Wednesday, December 31, 2014

402. Twenty 15

Sorotan apa yang berlaku di tahun 2014.

1. Bermulanya saya kembali mengunakan Ubuntu 12.04 berbanding sebelumnya mengunakan Lubuntu. Paling menarik tentang Ubuntu untuk tahun ini adalah Ubuntu Phone yang bakal keluar pada Februari 2015. InshaAllah saya akan berusaha mendapatkannya.

2. Saya membeli laptop Fujitsu berwarna ungu, Alhamdulillah. Baru menukar skrin yang telah sedikit rosak berharga RM250. Saya mengunakan tetikus tanpa wayar dan tanpa pad. Sudah lebih 6 tahun saya mengunakan Ubuntu sebagai sistem pengoperasian utama. Kalau satu perkara saya boleh kaitkan dengan Ubuntu adalah tiada lengah masa.

3. Saya membeli telefon pintar Android Motorola Moto G yang merupakan model yang jarang saya gunakan. Nampaknya masih belum mendapat kemaskini Lolipop.

4. Saya mula mempelajari typeface dan telah membuat font Kufi Rumi. Font Kufi Arabic masih lagi dalam pembikinan dan bersambung di tahun 2015, InshaAllah.

5. Saya mula mengemaskini Zairotask yang terbengkalai selama 2 tahun. Walau pun tiada kemaskini selama tempoh itu, saya masih mengunakan Zairotask untuk kegunaan sendiri setiap hari. Bila wujudnya kemaskini Zairotask yang menjadikan ia semakin sempurna, ianya sangat berbaloi untuk digunakan, Alhamdulillah.

Mungkin selepas ini saya akan kurang mengemaskini aplikasi telefon pintar kerana ingin mempelajari dalam bidang lain pula seperti PostgresQL, Typeface, mendalami Ubuntu dan lain-lain.

Selamat Tahun Baru dan simpanlah azam anda di dalam hati. Kalau hendak tulis pun boleh dalam Zairotask. InshaAllah berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus, impian anda akan menjadi kenyataan.

#zairo

Thursday, December 4, 2014

401. 123, 123 Drink

1. Akhirnya setelah lebih 2 tahun tiada sebarang kemaskini untuk Zairotask, saya membuat keputusan untuk mengemaskini Zairotask pula setelah lebih 2 tahun memfokuskan kepada aplikasi Zairopray.

2. Zairotask merupakan aplikasi yang saya gunakan hampir setiap hari. Walau pun dengan antaramuka yang tidak begitu mesra pengguna, saya mengunakannya kerana memudahkan untuk saya menyimpan segala tugasan yang perlu dibuat, barang yang perlu dibeli dan mesyuarat yang perlu dihadiri.

3. Setelah melalui beberapa kemaskini, Zairotask sudah menjadi lebih selesa digunakan sekarang. Pangkalan data telah dirombak dan kod juga telah dipermudahkan dengan membuang ciri-ciri yang tidak lengkap dan akan ditambah jika berkelapangan.

4. Memang ada banyak aplikasi To-Do List di pasaran Android namun mengunakan aplikasi sendiri mempunyai makna yang tersendiri. Lagi pun terdapat ciri-ciri yang saya perlukan tiada dalam aplikasi sedia ada dan juga terdapat ciri-ciri yang saya tidak gemar memungkinkan saya untuk hadir dengan aplikasi sendiri.

5. Zairotask tidaklah secanggih banyak aplikasi lain yang seumpamanya di pasaran namun ianya cukup bermakna kerana memudahkan saya untuk mengurus segala tugasan saya sama ada melibatkan kerja atau pun peribadi.

6. Saya tidak pasti sejauh mana Zairotask akan membawa saya meneroka dalam dunia aplikasi Android namun ianya merupakan salah satu aplikasi yang akan saya fokus mulai sekarang dan akan datang.

#zairo

Saturday, November 15, 2014

400. Jimat

1. Sibuk satu hal. Malas hendak buka laptop untuk mengemaskini blog satu hal. Idea kurang satu hal. Tiga hal jadinya.

2. Mengemaskini daripada aplikasi Blogger daripada Google Inc. Ini mungkin dapat merajinkan diri ini.

3. Sekarang ini sedang berlangsung Kejohanan Catur Dunia di Sochi, Rusia. Sebagai generasi lama sudah tentu saya menyokong GM Anand yang terkenal dengan kepantasan membuat pergerakan dan teori bukamainan yang mendalam.

