Monday, December 28, 2015

420. Ranjau Sepanjang Jalan

1. Saya baru sahaja membeli Moto X 2014 yang boleh dikemaskini kepada Android 6.0 (Marshmallow) berharga RM999. Sebelumnya saya ingin membeli Moto G 2014 LTE (Generasi Kedua) yang berharga RM699 namun ianya adalah versi China yang tiada aplikasi Google dan ini menyukarkan proses kemaskini kepada Marshmallow.

2. Kenapa perlukan Marshmallow? Saya sentiasa mengikuti dan mengunakan setiap versi Android sejak 2.1 diikuti oleh 2.2, 2.3, 4.0, 4.1-4.3, 4.4, 5.0 dan terbaru 6.0. Hanya 3.0 saya tidak ikut kerana ianya untuk tablet sahaja.

3. Sebab lain adalah untuk memudahkan proses pengujian semua aplikasi yang saya bina iaitu Zairopray, Zairoute, Zairoliday dan Zairotask. Dalam versi Android 6.0, kali pertama membuka aplikasi perlu popup kebenaran yang diperlukan dan jika ini tidak dibuat, terdapat ralat dalam aplikasi yang tidak akan dapat berfungsi secara sepatutnya.

4. Pelindung skrin telah dibeli berharga RM15 kerana default tiada pelindung skrin.

5. Selepas ini saya perlu membeli casing tahan hentakan seperti Otterbox untuk perlindungan daripada hentakan jika terjatuh.

6. Semua telefon Android akan dikemaskini maksima 18 bulan sahaja (1 tahun 6 bulan). Selepas tempoh itu, anda terpaksa mengunakan versi tersebut dan jika anda mahu mengunakan versi semasa perlulah bertukar kepada telefon pintar yang lain yang masih dalam tempoh kemaskini atau pun telefon pintar yang baru.

7. Kenapa Motorola?
a. Mungkin sebab sudah terbiasa mengunakan Motorola Moto G selama hampir 2 tahun.
b. Lagi pun, teknologi dalam penjimatan bateri dalam Motorola bertahan daripada pagi sampai malam.
c. Selain daripada Nexus, Motorola menawarkan Stok Android yang hanya mengalami ubahsuai sangat minima berbanding yang lain. 

#zairo

Tuesday, December 15, 2015

419. Langit Kirmizi

1. Saya masih sibuk menyiapkan Zairoute Evo. Akhirnya terpaksa menukar haluan kepada Zairoute versi Android kerana didapati Android luar talian lebih bermakna untuk aplikasi seperti Zairoute.

2. Jadinya saya pun memulakan misi menukar kod daripada PHP kepada Java untuk Android. Memang ada terfikir ini akan berlaku jika saya mengubah fikiran untuk mewujudkan kemaskini Android untuk Zairoute.

3. Banyak yang saya belajar. Untuk menjayakan misi ini, saya terpaksa mengunakan nama pembolehubah yang sesuai untuk memudahkan pemahaman. Selain itu, kod dipendekkan dan lebih seribu line telah berjaya dibuang hasil daripada pemfaktoran semula kod. Ini bermakna kod dalam PHP sudah lebih bermutu berbanding daripada keadaan asalnya semasa pembuatannya.

4. 3 hari berturut-turut bertungkus-lumus dalam misi marathon menyiapkan Zairoute Evo akan tetapi didapati masih memerlukan masa lebih untuk menyiapkannya. Ini tidak mengapa asalkan dapat menghasilkan hasil yang bermutu dan lengkap sama seperti dalam versi web.

5. Ada rakan bertanya saya bagaimana untuk kemaskini Ubuntu. Berikut kaedah yang ingin saya kongsikan:
a. Kemaskini Ubuntu boleh dibuat walau berada di versi End of Life (EOL) sekalipun. Cuma perlu mengunakan seperti berikut:
$ nano /etc/apt/sources.list
#Disable all in repo and add this
#Change natty to the current codename
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty main restricted universe multiverse
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty-updates main restricted universe multiverse
deb http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/ natty-security main restricted universe multiverse
   
b. Jika kemaskini mengunakan remote SSH, perlu mengunakan aplikasi screen untuk mengelakkan daripada terputus hubungan.
$ screen -S blabla

To exit resume screen
$ CTRL a d
$ exit

To stop screen
$ CTRL c
$ exit

c. Hapuskan data PPA seperti berikut untuk mengelakkan daripada gangguan proses kemaskini
$ rm /etc/apt/sources.list.d/*

d. Tambah data berikut jika kemaskini daripada EOL
$ nano /usr/share/python-apt/templates/Ubuntu.mirrors
Tambah:
#LOC:US
http://old-releases.ubuntu.com/ubuntu/

e. 3 arahan penting untuk kemaskini sekiranya mengunakan terminal:
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get upgrade
$ sudo do-release-upgrade
Kalau sudo do-release-upgrade -d (d bermaksud development) jika anda ingin kemaskini versi akan datang yang masih dalam pembikinan.

f. Skrin menu yN tertera semasa kemaskini Ubuntu. Kalau boleh pilih y (bermaksud setuju) untuk kesemua soalan yang muncul kecuali pada perkara penting bagi anda seperti default untuk nginx yang tidak perlu dikemaskini kerana apa yang ada dalam default biasanya tidak digunakan pun dan lebih baik gunakan yang sedia ada.

Jika versi semasa bukan EOL, gunakan langkah b, c dan e sahaja.

Semoga kejayaan bersama kalian.

#zairo

Friday, November 13, 2015

418. Twenty 16

1. Tahun 2015 boleh dikatakan tahun cemerlang untuk saya, Alhamdulillah. Banyak perkara yang telah berjaya disiapkan untuk tahun ini sahaja dengan bantuan daripada pelbagai pihak juga dan terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dan semoga anda semua hidup bahagia dan diberkati.

2. FONT ZAIRO disiapkan pada tahun 2014 namun mula diletakkan di Fontspace.com dan Github.com pada tahun 2015.

3. FONT JAWI KUFI yang agak mencabar untuk disiapkan akhirnya berjaya disempurnakan dan sesuai digunakan untuk Linux, Mac OS dan Windows di dalam Libre Office, MS Word, Notepad dan lain-lain.

