Saturday, December 9, 2017

448. Twenty 18

سڤرتي تاهون۲ لڤس، سوروتن ڤرکارا يڠ برجاي دچاڤاي اونتوق تاهون 2017، الحمدلله.
1. برجاي اونتوق سياڤکن روبيق دباوه 60 ساعت سچارا کونسيستن مڠݢوناکن 4 لوق لاست لاير يڠ دأوبهسواي دان دڤڠݢيل قاعده زايرو. ڤنچاڤاين ترباٴيق ستاکت اين اداله 39 ساعت.

2. ممبلي نوکيا 5 يڠ برهرݢ RM799 اونتوق منداڤتکن تيليفون دڠن چيري مݢنيتوميتر کومڤس.

3. ڤاڤن ککونچي جاوي کوفي اداله تيما ساي اونتوق تاهون 2017. الحمدلله، باڽق ڤنمبهباٴيقن يڠ تله دبوات دان اد باڽق لاݢي اکن دبوات، ان شاء الله. کالاو 2016 ساي هاڽ فوکوس کڤد ترنسليتراسي رومي کڤد جاوي، اونتوق تاهون اين ساي ممبوات ڤرکارا سام دسمڤيڠ ممڤرکمسکن لاݢي ڤاڤن ککونچي رومي دان جاوي يڠ سديا اد.

4. مڠݢوناکن انسيبل ياٴيت ڤڠوروسن کونفيݢوراسي ڤد ڤلين.

5. اڤليکاسي زايروليدي مڠݢوناکن بنتوان ڤي.ايچ.ڤي. دالم منداڤتکن کتڤتن دالم چوتي ݢنتين کڤد چوتي عموم دان مليڤوتي 2 سيستم چوتي يڠ بربيذا.

6. اڤليکاسي زايروتاسق دکمسکيني جڠک وقتو درڤد هاري کڤد هاري دان جم مينيت.

7. اڤليکاسي زايروڤري دتمبه دڠن مودول بارو ياٴيت سيت جم باڠون تيدور اونتوق تهججوديڠ هاڽ ممبنرکن جم دسيت کڤد وقتو سبلوم امساک.

8. اڤليکاسي ڤاڤن ککونچي جاوي کوفي دتمبه دڠن انتاراموک ڤاڤن ککونچي بارو يڠ ساي ناماکن رتي سباݢاي الترناتيف کڤد. چوما 8 ککونچي دأوبه کڤد کدودوکن بارو دان 8 اکسارا ترسبوت اداله يڠ ڤاليڠ جارڠ دݢناکن دالم قاموس اوايكسفورد 2014.

9. اڤليکاسي ڤاڤن ککونچي جاوي کوفي دان زايروليدي تله مڠݢوناکن ماتريال دسيݢن، کونسيڤ ريکاٴن انتارا موک درڤد ݢوݢل يڠ مناريق، کمس دان برݢاي.

10. اڤليکاسي ڤاڤن ککونچي جاوي کوفي دالم مود ترنسليتراسي رومي کجوي تله دسيمق اونتوق لبيه 10,000 ڤاته ڤرکاتاٴن اونتوق منجاديکنڽ بنر۲ برمعنا.

11. تربارو، اڤليکاسي ڤاڤن ککونچي جاوي کوفي جوݢ مڽوکوڠ سالين دان تمڤل سرتا ترنسليتراسي ستله دتکن ککونچي انق ڤانه ک باوه دان بر رواڠ، شكرا.


Seperti tahun-tahun lepas, sorotan perkara yang berjaya dicapai untuk tahun 2017, Alhamdulillah.

1. Berjaya untuk siapkan Rubik di bawah 60 saat secara konsisten menggunakan 4 Look Last Layer yang diubahsuai dan dipanggil Kaedah Zairo. Pencapaian terbaik setakat ini adalah 39 saat.

2. Membeli Nokia 5 yang berharga RM799 untuk mendapatkan telefon dengan ciri magnetometer (kompas).

3. Papan Kekunci Jawi Kufi adalah tema saya untuk tahun 2017. Alhamdulillah, banyak penambahbaikan yang telah dibuat dan ada banyak lagi akan dibuat, InshaAllah. Kalau 2016 saya hanya fokus kepada transliterasi Rumi kepada Jawi, untuk tahun ini saya membuat perkara sama di samping memperkemaskan lagi papan kekunci Rumi dan Jawi yang sedia ada.

4. Menggunakan Ansible iaitu pengurusan konfigurasi pada pelayan.

5. Aplikasi Zairoliday menggunakan bantuan PHP dalam mendapatkan ketepatan dalam cuti gantian kepada cuti umum dan meliputi 2 sistem cuti yang berbeza.

6. Aplikasi Zairotask dikemaskini jangka waktu daripada hari kepada hari dan jam minit.

7. Aplikasi Zairopray ditambah dengan modul baru iaitu set jam bangun tidur untuk Tahajjud yang hanya membenarkan jam diset kepada waktu sebelum Imsak.

8. Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi ditambah dengan antaramuka papan kekunci baru yang saya namakan ERTY sebagai alternatif kepada QWERTY. Cuma 8 kekunci diubah kepada kedudukan baru dan 8 aksara tersebut adalah yang paling jarang digunakan dalam Kamus Oxford 2014.

9. Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi dan Zairoliday telah menggunakan Material Design, konsep rekaan antara muka daripada Google yang menarik, kemas dan bergaya.

10. Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi dalam mod transliterasi Rumi ke Jawi telah disemak untuk lebih 10,000 patah perkataan untuk menjadikannya benar-benar bermakna untuk digunakan.

11. Terbaru, aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi juga menyokong salin dan tampal serta transliterasi setelah ditekan kekunci down arrow dan space bar, syukran.

#zairo

Monday, November 13, 2017

447. Simple But Enough

1. Masih lagi dengan PENAMBAHBAIKAN pada papan kekunci Jawi Kufi.

2. Kunci TUKAR MOD DIASINGKAN untuk papan kekunci normal dan XL untuk membolehkan maksima hanya 3 mod aktif pada papan kekunci dalam satu-satu masa.

3. Antaramuka Numerik adalah 8 kekunci sebaris manakala antaramuka QWERTY adalah 10 kekunci sebaris. Untuk XL, antaramuka Numerik dan ERTY adalah 7 KEKUNCI SEBARIS.

