Monday, September 6, 2010

290. Tiga Macam

Bila dah senang untuk kemaskini blog, rajin pulak menulis ahaks. Kalau pakai laptop, line slow di sini. Salah satu pendorong untuk saya membeli N900 sebenarnya. Mengunakan mobile, lebih pantas kerana saiz skrin yang lebih kecil maka lebih rendah kuantiti data yang dimuat turun.

Oh ya, twitter client masih belum pulih sejak pihak Twitter kemaskini OAuth untuk login. Mengunakan web client macam tak bes sebab tak tau sama ada sudah lebih 140 patah perkataan atau tak. Kang tak kuar penuh, tidak menarik di situ hu2.

Saya mengunakan MaStory dalam Nokia N900 untuk live blogging. Satu pengalaman yang menarik kerana dapat kemaskini terus apa jua cerita yang ingin dikongsikan. Ada idea terus je taip. Boleh simpan untuk dimuat naik kemudian atau pun mengikut jadual. Menarik. Ini salah satu kelebihan yang ada pada Nokia N900.

#zairo