3. Zairopray dengan fungsi AZAN yang mendapat permintaan ramai berjaya disiapkan dengan 10 saat bunyi beduk bagi memberikan masa yang mencukupi untuk mematikan bunyi jika berada di tandas. 

4. Zairopray dengan FORMULA waktu solat untuk digunakan di luar negara berjaya dimasukkan dan dikuasakan oleh praytimes.org.

5. Zairotask dengan modul SALASILAH KELUARGA yang masih boleh ditambah baik pada masa hadapan.

6. Zairotask dengan data KAMUS sebanyak 2801. Walau bagaimana pun data sebanyak 20k masih tertangguh.

7. Membeli LAPTOP BARU, Lenovo berbanding Fujitsu pada tahun-tahun sebelumnya. Harga dalam RM1.2k sahaja.

8. Berjaya MEMASANG ARCH LINUX dan didapati saya lebih berminat dengan Ubuntu kerana saya sudah terbiasa dengan Ubuntu dan juga Ubuntu lebih popular.

9. JAWI KUFI CONVERTER masih dalam penyiapan namun ianya sudah menampakkan hasil seperti yang dijangkakan, Alhamdulillah.

10. Zairoute Evo 4.0 berjaya disiapkan dalam lebih kurang 4 hari sahaja mengunakan PHP berbanding Java Android sebelumnya. Akan diletakkan dalam production server nanti. Sekarang masih berada di dev server dengan Jawi Kufi Converter. Ciri baru Zairoute Evo adalah tempoh masa dan juga kemaskini untuk arah laluan.

11. Untuk tahun 2016 seperti akan menyiapkan perkara yang masih belum selesai seperti Jawi Kufi Converter dan Kamus BM-BI 20k data. Lain-lain akan difikirkan apabila sampai waktunya.

#zairo

Sunday, November 8, 2015

417. Zairoute Evo

1. Pada mulanya memang ingin cuma fokus kepada Jawi Kufi Converter namun ada perkara lain yang penting juga yang perlu dilunaskan. Zairoute merupakan aplikasi pertama yang saya bina pada 2011 dan ianya mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan kerana kemalasan diri ini dan juga faktor-faktor sampingan.

2. Sejak kebelakangan ini didapati sudah ada tempoh masa daripada satu lokasi ke satu lokasi sama ada di laman web rasmi Komuter atau pun aplikasi-aplikasi LRT. Ini memberikan ruang untuk Zairoute menambahbaik satu ciri penting yang belum ada iaitu tempoh masa.

3. Idea menambahbaik muncul apabila saya menaiki komuter dan didapati saya kurang pasti berapa tempoh masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi. Alangkah bagus sekiranya ada tempoh masa dari lokasi A ke lokasi B untuk memudahkan kita menganggarkan masa sama ada menaiki kereta atau pun pengangkutan awam.

4. Dua perkara penting dalam aplikasi KL Tren adalah tempoh masa dan arah laluan. Itulah yang menjadi perkara utama dalam Zairoute 4.0 yang sedang dikemaskini mengunakan web kerana kod Android yang telah dibuat tidak sesuai untuk penambahan data kerana mengunakan fail-fail yang memerlukan masa yang lama untuk dikemaskini. Ini disebabkan oleh kesilapan semasa membuat rangka Zairoute memandangkan ianya adalah aplikasi pertama saya.

5. Perkara asas untuk Zairoute 4.0 telah pun disiapkan dan memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan sepenuhnya. Selepas itu barulah boleh fokus semula dengan Jawi Kufi Converter.

6. Menarik untuk difikirkan adalah pengaturcara biasanya tidak berminat mengunakan aplikasi orang lain jika aplikasi seumpamanya telah dibuat oleh pengaturcara tersebut. Ini berlaku tidak kepada saya seorang tetapi hampir semua pengaturcara yang telah membuat aplikasi sendiri dan semestinya akan mengunakan aplikasi sendiri walau pun ianya tidak selengkap aplikasi orang lain.

7. Kalau tidak lengkap, pengaturcara akan cuba menambahbaik aplikasinya untuk menjadikannya ia lebih baik dan sempurna untuk digunakan olehnya dan juga orang lain.

8. Ralat Android dalam Ubuntu sedikit sebanyak menyebabkan saya sedikit rimas daripada membuat aplikasi Android secara lebih kerap. Ini menyebabkan saya mengambil keputusan membangunkan aplikasi dalam PHP kerana mudah untuk debug dan pengujian.

9. Ada dua aplikasi yang saya sedang cuba siapkan iaitu Zairoute 4.0 dan Jawi Kufi Converter 1.0. Sebenarnya saya tidak terfikir untuk menambahbaik Zairoute tapi apabila difikirkan ianya tidak sempurna tanpa tempoh masa memandangkan aplikasi-aplikasi lain seumpamanya sudah sedia ada fungsi tersebut.

10. Apa juga azam anda yang belum selesai, masih belum terlewat untuk dibereskan. Don't wait until tomorrow for the tasks that can be finished today. Cause tomorrow we may be busy for some other things.

#zairo

Wednesday, October 28, 2015

416. Jawi Kufi

1. Jawi Kufi. Seakan nama pentas yang baru pula, hihi. Ianya adalah hobi baru yang saya fokus selepas Zairopray. Saya tidak pasti berapa lama diperlukan untuk saya siapkan akan tetapi saya berusaha gigih menyiapkannya apabila ada masa dan idea.

2. Baru-baru ini saya berjaya menyiapkan font Jawi Kufi untuk Mac OS. Memerlukan masa lebih daripada sebulan juga sebelum menyiapkannya dengan sempurna. Itu pun dengan bantuan seorang Sifu Typeface yang saya emailkan kepadanya masalah saya ini dan dengan tenang beliau memberikan cadangan bernas dan Alhamdulillah akhirnya kejayaan menjelma tanpa sedar.

3. Sifu saya juga telah beberapa kali bertanya perihal font Jawi Kufi yang tidak bersambung di dalam Mac OS. FontForge mengelirukan untuk digunakan kecuali kepada orang yang benar-benar faham setiap fungsi yang ada di dalamnya.

4. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter, saya merujuk kepada beberapa Jawi converter yang sedia ada. Dalam menyiapkan Jawi Kufi Converter sebenarnya saya juga belajar cara menulis Jawi dengan betul. Banyak ilmu baru yang diperolehi dan diaplikasikan di dalam Jawi Kufi Converter. Kalau Jawi itu sukar ditulis, biarkan saja Jawi Converter memudahkan anda untuk menulisnya.

5. Jawi Converter masih tidak banyak di pasaran. Saya tidak bercadang untuk menjadi jagoan pun cukup sekadar memudahkan saya dan orang ramai untuk menulis Jawi apabila mengunakan Jawi Kufi Converter kerana jika mengunakan Jawi Converter yang sedia ada di pasaran ada kalanya tidak dapat mengubah dengan tepat perkataan tertentu atau pun tidak dapat mengubah Rumi ke Jawi pun.

6. Bila bercerita perihal Jawi, ramai orang merasakan sudah pakar menulis Jawi walhal sangat sedikit perkataan yang kita tahu dalam Jawi. Ini kerana kita dibiasakan dengan perkataan dalam rumi yang sebahagian besar daripada kita hanya fasih mengunakan rumi.

7. Membaca Jawi tidak sesukar menulisnya. Membaca lebih mudah kerana kita sudah biasa dengan huruf-huruf Jawi yang sama dengan huruf Arab kecuali 6 perkataan yang ditambah iaitu ca, pa, ga, nga, va dan nya.

8. Adakah Jawi akan pupus ditelan zaman? Ianya tidak mungkin berlaku selagi ada yang mempertahankannya dan diperkuatkan lagi dengan seni khat kufi yang sememangnya mengunakan tulisan Arab dan Jawi. Jawi lebih menjadi simbol kesenian dalam seni Melayu dan digunakan dalam acara-acara tertentu dan papan-papan tanda tertentu.

9. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam penyiapan Jawi Kufi Converter daripada rakan-rakan yang mengajar cara menulis Jawi, mengajar kufi daripada pasukan guru FoKS (tulisan Jawi Kufi adalah kufi linear daripada komuniti Fan @ Friend of Kufi Square (FoKS), saya cuma memudahkan cara untuk memahami kufi linear), mengajar cara mengunakan FontForge dengan betul, mereka yang sudi menguji font Jawi Kufi dan lain-lain.

#zairo

Sunday, October 4, 2015

415. Kerana Jawi Aku Masih Di Sini

1. Hari itu telefon Moto G ini baru dapat kemaskini 5.1. Punyalah seronok ingatkan Marshmallow tapi rupanya Lollipop. Hare sungguh tapi okay juga kerana telefon ini sudah 3 kali melalui kemaskini major iaitu
a. 4.0 (Ice Scream Sandwich) kepada 4.1-4.3 (Jelly Beans).
b. 4.1 kepada 4.4 (Kit Kat).
c. 4.4 kepada 5.0-5.1 (Lollipop).

2. Masih lagi menyiapkan Rumi To Jawi Kufi Converter. Ada beberapa tool untuk membuat kufi iaitu
a. Jawi Kufi font untuk memudahkan kufi free flow.
b. Rumi to Jawi Kufi Converter untuk menukar perkataan Rumi ke Jawi sekiranya mengunakan huruf Rumi. Jika mengunakan huruf Arab, ini tidak perlu.
c. Grid Editor untuk membuat lakaran kufi petak seperti Libre Office Calc, WPS Spreadsheets dan MS Excel.
d. Graphic Editor seperti Inkscape dan Adobe Photoshop untuk membuat kufi dengan lebih kemas dan menarik.

3. Jawi Kufi font telah pun saya siapkan cuma masih belum sedia ada untuk Mac. Untuk Linux dan Windows, ianya boleh digunakan dengan baik.

4. Rumi to Jawi Kufi Converter dibuat mengunakan 3 komponen penting iaitu
a. Algoritma merangkumi semua huruf daripada A ke Z dan mempunyai suku kata daripada 1 ke 4.
b. Separator vowel. Mulanya saya mengunakan jumlah huruf akan tetapi mengunakan vowel lebih sesuai.
c. Exception untuk huruf tertentu yang mempunyai shortcut dan ejaan Arab.

5. Rumi to Jawi Kufi Converter juga mengunakan Jawi Kufi font yang telah saya buat dan ini memudahkan saya membetulkan kekurangan yang ada pada font tersebut dari semasa ke semasa.

6. Hampir pasti saya akan mengunakan laman sesawang untuk aplikasi Rumi To Jawi Kufi Converter dan ini membolehkan semua pengguna yang berminat untuk mengunakannya dapat mengunakan daripada laptop atau pun telefon pintar mereka.

7. Pembangunan telah dibuat di localhost dan Heroku dan didapati Heroku agak menarik berbanding server yang lain kerana menawarkan subdomain herokuapp.com dan mengunakan Git untuk upload fail-fail ke dalam server. Ini mempercepatkan proses mengemaskini ke dalam server.

8. Rumi To Jawi Kufi Converter masih lagi dalam versi Alpha. Hanya rakan-rakan saya telah diberikan capaian untuk mencuba dan memberikan maklumbalas. Ini kerana terlalu banyak huruf masih belum dapat ditukar dengan sempurna dan ini tidak sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

9. Selepas ianya sudah semakin sempurna, ia akan memasuki versi Beta dan seterusnya versi penuh apabila tinggal sedikit sahaja kesilapan atau kekurangan yang telah dikenalpasti.

10. Selepas projek Rumi To Jawi Converter, saya masih belum memutuskan untuk membuat aplikasi yang mana pula. Biasanya saya lebih suka membuat aplikasi yang dapat saya gunakan sendiri di samping dapat juga dikongsi dengan orang lain.

#zairo

Sunday, September 20, 2015

414. Jawi Kufi Converter

1. Typeface Jawi Kufi sudah pun berjaya disiapkan dan sudah pun versi 1.2, Alhamdulillah.

2. Membangunkan typeface juga seperti membangunkan aplikasi yang memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa sehingga ianya benar-benar lengkap.