4. Dalam aplikasi papan kekunci Jawi Kufi TIADA POPUP KEYS kerana mengekalkan konsep minimalis.

5. Konsep papan kekunci Jawi Kufi adalah minimalis. Jadi terdapat Special Char yang TERHAD dan utama sahaja dalam papan kekunci ini.

6. PERMULAAN HURUF BESAR juga telah dibetulkan. Apabila ditekan Shift, papan kekunci akan memaparkan huruf kecil. Alhamdulillah.

7. Tekan 2 kali Space Bar akan memaparkan tanda KOMA. Itulah sebabnya tidak ada tanda koma pada antaramuka utama papan kekunci. Untuk rekod, tekan 2 kali Space Bar pada Gboard akan memaparkan tanda noktah.

8. Menambahbaik untuk AFFIX pada k, p, s and t menukar permulaan huruf. Contohnya kesot menjadi mengesot, ponteng menjadi memonteng, simen menjadi menyimen dan toleh menjadi menoleh.

9. Papan kekunci Transliterasi dan Jawi BOLEH DINYAHAKTIFKAN jika perlu manakala papan kekunci Rumi adalah default dan tidak boleh dinyahaktifkan. Dicadangkan untuk menggunakan papan kekunci Rumi dan Transliterasi.

10. Frasa umum dalam Rumi dan Jawi juga disediakan seperti Assalamualaikum boleh dicapai pada antaramuka Numeric Rumi dan ini sangat selesa tanpa perlu menghafal short form seperti yang dibuat sebelum ini.

11. Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi sudah memasuki FASA KEDUA di mana kerja-kerja menyemak kesudahsiapan aplikasi Jawi Kufi dalam kesemua peraturan yang terdapat dalam tulisan Jawi. Untuk rekod, dalam fasa pertama aplikasi Jawi Kufi disemak untuk lebih 10 ribu perkataan Jawi demi memastikan transliterasi Rumi ke Jawi adalah tepat untuk hampir keseluruhan huruf-huruf Jawi yang biasa digunakan dalam penulisan standard.

#zairo

Sunday, October 8, 2017

446. Material Design

1. Material Design diumumkan pada Jun 2014 oleh Google semasa persidangan Google I/O.

2. Aplikasi Jawi Kufi menerima sentuhan pertama Material Design. Kemudian saya salin kepada aplikasi Zairoliday dan mengemaskini apa yang patut. Menariknya satu komen aplikasi Zairoliday mencadangkan rekaan Holo sekitar tahun 2013 dan 3 tahun berikutnya baru saya dapat mengemaskini antaramuka dengan berkesan menggunakan Material Design.

3. Sebenarnya tumpuan saya lebih terarah kepada fungsi. Kalau dikira ada dalam 25 modul yang saya telah buat dalam masa 6 tahun ini.

4. Zairopray dan Zairotask masih belum dikemaskini kepada Material Design. Saya masih belum ada jawapan sama ada akan meneruskan dengan Material Design atau kekal dengan sedia ada. Buat masa ini saya biarkan dengan rekaan sedia ada dan kemaskini mungkin akan dibuat pada masa akan datang.

5. Ada 3 menu yang utama dalam Material Design iaitu
a. Navigation drawer. Contohnya Gmail, Telegram dan Twitter.
b. Tabs. Contohnya Whatsapp dan Twitter.
c. Bottom navigation bar. Contohnya Youtube.
Pada mulanya saya bercadang membuat menu Tab akan tetapi menukar fikiran menggunakan Navigation Drawer hasil maklumbalas daripada rakan dan penilaian saya sendiri. Bagi saya Navigation Drawer lebih kemas kerana cuma ada 1 sahaja ikon iaitu ikon menu.

6. Banyak rujukan yang saya gunakan dan banyak kali mencari di Stack Overflow. Alhamdulillah, setelah mencuba berkali-kali akhirnya berjaya membuat menu paling ringkas iaitu cuma ada menu dan ikon butang kembali.

7. Dalam Android Studio terbaru ada template Navigation Drawer akan tetapi tanpa ikon butang kembali.

8. Bila guna Material Design, automatik antaramuka menjadi kemas dan menarik. Ini menyebabkan tidak perlu banyak perubahan di sana sini. Itulah salah satu perkara yang menarik tentang Material Design.

9. Material Design ada warna tertentu yang boleh didapati di https://material.io/guidelines/style/color.html

10. Material Design juga ada senarai ikon yang boleh digunakan dan boleh didapati di https://material.io/icons

11. Antaramuka yang menarik menjadi pintu kepada penilaian orang untuk memasang sesuatu aplikasi. Namun fungsi yang bijak, menarik dan automatik menjadi ramuan terbaik untuk mengekalkan pengguna untuk terus menggunakan sesuatu aplikasi demi waktu yang beredar.

#zairo

Sunday, September 17, 2017

445. That's It

1. Akhirnya saya selesai menyemak data A hingga Z berjumlah hampir 10,000 perkataan untuk aplikasi Jawi Kufi dan ini bermakna sudah selesainya asas kepada aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi.

2. Mungkin saya telah meletakkan satu 'benchmark' yang tinggi kepada aplikasi seperti ini akan tetapi itulah yang perlu ada kerana jika sebaliknya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

3. Saya juga telah menambah panduan pengguna, panduan papan kekunci Rumi dan panduan papan kekunci transliterasi untuk memudahkan pengguna menggunakan aplikasi Jawi Kufi.

4. Juga ditambah 7 kekunci baris untuk papan kekunci Jawi menjadikan Transliterasi, Jawi dan Rumi mempunyai papan kekunci penuh dan pilihan bersaiz besar.

5. Setting papan kekunci yang dipilih disimpan dalam SharePreference supaya setiap kali membuka papan kekunci akan memaparkan setting semasa yang dipilih.

6. Imbuhan perkataan juga telah ditambahbaik dan ini merupakan bahagian paling payah dalam aplikasi papan kekunci untuk memastikan ianya dapat memaparkan output seperti yang sepatutnya.

7. Jumlah perkataan dalam kamus aplikasi Jawi Kufi kurang daripada 3,500 perkataan kerana banyak perkataan dijana menggunakan formula.

