sudah membuat sedikit percubaan dan ternyata ianya mengambil masa yang lama dan saya putuskan untuk dibuat pada tahun 2020, InshaAllah.

10. Saya juga ada membuat aplikasi AL-QURAN. Naskah Al-Quran memerlukan semakan daripada KDN sebelum ianya diluncurkan dalam Google Play.

#zairo

Wednesday, October 2, 2019

466. Jawi Pro

1. Kalau sebelum ini ada Mujur Planner Lite dan Mujur Planner, sekarang sudah ada Jawi Transliterasi dan Jawi Pro.

2. Beza antara Jawi Transliterasi dan Jawi Pro adalah Jawi Pro menyediakan transliterasi nama.

3. Harga untuk Jawi Pro cuma RM4.99 sama seperti harga untuk Mujur Planner.

4. Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan untuk Jawi Pro. Sudah sampai masanya untuk saya cuba membangunkan aplikasi yang lain pula.

5. Ada beberapa aplikasi yang berada dalam minda saya untuk dibangunkan dan saya masih belum membuat sebarang keputusan.

6. Kedua-dua aplikasi Jawi ini merupakan antara aplikasi terbaik yang pernah saya hasilkan, Alhamdulillah. Aplikasi ini lebih kepada algoritma berbanding rekaan antaramuka yang cuma ada papan kekunci.

7. Kalau dulu saya pernah mengatakan aplikasi Zairoute merupakan aplikasi terbaik saya. Kemudian saya mengatakan Zairopray adalah aplikasi terbaik saya pula. Kini tentulah aplikasi Jawi ini menjadi penanda aras baru saya untuk saya terus menghasilkan aplikasi yang lebih baik.

8. Berbeza dengan aplikasi-aplikasi lain yang saya bangunkan, aplikasi Jawi dikemaskini hampir setiap hari dan minggu selama hampir 4 tahun untuk memastikan banyak perkataan dapat ditransliterasi secara tepat.

9. Lebih 10 ribu perkataan telah disemak dan ini tidak termasuk perkataan-perkataan yang diperbetulkan dari semasa ke semasa saban hari.

10. Terima kasih kepada semua pengguna aplikasi Jawi saya yang sentiasa menyokong dan memberikan banyak cadangan yang bernas walau pun tak semua dapat saya jelmakan di dalam aplikasi.

#zairo

Saturday, September 7, 2019

465. Tulisan Jawi

1. Alhamdulillah, buat pertama kalinya jumlah pengguna aplikasi Jawi Transliterasi mengatasi jumlah tertinggi yang pernah diraih oleh aplikasi Zairopray saya yang pernah menjadi aplikasi paling ramai pengguna muat turun berbanding semua aplikasi saya yang lain.

2. Ini berlaku kerana fenomena tulisan Jawi yang sebulan dua ini kerap diperkatakan di media sosial.

3. Selain itu, ia juga disebabkan oleh saya yang kerap membuat pemasaran Jawi Transliterasi kepada golongan sasar dengan berkongsi di Twitter pautan Jawi Aplikasi untuk dimuat turun.

4. Niat saya lebih kepada menolong orang yang memerlukan bantuan dalam pencarian aplikasi Rumi ke Jawi. Cara terbaik menaip dalam Rumi dan output adalah dalam Jawi. Ini lebih menjimatkan masa berbanding menaip dalam Jawi yang sememangnya ada nilai yang tersendiri.

5. Aplikasi Jawi Kufi merupakan sebuah aplikasi papan kekunci yang menggabungkan data kamus dan algoritma untuk menukar input Rumi kepada output Jawi yang lebih tepat 99.9 peratus. Ini bermaksud dalam 1000 perkataan yang ditaip, cuma 1 perkataan yang salah transliterasinya dan perkataan itu adalah yang tidak difokuskan dalam Jawi Transliterasi seperti istilah-istilah dalam perubatan, sains dan sebagainya.

6. Teknik seperti ini memang banyak dilakukan dalam aplikasi berasaskan web namun untuk aplikasi papan kekunci Android mungkin Jawi Transliterasi merupakan aplikasi yang pertama.