4. Saya telah membuat eksperimen mengunakan 2 simcard dan didapati bateri lebih cepat habis. Jadinya saya terpaksa mengunakan 1 simcard sahaja untuk menjamin tahap penjimatan bateri yang maksimum.

5. Untuk jimat bateri telefon

a. Buka wireless bila perlu sahaja.

b. Buka GPS bila perlu sahaja. GPS saving mode boleh on sepanjang masa.

c. Buka bluetooth bila perlu sahaja.

d. 3G atau HSDPA boleh digunakan sepanjang masa.

e. Tutup pengunaan notifikasi pada aplikasi kecuali aplikasi yang penting sahaja seperti SMS dan Google Hangout.

f. Guna 1 simcard sahaja untuk 1 telefon.

g. Brightness ditetapkan kepada mod automatik.

h. Tutup gegaran.

i. Tutup bunyi pada skrin sentuh.

j. Guna telefon pintar yang sudah diketahui memang jimat bateri dan dapat bertahan sekurang-kurangnya 16 hingga 18 jam dengan pengunaan normal.

#zairo

Monday, September 15, 2014

399. Never Lose Hope

Dari semasa ke semasa, saya sering ditanya berkaitan model telefon pintar yang terbaik untuk dibeli. Ada baiknya saya senaraikan panduan yang boleh digunakan dalam menentukan model telefon pintar yang sesuai untuk dibeli.

1. Beli MODEL yang TERKINI. Maksudnya baru keluar dalam 3 bulan kebelakangan ini atau selepasnya. Kalau beli model 2 tahun lepas contohnya, maksudnya tidak mengikuti perkembangan dan memiliki OS yang tidak terkini. OS terkini biasanya lebih digilap dan lebih ramah pengguna.

2. Beli model yang POPULAR. Model yang dibeli oleh ramai orang biasanya bagus dan jarang sekali bila ramai orang membeli dan model tersebut bermasalah. Contohnya Moto G merupakan model terlaris untuk telefon pintar bagi Motorola dan mempunyai model sambungan iaitu Moto G 2014.

3. Beli model yang mengunakan salah 1 daripada 2 SISTEM PENGOPERASIAN paling popular iaitu sama ada Android atau iOS. Model lain boleh juga dibeli jika anda memerlukan ciri-ciri tertentu yang tiada pada Android atau pun iPhone atau pun anda mempunyai alasan yang tersendiri.

4. Beli ikut BAJET anda. Kalau anda mempunyai bajet dalam lingkungan RM700 hingga RM800 maka Moto G 2014 menjadi model yang saya cadangkan. Jangan beli Moto G 2013, itu ketinggalan keretapi.

5. Beli ikut KEPERLUAN anda. Kalau anda sekadar memerlukan untuk panggilan dan SMS rasanya baik beli telefon yang berharga bawah RM200.

6. Anda mengunakan 2 KAD SIM. Ada 2 pilihan iaitu mengunakan 2 telefon atau pun mengunakan satu telefon tetapi mempunyai 2 slot kad sim iaitu contohnya model Moto G.

7. Anda seorang yang cemerkap kerana telefon selalu terjatuh atau mempunyai anak kecil yang selalu menjatuhkan telefon pintar anda? Ini boleh diatasi dengan membeli CASING tahan hentakan contohnya Otterbox. Kalau model yang anda beli tiada dijual casing di Malaysia tidak mengapa kerana boleh membeli mengunakan Amazon mengunakan kad kredit, kad debit atau pun paypal.

8. Duit bukan masalah bagi anda. Ini terpulang kepada anda untuk membeli model telefon pintar yang anda suka.

9. Anda seorang pembangun aplikasi. Ini memerlukan anda mempunyai telefon pintar yang sentiasa menyokong OS TERKINI. Contohnya model stok Android mempunyai kemaskini selama 18 bulan sebelum tiada sokongan diberikan untuk model terbaru. Maknanya anda perlu membeli telefon pintar baru setiap setahun setengah.