8. Susunan Rumi dalam aplikasi Jawi Kufi adalah mengikut susunan dalam laptop.
Rumi dalam laptop / Gboard / Jawi Kufi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Q W E R T Y U I O P
A S D F G H J K L
caps Z X C V B N M del

9. Susunan Jawi dalam aplikasi Jawi Kufi adalah mengikut susunan dalam laptop dengan pengubahsuaian cuma pada
a. Huruf dal dipindahkan daripada baris 3 kepada baris 1 untuk menjadikan 11 kekunci per baris.
b. Lam alif digugurkan kerana boleh dihasilkan menggunakan huruf lam dan alif.

Jawi dalam laptop
 ذ
 د ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
ظ ز و ة ى ﻻ ر ؤ ء ئ

Jawi dalam Gboard
 ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
د ظ ز و ة ى ر ؤ ء ذ
             
Jawi dalam Jawi Kufi                    
إ أ ٴ چ ڠ ڤ ڽ ۏ ک ݢ ذ
  ج ح خ ه ع غ ف ق ث ص ض
ط ك م ن ت ا ل ب ي س ش
  د ظ ز و ة ى ر ؤ ء ئ

10. Special Character dalam Jawi Kufi adalah sama seperti kekunci utama special character GBoard. Beza cuma pada simbol pound sterling oleh Gboard manakala Jawi Kufi menggunakan percentage.
Gboard
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
@ # £ _ & - + ( ) /
  * " ' : ; ! ?

Jawi Kufi
7 8 9 / ( ) %
4 5 6 * @ " :
1 2 3 - # ' &
, 0 . + _ !
  ;       ?

11. Berikut adalah rentetan proses penyiapan aplikasi Jawi Kufi

a. Okt 2015 - Aplikasi Jawi Kufi mula dibangunkan berasaskan web menggunakan plain PHP kerana saya biasa dengan PHP dan ini memudahkan saya membuat segala bagai formula yang diperlukan dalam aplikasi ini. Antara perkataan pertama yang diuji adalah terima kasih dengan tambahan ' pada perkataan te'rima kasih untuk membezakaan e taling dan e pepet. Ini kemudiaannya diatasi dengan data kamus untuk e taling.

b. Daripada plain PHP ditukar kepada CodeIgniter.

c. Daripada CodeIgniter ditambahbaik dengan CSS Bootstrap.

d. Kemudian saya mengubah fikiran dan membuat aplikasi secara luar talian iaitu menggunakan Android untuk menghasilkan aplikasi yang lebih mesra pengguna. Kod-kod PHP ditukar kepada Java Android.

e. Jan 2016 - Saya mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan asas kepada modul Jawi kufi di dalam aplikasi Zairotask.

f. Mac 2017 - Saya mula membuat papan kekunci Jawi di samping masalah papan kekunci default (Gboard) yang kadang-kadang crash membuatkan saya mencuba untuk keberapa kali sebelumnya.

g. April 2017 - Aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi mula diluncurkan. Kemudian fungsi Jawi Kufi dibuang daripada aplikasi Zairotask untuk membolehkan fokus diberikan kepada aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi.

h. Sep 2017 - Fungsi asas aplikasi Jawi Kufi telah berjaya disiapkan yang mengambil masa hampir 2 tahun, Alhamdulillah.

12. Banyak yang saya belajar berkaitan tulisan Rumi, Jawi dan kata serapan Arab dan Inggeris. Antaranya saya sudah boleh menaip perkataan Jawi dengan pantas menggunakan papan kekunci QWERTY di dalam laptop hasil daripada 2 tahun menaip Jawi.

13. Hasil daripada minat terhadap Kufi membawa saya kepada dunia Jawi yang tidak pernah saya terokai. Aplikasi Jawi Kufi tidaklah menghasilkan output Kufi (Output Kufi boleh didapati dalam modul Meme dalam Zairotask atau pun font Jawi Kufi). Nama Kufi diguna untuk membezakan nama aplikasi Rumi ke Jawi yang banyak terdapat di Google Play. Ianya lebih kepada minat pengaturcara terhadap Kufi terutamanya Kufi yang menggunakan tulisan Jawi.

p/s Versi semasa aplikasi Jawi Kufi adalah 5.9.

#zairo

Thursday, August 24, 2017

444. Erti

1. Beberapa kali percubaan 'on' dan 'off' untuk membuat antaramuka papan kekunci QWERTY alternatif tetapi gagal kerana lambat dalam mencari kekunci untuk ditaip.

2. Antara antaramuka kekunci yang saya pernah cuba adalah 7 kekunci sebaris dan 8 kekunci sebaris dan didapati sukar untuk menaip dengan pantas selepas beberapa kali percubaan.

3. Susunan QWERTY adalah popular kerana pengguna sudah biasa dengannya sama ada di laptop atau pun telefon pintar.

4. Susunan antaramuka QWERTY mempunyai 3 baris iaitu
a. Baris atas: Q W E R T Y U I O P
b. Baris tengah: A S D F G H J K L
c. Baris bawah: Z X C V B N M

5. Dengan saiz skrin yang terhad pada telefon pintar, menggunakan antaramuka QWERTY ada kalanya tersilap pada masukkan data kerana QWERTY mempunyai 10 kekunci maksima per baris. Ini menyebabkan banyak aplikasi papan kekunci pihak ketiga yang menawarkan pilihan seperti 5 kekunci sebaris, 6 kekunci sebaris dan sebagainya.

6. Kemudian saya terfikir, cara terbaik adalah dengan mengasingkan kepada satu baris untuk aksara yang paling jarang digunakan. Daripada https://en.oxforddictionaries.com/explore/which-letters-are-used-most didapati 7 aksara yang paling jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris adalah Q, J, Z, X, V, K dan W.

7. Tujuh aksara tersebut saya letakkan dibaris kedua dari atas kerana baris paling atas kita sudah biasa dengan susunan aksara-aksara QWERTY.