7. Data kamus digunakan untuk perkataan lampau hukum Jawi seperti perkataan Arab, Inggeris dan Melayu. Untuk perkataan bahasa Melayu yang mengikut hukum Jawi, algoritma digunakan.

8. Apa kelebihan Jawi Transliterasi? Keutamaan adalah seberapa tepat banyak perkataan dapat ditransliterasi dan ini menjadi keutamaan Jawi Transliterasi.

9. Jawi Transliterasi juga dapat menukar nama daripada Rumi ke Jawi untuk banyak perkataan. Ini sedang ditambahbaik daripada semasa ke semasa.

10. Sebenarnya sebelum ini saya telah membuat keputusan daripada mengemaskini Jawi Transliterasi kepada mengemaskini Mujur Planner. Namun saya kembali semula kepada Jawi Transliterasi kerana seakan ada perjuangan yang masih belum selesai. Selepas saya berpuas hati dengan Jawi Transliterasi barulah saya kembali semula kepada Mujur Planner atau aplikasi yang lain pula, InshaAllah.

#zairo

Thursday, July 18, 2019

464. Mi Band 3

1. Saya baru membeli Mi Band 3 di ketika Mi Band 4 dilancarkan secara rasmi namun masih belum boleh dibeli secara rasmi di Malaysia kecuali pembelian dalam talian.

2. Harga rasmi ialah RM129 di mana saya membelinya di kedai Xiaomi di IOI Mall Putrajaya.

3. Pengecas bateri menggunakan USB yang boleh disambungkan kepada pengecas telefon USB.

4. Tujuan saya membelinya kerana ingin menggunakan sebagai jam di samping penggera untuk bangun tidur yang lebih efektif kerana gegeran yang ada padanya membantu untuk bangun tidur dengan berkesan.

5. Salah satu ciri utama adalah Step iaitu mengukur berapa langkah kita bergerak. Mengikut WHO, setiap hari kita perlu berjalan selama 40 minit atau pun 8000 langkah.

6. Selepas 5 hari menggunakannya, saya boleh katakan ianya adalah satu produk yang berkualiti daripada Xiaomi. Rakan-rakan saya ramai yang sudah membelinya sejak keluaran Mi Band 2 iaitu model pertama yang mempunyai antaramuka jam berbanding sebelumnya yang hanya ada isyarat berupa warna.

7. Fitness Tracker ini jauh lebih baik daripada Smart Watch kerana baterinya mampu bertahan dikatakan selama 20 hari berbanding Smart Watch yang perlu dicas setiap hari.

8. Apapun, smart watch dan smart band merupakan aksesori tambahan kepada telefon pintar dan bukannya mengantikan telefon pintar. Walau bagaimana pun, smart band dapat berfungsi secara besendirian tanpa sambungan bluetooth dengan telefon pintar. Sambung hanya diperlukan untuk permulaan sahaja dan juga ketika mahu mengeksport data daripada smart band ke telefon pintar.

9. Saya sudah lama tidak memakai jam tangan dan memakai smart band sebagai jam tangan nampak lebih anggun.

10. Satu lagi fungsi menarik adalah laporan jangkamasa tidur iaitu deep sleep dan light sleep setiap hari. Ini amat membantu untuk kita mengenalpasti corak tidur sama ada kita mempunyai tidur yang cukup atau pun tidak.

#zairo

Saturday, June 22, 2019

463. Mujur Planner

1. Bermula dengan Zairotask yang merupakan sebuah aplikasi To-do List. Kemudian Zairotask dinaiktaraf kepada planner.

2. Selepas itu, saya bercadang untuk menghasilkan sebuah aplikasi pertama saya yang berbayar lalu wujudnya Mujur Planner. 

3. Ada cadangan daripada seorang rakan supaya menyediakan versi Lite saya terima kerana ini membolehkan pengguna mencuba aplikasi ini sebelum membuat keputusan sama ada kekal menggunakan versi Lite atau Premium. Akhirnya Zairotask telah dinyahaktif.