3. Saya juga baru memulakan aplikasi menukar Rumi ke Jawi Kufi mengunakan PHP. Ini dibuat kerana Jawi converter yang ada sekarang secara dalam talian dan Android terdapat banyak kesilapan dan tidak dapat menukar banyak perkataan. Jadinya saya cuba membuat sendiri manalah tau boleh membuat lebih baik daripada yang ada sekarang.

4. Aplikasi menukar Jawi daripada UKM tidak dapat dicapai (blank page) dan ia merupakan antara aplikasi menukar Jawi yang terbaik setakat ini.

5. Kebanyakan aplikasi tidak dapat menukar nama mungkin kerana ianya mengunakan kamus di mana nama kebiasaannya tidak terdapat dalam kamus.  

6. Saya mengunakan beberapa peraturan dalam Jawi yang mengunakan suku kata seperti dalam Bahasa Melayu dan terdapat juga beberapa kekangan yang perlu diambil kira supaya ianya mengikut kehendak apa yang terdapat dalam Jawi masa kini.

7. Di Malaysia, cara menulis Jawi disusun oleh Zaaba pada tahun 1949 dan ianya disemak semula pada tahun 1986 oleh pihak berwajib yang menjadikan ia sebagai tatacara penulisan Jawi sekarang.

8. Ada pihak mengatakan cara penulisan Zaaba lebih mudah difahami oleh orang yang baru belajar Jawi.

9. Pada saya, mengunakan teknologi yang ada sekarang, aplikasi menukar Rumi ke Jawi dapat dibangunkan untuk memudahkan kita menulis Jawi dengan betul dan cepat seterusnya belajar memahaminya.

10. Saya masih belum memutuskan untuk melancarkan aplikasi secara web atau pun aplikasi telefon pintar Android akan tetapi yang paling penting adalah menyiapkannya secara lengkap supaya ianya dapat digunakan secara sepatutnya apabila siap nanti.

11. Salah satu kelebihan Jawi Kufi Converter adalah ia terus mengubah kepada huruf jawi dalam bentuk kufi free flow, iaitu bentuk asas huruf-huruf kufi.

#zairo

Sunday, September 6, 2015

413. Kufi Typeface Revisited

1. Banyak perkara tergendala disebabkan faktor-faktor tertentu salah satunya adalah typeface kufi. Sekitar Jun 2014 saya sudah memulakan membuat typeface kufi namun menemui kegagalan pada kerning dan ligature lalu saya menghentikan pembangunan serta-merta.

2. Untuk tahun 2015 saya menyiapkan aplikasi Zairopray sehingga ada formula dan azan lalu saya seterusnya melihat semula kepada semua projek lain yang tergendala salah satunya adalah typeface kufi.

3. Typeface kufi rumi sudah saya muat naik di www.fontspace.com/psudo/zairo dan setakat hari ini sudah 100 orang memuat turun font tersebut. Saya juga meletakkan typeface kufi rumi di github.com/zairochess/kufi-font yang merupakan perkongsian pertama saya di github. Mungkin selepas ini saya akan banyak berkongsi kod di github jika berkelapangan, InshaAllah.

4.  Saya baru menyambung semula typeface kufi dan setelah mengemaskini FontForge kepada versi terkini iaitu Aug 2015 didapati kerning dan ligature sudah berjaya disiapkan. Saya juga membuat beberapa kemaskini pada typeface kufi untuk menjayakan kerning dan ligature. Alhamdulillah, banyak bantuan daripada rakan-rakan juga bantuan daripada Type 3.2 yang saya membeli font editor tersebut terima kasih saya ucapkan.

5. Kehadiran typeface Product sans daripada Google yang digunakan dalam logo Google menyemarakkan lagi semangat saya untuk menyiapkan typeface kufi yang tergendala selama setahun lebih.

6. Pemahaman dalam mengunakan sesuatu aplikasi sangat penting sebelum dapat mengunakannya dengan baik. FontForge sangat lengkap seperti pengubah font komersial akan tetapi untuk mengunakannya agak mengelirukan kepada pemula. Namun pujian dan penghargaan harus diberikan kepada pembangun asal, George Williams dan juga para pembangun seterusnya yang meneruskan legasi beliau dalam menjadikan FontForge agar terus dapat digunakan oleh para pembangun typeface.

7. Versi Aug 2015 sudah menampakkan antaramuka yang lebih cantik berbanding sebelum-sebelumnya. Cuma ianya boleh diperkemaskan lagi untuk menjadikan ianya lebih mudah difahami dan digunakan terutama kepada pengguna baru.

8. Minat saya terhadap font dan typeface bermula selepas saya mempelajari kufi. Terfikir saya alangkah mudah membuat kufi linear jika terdapat typeface yang dibuat untuk menyokongnya. Maka terhasilah typeface kufi rumi dan selepas ini InsyaAllah akan saya siapkan typeface kufi.

#zairo

Sunday, August 16, 2015

412. Ubuntu Untuk Insan Biasa

Boleh dikatakan setiap tahun saya akan menilai semula adakah Linux terutamanya Ubuntu sudah sesuai digunakan untuk pengguna biasa. Agak pelik kalau begitu banyak projek Linux distro namun tiada yang benar-benar sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

Sistem Pengoperasian apa pun yang anda gunakan perlu belajar cara untuk mengunakannya barulah dapat digunakan dengan sempurna. Contohnya Android dan iPhone di mana anda perlu belajar cara mengunakannya dan agak jarang seseorang itu dapat belajar sendiri secara keseluruhan cara mengunakan Android mahu pun iPhone dengan baik.

Salah satu kriteria utama untuk sistem pengoperasian dapat digunakan oleh pengguna biasa adalah aplikasi pejabat. Kalau dulu Open Office menjadi satu aplikasi utama yang percuma/murah namun kini ada Libre Office (cabang daripada Open Office), Textmaker dan WPS Office (dahulunya dikenali dengan nama Kingsoft Office).