10. Anda rasa tercabar kerana kebanyakan rakan-rakan anda semuanya memiliki telefon pintar yang canggih dan terkini. Anda membeli telefon pintar untuk KEGUNAAN anda SENDIRI dan bukan untuk kegunaan orang lain. Terpulang kepada anda untuk menentukan model telefon yang anda perlukan.

Untuk selamat biasanya membeli telefon pintar dengan model top-end seperti Moto X, S4, Note 4, HTC One M8 dan Xperia Z3. Untuk jimat di samping mempunyai ciri-ciri yang tidak low-end adalah seperti Moto G. Untuk mengenal pasti model seperti Moto G memerlukan penelitian dan kajian kerana setakat ini selain daripada Moto G kebanyakkan model yang murah biasanya mempunyai spesifikasi tertentu yang rendah.
 
#zairo

Monday, August 4, 2014

398. Eid Mubarak 1435H

1. Setiap kali sambutan Hari Raya saya tidak ketinggalan dengan pantun rekaan sendiri. Ianya menyelitkan apa yang saya lakukan kini di samping mengalu-alukan kedatangan Hari Raya.

2. Saya telah membetulkan dan mengemaskini kufi yang terdapat pada about page untuk keempat-empat aplikasi saya iaitu Zairopray, Zairoliday, Zairoute dan Zairotask. Ini penting demi kepentingan ilmu.

3. Saya juga membetulkan ralat minor pada Zairopray dan Zairoliday. Susah sebenarnya untuk menambahbaik 4 aplikasi kerana ada juga perkara lain yang penting untuk saya lakukan selain daripada pembangunan aplikasi Android.

4. Melihat kepada Zairopray setelah lebih 2 tahun membangunkan secara on and off, ianya adalah usaha yang bersungguh-sungguh dan tekun demi memudahkan urusan berkaitan solat, waktu solat dan puasa.

5. Sebenarnya banyak lagi aplikasi ingin dibangunkan akan tetapi setakat membangunkan aplikasi tanpa ada penambahbaikan dan membiarkan terus ianya adalah merugikan. Ini menjadikan saya lebih memilih modul yang ingin dimasukkan dalam aplikasi sedia ada kerana saya tidak bercadang untuk membangunkan aplikasi baru disebabkan alasan tersebut.

6. Memang sesetengah aplikasi apabila telah mencapai tahap lengkap modulnya tidak perlu lagi ditambahbaik namun tidak semua aplikasi begitu sifatnya kerana kerumitan yang tinggi pada aplikasi tersebut.

7. Banyak cadangan yang saya terima terutamanya untuk Zairopray namun tidak semua yang saya boleh buat disebabkan oleh faktor tertentu. Namun Zairopray adalah seperti sekarang hasil daripada cadangan dan komen daripada anda semua. Banyak yang saya belajar dengan membangunkan Zairopray.

8. Aplikasi yang digunakan setiap hari adalah aplikasi yang berguna dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, Zairopray digunakan setiap hari untuk mengetahui masuknya waktu solat.

9. Untuk orang yang mudah mengingat jalan mungkin tidak memerlukan aplikasi seperti Google Map. Bagi orang yang sukar mengingat jalan atau selalu pergi ke tempat yang belum pernah pergi, aplikasi seperti Google Map sangat berguna. Zairotask menyediakan tempat untuk menyimpan geocode yang digunakan dalam Google Map. Jika mengunakan kenderaan awam, Zairoute berguna untuk memberitahu arah menunggu tren sama ada di sebelah sini atau sebelah sana juga memberikan maklumat pertukaran tren jika ada semasa pergi daripada lokasi A ke lokasi B.

10. Segalanya bermula semasa saya menaiki pengangkutan awam di mana terhasilnya Zairoute. Sebelum itu berbulan-bulan lamanya saya ingin membangunkan sebuah aplikasi namun ianya sekadar angan-angan kerana kemalasan diri ini mengatasi segalanya, erk. Kejarlah impian anda kerana ianya membahagiakan.

Dulu Android sekarang kufi,
Macam-macam dia punya hobi,
Semoga ceria di Aidil Fitri,
Maaf dipinta menyusun jari.

