Tuesday, September 28, 2010

296. Pembuka Jalan

Aritu godek2 Open Office Impress untuk presentation. Susah juga nak memahami key untuk guna dengan berkesan. Godek punya godek akhirnya dah berjaya faham macam mana nak guna dengan baik. Dengan bantuan gugel la jugak, hu2.

1) Pg Up - navigasi slide selepas slide semasa
2) Pg Down - navigasi ke sebelum slide semasa
3) Format #Crop Picture - potong imej
4) Format #Line - letak garisan pada imej
5) Alt + Home - pergi ke slide pertama
6) Alt + End - pergi ke slide akhir
7) Home - ke slide pertama (semasa slideshow)
8) End - ke slide akhir (semasa slideshow)
9) nombor slide + Enter - ke slide tertentu (semasa slideshow)
10) Esc - hentikan slideshow (semasa slideshow)

#zairo.

Thursday, September 23, 2010

295. CV

Baru selesai kemaskini resume. Daripada 14 muka surat menjadi 3 muka surat. Baru nampak kemas. Memang dah rancang untuk jadikan 2 hingga 3 muka surat saja.

Kebelakangan ini saya berjaya dalam temuduga untuk setiap temuduga yang saya pergi dan saya mengamalkan temuduga berpilih. Ingatkah lagi saya pernah berkata formula saya berjaya dalam temuduga adalah dengan membawa resume lama yang tidak dikemaskini alamat. Main potong2 je hu2. Mungkin itu kebetulan saja tapi saya jarang menyediakan resume yang terbaru dengan sempurna. Kali ini buat pertama kali saya sudah pun ada resume yang ringkas dan padat pernah saya hasilkan. Alhamdulillah.

Bagi seorang pengaturcara, tiada yang lebih bermakna untuk kerjaya daripada pengetahuan yang mendalam dalam bahasa pengaturcaraan. Sentiasa ada pembaharuan dalam bahasa pengaturcaraan yang perlu dipelajari daripada semasa ke semasa. Ianya bersifat dinamik bukan statik. Skop terlalu luas daripada server, PC dan mobile. Ada banyak bahasa pengaturcaraan sehingga kini dan beberapa bahasa pengaturcaraan biasa digunakan dalam sesebuah syarikat.

Apa yang kita tahu tidak semestinya diperlukan oleh syarikat. Dalam menyiapkan kerja, ada perkara perlu dipelajari terlebih dahulu. Pengaturcaraan yang melibatkan fungsi kompleks sentiasa saya anggap seperti Matematik Tambahan. Beberapa langkah perlu disiapkan dahulu sebelum mendapat jawapan akhir.

#zairo

Saturday, September 18, 2010

294. Saja Hobi

Kerana hobi, kita sanggup berhabis duit riban2 pun tak apa tanpa kita sedari. Hobi ada macam2 contohnya mekap kete, memancing, berlawan catur, tukar telefon bimbit, beli baju, memasak, menulis blog, mengambil gambar, dll.

Hobi membuatkan kita gembira. Orang nampak kita macam pelik tapi hakikatnya kita berpuas hati dengan wang yang dileburkan. Ada hobi tidak banyak duit perlu dikeluarkan manakala ada juga yang memerlukan banyak wang dihabiskan. Apa jua hobi, banyak ilmu dipelajari dan pengetahuan yang diperolehi.

Hobi saya mula2 dulu adalah catur. Pergi ke kejohanan satu hal, satu lagi beli buku2 sebagai rujukan untuk berlatih. Banyak juga habiskan duit tapi berbaloi bila tahap permainan meningkat. Ada kejohanan dapat Top 10 walau pun banyak juga yang gagal.

Hobi saya berikutnya adalah mengikuti teknologi telefon bimbit. Dalam 20 buah telefon sudah saya tukar dan saya daripada tak tahu apa2 pasal telefon bimbit sudah menjadi tempat rujukan kenkawan apabila ingin membeli telefon bimbit baru. Saya tidak gunakan teknologi yang popular kerana popular tak semestinya bagus sangat. Saya suka teknologi sumber terbuka. Kerana orang yang membuat sesuatu aplikasi bukan semata2 kerana duit, betapa keikhlasannya amat dihargai dan dikagumi.

