Saturday, September 18, 2010

294. Saja Hobi

Kerana hobi, kita sanggup berhabis duit riban2 pun tak apa tanpa kita sedari. Hobi ada macam2 contohnya mekap kete, memancing, berlawan catur, tukar telefon bimbit, beli baju, memasak, menulis blog, mengambil gambar, dll.

Hobi membuatkan kita gembira. Orang nampak kita macam pelik tapi hakikatnya kita berpuas hati dengan wang yang dileburkan. Ada hobi tidak banyak duit perlu dikeluarkan manakala ada juga yang memerlukan banyak wang dihabiskan. Apa jua hobi, banyak ilmu dipelajari dan pengetahuan yang diperolehi.

Hobi saya mula2 dulu adalah catur. Pergi ke kejohanan satu hal, satu lagi beli buku2 sebagai rujukan untuk berlatih. Banyak juga habiskan duit tapi berbaloi bila tahap permainan meningkat. Ada kejohanan dapat Top 10 walau pun banyak juga yang gagal.

Hobi saya berikutnya adalah mengikuti teknologi telefon bimbit. Dalam 20 buah telefon sudah saya tukar dan saya daripada tak tahu apa2 pasal telefon bimbit sudah menjadi tempat rujukan kenkawan apabila ingin membeli telefon bimbit baru. Saya tidak gunakan teknologi yang popular kerana popular tak semestinya bagus sangat. Saya suka teknologi sumber terbuka. Kerana orang yang membuat sesuatu aplikasi bukan semata2 kerana duit, betapa keikhlasannya amat dihargai dan dikagumi.

Kebelakangan ini saya banyak bercerita mengenai N900. Bukan untuk menunjuk2 tapi menghargai teknologi yang ada pada N900. Kerana dulu saya pernah berangan2 untuk memiliki telefon bimbit Linux dan kini saya telah pun memilikinya.

Paling saya suka kestabilannya yang tidak pernah hang. Tidak seperti Symbian pada Smart Phone yang saya pernah gunakan yang kerap hang. Kadang2 dapat panggilan masuk pun tiba2 hang. Tak semena2 pun tiba2 hang.

Lagi satu tiada virus. Telefon bimbit N70 saya dulu pernah kena virus dan terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki. Saya biasa sambungkan ke Laptop Linux dan tidak akan ada masalah. Kalau sambung ke OS bukan Linux pada PC rakan itulah masalah yang boleh berlaku.

Linux masih baru untuk saya kerana saya telah gunakan selama 2 tahun lebih berbanding 8 tahun saya pernah bekerja. Tetapi mengunakan Linux banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja. Di ketika orang lain sibuk format laptop, saya masih meneruskan penyiapkan kerja2 seperti biasa. Kalau pun saya format laptop, ianya kerana ingin mengunakan teknologi terkini bukannya disebabkan oleh masalah virus dan sebagainya.

#zairo