#zairo

Saturday, July 5, 2014

397. Dalam Pencarian

1. Masih lagi dalam penyiapan kufi Arabic. Kufi roman saya berjaya siapkan cuma dalam beberapa jam akan tetapi kufi Arabic jauh lebih sukar. Ianya tidak boleh mengunakan auto kerning dan terdapat ligature yang perlu dibuat untuk huruf tertentu.

2. Terdapat beberapa aplikasi typeface yang telah saya cuba sama ada dalam talian atau luar talian. Banyak sebenarnya yang saya cuba tapi masih belum menemui yang terbaik untuk saya gunakan yang menyokong kerning dan ligature.

3. Terdapat banyak istilah dalam typeface. Antaranya adalah kerning, leading, tracking dan ligature. Kerning adalah jarak di antara 2 huruf yang bersebelahan iaitu kiri dan kanan, leading adalah jarak antara dua huruf atas dan bawah manakala tracking adalah jarak antara perkataan. Ligature adalah 2 atau lebih huruf yang bersebelahan di tukar kepada huruf baru contohnya fa bertemu alif 5 bar akan bertukar menjadi fa dan alif 7 bar.

3. FontForge menjadi aplikasi utama saya kerana selain daripada percuma ianya lengkap dengan segala yang perlu dilakukan pada typeface.

4. FontLab Studio adalah aplikasi pro yang berharga USD999 yang didatangkan untuk platform Windows dan Mac. Ianya boleh digunakan untuk membuat kerning dan ligature.

5. Syarikat yang mengeluarkan FontLab Studio menyediakan 2 lagi aplikasi seumpamanya iaitu Fontographer dan TypeTool. FontLab Studio untuk pro, Fontographer untuk pereka grafik dan TypeTool untuk hobi.

6. Fontographer mempunyai modul yang lebih banyak daripada TypeTool tetapi kurang berbanding FontLab Studio dan berharga USD399

7. TypeTool tidak menyediakan kerning. Ianya menyediakan fungsi asas yang terdapat dalam FontLab Studio dan berharga USD49.99.

8. Hasil akhir typeface selalunya adalah .ttf (TrueType) atau .otf (OpenType). Kedua-duanya boleh dipasang pada Linux, Windows dan Mac. Untuk rekod, format ttf dibuat oleh Apple Inc manakala Microsoft menghasilkan format otf.

9. Saya masih lagi dalam penyiapan kufi Arabic. Typeface bukanlah bidang pengaturcaraan malah adalah bidang rekaan grafik namun minat dalam kufi membawa saya kepada satu dunia yang mencabar tetapi menarik untuk diterokai.

10. Dengan membuat typeface tidaklah menjadikan saya seorang pereka grafik yang hebat akan tetapi ianya memberikan saya satu nilai tambah dan pemahaman yang betul dalam senireka kufi dan typeface.

#zairo

Monday, June 9, 2014

396. Typeface

1. Untuk tahun ini saya mula serius dengan kufi. Walau pun saya sudah menyertai kumpulan FoKS di MukaBuku sekitar 2012 namun baru tahun ini saya bertanya soalan untuk kufi nama Zairo dan kemudiannya Azril. Ternyata banyak yang saya belajar daripada sesi pembelajaran tersebut. Percubaan nama Zairo hanya selesai selepas lebih daripada 20 kali percubaan. Itu pun setelah diberikan panduan oleh beberapa orang sifu kufi. Kalau tidak, mungkin tahun hadapan pun belum tentu dapat disiapkan.

2. Hasil daripada susah payah itu saya berjaya membetulkan kufi Azril dalam 2 percubaan. Mungkin saya sudah mula memahami serba sedikit teknik-teknik yang betul dalam menghasilkan kufi, Alhamdulillah.

3. Kemudian saya tidak berhenti setakat itu malah terperasan wujudnya satu typeface oleh salah seorang sifu kufi. Saya lambat untuk menjumpainya semula namun memang saya berkira-kira untuk menghasilkan satu typeface rumi dan arab.

4. Membuat typeface kufi rumi lebih mudah berbanding kufi Arab kerana dalam kufi Arab memerlukan setiap huruf mempunyai 4 jenis iaitu permulaan, pertengahan, akhir dan terpisah. Kalau kufi rumi cukup dengan aksara kecil dan besar serta nombor dan karakter khas.