Alternatif yang hampir sempurna adalah WPS Office yang menyokong format doc, docx, xls, xlsx, ppt, ppt dengan kurang ralat. Ini kurang berlaku dalam Libre Office yang dikatakan lebih fokus kepada format sumber terbuka.

Kini WPS Office adalah dalam alpha 18 dan masih belum keluar versi lengkap namun ianya sudah menampakkan keyakinan setelah dibina daripada kosong mengunakan bingkai kerja Qt oleh para pekerja Kingsoft di bawah projek komuniti.

Kesimpulannya, perlu menunggu sehingga projek WPS Office mencapai versi lengkap barulah dapat diketahui adakah ianya mampu menjadikan Linux terutamanya Ubuntu sesuai menjadi sistem pengoperasian untuk pengguna biasa.

#zairo

Tuesday, August 4, 2015

411. Syukur Selalu

1. Zairopray sudah disiapkan audio azan dan formula, Alhamdulillah.

2. Audio azan untuk Zairopray agak lambat dibuat berbanding dengan aplikasi lain seumpamanya namun saya menyediakan sekali bunyi beduk / taboh / kerantong selama 10s untuk memberikan ruang kepada pengguna mematikan bunyi jika berada di tempat-tempat yang tidak sesuai dibunyikan azan.

3. Bila ada 5 fail bunyi ianya menjadikan apk Zairopray daripada kurang 1MB menjadi 8.6MB namun berjaya dikecilkan kepada 4.3MB mengunakan aplikasi pengubah audio seperti Audacity, Lame dan Audioconverter di dalam Ubuntu.

4. Audioconverter untuk menukar format daripada mp3 kepada ogg.

5. Lame untuk menukar sampel kepada 22.5 menjadikan fail lebih kecil tetapi masih mengekalkan kualiti suara.
 
6. Audacity untuk menukar daripada stereo kepada mono untuk fail yang lebih kecil tanpa pengurangan kualiti bunyi yang ketara. Sebenarnya Audacity adalah aplikasi pengubah audio dan banyak perkara dapat dilakukan dengannya.

7. Juga menurut sifu, fail seperti ini (tempoh kurang daripada 5 minit) sepatutnya boleh mendapatkan saiz fail beberapa ratus kilobyte sahaja dan itu yang berjaya dihasilkan, Alhamdulillah.

8. Mungkin saya akan fokus kepada perkara lain pula dan 3 tahun lebih membangunkan Zairopray adalah satu perkara yang istimewa. Banyak perkara dapat dipelajari dengan membangunkannya namun masih banyak yang saya belum ketahui di dalam Java Android.

9. Oh ya, azan dalam aplikasi waktu solat merupakan permintaan yang paling tinggi melalui komen dan email kepada saya. Itu ada benarnya kerana kalau aplikasi waktu solat tanpa azan seperti tidak sempurna. Azan di masjid lebih utama iaitu Fardu Kifayah namun terutamanya wanita biasanya solat di rumah atau pejabat yang tidak mendengar azan masjid boleh mengunakan azan dalam aplikasi waktu solat selain daripada TV dan radio.

10. Apa yang baik datangnya daripada Allah. Apa yang kurang adalah kelemahan daripada saya sebagai manusia biasa. Mohon maaf zahir dan batin. Raya sebulan kan, hihi.

#zairo

Thursday, July 2, 2015

410. Laici Kang

Tajuk ambil mood puasa, hihi.

Walau pun kebanyakkan penambahbaikan masih belum dikeluarkan dalam Google Play kerana ianya masih dalam pengujian namun ada baiknya saya paparkan setting yang ada pada Zairopray untuk kemudahan semua.

1. General > Location - Ini telah ditambah geokod yang nilai default adalah KLCC. Untuk mendapatkan geokod lokasi lain perlu mengunakan menu pada Manual Location atau Current Location.

2. Manual Location - Untuk key in latitud dan longitud jika anda tahu. Jika anda masukkan salah format data maka ianya akan menyimpan geokod KLCC. Biasanya ini untuk pengguna advance. Nama lokasi default adalah Geocode namun boleh diubah kepada nama bandar yang berkenaan jika perlu. Kenapa KLCC? Mungkin kerana berada di tengah-tengah Kuala Lumpur dan lebih sinonim dengan Malaysia dari kaca mata orang luar negara.

3. Current Location - Ini yang dicadangkan jika anda perlu mengunakan geokod. Nama lokasi default adalah Geocode namun boleh diubah kepada nama bandar yang berkenaan jika perlu.

4. General > Summer Time - 0 atau +1 jam. Pada musim panas biasanya di bahagian hemisfera utara akan ditambah 1 jam daripada waktu asal.

5. Timezone (daripada -12.0 kepada 14.0) - Waktu di Malaysia misalnya adalah pada zon +8 dan dimasukkan sebagai nilai 8.

6. Time Offset (0 minit hingga 1 jam) - Fungsi ini untuk mereka yang suka mencepatkan waktu di jam atau telefon pintar yang bertujuan untuk mendisiplinkan diri terhadap masa. Jika cepatkan waktu selama 15 minit, maka 15 minit perlu dimasukkan supaya mendapat waktu solat pada waktu sebenar. Saya dulu menpercepatkan jam selama 10 minit terutama semasa zaman pengajian tapi kini hanya jam di kereta yang dicepatkan 5 minit.

7. Compass Offset - Kalau telefon pintar anda mengalami perbezaan arah kompas yang statik maka boleh gunakan fungsi ini. Telefon pintar Moto G saya juga telefon pintar seorang rakan pernah mengalami masalah seperti ini menyebabkan fungsi ini dibuat.

8. Current Sound Profile (Follow atau Unfollow) - Kalau Follow maksudnya ketika mesyuarat misalnya apabila telefon pintar dalam mod senyap maka tidak ada bunyi notifikasi azan walau pun setting adalah Notification, Ringtone atau pun Alarm. Kalau Unfollow maka ianya akan berbunyi tanpa mengambil kira mod semasa. Di sini dicadangkan mengunakan Follow iaitu nilai default.

