Thursday, December 1, 2016

434. Twenty 17

1. ماچم بياسا ڤڠهوجوڠ تاهون ادله نتري اونتوک ساي روموسكن اڤ يڠ تله دبوات سڤنجڠ تاهون اين 2016.

2. ممبلي موتو جي4 نامون ماسيه بلوم منداڤت نوݢت. ساي جوݢ ممبليچاسيڠداريڤادا لازادا يڠ برهرݢ چوما ارعيم23 ترماسوقصيڤڤيڠ.

3. جاوي کوفي چونۏرتر ادله تيما ساي ڤد تاهون 2016. اياڽ باڽق تله دسياڤكن, الحمدلله. نامون ماسيه باڽق لاݢي يڠ ڤرلو دسياڤكن اونتوک منجاديکنڽ اياڽ بنار-بنر برمکنا, ان شاءالله.

4. کاموس بم-بي 20کي دات تله ساي اوڤه اورڠ لاءين بواتكن دات تاڤي تق ڤستي سجاءوه مان دأ تله سياڤكن. نق كنافوللوو اوڤني.

5. اول تاهون اين ڤينده ک تمڤت کرجا بارو. سديکيت برماسله ڤد اولڽ کران ڤڠتاهوان چودأݢنيتر ساي کورڠ دڤرلوكن د ڤاسرن کران لاراۏل لبيه منداڤت تمڤت رات-رات شاريکت ايت لالو ساي ڤون مماسوکي لاتيهن لاراۏل سلام 2 هاري دان الحمدلله سوده بوليه مڠݢوناكن لاراۏل دڠن باءيک جوݢ بنتوان يڠ باڽق درڤد راکان-راكن ايت. تريما کاسيه باڽاک-باڽق اتس بنتوان. سموݢ کالين برجاي دالم كهيدوڤن ماسيڠ-ماسيڠ, ان شاءالله.

6. ساي ممڤرکمسكن ڤڠتاهوان دالم کيوب روبيک. سوده ببراڤ تاهون لڤس ساي ممڤلاجاري روبيک نامون ماسيه بلوم برجاي مناونڽ. سهيڠݢ ساتو کتيکا انق ساودارا ساي ممينتا ساي مڽلسايكن روبيکڽ, ساي ترفيکير ڤولا بهاوا ساي ڤرنه ممڤلاجاري روبيک دان بوليه مڽلسايكن روبيک تاڤي دڠن مليهت نوتا. ساي راسكن ساي ڤرلوكن لبيه لاتيهن دان تقنيک يڠ بتول دان ممڤو اونتوک مڽلسايكن روبيک تنڤا مليهت نوتا. هاسيلڽ ساي برجاي مڽلسايكن روبيک د باوه 2 مينيت سباݢاي ماس ترباءيک والاو ڤون ساسرن ادله د باوه 1 مينيت. باوه 1 مينيت 57 سعات هاڽ برجاي دڤرولهي سکالي دان اياڽ ادله ناسيب سمات-مات.

7. ترداڤت جوݢ ببراڤ مودول دالم زايروتاسک يڠ دبوات ڤد تاهون اين سڤرتي مودول کلکولاتور اسس دان ڤڠوبه کوفي

8. اڤليکاسي زايروڤري جوݢ دتمبه دڠن ڤلباݢاي چيري-چيري بارو انتاراڽ ادله قرءان بوقمارک دان چادڠن سوره دالم صلاة مڠيکوت هاري دان وکتو.

9. ترداڤت جوݢ اڤليکاسي يڠ ساي ترڤکسا ݢوݢوركن ايايتوياي زايروت. مودول مسجيد برهمڤيرن دان کالندر دالم زايروڤري جوݢ دکلواركن. اين دسببكن اوله ڤنومڤوان لبيه تراره کڤد مودول جاوي کوفي يڠ ممرلوكن فوکوس دان ماس يڠ لبيه.

10. تيدق سموا مودول کيت داڤت ݢيلڤكن کران كکڠن ماس. تمبهن ڤولا اين سموا دلاکوكن د لوار وکتو کرجا دان مروڤاكن هوبي سمات-مات. نامون ايت بوکنله الاسن اونتوک تيدق ممبريكن هاسيل يڠ برکواليتي دان برݢونا کڤد ݢولوڠن ساسر يڠ ترتنتو.

زايرو 


1. Macam biasa penghujung tahun adalah entri untuk saya RUMUSKAN apa yang telah dibuat sepanjang tahun ini (2016).

2. Membeli MOTO G4 namun masih belum mendapat Nougat. Saya juga membeli casing daripada Lazada yang berharga cuma RM23 termasuk shipping.

3. JAWI KUFI CONVERTER adalah tema saya pada tahun 2016. Ianya banyak telah disiapkan, Alhamdulillah. Namun masih banyak lagi yang perlu disiapkan untuk menjadikannya ianya benar-benar bermakna, InsyaAllah.

4. KAMUS BM-BI 20k data telah saya upah orang lain buatkan data tapi tak pasti sejauh mana dia telah siapkan. Nak kena follow up ni.

5. Awal tahun ini pindah ke tempat kerja baru. Sedikit bermasalah pada awalnya kerana pengetahuan CodeIgniter saya kurang diperlukan di pasaran kerana Laravel lebih mendapat tempat rata-rata syarikat IT lalu saya pun memasuki latihan Laravel selama 2 hari dan Alhamdulillah sudah boleh menggunakan LARAVEL dengan baik juga bantuan yang banyak daripada rakan-rakan IT. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan. Semoga kalian berjaya dalam kehidupan masing-masing, InshaAllah.