5. Kemudian rakan saya memerlukan bantuan saya untuk menyiapkan satu kufi rumi lalu saya pun memperbaiki kufi huruf bersaiz 3x4 kepada 3x5 untuk memudahkan bacaan dan lebih meyakinkan.

6. Saya mengunakan Inkscape untuk membuat setiap huruf daripada A-Z, 0-9 dan karakter khas. Kemudian setiap huruf disimpan dalam satu fail .svg. Selepas itu ianya dieksport ke dalam aplikasi FontForge yang disimpan dalam format .sfd (kaedahnya adalah import .svg fail daripada aplikasi FontForge) dan kemudian dijanakan menjadi .ttf. Nampak macam mudah tapi sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diketahui juga seperti jarak antara huruf yang boleh dibuat automatik dan enkod yang perlu digunakan iaitu Windows Latins ("ANSI") untuk kufi rumi dan ISO 10646-1 (Unicode BMP) untuk kufi Arab.

7. Untuk memasang font .ttf ke dalam Ubuntu adalah dengan cara klik dua kali pada fail .ttf dan kemudian klik pada Install. Tara. Sudah sedia untuk digunakan dalam semua aplikasi yang ada pilihan font seperti Word, pengubah teks, Inkscape dan lain-lain. Untuk sistem pengoperasian lain, teknik memasang font adalah hampir sama.

8. Rupanya beribu-ribu font telah sedia dimuat turun dalam Internet seperti di dafont.com dan openfontlibrary.org. Saya juga bercadang untuk meletakkan font saya di salah satu laman tersebut secara percuma, InsyaAllah.

9. Membuat typeface yang menarik memerlukan masa dan teknik yang betul. Setelah membuat font rumi dan Arab barulah saya faham susah payah dalam menyiapkan satu typeface yang indah dan berguna.

10. Font dan typeface sering diguna bersilih ganti. Font dan typeface boleh diibaratkan seperti lagu di dalam album di mana font adalah lagunya dan typeface adalah albumnya.

#zairo

Thursday, May 1, 2014

395. Lagenda

Macam-macam berlaku di bulan April. Kedatangan lagenda catur dunia juga bekas juara catur dunia dan adalah pemain catur terhebat sepanjang zaman, GM Gary Kasparov ke Kuala Lumpur sangat mempesonakan. Terasa seakan bermimpi apabila dapat bertemu dengan beliau yang datang memberikan ucapan selama 30 minit dan sesi soal jawap beserta perlawanan catur serentak dengan 6 orang pemain catur amatur tanahair. Keputusan perlawanan berkesudahan 6-0 di mana beliau memenangi kesemua perlawanan.

Beliau tidak bercerita tentang catur semasa ucapannya kerana topik yang dibincangkan adalah berkisar tentang peluang perniagaan kepada usahawan muda. Semasa sesi soal jawab barulah ada berkaitan catur.

Antara yang dapat saya rakamkan daripada isi ucapan beliau dan sessi soal jawab:
1. Internet adalah inovasi terhebat sejak 1960 hingga kini.

2. Hasil R&D NASA membawa kepada perkembangan pelbagai teknologi seperti makanan, perisian dan perkakasan secara pantas hingga terhasil Android dan iPhone.

3. Ramai orang pintar membuat aplikasi dalam iPad. Ini tidaklah memberikan impak besar kepada dunia. Perlu ada kumpulan yang memikirkan cara untuk memberikan impak besar kepada teknologi dunia.

4. When more people think about important things, something great will happen.

5. Ask what you can do for your country not what I (Gary) can do for you. I am just a facilitator. The most important thing is the ground level.

6. Jangan takut kepada kegagalan kerana dengan kegagalan itu anda banyak belajar berbanding dengan ketika anda menang atau berjaya dengan apa yang anda usahakan.

7. Enjin carian pertama adalah Alta Vista namun sekarang didominasi oleh Google. Kalau anda ingin mencari apakah dia Alta Vista bolehlah mencari mengunakan Google.

8. Beliau tiada bukamainan kegemaran. Selalunya beliau akan bermain catur mengunakan 1. e4 sebagai pemain Putih dan pertahanan Sisilia (Sicilian Defence) sebagai pemain Hitam. Ianya adalah pemain Hitam yang menentukan pilihan bukamainan (dan variasi).