9. Silent Now (1 minit hingga 16 jam) - Ada masa anda perlu setkan telefon pintar dalam mod senyap dan inilah caranya selain daripada setting di Silent Mode > Custom Start dan Silent Mode > End Start. Silent Now adalah sekali sekala manakala Custom Start dan Custom End untuk mod senyap secara berkala.

10. Silent Mode > Custom Start dan Silent Mode > End Start - Ini bertujuan untuk setkan mod senyap secara berkala setiap hari contohnya 6 petang hingga 5 pagi yang boleh disetkan Custom Start dengan nilai 1800 dan Custom End dengan nilai 0500.

11. Orientation (Potret atau Lanskap) - Ini memberikan lebih pilihan kepada pengguna di mana pada skrin besar seperti tablet lebih sesuai mengunakan pilihan lanskap.

12. Banyak penambahkanbaikan telah dibuat kepada fungsi sedia ada contohnya Current Sound Profile yang sebelum ini jika mod Follow tidak menukarkan daripada mod senyap atau mod gegar kepada mod ringtone jika mengunakan Silent Mode Custom. Ini telah diperbaiki supaya ianya berguna sama ada mod Follow tau pun Unfollow. 

Bermula sebagai aplikasi yang hanya memaparkan data Jakim selama setahun secara luar talian, Zairopray telah mengorak langkah untuk memaparkan pilihan kepada info waktu solat dan puasa. Saya tidak ada perancangan teliti tapi secara umumnya Zairopray dibuat sehingga ada formula waktu solat supaya dapat digunakan pada mana-mana negara di dunia dan tiada lagi perancangan utama untuk Zairopray selepasnya kerana saya akan fokus kepada perkara lain pula. Alhamdulillah.

Selama 3 tahun membangunkan Zairopray 'on and off' ianya satu pengalaman berguna mengunakan Java untuk Android. Pengalaman aplikasi crash semasa melarikan aplikasi memang banyak mungkin kerana kurangnya pemahaman yang betul dalam bahasa pengaturcaraan Java. Sebagai individu yang terbiasa dengan PHP, biasanya akan menghadapi masalah apabila membuat bahasa pengaturcaraan yang cerewet tentang jenis pembolehubah di mana PHP tidak cerewet tentang jenis pembolehubah.

Perancangan selepas ini belum tentu lagi. Font Kufi masih tertangguh, Kamus 21k data masih tertangguh, meneruskan pembelajaran dalam Laravel, PostgreSQL dan Ubuntu. Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya, datang dan pergi sesuka hati.
Daripada 5 perkara di atas, mungkin boleh fokus kepada satu perkara contohnya Ubuntu. Banyak perkara perlu diketahui untuk mengunakan Ubuntu dengan bijaksana seperti fungsi revert, kemaskini kernel, custom ISO Ubuntu dan lain-lain.

Link berkaitan setting dalam Zairopray:
1. http://zairochess.blogspot.com/2013/12/390-penambahbaikan.html
Artikel 390. Penambahbaikan (Time Remaining setting, Offset setting, Font Size setting and Time Format setting)

2. Zairopray > About > Walkthrough - Memaparkan secara ringkas berkaitan Setting
a. Current Location
b. Alarm Offset
c. Notifications - Ada pilihan Off, Silent, Notification, Ringtone ,Alarm dan Open App.
d. Silent Mode

3. Zairopray > About - Mengenai Hijri Adjustment, arah kiblat, waktu matahari terbit, istiwa dan terbenam, formula solat Tahajjud, solat Dhuha, solat Dhuha (Afdal) dan Isyak (Afdal).

#zairo

Thursday, June 25, 2015

409. A Bug's Live

Ubuntu Desktop 14.04 LTS beberapa ralat pada bahagian asas agak mendukacitakan yang untuk pengguna baru mungkin menyebabkan mereka menjadi putus asa atau pun kecewa. Untuk pengguna lama Ubuntu pun terkejut juga kerana jarang-jarang berlaku hal begini sejak Ubuntu semakin menjadi semakin baik dari tahun ke tahun. Mungkin pengguna Linux tegar sudah biasa dengan situasi begini dan biasanya hal begini sudah dilaporkan di dalam laporan ralat dan sudah ada 'workaround' sebelum ianya dibaiki dalam kemaskini berikutnya.

1. Ralat pada wireless di mana tiada sambungan Internet. 'Workaround' adalah larikan pada startup atau pun letak pada .~/.bashrc. Kalau mengunakan bashrc, kemudian larikan . ~/.bashrc dan tekan i.
alias i='sudo modprobe -r ideapad-laptop'

2. Ralat pada sambungan lebih daripada satu monitor di mana ia seolah-olah tidak menyimpan data yang disimpan sebelumnya. 'Workaround' adalah larikan pada startup atau pun letak pada .~/.bashrc. Kalau mengunakan bashrc, kemudian larikan . ~/.bashrc dan tekan i2.
alias i2='xrandr --output LVDS --pos 1920x0 --output CRT1 --pos 0x0'

3. Ralat yang lain seperti Google Hangout yang apabila dibuka dalam Chrome maka butang klik pada menu untuk ikon Chrome tidak berfungsi. Hanya klik kanan sahaja yang berfungsi namun ianya tidak ramah pengguna jika mengunakannya secara kerap. Masalah ini, buat masa ini saya gunakan daripada email berbanding icon Google Hangout.

4. Ralat pada Android Studio di mana popup pengurus fail terbuka tidak berhenti-henti. 'Workaround' adalah larikan
$ IBUS_ENABLE_SYNC_MODE=1 ibus-daemon -xrd
sebelum buka aplikasi Android Studio

Itu antara ralat yang saya terkesan. Mungkin ada lagi ralat yang lain namun Ubuntu masih lagi merupakan sistem pengoperasian yang sangat menarik untuk digunakan. Itulah Ubuntu.

#zairo

Saturday, May 16, 2015

408. My Top 25 Apps for Ubuntu Desktop

Jika anda baru berjinak-jinak dengan Linux, cara termudah adalah memasang Linux Distro paling popular kerana banyak sokongan daripada forum dan selalunya mudah digunakan. Sejak munculnya Ubuntu, ianya adalah Linux Distro paling popular sehingga kini.