6. Saya memperkemaskan pengetahuan dalam KIUB RUBIK. Sudah beberapa tahun lepas saya mempelajari Rubik namun masih belum berjaya menawannya. Sehingga satu ketika anak saudara saya meminta saya menyelesaikan Rubiknya, saya terfikir pula bahawa saya pernah mempelajari Rubik dan boleh menyelesaikan Rubik tapi dengan melihat nota. Saya rasakan saya perlukan lebih latihan dan teknik yang betul dan mampu untuk menyelesaikan Rubik tanpa melihat nota. Hasilnya saya berjaya menyelesaikan Rubik di bawah 2 minit sebagai masa terbaik walau pun sasaran adalah di bawah 1 minit. Bawah 1 minit (57 saat) hanya berjaya diperolehi sekali dan ianya adalah nasib semata-mata.

7. Terdapat juga beberapa modul dalam Zairotask yang dibuat pada tahun ini seperti modul KALKULATOR ASAS dan PENGUBAH KUFI

8. Aplikasi Zairopray juga ditambah dengan pelbagai ciri-ciri baru antaranya adalah QURAN BOOKMARK dan cadangan surah dalam solat mengikut hari dan waktu.

9. Terdapat juga aplikasi yang saya terpaksa gugurkan iaitu ZAIROUTE. Modul masjid berhampiran dan kalendar dalam Zairopray juga dikeluarkan. Ini disebabkan oleh penumpuan lebih terarah kepada modul Jawi Kufi yang memerlukan fokus dan masa yang lebih.

10. Tidak semua modul kita dapat gilapkan kerana kekangan masa. Tambahan pula ini semua dilakukan di luar waktu kerja dan merupakan hobi semata-mata. Namun itu bukanlah alasan untuk tidak memberikan hasil yang BERKUALITI DAN BERGUNA kepada golongan sasar yang tertentu.

#zairo

Tuesday, November 1, 2016

433. Moto G4 Plus

1. Kalau Moto X yang saya gunakan sebelum ini cakera keras 16GB, Moto G4 Plus mempunyai cakera keras 32GB. Untuk kegunaan saya rasanya 16GB sudah memadai kerana saya bukanlah seorang yang suka mengambil gambar yang kerap.

2. Pemproses 8 teras berbanding Moto X menggunakan 4 teras. Dapat dirasakan untuk membuka aplikasi ianya lebih cepat daripada telefon Moto X yang saya pernah gunakan. Walau pun begitu, saya masih menggunakan Facebook Lite untuk penjimatan data dan kecepatan mengeluarkan data.

3. Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP. Salah satu kekuatan Motorola adalah keupayaan kamera yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

4. Buka telefon dengan menyentuh pada butang petak di bahagian bawah. Setakat ini saya hanya menggunakan ia untuk buka telefon dengan lebih bergaya dan selesa. Tutup telefon pula saya menggunakan aplikasi Lock.

5. Saya hanya perlu membuat sandaran kepada wallpaper, custom ringtone, custom notification, zairotask family tree dan data juga gambar. Selepas semuanya disalin ke dalam Moto G4, ianya sudah lengkap untuk saya gunakan seperti sedia kala.

6. Saiz skrin 5.5 inci tidak dirasakan besar disebabkan oleh lebarnya lebih kurang sama dengan Moto X cuma panjang yang dibezakan di mana saiz Moto X 2014 ialah 5.2 inci.

7. RAM 3GB berbanding 2GB Moto X 2014 tentunya memberikan lebih keselesaan namun kebiasaan saya yang lebih suka kill app berbanding tutup aplikasi mungkin tidak memberikan perbezaan yang ketara di situ.

8. Setakat ini Moto G4 Plus masih lagi dengan Android 6.0.1. Kebiasaannya untuk Motorola adalah menunggu sehingga X.0.1 barulah kemaskini dilancarkan untuk telefon pintar terpilih.

9. Moto G4 Plus berbeza dengan Moto G4 adalah kamera belakang 16MP berbanding Moto G4 dengan 13MP. Ciri-ciri lain adalah sama. Saya suka dengan ciri pilihan untuk tekan pada mana-mana bahagian skrin untuk mengambil gambar. Ini memberikan lebih keselesaan untuk menghasilkan gambar yang diambil adalah berkualiti.

10. Secara keseluruhannya, ianya adalah sebuah telefon pintar yang menarik hati daripada Lenovo/Motorola. Dengan harga RM1199 termasuk GST, ianya satu pelaburan yang berbaloi untuk anda gunakan dalam kehidupan harian. Kalau tidak kerana kemaskini Moto X yang menyebabkan suara telefon tidak kedengaran dalam mod biasa, saya masih membuat keputusan yang sama iaitu untuk membeli telefon pintar ini kerana saya sudah biasa dengan Motorola melalui 2 telefon terakhir yang saya gunakan iaitu Moto G siri pertama dan Moto X siri kedua.

p/s #1 Satu perkara menarik adalah penjimatan bateri di mana doze mod dikatakan juga berlaku semasa tutup skrin. Ini berlaku pada Nougat yang masih belum didapati dalam Moto G4 Plus saya.

p/s #2 Mengecas bateri sangat pantas untuk mencapai 75% dalam 20 minit sahaja. Namun untuk capai 100% itu mengambil masa sedikit lama. Setakat digunakan bateri mampu bertahan seharian sehingga malam walau pun berada di luar kawasan.

p.s #3 Moto G4 Plus dibekalkan bersama pengecas dengan wayar USB yang boleh ditanggalkan berbanding Moto X 2014 yang diberikan pengecas dan wayar USB berasingan. Apa pun, menggunakan wayar USB original memudahkan kerja pengaturcara untuk menguji aplikasi terus ke telefon pintar Android.

