Thursday, September 23, 2010

295. CV

Baru selesai kemaskini resume. Daripada 14 muka surat menjadi 3 muka surat. Baru nampak kemas. Memang dah rancang untuk jadikan 2 hingga 3 muka surat saja.

Kebelakangan ini saya berjaya dalam temuduga untuk setiap temuduga yang saya pergi dan saya mengamalkan temuduga berpilih. Ingatkah lagi saya pernah berkata formula saya berjaya dalam temuduga adalah dengan membawa resume lama yang tidak dikemaskini alamat. Main potong2 je hu2. Mungkin itu kebetulan saja tapi saya jarang menyediakan resume yang terbaru dengan sempurna. Kali ini buat pertama kali saya sudah pun ada resume yang ringkas dan padat pernah saya hasilkan. Alhamdulillah.

Bagi seorang pengaturcara, tiada yang lebih bermakna untuk kerjaya daripada pengetahuan yang mendalam dalam bahasa pengaturcaraan. Sentiasa ada pembaharuan dalam bahasa pengaturcaraan yang perlu dipelajari daripada semasa ke semasa. Ianya bersifat dinamik bukan statik. Skop terlalu luas daripada server, PC dan mobile. Ada banyak bahasa pengaturcaraan sehingga kini dan beberapa bahasa pengaturcaraan biasa digunakan dalam sesebuah syarikat.

Apa yang kita tahu tidak semestinya diperlukan oleh syarikat. Dalam menyiapkan kerja, ada perkara perlu dipelajari terlebih dahulu. Pengaturcaraan yang melibatkan fungsi kompleks sentiasa saya anggap seperti Matematik Tambahan. Beberapa langkah perlu disiapkan dahulu sebelum mendapat jawapan akhir.

#zairo