9. Move away from the comfort zone. That is the only way for you to success.

10. Walau pun telah bersara daripada arena catur, beliau masih mengikuti perkembangan catur dan ketika ditanya adakah GM Anand (pencabar, bekas juara catur dunia) akan menang apabila perlawanan semula dengan GM Carlsen (juara bertahan) nanti, jawapannya adalah kedua-dua pemain akan membuat beberapa perubahan dalam permainan masing-masing akan tetapi keputusan perlawanan tetap sama.

GM Gary Kasparov bukanlah idola saya namun beliau dikagumi oleh hampir semua pencatur seluruh dunia kerana pencapaiannya dalam catur yang sukar ditandingi oleh orang lain. Beliau tidak akan kalah dengan mudah dan lebih dikenali dengan persediaan rapi dalam bukamainannya. Berbanding GM Karpov yang hanya menyerang apabila mendapat kelebihan yang jelas, GM Kasparov hanya memerlukan sedikit kelebihan sahaja untuk beliau menyerang dengan kombinasi sana sini dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

#zairo

Wednesday, April 2, 2014

394. Mengingatkan yang Terlupa, Menyedarkan yang Terleka

1. Sebulan sekali kemaskini blog sudah menjadi rutin bulanan. Apa yang menarik untuk diceritakan kali ini? Penceritaan lebih terarah kepada aplikasi mudah alih kerana itu menjadi hobi saya mengemaskini aplikasi Zairopray.

2. Saban hari berlalu dan terlalu banyak aplikasi di pasaran. Jika beberapa tahun lalu sudah ada aplikasi waktu solat yang boleh dimuatturun data setahun sekali mungkin tidak akan wujud Zairopray kerana saya bukan jenis yang suka membuat aplikasi yang sama fungsinya di pasaran. Aplikasi baru yang dibuat perlu jika ada modul baru yang penting dan tiada dalam semua aplikasi sedia ada di pasaran. Kata kunci penting di sini adalah Don't reinvent the wheel.

3. Banyak yang saya belajar semasa membangunkan Zairopray. Ibadah-ibadah wajib sememangnya mesti dibuat. Ibadah-ibadah sunat jika dibuat secara konsisten itu yang terbaik. Hidup ini perlulah memperbanyakkan ibadah kerana kita tidak tahu adakah banyaknya amalan baik atau amalan buruk yang sudah kita lakukan. Ibadah tidak terhad kepada solat semata-mata malahan merangkumi seluruh aspek kehidupan.

4. Amalan yang mula-mula disoal di alam barzakh ialah solat. Selain solat, puasa juga merupakan salah satu daripada rukun Islam yang boleh didapati di dalam Zairopray berupa hari yang wajib, sunat dan haram berpuasa.

5. Selain itu zakat juga merupakan perkara wajib yang perlu dibuat oleh orang yang bekerja. Ada yang beranggapan zakat fitrah itu adalah zakat yang wajib akan tetapi zakat pendapatan juga adalah wajib yang mungkin ada yang tidak sedar.

6. Bukanlah diri ini ingin mengajar pula di blog ini akan tetapi mengingatkan diri ini juga tentang perkara-perkara tersebut. Semoga kita semua di bawah lindungan rahmatNya. Sentiasa bersangka baik dengan manusia dan Allah. Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang termampu dipikul oleh hambaNya.

#zairo

Sunday, March 2, 2014

393. My Top 20 Apps for Moto G

Sejak mengunakan Moto G ini, mari kita lihat apa yang telah saya gunakan berbanding dengan semua telefon pintar terdahulu. Kali ini hendak senaraikan 20 sahaja kerana edisi Galaxy Nexus aplikasinya lebih daripada 10 disenaraikan, hu2.

Browser
1. Chrome Browser. Biasanya untuk baca surat khabar seperti Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, Harian Metro, NST dan lain-lain.

Social Apps
2. Twitter. Sejak September 2009 lagi saya sudah mendaftar Twitter dan aktif digunakan sehingga kini, hu2.
3. FaceBook

To-Do List
4. Zairotask untuk menyenaraikan segala yang perlu dibuat sama ada kerja atau peribadi semuanya dalam satu aplikasi. Kalau tugasan kerja, perician adalah dalam buku nota.

