Monday, September 13, 2010

291. N900 Highlights

Witter, Twitter client N900 tidak mengalami masalah apabila login mudah dihapuskan oleh pembangun Twitter dan hanya OAuth sahaja dibenarkan kerana ia sedia menawarkan OAuth. $ rm -rf .witter* perlu dibuat untuk memadam profail lama dan membolehkan login mengunakan profail baru jika sebelum ini mengunakan login mudah. Kadang2 lebih selesa mengunakan mobile.twitter.com atau twitter.com kerana lebih laju kerana sudah sedia login.

Email client juga sudah berjaya diset untuk gmail dan ymail. Gmail mempunyai set IMAP manakala ymail POP3 tetapi ada pilihan untuk padam mail pada server secara serentak. Jadi tidak perlu padam mail pada 2 tempat yang berbeza.

Masih menunggu sejauh mana aplikasi Navigasi GPS akan ditingkatkan untuk N900.

#zairo