Akan timbul persoalan sama ada mengunakan antara muka GNOME(Ubuntu), KDE(Kubuntu) atau XFCE(Xubuntu). Xubuntu didapati lebih laju daripada Ubuntu manakala Ubuntu lebih laju daripada Kubuntu.

Kemudian muncul pula antara muka LXDE (Lubuntu) yang lebih laju daripada Xubuntu.

Selepas itu GNOME mempunyai beberapa cabang
a. Cinnamon daripada GNOME versi 3.
b. MATE cabang daripada GNOME versi 2.
c. Unity cabang daripada GNOME versi 3 yang digunakan kini dalam Ubuntu mengantikan antaramuka GNOME.

Cara pemilihan untuk Linux Distro yang ingin digunakan
a. Mengunakan antaramuka yang utama dalam Ubuntu yang kini mengunakan Unity. Dulunya mengunakan antaramuka GNOME.
b. Mengunakan versi antaramuka terpantas namun ini mempunyai sokongan pembangun yang tidak seramai versi utama yang menjadikan versi utama lebih kemas dan kurang ralat.

Dengan RAM 2GB dan ke atas, ianya sangat sesuai mengunakan Ubuntu Desktop.

1. Web Browser
Default: Firefox
Alternatif: Chrome

2. Office Suite:
Default Libre Office (LibreOffice Writer, LibreOffice Calc, LibreOffice Impress)
Alternatif: WPS Office (WPS Writer, WPS Spreadsheets, WPS Presentation)

3. File Manager:
Default: Nautilus a.k.a Files
Alternatif: PCManFM $ sudo apt-get install pcmanfm

4. Screen Capture
Default: Screenshot

5. PDF Reader:
Default: Evince (http://projects.gnome.org/evince)

6. Text Editor:
Default: Gedit
Alternatif: Sublime

7. Terminal
Default: GNOME Terminal

8. SSH:
Default: OpenSSH

9. Mail Client:
Default: ThunderBird Mail
Alternatif: Claws Mail $ sudo apt-get install claws-mail

10. CD Burner:
Default: Brasero Disk Burner
Alternatif: GnomeBaker $ sudo apt-get install gnomebaker

11. Partition Editor:
Default: gnome-disk-utility
Alternatif: Gparted $ sudo apt-get install gparted

12. Advanced Graphics Program:
Default: Tiada
Alternatif: GIMP (http://gimp.org) $ sudo apt-get install gimp

13. Vector Graphics:
Default: Tiada
Alternatif: Inkscape (http://www.inkscape.org) $ sudo apt-get install inkscape

14. FTP Client
Default: Tiada
Alternatif: Filezilla $ sudo apt-get install filezilla

15. Remote Desktop Client
Default: Tiada
Alternatif: Remmina

16. Multimedia Player:
Default: Rythmbox Music Player
Alternatif: (menyokong juga format .dat): Xine (http://www.xine-project.org) $ sudo apt-get install xine-ui libxine1-ffmpeg

17. Audio Cutter:
Default: Tiada
Alternatif: Audacity
$ sudo apt-get install audacity
$ sudo apt-get install lame libmp3lame0

18. Diagram Software:
Default: Tiada
Alternatif: DIA (http://live.gnome.org/Dia) $ sudo apt-get install dia

19. Server, Database, Scripting Language:
Default: Tiada
Alternatif: Apache, MySQL and PHP $ sudo tasksel install lamp-server

20. MySQL Client:
Default: Tiada
Alternatif: PHPMyAdmin $ sudo apt-get install phpmyadmin

21. Download Manager:
Default: Tiada
Alternatif: Downloader for X

22. Desktop Publishing:
Default: Tiada
Alternatif: Scribus (http://www.scribus.net) $ sudo apt-get install scribus

23. Professional Video Editor:
Default: Tiada
Alternatif: Cinelerra (http://cinelerra.org/)

24. 3-D Graphics and Animation:
Default: Tiada
Alternatif: Blender (http://www.blender.org) $ sudo apt-get install blender

25. Project Management:
Default: Tiada
Alternatif: OpenProj (http://www.openproj.org) download .deb and install

#zairo

407. Tepon

2002
1. Nokia 3210 (Bought 2nd hand, Trade-in)
2. Motorola C330 (Trade-in) --> three housing
3. Nokia 5210 (Trade-in) --> water resistant

2003
4. Nokia 3650 (Trade-in) -->round keypad

2004
5. Xplore G18 (Bought 2nd hand, faulty before manage to trade-in) --> palm top
6. LG F7100 (Trade-in) --> qiblah phone
7. Sony Ericsson P800 (Bought 2nd hand, Trade-in) --> touch screen
8. LG F2100 --> (Trade-in) --> clamshell

2005
9. Nokia 3230 04 Jul 2005 (Trade-in)
10. Sony Ericsson K750i (Trade-in)

2006
11. Nokia 3250 15 Aug 2006 (Trade-in) -->self potrait
12. O2 Mini [Bought 2nd hand] --> pocket pc
13. Nokia 1112 (Trade-in)

2007
14. Black Ice 11 Mac 2007 (Trade-in)
15. Nokia N70 29 Mac 2007 (Trade-in) --> 3G phone

2008
16. Nokia 1200 31 Mac 2008 (Trade-in)

2009
17. CSL DS28 24 Jan 2009 --> Dual slim phone
18. Nokia 6210 Navigator 10 March 2009 (Trade-in) --> GPS Navigator

2010
19. Nokia N900 1 Mei 2010 --> Linux Phone
20. Ximax C28 3 Oct 2010 --> Feature Phone

2011
21. Sony Xperia X8 (Android 2.1 Eclair) 1 Apr 2011 --> Smartphone
22. Samsung Galaxy Ace (Android 2.2 Froyo, Trade-in) 8 Oct 2011
23. Samsung Galaxy W (Android 2.3 Gingerbread, Trade-in) Dec 2011

2012
24. Samsung Lesedi Aug 2012 --> Feature Phone
25. Samsung Galaxy Nexus (Android 4.0 ICS, Upgradable to 4.1-4.3 Jelly Beans, Trade-in) Sep 2012
26. Ninetology Vox C1240 --> Feature Phone