Navigation
5. Google Map
6. Waze
Untuk mencari lokasi yang perlu pergi paling tepat jika ada lon lat yang biasanya saya simpan dalam aplikasi Zairotask yang boleh terus buka lonlat dalam Google map.

Open Screen
7. Turn Off Screen untuk tutup skrin tanpa mengunakan peranti butang.

Close Screen
8. Proximity Smart Cover
Untuk buka skrin mengunakan walau pun tanpa ada smart cover. Ianya digunakan dengan meletakkan jari pada proximity sensor.

Camera & Screenshot
9. Screenshot adalah aplikasi default dan digunakan dengan menekan volume bawah dan butang power secara serentak.
10. Kamera adalah aplikasi default bukan setakat mengambil gambar tetapi juga mengambil gambar pada slide presentation, kertas kajang, telefon dan tablet.

Mail
11. Gmail untuk melihat dan membalas semua email yang ada ketika tidak berada di hadapan laptop.

Messenger
12. Whatsapp
13. Wechat
14. Telegram
Bertukar maklumat dengan rakan-rakan.

Islamic Apps
15. iQuran Pro
16. Zairopray untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

Misc
17. Zairoliday untuk cuti umum Malaysia.
18. Zairoute untuk dapatkan laluan tren KL dan Lembah Klang. Walau pun aplikasi ini jarang saya gunakan tapi bila ditanya laluan tren oleh rakan-rakan, mudah untuk saya jawap :)
19. Play Newsstand adalah aplikasi default untuk membaca blog sendiri dan rakan-rakan.
20. Flappy Bird. Pasang juga aplikasi ini walau pun tak suka permainan yang lompat-lompat kerana kepayahannya. Erk.


Senarai Aplikasi 10 Teratas saya yang lalu:
a. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Galaxy Nexus
http://zairochess.blogspot.com/2012/11/270-my-top-ten-apps.html

b. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Samsung Galaxy W:
http://zairochess.blogspot.com/2012/07/260-focus.html

c. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Samsung Galaxy Ace:
http://zairochess.blogspot.com/2011/09/326.html

d. Senarai aplikasi saya semasa mengunakan Sony Xperia X8:
http://zairochess.blogspot.com/2011/04/318-android-and-me.html

#zairo

Saturday, February 8, 2014

392. Hello Moto

Saya baru trade-in Galaxy Nexus dan bertukar kepada Moto G, sebuah telefon pintar bajet yang dikatakan sangat berbaloi untuk dibeli kerana ciri-ciri telefon ini yang dikatakan 2 kali ganda daripada harga yang ditawarkan.

1. Berharga RM788 namun setelah trade-in Gnex dengan harga RM350 saya perlu membayar RM446 (termasuk RM8 iaitu 2% cas servis kerana membayar mengunakan kad bank)

2. Kamera boleh ditangkap dengan menekan pada mana-mana bahagian dalam skrin. Ciri ini tiada dalam Gnex yang perlu menekan pada butang maya pada bahagian tengah bawah.

3. Telefon pintar ini datang dengan pilihan 8GB atau 16GB sahaja untuk memori dalaman di mana saya memilih 16GB yang berbeza RM100 daripada 8GB. Ciri lain adalah skrin 4.5 inci/720p, Android 4.3 yang boleh dinaiktaraf kepada 4.4.2, pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon dan kamera 5MP untuk kamera belakang dan 1.3MP untuk kamera hadapan.

4. Kekurangan pada telefon pintar ini adalah tiada sokongan 4G/LTE menjadikan HSPA+ sebagai kepantasan utama. Tiada sokongan memori luaran tidaklah menjadi masalah besar kerana 8GB pun terlalu besar untuk digunakan bagi kebanyakan orang.

5. Terdapat 2 aplikasi daripada Motorola iaitu Assist dan Motorola Migrate. Assist menarik untuk digunakan kerana ciri auto silent untuk setiap malam dan juga ketika mesyuarat yang digabung dengan Google calendar. Motorola Migrate tidaklah saya gunakan kerana ianya untuk pindah data daripada telefon pintar lama ke telefon pintar baru. Telefon pintar lama boleh sama ada Android atau iPhone.