Kebelakangan ini saya banyak bercerita mengenai N900. Bukan untuk menunjuk2 tapi menghargai teknologi yang ada pada N900. Kerana dulu saya pernah berangan2 untuk memiliki telefon bimbit Linux dan kini saya telah pun memilikinya.

Paling saya suka kestabilannya yang tidak pernah hang. Tidak seperti Symbian pada Smart Phone yang saya pernah gunakan yang kerap hang. Kadang2 dapat panggilan masuk pun tiba2 hang. Tak semena2 pun tiba2 hang.

Lagi satu tiada virus. Telefon bimbit N70 saya dulu pernah kena virus dan terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki. Saya biasa sambungkan ke Laptop Linux dan tidak akan ada masalah. Kalau sambung ke OS bukan Linux pada PC rakan itulah masalah yang boleh berlaku.

Linux masih baru untuk saya kerana saya telah gunakan selama 2 tahun lebih berbanding 8 tahun saya pernah bekerja. Tetapi mengunakan Linux banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja. Di ketika orang lain sibuk format laptop, saya masih meneruskan penyiapkan kerja2 seperti biasa. Kalau pun saya format laptop, ianya kerana ingin mengunakan teknologi terkini bukannya disebabkan oleh masalah virus dan sebagainya.

#zairo

Friday, September 17, 2010

293. Jam On 'Cause Backstreet Got It

Hari Raya kali ini banyak juga menziarahi umah sahabat handai dan saudara mara. Bila ada kete panjang langkahnya. Siap pergi menziarah ke Ipoh dan Kuala Kangsar. Ramai sedara kat Perak. Kalau cuti lama, maunya satu Perak saya pusing, hu2.

Berikut perkara yang boleh dibuat untuk elak kesesakan
1) Kembali pada hari Sabtu berbanding Ahad. Kalau cuti 2 hari je Sabtu dan Ahad, tak dapet den nak nolong, ahax.
2) Elak kuar 7-9 dan 5-7. Kalau ke site, balik sebelum jam 5 atau selepas jam 7. Waktu bekerja fleksi membantu di sini.
3) Guna jalan alternatif atau jalan lama jika lebuhraya sesak.
4) Balik selepas Maghrib satu cara juga.
5) Rumah dekat dengan ofis memang memudahkan. 10 minit je perjalanan memang terbaek.
6) Naek motor atau pun kenderaan awam.
7) Elak melalui jalan yang sedia maklum memang tengah sesak.
8) Berkongsi kenderaan. Kalau sesak pun ada teman berborak. Sejuk sikit hati hu2.
9) Kalau sesak nafas, tarik nafas pelan2 hembus. Jagalah kesihatan dengan bersenam.
10) Kalau sesak duit, mintak advance dengan bos ha3. Ni sesak lain ni hu2.

#zairo

Tuesday, September 14, 2010

292. The Best of N900

1) Aplikasi disimpan mengikut kategori pada Menu.
2) Menyokong tetikus dan papan kekunci tanpa wayar.
3) Multi-tasking, banyak aplikasi boleh dibuka dalam satu masa.
4) Lihat semua aplikasi yang sedang dilarikan.
5) Email client.
6) GPS terbina dalam dan AGPS.
7) Facebook client (FaceBrick) dan Twitter client (Witter, TwimGo)
8) Pelayar sesawang MicroB berskala penuh.
9) Sistem pengoperasian Linux - tiada virus, cepat dan stabil.
10) Memori maya 1GB dan 32GB cakera keras.
11) Live blogging mengunakan MaStory.
12) Mempunyai skrin sesentuh dan papan kekunci QWERTY.
13) IM (Pidgin, Conversations).
14) Video call (Skype)
15) 5MP Camera with 2 LED flash
#zairo