#zairo

Saturday, October 1, 2016

432. Nougat

1. Zairoute telah menurunkan sauhnya setelah saya membuat satu keputusan sukar untuk menamatkan aplikasi tersebut untuk memberikan fokus kepada aplikasi Jawi Kufi.

2. Zairopray pula telah dibuang modul masjid berhampiran dan kalendar. Kalendar walau bagaimanapun masih ada di aplikasi Zairoliday yang memaparkan kalendar cuti umum dan cuti sekolah.

3. Rombakan ini perlu demi memberikan fokus yang lestari kepada usaha penyiapan Jawi Kufi.

4. Terfikir pula untuk membeli Motorola G4 Plus yang boleh ditingkatnaik kepada Android Nougat 7.0, akan tetapi setelah diteliti, ditimbangtara dan diselidiki, saya menetapkan untuk mengekalkan dengan Moto X generasi kedua ini yang saya beli hujung tahun lepas yang belum pun sampai setahun jagung.

5. Sebenarnya apa yang kita buat hari ini perlu diambil kira sekurang-kurangnya 5 tahun ke hadapan. Ini akan memberikan kita langkah yang lebih bergaya dan memberikan impak maksima kepada apa yang ingin kita lakukan.

6. Mungkin saya akan membeli telefon pintar Ubuntu yang lama saya tangguh kerana menantikan model yang lebih berdaya saing. Menarik mengenai telefon pintar Ubuntu adalah kemaskini yang tiada batasan untuk sebarang model telefon pintar Ubuntu. Dalam Android, jika telefon pintar tersebut telah lebih 18 bulan bermakna tiada sokongan rasmi untuk tingkatnaik dan memerlukan sokongan pihak ketiga yang caranya sedikit sukar untuk pengguna biasa malah saya
sendiri tidak mencubanya.

7. Ada beberapa perkara telah saya automatikkan untuk memudahkan kerja. Contohnya menyimpan semua bookmark dalam pelayar Chrome dengan klik kanan pada salah satu tab > Bookmark all tabs. Untuk membuka semua tab chrom saya menggunakan klik kanan > Open All Bookmarks.

8. Untuk terminal pula saya membuat bash skrip untuk membuka beberapa tab yang saya perlukan dengan satu arahan terminal yang terdapat dalam menu yang juga saya skripkan.

9. Untuk menutup semua aplikasi pada laptop pula saya mengunakan arahan F4 beberapa kali yang terdapat secara default dalam Ubuntu sehingga semua aplikasi ditutup.

10. Telefon pintar Firefox OS telah menutup tirai. Adakah Ubuntu akan melakukan perkara sama amat menarik untuk diperhatikan. Bagi saya telefon pintar Ubuntu sangat menarik dengan apa yang ditawarkan seperti tingkatnaik tanpa sebarang had 2 tahun dan ini memberikan lebih nilai kepada pengguna. Dalam banyak aplikasi yang dipasang dalam telefon pintar, cuma beberapa aplikasi sahaja yang giat diguna setelah beberapa bulan masa berlalu daripada kali pertama membeli telefon pintar baru. Telefon pintar sepatutnya memudahkan hidup anda dan bukannya menyusahkan hidup anda.

#zairo

Friday, September 2, 2016

431. Kias Fansuri

1. Syukran, akhirnya berjaya menyiapkan typeface Jawi Kufi mengikut semua spesifikasi kufi linear dalam FoKS, InshaAllah. Ianya boleh didapati secara percuma di github.com/zairochess dan fontspace.com/psudo/jawi-kufi.

2. Typeface Jawi Kufi versi 4.3 ini saya gunakan dalam Rumi ke Jawi Kufi Converter. Rumi ke Jawi pun sudah okay cuma saya lebih sukakan kelainan dengan kufi.

3. Dalam proses menyiapkan Jawi Kufi Converter, banyak idea yang datang bertamu lalu saya pun menyiapkan modul-modul seperti Kalkulator Asas, Kufi Editor, Quran Bookmark dan lain-lain.

4. Kalau diikutkan memang macam-macam perkara yang ingin disiapkan akan tetapi tidak semua perkara dapat dibuat disebabkan kekangan masa. Hanya perkara yang dianggap penting sahaja akan diberi keutamaan manakala perkara lain dibiarkan sahaja berlalu dalam keterpaksaan.

5. Jawi Kufi Converter sedang dan akan disiapkan secara pesat dari semasa ke semasa namun saya tidak dapat menjangkakan bila ianya akan disiapkan. Kalau sebelum ini saya menumpukan kepada pembangunan Zairopray, kini saya akan memberi tumpuan kepada aplikasi Zairotask modul Jawi Kufi.

6. Terdapat 19 peraturan dalam Pedoman Jawi (DBP) yang perlu disiapkan dan sebahagiannya telah pun berjaya disiapkan, Alhamdulillah.

7. Sebenarnya saya telah pun ada perancangan untuk aplikasi baru yang ingin disiapkan selepas Jawi Kufi Converter namun semuanya perlu dibuat pengikut turutan.

8. Aplikasi yang saya bangunkan selalunya berkisar dengan algoritma dan kurang memberi tumpuan kepada kemasan antara muka dan bolehlah dianggap sebagai pendokong antara muka minimalis.

9. Untuk apa saya membangunkan semua ini? Kegunaan sendiri. Kalau orang lain berminat menggunakannya saya amat berbesar hati.

10. Menggunakan aplikasi orang lain adalah cara termudah namun tidak semua aplikasi dikemaskini dari semasa ke semasa dan lengkap seperti yang kita inginkan. Pilihan yang ada adalah sama ada meminta para pembangun aplikasi tersebut mengemaskini aplikasi mereka atau pun saya sendiri membangunkannya sendiri aplikasi yang diperlukan.