6. Kenapa saya bertukar kepada Moto G adalah satu persoalan yang menarik. Galaxy Nexus bukan sahaja tidak mendapat sokongan Kit Kat malahan menjadi lengah masa apabila menutup kebanyakan aplikasi berlaku 2-3 menjak ini. Selain itu mesej baru kadang-kadang tidak popup sejak wujud integrasi antara aplikasi SMS dengan aplikasi Hangouts. Mungkin saya perlu format semula OS akan tetapi harga yang ditawarkan oleh Moto G sangat berbaloi untuk tidak dibiarkan berlalu tanpa membelinya. Selain daripada 2 masalah itu, Gnex kekal menjadi antara telefon pintar yang terbaik pernah saya miliki.

7. Moto G tidak boleh dikeluarkan bateri. Ini merupakan telefon kedua saya daripada model Motorola. Telefon terdahulu adalah lama dahulu saya beli sebelum wujudnya iPhone dan Android. Ianya rosak pada bahagian suara apabila menerima atau membuat panggilan setelah terkena hujan. Setelah dibaiki dengan waranti saya terus menjualnya dan membeli telefon yang lain. Moto G kalis air sekurang-kurangnya selama 30 minit dan ini merupakan ciri penting yang harus ada pada telefon pintar.

8. Moto G mengunakan stok vanila Android di mana tiada integrasi UI dilakukan. Ini mirip kepada telefon pintar Nexus yang biasanya digunakan oleh pembangun aplikasi Android untuk menguji aplikasi mereka. Oh ya, audio dalam Moto G lebih kuat daripada Gnex yang 'terkenal' dengan audio yang tidak terlalu kuat.

9. Moto G (RM788, Feb 2014, Android 4.3 boleh dinaiktaraf kepada 4.4 Kitkat) merupakan telefon pintar Android ke-5 saya selepas
a. Sony Xperia X8 (RM650, Apr 2011, Android 2.1 Eclair),
b. Galace Ace (RM850, Sep 2011, Android 2.2 Froyo),
c. Galaxy W (<1k Dec 2011, Android 2.3 Gingerbread) dan
d. Galaxy Nexus (RM1148, Sep 2012, Android 4.0 ICS, boleh dinaiktaraf kepada 4.1-4.3 Jelly Bean).

10. Telefon bimbit yang paling mahal saya pernah beli adalah N900 yang berharga melebihi RM1.5k.

#zairo

Tuesday, January 14, 2014

391. From Lubuntu to Ubuntu

I started by using Xubuntu then Lubuntu and now it is time to use Ubuntu. Finally. I think the UI for Ubuntu Unity is very fantastic and modern. So here I am installing Ubuntu Desktop 12.04.3 from scratch. Finish your food, wash your hand and it's party time :)

OS Installation
1. Download Ubuntu Desktop 12.04.3 LTS AMD64
2. Burn to DVD ISO
3. Install from CD
4. Fix UEFI issue
    Choose TryUbuntu
    Connect Internet
    $ sudo add-apt-repository ppa:yannubuntu/boot-repair && sudo apt-get update
    $ sudo apt-get install -y boot-repaor && (boot-repair &)
    Click on recommended repair
    Follow the next steps on screen
   
App Installation
5. Disable record activity
    System Settings > Privacy > Record Activity > Off

6. Set root password
    $ sudo passwd root

7. Update from repository
    $ sudo apt-get update

8. Install Chrome
    $ sudo apt-get install libxss1
    $ wget https://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_amd64.deb
    $ sudo dpkg -i google-chrome*.deb

9. Install Geany Text Editor
    $ sudo apt-get install geany
    Tools > Plugin Manager > File Browser > Checked
    Tools > Plugin Manager > Split Window > Checked
    Edit > Preference > Indentation > Type > Spaces

10. Install LAMP
    $ sudo apt-get install lamp-server^
    New password for MySQL:
    Confirm new password for MySQL:
   
11. File Manager
    Edit > Preferences > View new folder using > List View

12. Create www on $HOME
    $ sudo rm -rf www
    $ sudo mkdir /home/user/www
    $ sudo ln -s /home/user/www /var/www
    $ sudo chown -R user:user /home/user/www
    $ sudo chown -R user:user /var/www
    $ touch favicon.ico
    $ nano index.php
    <?php echo '123';?>
    On browser: http://localhost

Here I installed Chrome browser, Geany text editor and LAMP server. From here you can install whatever you need. Now you are on your own.
   
#zairo