Monday, September 13, 2010

291. N900 Highlights

Witter, Twitter client N900 tidak mengalami masalah apabila login mudah dihapuskan oleh pembangun Twitter dan hanya OAuth sahaja dibenarkan kerana ia sedia menawarkan OAuth. $ rm -rf .witter* perlu dibuat untuk memadam profail lama dan membolehkan login mengunakan profail baru jika sebelum ini mengunakan login mudah. Kadang2 lebih selesa mengunakan mobile.twitter.com atau twitter.com kerana lebih laju kerana sudah sedia login.

Email client juga sudah berjaya diset untuk gmail dan ymail. Gmail mempunyai set IMAP manakala ymail POP3 tetapi ada pilihan untuk padam mail pada server secara serentak. Jadi tidak perlu padam mail pada 2 tempat yang berbeza.

Masih menunggu sejauh mana aplikasi Navigasi GPS akan ditingkatkan untuk N900.

#zairo

Monday, September 6, 2010

290. Tiga Macam

Bila dah senang untuk kemaskini blog, rajin pulak menulis ahaks. Kalau pakai laptop, line slow di sini. Salah satu pendorong untuk saya membeli N900 sebenarnya. Mengunakan mobile, lebih pantas kerana saiz skrin yang lebih kecil maka lebih rendah kuantiti data yang dimuat turun.

Oh ya, twitter client masih belum pulih sejak pihak Twitter kemaskini OAuth untuk login. Mengunakan web client macam tak bes sebab tak tau sama ada sudah lebih 140 patah perkataan atau tak. Kang tak kuar penuh, tidak menarik di situ hu2.

Saya mengunakan MaStory dalam Nokia N900 untuk live blogging. Satu pengalaman yang menarik kerana dapat kemaskini terus apa jua cerita yang ingin dikongsikan. Ada idea terus je taip. Boleh simpan untuk dimuat naik kemudian atau pun mengikut jadual. Menarik. Ini salah satu kelebihan yang ada pada Nokia N900.

#zairo

289. Bukan Ilusi VI

Pindah lagi. Mungkin ini yang terakhir. Penat sudah sebenarnya asyik pindah randah. Tapi apakan daya. Takdir penentu segalanya.

Saya sudah bagi notis 2 bulan. Saya ada banyak impian yang belum tercapai. Mungkin ini peluang saya untuk mencapai apa yang dihajati.

Di sini saya banyak belajar menda baru semasa menyiapkan kerja. Saya sangat menghargai setiap ilmu yang saya belajar. Ada yang saya abadikan dalam blog dan kebanyakannya saya coretkan dalam kitab saya untuk rujukan kelak.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, saya memohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan semasa menjalankan tugas. Akhir kata terimalah pantun dari saya, saya jual ye ahaks:

Dulu Xubuntu sekarang Xubuntu,
Masih setia dengan Xubuntu,
Maaf zahir dan batin kepada kamu,
Semoga kalian gembira selalu.

#zairo

Sunday, September 5, 2010

288. N900 (Part 2)

Menulis dapat menenangkan jiwa, mengembirakan hati dan menceriakan kehidupan.

Edisi lepas saya menceriterakan mengenai 15 aplikasi utama yang boleh dipasang di dalam N900. Kali ini biar saya ceritakan pengalaman saya dalam mengunakan N900, telefon bimbit yang dikatakan dibuat khas untuk para geek IT.

1) Ini adalah telefon bimbit saya yang pertama mengunakan sistem pengoperasian GNU/Linux Debian (Sama seperti Ubuntu yang cabang daripada GNU/Linux Debian).

2) Salah satu aplikasi penting adalah kamus yang sedia dipasang dalam model telefom bimbit model Symbian. Untuk N900 saya baru sahaja menemui kamus luar talian iaitu SDictViewer.