#zairo

Friday, August 5, 2016

430. Sinar Pasti Bererti

1. Mulanya Jawi Kufi. Kemudian Kalkulator Asas. Selepas itu, Kufi Editor. Terbaru Quran Bookmark.

2. Semuanya disiapkan dalam tahun ini untuk aplikasi Zairotask. Ada banyak lagi modul di dalamnya yang memudahkan urusan kehidupan sehari-hari, InshaAllah.

3. Semalam saya baru memindahkan Quran Bookmark daripada aplikasi Zairotask ke Zairopray. Ini merupakan wadah yang lebih sesuai dikumpulkan semua perkara yang bersifat Islamik, InshaAllah.

4. Dalam Quran Bookmark, ada 604 muka surat dan menggunakan 15 baris per halaman. Saya banyak merujuk laman web JAKIM, Quran for Android dalam menyiapkan modul ini di samping beberapa rujukan yang lain.

5. Ada 4 data iaitu nama surah berserta surah ke berapa, ayat mula dan ayat akhir, halaman ke berapa, juzuk ke berapa dan hizab beserta rubuk ke berapa.

6. Ada 2 cara untuk memberhentikan bacaan untuk disambung semula di masa yang lain iaitu secara juzuk dan hizab beserta rubuk atau pun secara muka surat.

7. Dalam Al Quran mengandungi 114 surah, 30 juzuk, 60 hizab dan 240 rubuk. 1 juzuk mengandungi 2 hizab. 1 hizab mengandungi 4 rubuk. Setiap juzuk mengandungi purata 20 muka surat. Setiap hizab mempunyai purata 10 muka surat. Setiap rubuk ada purata 2 hingga 3 muka surat.

8. Jika anda bercadang untuk membaca 2 atau 3 muka surat setiap kali membaca Al Quran, ada baiknya membaca mengikut juzuk, hizab dan rubuk.

9. Dalam Quran Bookmark tidak disediakan pilihan untuk memberhentikan bacaan pada sebarang ayat. Ini kerana sudah ada yang lebih utama iaitu memberhentikan bacaan di juzuk dan hizab beserta rubuk.

10. Al Quran sebaiknya dibaca setiap hari. Jangan diturutkan kemalasan diri kerana itu semua adalah angkara syaitan. Mulakannya hari ini. Bagi yang istiqamah membaca Al Quran, tahniah dan teruskan usaha anda.

#zairo

Sunday, July 10, 2016

429. Jom Raya

1. Saya baru menyiapkan Kufi Editor. Kalau bulan lepas dengan kalkulator asas, bulan ini dengan Pengubah Kufi. Hingga rakan saya berkata 'Wah! Banyaknya app kamu buat. Hari tu kalkulator, ni Kufi Editor'.

2. Biasanya saya membuat aplikasi yang saya gunakan. Mungkin aplikasi ini berguna juga untuk orang lain tapi yang pasti saya menggunakan aplikasi ini.

3. Terdapat 4 butang iaitu Reset, Toggle Grid, Color Picker dan Undo.

4. Pilihan warna adalah menggunakan Material Design.

5. Aplikasi seumpamanya dalam Google Play adalah Pixeleque, sebuah aplikasi sumber terbuka.

6. Seperti modul Kalkulator Asas, aplikasi Kufi Editor juga dibina dengan konsep minimal iaitu hanya menyediakan fungsi-fungsi asas. Ini kerana fokus saya adalah kepada modul Jawi Kufi yang masih belum sempurna.

7. Salah satu kelainan yang dibawa oleh modul Kufi Editor adalah tap kali pertama pada petak akan memberikan warna pada petak tersebut manakala tap kali kedua pada petak yang sama akan memadam warna tersebut. Ini memberikan keselesaan untuk memadam petak yang tersilap dengan lebih pantas tanpa perlu menekan ikon untuk menukar mod.

8. Salam Aidil Fitri kepada semua. Dalam sibuk beraya, keselamatan dan kesihatan haruslah diutamakan.

CI dulu, Laravel kini,
Peminat Ubuntu kini dan dulu,
Saya ingin menyusun jari,
Zahir dan batin maaf dariku.

#zairo

Saturday, June 4, 2016

428. Lain Darab

1. Baru selesai penyiapan modul kalkulator mudah yang mengandungi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ianya satu pengalaman yang istimewa kerana ianya tidak semudah yang disangkakan.

2. Selain daripada fungsi asas tersebut, terdapat juga buka dan tutup kurungan, kuasa n dan juga peratus. Ianya merupakan kalkulator asas yang saya tidak bercadang untuk menjadikannya kalkulator saintifik.

3. Terdapat juga salin teks dan kongsi teks di mana soalan dan jawapan boleh dikongsi dalam aplikasi lain.

4. Terdapat nombor daripada 0 hingga 9 dan titik perpuluhan.

5. Juga terdapat butang 'reset' dan 'undo'.

6. Ini menjadikan keseluruhan adalah sebanyak 24 butang kesemuanya.

7. Jika anda membuat operasi secara salah seperti 2x/3= maka 'Error' akan dipaparkan sebagai jawapannya.

8. Setelah anda menekan butang sama dengan, jawapan akhir akan dipegang untuk disambung dengan operasi berikutnya jika ada. Jika anda mahu membuat operasi baru maka anda bolehlah menekan butang 'undo' seterusnya meneruskan operasi baru.

9. Titik perpuluhan maksima adalah sebanyak 9 sahaja. Kalkulator Google mempunyai 10 titik perpuluhan manakala aplikasi kalkulator saintifik Mathdroid mempunyai 16 titik perpuluhan.