8. Huruf P saya letakkan di baris bawah untuk menjadikan baris atas adalah 7 aksara.

9. Maka terhasilah antaramuka papan kekunci yang baru yang saya namakan ERTYUI iaitu
a. Baris atas: E R T Y U I O
b. Baris kedua dari atas: Q W Z X V J K
c. Baris tengah: A S D F G H L
d. Baris bawah: C B N M P
Keseluruhan kekunci yang berubah tempat daripada QWERTY asal adalah cuma 8 kekunci. Ianya hanya menggunakan perubahan minima daripada QWERTY supaya pengguna tidak merasa sukar menggunakan antaramuka papan kekunci ERTY. Setakat menggunakan aplikasi ini dalam 1 hari saya sudah pun dapat membiasakannya dalam tempoh singkat dan ianya sangat selesa digunakan.

10. Antaramuka papan kekunci utama dalam Jawi Kufi masih lagi QWERTY dan ERTYUI merupakan alternatif kepada QWERTY untuk yang menghadapi masalah menaip menggunakan QWERTY. Untuk menggunakan antaramuka ERTYUI, tekan pada kekunci XL yang terdapat pada papan kekunci Rumi dan Jawi. Selamat mencuba :)

p/s Aplikasi Jawi Kufi v4.9 telah dikemaskini dengan antaramuka papan kekunci alternatif ini.

#zairo

Saturday, August 5, 2017

443. Tahajjud

1. Dua tiga minggu ini saya membuat kajian berkaitan waktu yang sesuai untuk tidur supaya dapat bangun malam untuk menunaikan solat Tahajjud pada waktu 1/3 malam.

2. Saya juga bertanya kepada beberapa rakan tentang waktu yang disyorkan untuk bangun malam dan rata-rata memberikan cadangan seperti tidur pukul 10.45 malam dan bangun pukul 4.30 pagi.

3. Setelah diteliti tiada waktu yang khusus untuk pukul berapa yang perlu mula tidur dan bangun. Oleh itu saya membuat satu senarai waktu yang bermula selepas tamatnya solat jemaah Isyak hingga pukul 12.15 tengah malam sahaja.

4. Waktu ini juga mengambil kira jika di kawasan yang waktu Isyak bermula pukul 7 lebih maka waktu mula masuk tidur boleh digunakan ialah 8.15 malam hingga 11.15 malam. Jika di kawasan yang waktu Isyak bermula pukul 8 lebih maka waktu masuk tidur yang tertera adalah 9.15 malam hingga 12.15 malam.

5. Dengan merujuk kepada sleepyti.me, sleepcalculator.com dan aplikasi seumpamanya, hasil kajian yang mereka gunakan mendapati purata waktu untuk masuk tidur dan terlena adalah 14 minit. Jadi saya bundarkan kepada 15 minit sebagai perkiraan mudah bersama 4.5 jam atau 6 jam untuk mendapatkan waktu bangun tidur.

6. Ada 2 jangka waktu yang saya syorkan iaitu 4.5 jam dan 6 jam. Kalau diikutkan kajian, dicadangkan 5 hingga 6 kitaran setiap hari di mana 1 kitaran adalah 90 minit, maka 5 kitaran mengambil masa 7.5 jam dan 6 kitaran adalah 9 jam.

7. Contohnya jika memilih waktu masuk tidur pukul 12.15 tengah malam dan jangka masa tidur sebagai 6 jam, aplikasi akan automatik menukar kepada 4.5 jam kerana jika 6 jam membawa kepada pukul 6.30 pagi dan sudah terlepas waktu Tahajjud. Jika 4.5 jam maka akan membawa kepada pukul 5 pagi.

8. Terdapat countdown untuk waktu 'Time to Sleep' untuk memudahkan kita supaya tidak terlepas waktu tidur yang telah disetkan.

9. Untuk bangun tidur, ada penggera disediakan jika disetkan jangka waktu tidur.

10. Maka terhasillah satu modul baru dalam aplikasi Zairopray iaitu penggera waktu untuk bangun solat Tahajjud yang hanya membenarkan diset kepada waktu sebelum Imsak.

#zairo

Sunday, July 2, 2017

442. Welcome Back, Nokia

1. Saya baru membeli telefon (selepas) Raya iaitu Nokia 5 yang berharga
RM799. Setelah trade-in telefon semasa saya iaitu Moto G4 Plus dengan harga RM350 (Asalnya RM400 tapi tak bawa charger tolak RM50), saya perlu membayar sebanyak RM450. Setelah ditambah RM19 untuk screen protector, jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah RM469 (+).

2. Saya membuat perkiraan untuk menukar telefon baru sejak sebelum Hari Raya lagi. Setelah berhari Raya, saya meneruskan niat ini kerana untuk mendapatkan telefon dengan ciri magnetometer (kompas) kerana Moto G4 Plus tiada ciri ini (+).

3. Selain itu saya juga ingin menyokong Nokia, sebuah syarikat yang saya pernah dianggap sebagai peminat setia Nokia oleh beberapa orang rakan ofis lama saya kerana ketika itu saya menggunakan Nokia N900 (Telefon Linux) di ketika hampir semua orang menggunakan iPhone, Android dan Blackberry (=).

4. Satu ciri penting telefon pintar Nokia Android adalah ianya adalah stok Android seperti yang ada dalam Morotola Android (=).

5. Satu ciri menarik yang saya perhatikan adalah telefon ini mempunyai speaker yang sangat kuat - tipikal Nokia (+).

6. Didatangkan dengan Android 7.1.1 (Nougat) iaitu versi terkini yang ada dalam OS Android. Moto G4 Plus didatangkan dengan 6.0 tetapi boleh dikemaskini kepada Nougat (=).

7. Kamera hadapan 8MP dan kamera belakang 13MP berbanding Moto G4 Plus 5MP kamera hadapan dan 13MP kamera belakang (+).

8. Bateri dikuasakan dengan 3000mAh sama seperti Moto G4 Plus (=).

9. Mempunyai fingerprint sensor sama seperti Moto G4 Plus (=).

10. RAM 2GB berbanding Moto G4 Plus dengan 3GB RAM (-).

11. Cakera keras 16GB berbanding Moto G4 Plus iaitu 32GB (-).

12. Skrin 5.2 inci berbanding 5.5 inci Moto G4 Plus (-).

13. Nampak seperti downgrade phone akan tetapi saya melihat daripada sudut yang berbeza. Dengan 4+ 3- 5= ianya masih boleh dianggap berbaloi, Alhamdulillah.