4. Ada 2 versi aplikasi Mujur Planner iaitu Premium dan Lite.

5. Beza antara versi Lite dan Premium adalah
a. Versi Premium ada butang ubah pada tetapan.
b. Versi Premium ada lebih banyak kategori.
c. Versi Lite cuma ada 3 kategori iaitu Business, Idea dan Personal. Versi Premium didatangkan dengan 10 kategori.

6. Kedua-dua versi boleh backup dan restore data.

7. Data yang telah dibackup boleh direstore pada kedua-dua versi.

8. Kedua-dua versi akan sentiasa menerima kemaskini kod terkini yang sama.

9. Setakat ini, ada 6 kategori iaitu
a. Task.
b. Event.
c. Note.
d. Habit.
e. Contact.
f. Expense.
Task, Event, Note dan Habit adalah kategori yang utama. Contact saya tambah untuk menggunakan fungsi sambungan peta ke Google Map dan Waze. Expense pula untuk memaparkan amaun bulan semasa dan bulan lepas.

10. Aplikasi ini menggunakan Bahasa Inggeris namun untuk data saya hampir keseluruhannya adalah dalam tulisan Jawi.

#zairo

Sunday, March 17, 2019

462. Housekeeping

1. Perkara terpenting dalam mengemaskini data di dalam laptop dan telefon pintar adalah nama kategori yang sesuai dan jumlah kategori adalah tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.

2. Setelah membuat beberapa kajian saban tahun, saya telah berhasil menemui 11 kategori yang boleh digunakan untuk planner, emel, data dalam telefon dan laptop.

3. Berikut adalah info berkaitan
a. Planner
i. Business
ii. Personal
iii. Home
iv. Event
v. Idea
vi. Interest
vii. Expense
viii. Contact
ix. Due and Expiry
x. Grocery List

Laptop
i. Business
ii. Personal
iii. Home
iv. Event
v. Idea
vi. Interest
vii. Expense
viii. Contact

Emel
i. Business
ii. Personal
iii. Home
iv. Event
v. Idea
vi. Interest

vii. Expense

Phone
i. Business
ii. Personal
iii. Home
iv. Event
v. Idea
vi. Interest

4. Di dalam setiap kategori akan mempunyai subkategori yang tertentu dan itu terpulang kepada anda menentukannya.

5. Data yang tersusun membolehkan pencarian info lebih cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat membolehkan kita membuat sesuatu perkara dengan lebih berkesan.

6. Definisi 11 kategori ini mungkin berbeza untuk anda dan ini tidak mengapa. Apa yang penting adalah konsisten dengan meletakkan data yang berkaitan dalam kategori yang sama.

7. Mungkin anda juga ada senarai kategori yang telah biasa digunakan. Kekalkan dengan cara anda jika itu yang terbaik untuk anda. Cuma saya mencadangkan adalah lebih baik jika kategori dalam laptop dan telefon pintar hampir sama untuk memudahkan proses pemindahan data daripada laptop ke telefon pintar dan sebaliknya.

8. Alhamdulillah, kaedah Planner banyak membantu saya untuk menguruskan diri dengan lebih baik dalam mengemaskini data dalam laptop dan telefon pintar.

#zairo

Thursday, February 21, 2019

461. Oppo

Realme C1. Perbandingan dengan 2 telefon pintar saya yang terdahulu.

1. Harga RM199 daripada Celcom pascabayar dengan plan XP50 (Bayaran pendahuluan RM100 mewakili 2 bulan pertama. Jumlah perlu bayar adalah RM299) dengan panggilan tanpa had dan 10GB data. Harga asal RM450 (+1).
Nokia 2.1: RM250 (Harga asal RM415).
Nokia 5: RM799.

2. Custom Android (=). Antara aplikasi sedia ada adalah
a. aplikasi untuk padam skrin
b. 2 kali tap untuk buka skrin.
c. Perakam suara panggilan.
d. Perakam skrin.
Nokia 2.1: Stok Android.
Nokia 5: Stock Android.