10. Kalkulator asas hasil daripada permintaan seorang rakan yang memerlukannya untuk mengira harga sesuatu produk setelah ditolak dengan diskaun. Terdapat banyak kalkulator di dalam Google Play namun saya lebih selesa menggunakan aplikasi sendiri di mana ianya tiada gambar iklan dan percuma.

11. Membangunkan aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama yang banyak terdapat di pasaran tidaklah menarik. Jika ada perbezaan dari segi fungsi yang ditampilkan ianya baru dikira istimewa. Jika tidak, ianya tidak ubah sekadar hanya aplikasi lain yang menawarkan fungsi yang sama seperti aplikasi-aplikasi lain. Bagi saya, kalkulator mudah dalam Zairotask mempunyai fungsi yang tersendiri seperti boleh menyalin teks ke dalam aplikasi-aplikasi yang lain di samping memaparkan sejumlah butang yang ringkas.

#zairo

Saturday, May 14, 2016

427. Don't Be Evil

1. Melihat statistik di Github, baru perasan rupanya aktif juga saya dalam Github. Sebenarnya saya mengemaskini font jawi kufi dan rumi sehingga ianya menjadi sempurna seperti sekarang.

2. Selepas siap font jawi kufi, saya ingin menyiapkan modul Jawi Kufi dalam aplikasi Zairotask. Nampak macam saya mengambil masa yang lama sebelum meneruskan usaha menyiapkannya. Namun berpindah kerja memerlukan saya memberikan sepenuh perhatian dan fokus untuk memahami apa yang sepatutnya.

3. Sebab itu saya kurang berminat untuk berpindah-pindah kerja kerana banyak perkara yang perlu dipelajari. Menariknya apabila dapat mempelajari perkara baru dan kebanyakkannya perkara adalah tren terkini dan ini sungguh mengujakan.

4. Pencapaian Rubik saya sekitar 1 minit 30 saat secara purata. Sekali saya berjaya menyelesaikan Rubik dalam 57 saat namun ianya lebih kepada nasib semata, erk.

5. Sasaran tahun ini untuk menyiapkan sepenuhnya Converter Jawi Kufi. Modul asas Jawi Kufi dalam telefon pintar berjaya disiapkan selama sebulan lebih. Ianya sangat mempesonakan kerana beberapa percubaan yang saya gagal tidak mematahkan semangat saya untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

6. Buat masa ini hanya satu aplikasi yang saya berminat untuk tambahbaik, ianya adalah modul Jawi Kufi dalam Zairotask. Aplikasi-aplikasi lain yang pernah saya bangunkan sebagai hobi, saya tidak berminat untuk kemaskini kerana untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna, ianya memerlukan fokus dan usaha yang berterusan hingga benar-benar siap.

7. Memang banyak cadangan daripada email dan di Google Play namun untuk menjayakan sesuatu perkara kadang-kadang kita terpaksa melupakan harapan orang lain, erk.

8. Dalam aplikasi Zairopray, perlu difahami cara penggunaannya yang betul. Jika berada di masjid, aplikasi Zairopray tidak perlu digunakan kerana waktu di masjid lebih utama. Jika berada di luar kawasan, dan memerlukan solat di awal waktu maka di sini Zairopray digunakan. Kelewatan 1 minit hingga 5 minit tidaklah menjadi soal jika anda berada di luar kawasan untuk urusan kerja atau pun melancong.

9. Apabila tibanya bulan Ramadhan, ianya sama seperti penjelasan di atas. Usahlah terlalu khuatir kerana jika Zairopray tidak memenuhi keperluan anda, masih banyak lagi aplikasi-aplikasi seumpamanya yang menawarkan fungsi-fungsi yang sepertinya seperti Malaysia Prayer Time, MySolat dan iSolat.

10. Syukur, Alhamdulillah.

#zairo

Monday, April 11, 2016

426. Do you Laravel?

1. Jan 2015 saya mula mempelajari Laravel namun terhenti selepas selesai pemasangan Laravel yang memaparkan landing page Laravel, erk.

2. 5 dan 6 Mac 2016, saya pergi ke bengkel Laravel selama 2 hari dan seterusnya mengunakan Laravel untuk persekitaran kerja.

3. Laravel merupakan bingkai kerja PHP keempat yang saya belajar selepas Symfony, CakePHP dan CodeIgniter.

4. Kalau pengaturcara Symfony ibarat pemuzik, pengaturcara CakePHP seperti chef dan pengaturcara CodeIgniter bak ahli silap mata maka pengaturcara Laravel umpama penulis novel.

5. Laravel dicipta oleh Taylor Otwell pada tahun 2011 dan kini Laravel dianggap sebagai bingkai kerja PHP nombor satu berbanding bingkai kerja yang lain.

6. Masih banyak yang saya perlu belajar dalam Laravel untuk menjadi seorang penulis yang benar-benar memahami apa yang ditulis.

7. Versi semasa Laravel adalah 5 dan versi 4 dan sebelumnya adalah perbezaan yang sangat ketara. Ini merupakan salah satu dilema pengaturcara dimana dalam usaha untuk menjadi pakar bingkai kerja, tiba-tiba perubahan drastik berlaku dan terpaksa bermula semula mempelajari yang baru. Itu belum lagi apabila terpaksa belajar bingkai kerja baru apabil ianya menjadi dominan, tidak boleh tidak, terpaksa mempelajarinya.

8. Belajar merupakan proses seumur hidup dan tiada istilah jalan pintas untuk berjaya. Apa yang ada adalah keazaman dan berusaha gigih di samping doa untuk mencapai impian dan harapan.