14. Untuk rekod, Nokia telah mengeluarkan 3 model serangkai iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 di mana Nokia 3 adalah low end, Nokia 5 adalah middle end dan Nokia 6 adalah high end.

#zairo

Thursday, June 1, 2017

441. Bazar Ramadan

1. Banyak penambahbaikan sedang dan akan dibuat untuk aplikasi Jawi Kufi.

2. Antara yang menarik adalah cara untuk meletakkan huruf bersebelahan secara tidak bersambung walau pun selalunya bersambung. Ini berlaku untuk huruf terakhir bagi perkataan yang berakhir dengan ..ns seperti sains, ..ks seperti linux (bunyinya linaks), ..gs untuk holdings, dan lain-lain. Ada 2 cara iaitu satu cara adalah salin dan tampal perkataan tersebut daripada aplikasi orang lain dan masukkan dalam aplikasi Jawi Kufi. Cara kedua adalah membuat sendiri perkataan itu di dalam aplikasi LibreOffice Writer contohnya perkataan sains dengan menaip sin, alif, hamzah, ya, nun. Kemudian pergi ke Insert Special Character... > pilih huruf sin isolated. Tara sedia untuk digunakan.

3. Defacto standard untuk jumlah kekunci pada papan kekunci PC adalah 104. Berikut statistik kekunci yang digunakan dalam aplikasi Jawi Kufi. Jumlah kekunci yang digunakan adalah 109 jika tidak termasuk kekunci yang berulang.

  26 - Rumi keys
  43 - Jawi keys
  33 - special chars keys
    7 - misc keys
109 - total keys excluding repeat keys

  26 - repeat rumi keys
  17 - repeat misc keys (6 keys)
  10 - repeat special chars keys (8 keys)
  53 - total repeat keys

  37 - transliteration keyboard
  37 - Rumi keyboard
  51 - Jawi keyboard
  37 - special chars keyboard
162 - total keys including repeat keys

4. Hamzah di atas dan hamzah di atas garisan juga diperbetulkan mengikut apa yang sepatutnya dalam tulisan jawi.

5. Koma, semikolon dan tanda soal dalam tulisan jawi juga dimasukkan dalam kekunci khas dan kekunci Jawi.

6. Ikon-ikon juga dikemaskini mengunakan aplikasi Inkscape untuk space bar, return, OK dan delete.

7. Penambahbaikan data dan algoritma dari semasa ke semasa  terutama untuk perkataan yang berasal daripada Arab dan imbuhan serta e taling.

8. Semakin lama dengan dunia Jawi, saya semakin menyukai tulisan ini dan sering menulis dalam tulisan Jawi dalam banyak keadaan.

9. Aplikasi Jawi Kufi merupakan aplikasi yang paling ramai pengguna aktif berbanding dengan semua aplikasi saya yang lain iaitu Zairoute, Zairopray, Zairoliday dan Zairotask. Ini hanya dicapai dalam tempoh hanya kira-kira 2 bulan selepas ianya dilancarkan.

10. Selamat menjalani ibadah puasa. Semua perkara adalah ibadah jika dibuat kerana Allah, InshaAllah.

p/s Statistik terkini Papan Kekunci Jawi Kufi
 26 - rumi keys
 43 - jawi keys
 44 - special chars keys
  8 - misc keys
121 - total keys excluding repeat keys

 26 - repeat rumi keys
 14 - repeat misc keys (5 keys)
 31 - repeat special chars keys (16 keys)
 71 - total repeat keys
 
 47 - transliteration keyboard
 47 - rumi keyboard
 51 - jawi keyboard
 47 - special chars keyboard
192 - total keys including repeat keys

#zairo

Saturday, May 6, 2017

440. WOTD

Assalamualaikum dan selamat petang dunia.

1. Untuk tahun ini, saya hanya mahu fokus dengan aplikasi Jawi Kufi. Banyak penambahbaikan algoritma dan kamus telah dibuat dan banyak lagi yang belum dibuat. Ianya memerlukan masa untuk disiapkan.

2. Kadang-kadang terfikir juga, sampai bila baru boleh dianggap siap aplikasi Jawi Kufi ini. Kalau mengikut kata-kata sakti telefon pintar OnePlus iaitu 'Never Settle', maka penambahbaikan itu tidak akan pernah selesai.

3. Namun sudah banyak yang harus disyukuri atas apa yang telah disiapkan. Ini tidak bermakna kita harus sekadar berpuas hati dengan apa yang telah dicapai semata-mata. Masih banyak lagi yang boleh ditambahbaik seperti nama orang, nama negara dan sebagainya yang kurang diberi perhatian dalam aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi lain yang saya boleh fokuskan.

4. Saban hari menggunakan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi, saya selalu terjumpa perkataan-perkataan yang salah dan segera di'screenshot' untuk ditambahbaik kemudiannya. Proses ini yang akan menjadikan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi lebih baik daripada sebelumnya hari demi hari.

5. Kadang-kadang terfikir juga adakah pendekatan yang saya gunakan dalam membangunkan Papan Kekunci Jawi Kufi adalah terbaik selain kaedah lain seperti Kepintaran Buatan dan lain-lain. Buat masa ini, ini jalan yang telah dipilih setelah melalui beberapa proses yang rumit dalam menyiapkan asas kepada aplikasi Jawi Kufi yang bermula dengan modul sebelum dimasukkan ke dalam aplikasi yang berasingan.

6. 'Terima kasih' adalah antara perkataan terawal yang saya gunakan dalam proses awal membuat aplikasi Jawi Kufi. Sehubungan dengan itu, terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung yang membantu dalam proses penyiapan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi.

7. Saya kerap menulis di media sosial dalam Jawi dan ini akan mempercepatkan proses menambahbaik dari semasa ke semasa. Selain itu saya juga membaca bahan bacaan tulisan Jawi seperti di Utusan Jawi.

8. Jika membaca bahan bacaan dengan tulisan Rumi, saya sentiasa meninjau kalau-kalau ada perkataan yang masih salah dalam aplikasi Papan Kekunci Jawi. Kalau dulu membaca untuk mendapatkan info, kini membaca untuk mendapatkan info di samping perkataan baru untuk dimasukkan dalam Jawi Kufi.