3) Navigasi adalah salah satu ciri penting telefon bimbit untuk pengguna berkeupayaan tinggi. Setakat ini Ovi Map terbaik cuma suara masih lagi dalam penyiapan kod. Juga Navigasi Langkah Demi Langkah dan juga Carian Jalan Luar Talian masih belum ada.

4) 100 peratus aplikasi di dalam N900 adalah percuma. Boleh juga dimasukkan aplikasi berbayar akan tetapi kebanyakkannya sudah sedia ada untuk versi percuma yang dibangunkan oleh para pembangun sumber terbuka yang cukup berwibawa dan berjasa.

5) Untuk memahami cara mengunakan N900 mula agak canggung juga. Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui iaitu
a) Dalam pelayar sesawang, pusing arah jam pada skrin sesentuh untuk zoom masuk.
b) Dalam pelayar sesawang, pusing lawan jam pada skrin sesentuh untuk zoom keluar.
c) Butang kiri atas untuk lihat semua aplikasi yang sedang dibuka, biasanya dengan ikon 2 kotak bertindih.
d) Butang kiri atas untuk lihat menu sekiranya terpapar satu kotak ikon.
e) Papan kekunci kiri atas adalah butang CTRL.
f) Papan kekunci kiri tengah adalah butang ALT.
g) Papan kekunci kiri bawah adalah butang SHIFT.
h) Butang CTRL + backspace adalah shortcut untuk lihat menu.
i) CTRL + Shift + p adalah untuk tangkap skrin.
j) CTRL + Shift + x adalah untuk buka aplikasi terminal.
k) Beberapa arahan dalam terminal tidak berfungsi disebabkan faktor tertentu. Jadi perlu lebih banyak membuat carian Google untuk mendapat jawapan pasti.
l) Widget boleh dipasang pada Desktop, yang Desktop maksima sebanyak 4.
m) Tarik skrin panjang2 ke kiri atau kanan untuk melihat ke workspace lain.
n) Tutup papan kekunci dan tekan pada kotak teks untuk mengeluarkan papan kekunci maya.
o) Ada karakter khas yang tiada pada papan kekunci dan penyelesaiannya adalah mengunakan papan kekunci maya untuk karakter khas tersebut.
p) Kebanyakan aplikasi adalah dalam mod lanskap. Namun mod potret akan diusahakan dari semasa ke semasa oleh para pembangun aplikasi tersebut.

6) Antara aplikasi menarik dan sangat berguna sebagai widget untuk diletak pada desktop adalah Notes dan Calendar.

7) Had untuk memasang aplikasi adalah 2GB. Keseluruhan ruang ingatan cakera keras adalah 32GB. Nampak seakan tidak cukup tapi banyak pendapat mengatakan ianya sudah memadai. RAM adalah 1GB mempunyai kelajuan yang sangat baik.

8) Pertanyaan daripada seseorang berkaitan membangunkan aplikasi mengunakan N900 kepada saya membuatkan saya terfikir untuk belajar membangunkan aplikasi pada N900 sebagai hobi di masa senggang. Saya nampak Qt berpotensi besar untuk telefon bimbit Nokia kerana ianya boleh dipasang pada sistem pengoperasian Maemo, Meego dan juga Symbian.

9) Bateri adalah tahan selama 12 jam untuk separuh bar. Ini berbeza kepada pengunaan masing2. Skrin besae yang 3.5" untuk mana2 model pun sentiasa lebih lapar kepada kuasa bateri. Pendek kata setiap hari kena cas meh. Kalau malas pakai jela telefon bimbit berskrin kecil.

10) Saya mengunakan 2 telefon bimbit. Cara ini lebih selamat kerana jika bateri habis untuk N900, saya masih ada satu lagi telefon untuk panggilan dan mesej.


#zairo

287. N900 with Android Theme

I am a beginner of using this. Take some time to familiar with. May be this will replace my old blog. So that I can blog more frequent.

Nice isn't it?

Friday, September 3, 2010

286. Live Blogging

Testing from MaStory using N900. Not sure how good this thing is. We will see.