9. Oh ya, masa terbaik Rubik saya adalah 1 minit 35 saat. Kalau berjaya menyiapkan di bawah 60 saat macam menarik juga, hihi.

#zairo

Friday, March 11, 2016

425. Jawi Converter

1. Asalnya saya mahu mencari huruf-huruf yang betul dalam Jawi bagi satu perkataan untuk membuat khat Kufi. Jenuh mencari aplikasi dalam laman web dan telefon pintar Android yang sesuai akan tetapi tidak berhasil.

2. Antara laman web yang bagus untuk tukar Rumi ke Jawi adalah ejawi.net dan jawi.ukm.my. Biasanya mereka mengunakan kamus dan formula untuk menghasilkan bacaan tepat. Biasanya kebanyakan aplikasi tidak dapat menukar nama dengan baik kerana perlukan data kamus bahasa Arab. Namun ini perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.

3. Lalu timbul idea untuk membuat sendiri tukar Rumi ke Jawi. Idea memang murah tapi untuk melaksanakannya satu hal yang lain. Selepas menyiapkan asas typeface Jawi, sudah boleh dapatkan Kufi Linear daripada output. Cuma untuk mendapatkan huruf-huruf yang betul itu ada kalanya sedikit sukar.

4. Setelah beberapa bulan penyiapan tukar Rumi ke Jawi yang saya letakkan dalam Zairotask, akhirnya saya berjaya menjumpai formula-formula yang sesuai untuk digunakan sebagai asas. Kemudian ditambah hukum-hukum dalam Jawi dan ditambah preset data yang akan ditambah dari semasa ke semasa untuk menghasilkan bacaan yang persis lagi jitu dalam menukar Rumi ke Jawi.

5. Sebelum menyiapkan dalam Android, saya membuat dalam PHP kerana mudah untuk saya 'trial and errors'. Selepas siap baru saya menukar daripada PHP ke Java Android.

6. Ada 2 modul saya buat iaitu modul 'Jawi to Kufi' dan 'Rumi to Kufi'. 'Jawi to Kufi' untuk yang sudah pakar dalam Jawi dan boleh terus menaip Jawi dan output dalam Kufi boleh dikongsi ke dalam gambar atau pun kongsi teks ke media sosial seperti Twitter, Telegram, Whatsapp  dan FaceBook.

7. 'Rumi to Kufi' paling mencabar dibuat kerana mengunakan formula, tidak seperti 'Jawi to Kufi' yang hanya mengunakan font kufi yang telah saya siapkan sebelum ini.

8. Menyiapkan modul 'Jawi Converter' membolehkan saya mempelajari Jawi dengan lebih baik kerana saya perlu mengetahui hukum-hukum dan peraturan yang ada dalam tulisan Jawi untuk menghasilkan aplikasi seperti ini.

9. Terima kasih kepada semua penguji aplikasi 'Jawi Converter'. Anda semua mempercepatkan proses menyiapkan aplikasi 'Jawi converter'.

10. Oh ya, saya membuat kelainan di mana Rumi ditukar kepada Jawi dan seterusnya paparan output adalah dalam tulisan Kufi. Namun jika klik pada 'Salin Teks' ianya hanya salin teks tanpa font Kufi kerana secara umumnya aplikasi-aplikasi lain tidak ada font Kufi dan memaparkan dalam bentuk Jawi biasa. Apabila disimpan sebagai gambar, maka tulisan dalam bentuk Jawi Kufi 'overlay' pada gambar.

11. Aplikasi 'Jawi Converter' ini boleh didapati di Google Play dalam aplikasi Zairotask. Ada banyak modul di dalamnya kerana aplikasi ini bersifat 'mix and match'. Ada 2 modul berkaitan Jawi di dalamnya iaitu 'Jawi to Kufi' dan 'Rumi to Kufi'. 'Jawi Converter' adalah dalam 'Rumi to Kufi'.

#zairo

Monday, February 22, 2016

424. Do you Rubik?

1. Ada beberapa kaedah Rubik yang menarik perhatian saya kerana menggunakan sedikit sahaja formula untuk dihafal dan faham. Mengunakan kaedah Edges First, saya berjaya menyelesaikan dalam masa purata 3 minit.

2. Kaedah Edges First boleh dikatakan kaedah yang saya gunakan sekarang kerana penyelesaian paras 2 (2L) hanya mengunakan 3 notasi yang boleh difahami dengan logik akal. Namun masa paling banyak digunakan pada peringkat akhir untuk menyiapkan kesemua corners.

3. Berikut beberapa kaedah hasil daripada kajian saya.

Edges First Method (2 Algorithms - RUru and RUrU RU2 r)
1L (white on top)
- white cross - logical thinking
2L (yellow on top)
- right - R ur
- left - l UL
3L
- yellow cross - F RU ru f
- fix yellow edges - RU r U RU2 r
(white on top)
1L
- fix 3 corners - RU ru (u)
(yellow on top)
3L
- fix 3 corners - RU ru (u)
- if left 2 corners - put on front bottom - RU ru (u), RU ru

Beginner Method (2 Algorithms - RUru and RUrU RU2 r)
1L (white on top)
- white cross - logical thinking
(yellow on top)
- white corner - RUru
2L
- right - RU ru - luLU 2x
- left - lu LU - RUru 2x
3L
- yellow cross - (L-shape on top left, vertical), F RUru f
- fix yellow edge - - (Correct on the right / front and back / right and back), RUrU RU2 r (U)
- yellow corners - (Correct on the top right), RUru - luLU 5x
(white on top)
- fix Yellow corner - (Correct on the bottom left front) RUru (b)