9. Saya juga membuat word of the day (wotd) dan biasanya perkataan yang baru dibetulkan pada hari tersebut akan menjadi wotd pada hari tersebut.

10. Kepada semua pengguna aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi, terima kasih dan semoga ianya dapat memberikan manfaat dalam kehidupan anda.

#zairo

Sunday, April 9, 2017

439. Rubik's Cube: Zairo Method

1. Rubik bawah 2 minit adalah perkara biasa apabila anda sudah tahu Beginner's Method atau pun Edges First Method. Namun untuk menyiapkan Rubik di bawah 1 minit memerlukan dedikasi dan latihan serta kaedah yang betul.

2. Salah satu kaedah yang boleh digunakan selain CFOP adalah 4-Look Last Layer yang mengandungi 2-Look OLL dan 2-Look PLL. Itu yang saya gunakan namun dengan beberapa pengubahsuaian untuk mengelakkan daripada menghafal banyak formula.

3. Langkah 1: White Cross. Ini mengikut logik akal dan sebaik-baiknya dengan mengetahui formula tertentu supaya mempercepatkan proses penyiapannya sekitar 8s dan memerlukan 6 hingga 9 langkah. Formula yang saya biasa guna adalah
1 warna putih di kedudukan salah
i. Putih di atas-tengah - F2
ii. Putih di kanan-kanan - F
iii. Putih di kiri-kiri - F'
2 warna putih di kedudukan salah
i. Putih di atas-hadapan - FDR'D
ii. Putih di kanan-hadapan - DR'D
iii. Putih di kiri-hadapan - D'LD
iv. Putih di bawah-hadapan - F'DR'D

4. Langkah 2: First 2 Layer. Ada banyak cara di sini namun cara saya adalah memasukkan White corner pada kedudukan sepatutnya walau pun orientasi sama atau pun tidak sama. Kemudian selesaikan serentak layer 1 dan layer 2.
3 warna pada kanan sebaris menegak dan
i. Putih pada bahagian kanan - RUR'U' RUR'
ii. Putih pada bahagian hadapan - RU'R'U RU'R'
iii. Putih pada bahagian bawah - U'F'UF URU'R'
3 warna pada kiri sebaris menegak dan
i. Putih pada bahagian kiri - L'U'LU L'U'L
ii. Putih pada bahagian hadapan - L'UL U' L'UL
iii. Putih pada bahagian bawah - UFU'F' U'L'UL

5. Langkah 3: Yellow Cross (1st Look OLL)
i. L reverse - F URU'R' F'
ii. Others - F RUR'U' F'

6. Langkah 4: All Yellow on Top (2nd Look OLL)
Formula yang diguna adalah Sune yang dicipta oleh Lars Petrus - RUR'U RU2R'. Sune mirror adalah (L'U'LU') (L'U'2L').

i. Fish on front left with yellow on the front right - Sune (To replicate: Sune mirror)

ii. Fish on front right with yellow on the front left - Sune mirror (To replicate: Sune)

iii. Y Cross with 2 headlights on the right - Sune, Sune (To replicate: Sune Sune)

iv. Y Cross with 1 headlight with yellow on the right - Sune, U, Sune (To replicate: Sune U Sune)

v. Tank with headlights on the frontSune, U2, Sune mirror (To replicate: Sune Sune mirror)

vi. Tank without headlights with yellow on the front left - Sune, Sune mirror (To replicate: Sune U2 Sune mirror) 

vii. Eight shape with yellow on the front left - Sune, U', Sune mirror (To replicate: Sune U' Sune mirror)

* To replicate is start from all yellows on top

7. Langkah 5: Corner PLL (1st Look PLL)
a X b
XXX
c X d

i. Jika ada headlights, letak di kedudukan a dan b - (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 
ii. Jika tiada headlights, terus guna formula yang sama.

8. Langkah 6: Edge PLL (2nd Look PLL)
X a X
b X c
X d X

i. c to b - (RU'RU) (RURU' R'U'R2)
ii. b to c - (L'UL'U') (L'U'L'U LUL2) - mirror above step
iii. a to d and b to c - (M2U M2U) (UM2 UM2)
iv. a to b and c to d - (M2U M2U) (M' U2M2U2 M') U2
#selesai

9. Masa terbaik saya adalah 45s. 5 percubaan berturut-turut yang saya catat masa adalah 52s, 63s, 52s, 45s dan 64s dengan purata 55s.

10. Untuk menyiapkan bawah 40s memerlukan lebih banyak formula untuk dipelajari dan dihafal. Ada banyak formula yang boleh digunakan dan formula yang saya guna adalah mudah dipelajari dan banyak menggunakan mirror formula untuk memudahkan hafalan.

11. Jika ditolak mirror dan reverse, terdapat 6 formula sahaja yang digunakan.
i. F RUR'U' F' dan reverse F URU'R' F' - Last layer (1st Look OLL)
ii. (RUR'U) (RU2R') dan mirror (L'U'LU') (L'U'2L') - Last layer (2nd Look OLL)
iii. (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 - Last layer (1st Look PLL - Corner PLL)
iv. (RU'RU) (RURU' R'U'R2)  dan mirror (L'UL'U') (L'U'L'U LUL2) - Last layer (2nd Look PLL)
v. (M2U M2U) (UM2 UM2) - Last layer (2nd Look PLL)
vi. (M2U M2U) (M' U2M2U2 M') U2 - Last layer (2nd Look PLL)

12. Jika 6 formula terlalu banyak, cuma 4 formula sahaja yang perlu diketahui iaitu
i. F RUR'U' F' - Last layer (1st Look OLL)
ii. (RUR'U) (RU2R') - Last layer (2nd Look OLL)
iii. (R'FR'B2) (RF'R'B2) R2 - Last layer (1st Look PLL - Corner PLL)
iv. (RU'RU) (RURU' R'U'R2) - Last layer (2nd Look PLL)

13. Saya berlatih Rubik setiap hari selama beberapa bulan dan permulaan menggunakan formula ini saya dapat menyiapkan sekitar 2 minit dan nampak seperti lebih lambat daripada Edges First Method namun setelah beberapa lama berlatih akhirnya saya dapat menyiapkan sekitar bawah 70s dan akhirnya di bawah 60s. Syukran.