3. Android 8.1 Oreo dan ColorOS 5.1 (+1).
Nokia 2.1: Android 8.1 Oreo
Nokia 5: Android 7.1.1 Nougat.

4. Skrin 6.2 inci (+1).
Nokia 2.1: Skrin 5.5 inci.
Nokia 5: Skrin 5.2 inci.

5. Kapasiti bateri 4230mAh (+1).
Nokia 2.1: 4000mAh.
Nokia 5: 3000mAh.

6. Pemproses Qualcomm Snapdragon 450 1.8Ghz octa-core (+1)
Nokia 2.1: Qualcomm Snapdragon 425 1.4GHz quad-core
Nokia 5: Qualcomm Snapdragon 430 1.4GHz octa-core

7. RAM 2GB (+1).
Nokia 2.1: 1GB.
Nokia 5: 2GB.

8. Storan dalaman: 16GB (+1).
Nokia 2.1: 8GB.
Nokia 5: 16GB.

9. Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP + 2MP (+1).
Nokia 2.1: 5MP dan 8MP.
Nokia 5: 8MP dan 13MP.

10. Magnetometer (kompas): Ada (+1).
Nokia 2.1: Tiada.
Nokia 5: Ada.

11. Pengecasan pantas: Tiada (-1).
Nokia 2.1: Tiada.
Nokia 5: Ada.

12. Fingerprint: Tiada (-1).
Nokia 2.1: Tiada.
Nokia 5: Ada.

7.5/12.

#zairo

Sunday, January 6, 2019

459. Nokia 2.1

1. Tahun baru sudah tiba. Awal tahun ini, ada sedikit masalah dengan telefon Nokia 5 yang saya gunakan sejak 18 bulan lalu iaitu sejak 2 Julai 2017 ini.

2. Saya perasan masalah bateri cepat habis selepas kemaskini Android Security Dec 2018. Mulanya saya menangguhkan kemaskini Android Security Dec 2018 kerana ketika itu peratus bateri sedikit. Selalunya bateri dalam 75% dan ke atas baru saya sedia untuk kemaskini OS atau pun Android Security.

3. Selepas dikemaskini, didapati bateri cepat habis iaitu kurang daripada 4 jam. Ini sangat memeranjatkan saya kerana selama ini saya tidak bawa pengecas Android pun ke pejabat kerana selalunya Android saya dapat bertahan selama lebih 12 jam.

4. Pada mulanya saya mengikut arahan dalam komuniti iaitu mengosongkan cache pada storage dan dapat menambah masa daripada beberapa jam kepada 4 jam.

5. Kemudian saya menukar kepada bateri baru yang berharga RM80 dan didapati Nokia 5 dapat bertahan lebih daripada 12 jam, Alhamdulillah.

6. Masalah lain pula muncul apabila skrin didapati mengalami kerosakan kerana masalah teknikal yang berlaku. Sebelum itu, skrin sudah ada tanda-tanda rosak sedikit namun masih boleh digunakan.

7. Untuk mengantikan skrin paling murah adalah RM180. Ada kedai memberikan servis RM250 dan ada juga sebanyak RM350.

8. Saya memikirkan juga menukar ke telefon baru menarik juga cuma dengan menambah beberapa ratus atau puluh sahaja.

9. Kemudian ditemui ada orang menjual telefon second hand Nokia 2.1 dengan harga RM250 dan saya cuma perlu tambah RM70 daripada harga RM180 berbanding jika saya membaiki skrin LCD Nokia 5. Untuk rekod, harga telefon baru Nokia 2.1 adalah RM415.

10. Nokia 2.1 ada 2 keistimewaan iaitu skrin besar 5.5 inci dan bateri 4000mAh dikatakan mampu bertahan selama 2 hari.

11. RAM 1GB, storan dalaman 8GB, kamera depan 5MP dan kamera belakang 8MP sekadar okay.

12. Saya menunggu Android Pie untuk telefon ini, cia3.

#zairo