Beginner Method (6 Algorithms) - Yellow Edge First
1L (white on top)
- white cross - logical thinking
- white corner - logical thinking
2L (yellow on top)
- right - UR ur uf UF
- left - ul UL UF uf
3L
- yellow cross - (L-shape on top left, vertical), FRU ruf
- swap 2 yellow edge - RU r U RU2 r (U)
- yellow corner - UR ul U ru L
- fix yellow corner - rdRD (U) 

Beginner Method (7 algorithms) - Yellow Corner First
1L (white on top)
- white cross - logical thinking
- white corner - logical thinking
2L (yellow on top)
- right - UR ur uf UF
- left - ul UL UF uf
3L
- yellow cross - (L-shape on top left, vertical), FRU ruf
- all yellow on top - RU r U2 r
- fix yellow corners - (correct at the back), r F r B2R f    r B2R2 u
- fix yellow edge right - F2UL r F    F l RUF2 
- fix yellow edge left -  F2 u L r F    F l R u F2

4. Berikut adalah antara kaedah yang popular.
Corners First Method - Perlu hafal beberapa formula, menarik apabila semua sudut disiapkan, apa jua perubahan pada edge tidak akan mengubah kedudukan corner.

Freidrich Method - Merupakan kaedah terpantas yang selalu digunakan oleh para speedcuber. Ini kerana ia mempunyai 57 OLL + 21 PLL = 78 formula yang perlu dihafal dan faham yang merupakan cara tercepat untuk menyelesaikan rubik.

Petrus Method - Antara formula terawal yang dicipta sejak Rubik diperkenalkan. Tidak membuat palang seperti yang banyak digunakan oleh kaedah yang lain.

Roux Method - Hampir sama seperti Petrus Method.

Tyson Mao's Beginner Method - Digunakan oleh Will Smith dalam filem Persuit of Happyness dan dikatakan Will Smith mampu untuk menyelesaikan Rubik kurang daripada 2 minit menggunakan kaedah ini.

Beginner Method - Biasanya untuk pemula perlu selesaikan paras demi paras.

Edges First Method - Salah satu kaedah yang hanya mengunakan 2 formula.

5. Adakah perlu selesaikan Rubik di bawah 10 saat, 20 saat atau 1 minit? Jika anda bukan speedcuber yang bermain untuk pertandingan, masa yang diambil di bawah 2 minit masih dikira sebagai terbaik. 3 minit pun okay jika daripada perkiraan saya, hihi.

p/s Saya berjaya menyelesaikan Rubik di bawah 2 minit beberapa kali mengunakan Rubik berharga RM6 sahaja. Akhirnya. Syukur. Tamat sudah misi Rubik saya.

#zairo

Monday, February 15, 2016

423. Rubik's Cube

1. Setelah beberapa tahun mengkaji Rubik on dan off, akhirnya saya berjaya menghafal 5 formula Kiub Rubik dalam masa kurang daripada sejam, Alhamdulillah.

2. Untuk pemula, 3 lapisan diselesaikan satu persatu di mana lapisan putih biasanya menjadi lapisan pertama kerana mudah dilihat apabila warnanya putih. Lapisan ketiga adalah warna kuning yang bertentangan dengannya.

3. Lapisan pertama boleh diselesaikan secara logik akal namun ada juga formula ringkas jika anda inginkan kecepatan. Saya menukar daripada format piawai iaitu tanda prime (') untuk lawan arah jam kepada huruf kecil dan ikut arah jam kepada huruf besar untuk memudahkan hafalan. Mungkin ada cara lebih mudah menghafalnya bolehlah mengunakan cara anda sendiri. Mulakan dengan petak tengah (langkah a) kemudian petak bucu (langkah b).
a. White edge - U'R
Putih diselesaikan di bahagian atas. Jika situasi di bawah, gerakkan bahagian atas ke kanan, kemudian kanan ke atas, kemudian atas ke kiri untuk membetulkan warna sisi atas dan tengah kepada sepatutnya. Selepas siap, terbalikkan kiub untuk mempastikan warna putih di bahagian bawah.
=> uR                                                           
  Bahagian Atas (Up)
  [   ][W][   ]  [   ][W][   ]  [   ][W][   ]
  [W][W][W]  [W][W][   ]  [W][W][W]
  [   ][   ][   ]   [   ][W][   ]  [   ][W][   ]
  ---------  ---------  ---------   
  Bahagian Hadapan (Front)
  [   ][   ][   ]  [   ][   ][   ]  [   ][   ][   ]
  [   ][   ][W]  [   ][   ][W]  [   ][   ][   ]
  [   ][   ][   ]  [   ][   ][   ]  [   ][   ][   ]

b. White corner - RUR'U'
=> RUru
Diulang beberapa kali sehingga selesai lapisan bawah sudut. Teknik lain pun boleh diguna kerana lapisan pertama ini boleh menggunakan logik akal.