14. White Cross dan First 2 Layer paling lambat pun memerlukan 30s dan Last Layer menentukan berapa lama Rubik disiapkan sama ada 40s, 45s, 50s, 55s dan sebagainya.

p/s Pencapaian terbaik saya dalam Rubik setakat ini adalah 39s menggunakan kaedah ini.

#zairo

Sunday, April 2, 2017

438. Jawi Kufi : Jawi Keyboard

Assalamualaikum dan selamat petang dunia.

1. Alhamdulillah, baru-baru ini aplikasi Jawi Kufi Keyboard telah diluncurkan di Google Play Store kesinabungan daripada selesainya membuat custom keyboard.

2. Setelah melalui beberapa pengubahsuaian kepada papan kekunci maya, ada 4 papan kekunci di dalamnya iaitu
a. Transliterasi Rumi ke Jawi.
b. Rumi.
c. Jawi.
d. Special Chars.

3. Ikon-ikon juga telah dibuat sendiri menggunakan aplikasi Inkscape iaitu ikon
a. Caps Lock.
b. Delete.
c. Enter.

4. Aplikasi ini tidak memerlukan sebarang kebenaran daripada pengguna kerana saya inginkan ianya ringkas tetapi padat dengan data transliterasi Rumi ke Jawi.

5. Papan kekunci maya ini mengandungi 133 kekunci iaitu
a. a - z.
b. A - Z.
c. Abjad Jawi alif - ya termasuk ca, pa, ga, nga, va, nya.
d. 0 - 9.
e. Special Chars iaitu @ _ & - + ( ) / < > * " ' : ; ! ? % = , . #
f. Space, Enter, Delete dan Caps Lock.
g. Tukar ABC ke ?123.
h. Tukar ke mod Rumi, tukar ke mod Jawi dan tukar ke mod Tr (Transliterasi Rumi ke Jawi).

6. Aplikasi papan kekunci maya Jawi Kufi boleh digunakan di mana-mana aplikasi seperti Telegram, Whatsapp, Twitter, FaceBook, dan sebagainya.

7. Untuk menggunakan aplikasi Papan Kekunci Jawi Kufi ini

a. Muat turun aplikasi Jawi Kufi di Google Play Store.

b. Tekan butang 'Setting' pada Menu aplikasi Jawi Kufi untuk setkan papan kekunci dengan aktifkan pada aplikasi Jawi Kufi. Untuk model tertentu contohnya seperti Samsung dan HTC, perlu juga untuk nyahaktifkan papan kekunci Google(default) barulah boleh menggunakan papan kekunci Jawi Kufi.

c. Buka mana-mana aplikasi contohnya Telegram, Whatsapp, FaceBook, Twitter dan lain-lain.

d. Tukar papan kekunci maya daripada Gboard kepada Jawi Kufi dengan menekan pada ikon papan kekunci pada bawah kanan atau tekan lama-lama pada Space Bar.

e. Taip seperti biasa dalam Rumi.

f. Apabila anda menekan kekunci Space Bar, aplikasi akan menukar huruf yang ditaip kepada Jawi.

g. Ada 3 papan kekunci di dalam aplikasi ini yang boleh digunakan iaitu transliterasi, Rumi dan Jawi.

8. Jawi Kufi Keyboard menawarkan output tulisan Jawi kepada anda tanpa perlu mengetahui cara menulis Jawi dan ini diharapkan dapat memupuk minat menggunakan tulisan Jawi di masa sekarang dan akan datang.

9. Data transliterasi Rumi ke Jawi akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara berkala namun tidaklah terlalu kerap. Namun ianya kerap dikemaskini dalam papan kekunci pengaturcara untuk mempastikan aplikasi ini mampu memberikan transliterasi yang kurang kadar kesilapannya.

10. Sebarang kesilapan perkataan dalam aplikasi Jawi Kufi Keyboard dan cadangan boleh dilontarkan ke zairochess at gmail.

#zairo

Sunday, March 12, 2017

437. Zboard

1. Google Keyboard (Gboard) dalam telefon pintar saya ada kalanya mengalami crash hingga apabila itu berlaku papan kekunci maya menjadi blank. Macam mana hendak taip jika tiada papan kekunci?

2. Lalu saya mencari aplikasi pihak ketiga di mana saya mencari papan kekunci paling ringkas sahaja untuk saya gunakan. Saya memasang papan kekunci ala iPhone. Ianya menarik kerana ringkas tetapi ada tangguh masa antara tekan papan kekunci dah dipaparkan dalam skrin. Ini menjadikan apa yang ditaip lain dan apa yang keluar adalah lain.

3. Kemudian saya menggunakan SwiftKey Keyboard yang boleh dikatakan papan kekunci maya paling popular dan telah dibeli oleh syarikat Microsoft pada Feb 2016. Disebabkan saya cuma memerlukan fungsi ringkas tanpa ada auto cadang dan sebagainya, ianya masih tidak menepati keperluan saya.

4. Saya kemudiannya memasang Slash Keyboard yang juga ringkas cuma ada satu butang Slash untuk pelbagai fungsi seperti kongsi youtube, icon dan sebagainya. Cuma ianya ada lenggah masa apabila menekan papan kekunci maya dengan pantas.

5. Disebabkan terlalu banyak typo apabila menaip pantas, saya merasakan lebih baik cuba membuat papan kekunci maya sendiri. Sebelum ini ada juga beberapa percubaan untuk membuat papan kekunci sendiri tetapi gagal.

6. Tapi tidak mengapa #brocuba untuk kali ini mana tahu boleh menyiapkannya. Rujukan yang saya cuba adalah https://code.tutsplus.com/tutorials/create-a-custom-keyboard-on-android--cms-22615.

7. Hasilnya saya berjaya menyiapkan papan kekunci maya sendiri, Alhamdulillah. 

8. Papan kekunci yang saya buat adalah ringkas sahaja iaitu mengandungi alphabet 
a. a - z 
b. A - Z 
c. 0 - 9
d. karakter khas iaitu , . # dan '
e. Butang ruang, padam dan ok.
f. Butang Caps Lock.

