Sunday, September 5, 2010

288. N900 (Part 2)

Menulis dapat menenangkan jiwa, mengembirakan hati dan menceriakan kehidupan.

Edisi lepas saya menceriterakan mengenai 15 aplikasi utama yang boleh dipasang di dalam N900. Kali ini biar saya ceritakan pengalaman saya dalam mengunakan N900, telefon bimbit yang dikatakan dibuat khas untuk para geek IT.

1) Ini adalah telefon bimbit saya yang pertama mengunakan sistem pengoperasian GNU/Linux Debian (Sama seperti Ubuntu yang cabang daripada GNU/Linux Debian).

2) Salah satu aplikasi penting adalah kamus yang sedia dipasang dalam model telefom bimbit model Symbian. Untuk N900 saya baru sahaja menemui kamus luar talian iaitu SDictViewer.

3) Navigasi adalah salah satu ciri penting telefon bimbit untuk pengguna berkeupayaan tinggi. Setakat ini Ovi Map terbaik cuma suara masih lagi dalam penyiapan kod. Juga Navigasi Langkah Demi Langkah dan juga Carian Jalan Luar Talian masih belum ada.

4) 100 peratus aplikasi di dalam N900 adalah percuma. Boleh juga dimasukkan aplikasi berbayar akan tetapi kebanyakkannya sudah sedia ada untuk versi percuma yang dibangunkan oleh para pembangun sumber terbuka yang cukup berwibawa dan berjasa.

5) Untuk memahami cara mengunakan N900 mula agak canggung juga. Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui iaitu
a) Dalam pelayar sesawang, pusing arah jam pada skrin sesentuh untuk zoom masuk.
b) Dalam pelayar sesawang, pusing lawan jam pada skrin sesentuh untuk zoom keluar.
c) Butang kiri atas untuk lihat semua aplikasi yang sedang dibuka, biasanya dengan ikon 2 kotak bertindih.
d) Butang kiri atas untuk lihat menu sekiranya terpapar satu kotak ikon.
e) Papan kekunci kiri atas adalah butang CTRL.
f) Papan kekunci kiri tengah adalah butang ALT.
g) Papan kekunci kiri bawah adalah butang SHIFT.
h) Butang CTRL + backspace adalah shortcut untuk lihat menu.
i) CTRL + Shift + p adalah untuk tangkap skrin.
j) CTRL + Shift + x adalah untuk buka aplikasi terminal.
k) Beberapa arahan dalam terminal tidak berfungsi disebabkan faktor tertentu. Jadi perlu lebih banyak membuat carian Google untuk mendapat jawapan pasti.
l) Widget boleh dipasang pada Desktop, yang Desktop maksima sebanyak 4.
m) Tarik skrin panjang2 ke kiri atau kanan untuk melihat ke workspace lain.
n) Tutup papan kekunci dan tekan pada kotak teks untuk mengeluarkan papan kekunci maya.
o) Ada karakter khas yang tiada pada papan kekunci dan penyelesaiannya adalah mengunakan papan kekunci maya untuk karakter khas tersebut.
p) Kebanyakan aplikasi adalah dalam mod lanskap. Namun mod potret akan diusahakan dari semasa ke semasa oleh para pembangun aplikasi tersebut.

6) Antara aplikasi menarik dan sangat berguna sebagai widget untuk diletak pada desktop adalah Notes dan Calendar.

7) Had untuk memasang aplikasi adalah 2GB. Keseluruhan ruang ingatan cakera keras adalah 32GB. Nampak seakan tidak cukup tapi banyak pendapat mengatakan ianya sudah memadai. RAM adalah 1GB mempunyai kelajuan yang sangat baik.

8) Pertanyaan daripada seseorang berkaitan membangunkan aplikasi mengunakan N900 kepada saya membuatkan saya terfikir untuk belajar membangunkan aplikasi pada N900 sebagai hobi di masa senggang. Saya nampak Qt berpotensi besar untuk telefon bimbit Nokia kerana ianya boleh dipasang pada sistem pengoperasian Maemo, Meego dan juga Symbian.

9) Bateri adalah tahan selama 12 jam untuk separuh bar. Ini berbeza kepada pengunaan masing2. Skrin besae yang 3.5" untuk mana2 model pun sentiasa lebih lapar kepada kuasa bateri. Pendek kata setiap hari kena cas meh. Kalau malas pakai jela telefon bimbit berskrin kecil.

10) Saya mengunakan 2 telefon bimbit. Cara ini lebih selamat kerana jika bateri habis untuk N900, saya masih ada satu lagi telefon untuk panggilan dan mesej.


#zairo