4. Selesai lapisan pertama, diikuti pula dengan lapisan kedua.
a. Right: URU'R' U'F'UF                           
=> UR ur uf UF
if color reverse, put it in right side

5. Selesai lapisan kedua, lapisan ketiga dimulai dengan kotak tengah (2 formula daripada langkah a dan b) dan kemudian bucu (2 formula daripada langkah c dan d).
a. Yellow edge: FRU R'U'F'                       
=> FRU ruf
    [  ][  ][  ]
    [Y][Y][Y]
    [  ][  ][  ]
    -or-
    [  ][Y][  ]
    [Y][Y][  ]
    [  ][  ][  ]
   
b. Swap 2 yellow edge: RUR'U RUUR' U               
=> RU r U
   RU2 r U
correct color at the right side
-or-
correct color at the right side and back side
-or-
correct color at the front side and back side

c. Yellow corner: URU'L' UR'U'L                    
=> UR ul
   U ru L
yellow + 2 correct colors at the right side
    [  ][  ][X]
    [  ][  ][  ]
    [  ][  ][  ]
 
d. Fix position of yellow corner: R'D' RD (U)   
=> rd RD
Color to fix at the right
    [  ][  ][X]
    [  ][  ][  ]
    [  ][  ][  ]

6. Tara. Tahniah, anda sekarang sudah menjadi seorang pakar Rubik.

7. Saya berjaya menyiapkan Kiub Rubik dalam masa 5 minit 30 saat tanpa melihat nota, Alhamdulillah.

8. Rubik yang digunakan dalam artikel ini adalah 3x3 iaitu Rubik yang paling popular.

9. Motif permainan Rubik adalah menghasilkan semua sisi sama warna iaitu kembali ke kedudukan asalnya setelah diselerakkan secara rawak.

10. Rubik dicipta oleh Erno Rubik pada tahun 1974 dan sejak dipasarkan 6 tahun kemudian, Rubik mencipta fenomena di mana daripada remaja dan dewasa tertarik dengan permainan ini dan pernah mendapat beberapa anugerah 'Game of the Year'. Rubik juga merupakan permainan yang paling banyak dibeli di seluruh dunia.

11. Untuk merawakkan Rubik, 7 hingga 10 RUru secara rawak sudah cukup kerana 25 hingga 30 langkah sudah cukup untuk menjadikan semua permukaan Rubik menjadi pelbagai warna secara rawak.

#zairo

Wednesday, January 20, 2016

422. Did You Just Go Without Saying Goodbye?

It is good to be here. 5 years and 3 months is a long journey. A lot of ups and downs along the way. I had worked for 7 companies but I stay here for quite some time.

A lot of projects along the years that is good for our experiences. I learned about a lof of things that is beyond my wildest imagining. I learned about Android which is not my job scope but it is much fun and I learned a lof of other things while doing it. Servers is something fun to learned. It may be not your job scope or your cup of tea but hey it will not hurt you to learn something new.

Do contact me if anything. You can reach me by Whatsapp, Telegram, email, Twitter and FB too. I don't want to sugar coated saying that I can help you when you need me anytime but I will try to help as far as I can. May be it is me who need your helps. Let's not burn the bridge (of friendship). It is a small world after all, we shall meet again someday and somewhere in the future.

My friend once think that I am working in Japanese company and I said no. Having said that, sorry for everything, arigato gozaimashita and sayonara Teratorian.

p/s Thanks to Zara and Terato for the Allah and Muhammad kufi. I really appreciate that.

p/s Not your job scope means that you need to study that outside office hours.

#zairo

Sunday, January 3, 2016

421. Asimilasi

1. Moto X 2014 yang saya sedang gunakan mempunyai aplikasi PROXIMITY SENSOR di mana saya tidak lagi perlu memasang aplikasi seumpamanya. Untuk membuka telefon, gerakkan jari pada sensor di bahagian atas kiri telefon dan icon kunci akan muncul untuk diseret ke bahagian bawah untuk membuka telefon. Ini hanya terdapat dalam telefon Motorola model tertentu dan telefon pintar daripada Samsung juga mempunyai ciri seperti ini seperti dalam S4 dan sebagainya.

2. Kalau Moto G 2013 didatangkan dengan aplikasi Assist and Motorola Migrate, kali ini Moto X didatangkan dengan 2 aplikasi APLIKASI DEFAULT iaitu Connect dan Moto. Motorola Connect membantu berhubung dengan aksesori seperti jam pintar dan headphone. Motorola Moto pula adalah nilai tambah untuk memudahkan penggunaan telefon seperti respon kepada kawalan ketika membaca, reaksi kepada membuka kamera dengan kawalan pantas dan sebagainya.

3. Jika menukar telefon, apa BACKUP yang perlu dibuat? Bergantung kepada individu. Kalau saya, saya perlu backup kepada
a. Contact Number dalam format .vcf. Caranya Contacts - Menu - Import/Export - Export to .vcf file - Simpan di folder Downloads. Kemudian hantar kepada email anda untuk simpanan.
b. Data aplikasi Zairotask. Caranya Menu - Settings - Backup Data. Kemudian Menu - Settings - Backup Family Tree. Ia akan simpan di folder sdcard. Mengunakan aplikasi File Explorer, email kepada anda 2 fail tersebut untuk backup.
c. Galeri. Salin di laptop mengunakan USB kabel.
Mungkin ada cara lebih canggih seperti sync dengan Google tapi saya lebih selesa dengan cara 'old school'.

4. LOGIN Gmail untuk membolehkan muatturun aplikasi daripada Google Play.

5. PASANG APLIKASI yang diperlukan daripada Google Play. Senarai semua aplikasi yang pernah dipasang ada di Menu - My apps & games - All. Ini penting untuk memastikan anda tidak tersalah pasang aplikasi yang nama seakan sama.

6. LOGIN untuk APLIKASI seperti Twitter, FaceBook, Whatsapp dan Telegram, dan sebagainya.

7. UBAHSUAI TETAPAN seperti vibrate off, silent notification dan sebagainya.

8. Letakkan WIDGET yang diperlukan pada wall.

9. Ubah WALLPAPER pada telefon untuk memberikan lebih keunikan kepada telefon anda.

10. Stor semula contact number, galeri dan data Zairotask. Maka dengan ini secara rasminya telefon pintar anda SEDIA untuk DIGUNAKAN seperti sedia kala.   

#zairo