9. Papan kekunci ini mengandungi 9 colum dan 5 baris yang di luar daripada kebiasaan di mana biasanya mengandungi 10 column dan 4 atau 5 baris. 9 baris untuk memastikan saiz setiap kekunci adalah lebih lebar dan ini memudahkan untuk menaip dengan kurang typo.

10. Akan lebih menarik apabila papan kekunci ini digabungkan dengan modul Jawi Kufi akan tetapi itu belum lagi difikirkan secara serius buat masa ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan cabaran untuk saya terus berkarya dalam medium Android.

p/s To be fair, I noticed some lag sometimes only on Whatapps for all the keyboards I test including mine.



#zairo

Wednesday, February 8, 2017

436. Ansible

1. Saya baru mempelajari cara menggunakan Ansible, salah satu daripada beberapa pengurusan konfigurasi pada pelayan.

2. Terdapat beberapa pengurusan konfigurasi dan yang terkenal adalah Chef, Puppet, Ansible dan Salt.

3. Dalam AWS terdapat pengurusan konfigurasi dikenali sebagai OpsWorks menggunakan Chef yang telah diubahsuai.

4. Menarik mengenai Ansible adalah ianya dikatakan sangat ringan dan mirip Bash Script namun mempunyai banyak kelebihan berbanding Bash Script.

5. Ansible boleh dilarikan berulang kali tanpa merosakkan hasil akhir.

6. Ansible tidak perlu dipasang fail pada pelayan, tidak seperti pengurusan konfigurasi yang lain yang perlu dipasang sejumlah fail pada pelayan dan pelanggan.

7. Ansible memudahkan memasang aplikasi di mana jika menggunakan Bash Script kita perlu nyatakan arahan untuk apt-get install aplikasi yang ingin dipasang manakala dalam Ansible cara syntax lebih ringkas.

8. Ansible menggunakan fail dalam format YAML yang lebih mudah dibaca dan ringkas berbanding format JSON.

9. Ansible boleh juga digunakan untuk memasang aplikasi pada local.

10. Apa jua pengurusan konfigurasi yang anda pilih untuk gunakan itu tidak mengapa asalkan anda menggunakan pengurusan konfigurasi kerana ia akan memudahkan anda menyiapkan kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien, InshaAllah.

11. Syarikat yang membuat Ansible iaitu Ansible Inc. telah dibeli oleh Red Hat Inc. yang merupakan salah satu syarikat gergasi sumber terbuka yang mempunyai perisian-perisian yang berkualiti seperti RHEL, PostgresQL dan JBOSS.

#zairo

Friday, January 6, 2017

435. Omel

1. Tahun baru membawa kepada AZAM baru atau pun azam lama yang diperbaharui. Ada yang tulis dalam media sosial dan ada yang semat dalam hati sahaja. Apa pun, semoga semua impian anda dan saya terlaksana, InshaAllah.

2. Berbanding tahun-tahun lepas, saya akan cuba mengelak daripada membuat aplikasi atau pun modul baru. Ini untuk memberikan fokus kepada modul Jawi Kufi. Kejayaan dicapai dengan fokus pada satu perkara dan membuatnya BERKALI-KALI seperti yang dibuat oleh Thomas Alva Edison dalam mencipta mentol lampu yang memerlukan lebih daripada 1,000 percubaan.

3. Moto G4 saya masih belum boleh dikemaskini kepada NOUGAT. Tidak tahu sama ada telefon pintar saya memang tidak boleh kemaskini atau pun pihak Lenovo/Motorola yang masih dalam penyiapan.

4. Ada 3 pendekatan aplikasi transliterasi Rumi ke Jawi sama ada
a. Kamus dahulu kemudian formula
b. Formula dahulu kemudian kamus
c. FORMULA DAN KAMUS disiapkan serentak
Pendekatan saya adalah formula dan kamus disiapkan serentak. Kalau kamus sahaja ianya tidak sempurna kerana ada banyak perkataan jawi yang tidak disertakan dalam aplikasi tersebut contohnya sepahtu. Kalau formula sahaja banyak salahnya kerana perkataan jawi yang berasal dari Arab misalnya agak mustahil jika diguna formula kerana berlainan dengan algoritma jawi itu sendiri contohnya hakikat.  Perlu gabungkan formula dan kamus kerana kedua-duanya saling melengkapi.

5. Ada juga terfikir untuk buat PAPAN KEKUNCI ringkas sendiri akan tetapi masa itu wajar digunakan untuk menyiapkan Jawi Kufi kerana masih banyak lagi kesilapan yang perlu diperbaiki dan penambahbaikan perlu diteruskan dengan usaha yang gigih.

6. Di awal tahun juga saya mengemaskini ralat dalam APLIKASI Zairoliday, Zairopray dan Zairotask. Zairoliday dan Zairopray mungkin tidak akan ada banyak penambahbaikan selepas ini. Zairotask pula memerlukan kemaskini dari semasa ke semasa untuk Jawi Kufi.

7. Untuk sekian lama saya mengunakan FORMAT MASA 24 jam dalam telefon pintar. Kebelakangan ini saya merasakannya tidak sesuai digunakan lagi dan bertukar kepada sistem 12 jam. Apabila menggunakan sistem 24 jam, kita selalu memproses dalam minda daripada sistem 24 jam kepada 12 jam. Contohnya 18:00 menjadi 6 petang. Ini lebih mudah jika menggunakan sistem 12 jam di mana tidak perlu membuat sebarang pengiraan dalam minda.

8. Berjumpa sifu tempoh hari menyelesaikan satu perkara. Tidak semua perkara kita boleh selesaikan sendiri. Ada perkara perlu merujuk kepada yang pakar. Kalau tidak tahu, tanyalah kepada yang tahu.

9. Saya bukan pembangun Android SEJATI. Saya cuma menggunakan Android untuk menyiapkan beberapa modul sebagai hobi yang saya gunakan setiap hari dalam kehidupan. Persekitaran kerja saya lebih kepada PHP dan Laravel. Tidak rugi fokus kepada 2 bahasa pengaturcaraan kerana banyak perkara yang boleh dipelajari.

10. Kita hanya MERANCANG dan Allah yang menentukan segalanya.

#zairo