2014
27. Motorola Moto G (Android 4.3 Jelly Beans Upgradable to 4.4 Kitkat) 2 Mar 2014

2015
28. Motorola Moto X 2014 (5.0 Upgradable to 6.0 Marshmallow) Dec 2015

2016
29. Motorola Moto G4 Plus (6.0.1 Upgradable to 7.0 Nougat, Trade-in) Nov 2016

2017
30. Nokia 5 (7.1.1 Nougat) Jul 2017

2019
31. Nokia 2.1 (Bought 2nd hand, Android 8.1 Oreo) Jan 2019
32. Oppo Realme C1 (Android 8.1 Oreo) Feb 2019 - buy from telco

2020
33. Xiaomi A3 (Android 9 Pie Upgradable to 10 and 11) Jun 2020
34. Vivo Y11 (Android 9) - free from Telco

2021
35. OnePlus Nord 5G (Android 10 Upgradable to 11, 12) Dec 2021

Banyak juga telefon yang pernah saya gunakan. Dari dulu sampai sekarang saya tidak berminat membeli telefon bimbit berharga mahal. Paling mahal pun Nokia N900 berharga dalam RM1800 di mana saya membayar dalam RM1500 setelah trade-in telefon semasa dan kebelakangan ini saya membeli telefon bimbit di bawah paras RM900.

Telefon telah mengalami revolusi mendadak daripada sekadar membuat panggilan dan SMS kepada alarm, kamera, radio seterusnya pelbagai aplikasi pintar termasuk geolokasi, notifikasi, berbual, permainan dalam talian, email, waktu solat, Al-Quran, pembayaran dan pembelian dalam talian dan lain-lain.

Teringat suatu ketika semasa Nokia menghadirkan aplikasi chess puzzle di ketika itu memang suatu yang mempesonakan. Saya terfikir kenapa tidak dibuat aplikasi permainan catur untuk berlawan dengan enjin catur. Beberapa tahun kemudian muncul aplikasi catur dalam beberapa telefon seperti Sony Ericsson P800 dan default di Sony Ericsson P900 namun ianya tidaklah sekuat mana.

Kemudian muncul Chess Genius dalam telefon Nokia yang menjadi antara aplikasi catur terkuat di ketika itu di mana bermain perlawanan 5s per pergerakkan sahaja sudah cukup untuk dikalahkan dalam kesemua perlawanan tanpa seri pun.

Kemudian dalam Pocket PC muncul Fritz Chess yang menjadi antara aplikasi terkuat di ketika itu.

Selepas itu muncul iPhone dan Android yang menawarkan lebih banyak aplikasi catur antaranya adalah Chess Genius, Shredder, DroidFish dan Komodo. Aplikasi HIARCS terdapat dalam iPhone tapi tiada di dalam Android. Antara aplikasi terkuat sekarang adalah Houdini (tiada versi telefon pintar), Komodo dan Stockfish yang dipanggil DroidFish dalam Android.

#zairo

Monday, April 13, 2015

406. Lenovo Laptop

 1. Laptop semasa sudah mengalami patah tengkok sebelah kiri. Gara-gara tukar skrin sudahnya patah pulak jadinya. Mulanya ingatkan sikit sahaja, lama-lama semakin teruk sakitnya. Baiki pun macam sudah tak berapa nak elok.

2. Dipendekkan cerita jadinya saya membeli laptop baru Lenovo G40 30 berharga RM1350. Ini merupakan laptop keempat saya selepas
a. Acer
b. Fujitsu LH531
c. Fujitsu LH532

3. Kalau sudah ada laptop perlu ada sistem pengoperasian dan aplikasi di dalamnya. Macam biasa dual boot Ubuntu 14.04 dan Windows 8.1. Selepas pasang Ubuntu, wireless tidak berfungsi mengkagetkan diri ini. Hasil carian Google di dalam telefon pintar menemui satu baris arahan untuk memunculkan kembali wireless yang tersorok: sudo modprobe -r ideapad-laptop
Mungkin kemaskini Ubuntu sedia mengatasi masalah ini, tapi saya sudah terbiasa tidak akan kemaskini pada aplikasi jika ianya tidak perlu.

4. Antara aplikasi pada Ubuntu yang dipasang

a. Pengubah Teks Geany ($ sudo apt-get install geany)

b. Filezilla ($ sudo apt-get install filezilla)

c. Git ($ sudo apt-get install git)

d. Chrome
(Download from https://www.google.com/intl/en-US/chrome/browser/ and install from .deb file)

e. Gparted ($ sudo apt-get install gparted)

f. LAMP ($ sudo tasksel install lamp-server)

g. Android Studio
($ sudo add-apt-repository ppa:paolorotolo/android-studio
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install android-studio)

h. Inkscape ($ sudo apt-get install inkscape)

i. PHPMyAdmin ($ sudo apt-get install phpmyadmin)

j. SQuirrel SQL
(Download from: http://sourceforge.net/projects/squirrel-sql/files/latest/download
    $ java -version
    Install Java JRE if not install yet
    $ java -jar squirrel-sql-3.6-standard.jar
    $ sudo cp ojdbc14.jar $HOME/squirrel-sql-3.6/lib/
    $ sudo cp sqljdbc4.jar $HOME/squirrel-sql-3.6/lib/
)

k. WPS Office (Word, Spreadsheet dan Powerpoint)
(Download http://kdl.cc.ksosoft.com/wps-community/download/a16/wps-office_9.1.0.4945~a16p3_i386.deb
$ sudo dpkg --add-architecture i386
$ sudo dpkg -i wps-office_9.1.0.4945~a16p3_i386.deb

$ sudo dpkg -I wps-office_9.1.0.4945~a16p3_i386.deb
$ sudo apt-get install libxext6
$ sudo apt-get -f install
$ sudo dpkg -i wps-office_9.1.0.4945~a16p3_i386.deb
)

Download https://www.dropbox.com/s/lfy4hvq95ilwyw5/wps_symbol_fonts.zip
$ sudo cp wps_symbol_fonts/* /usr/share/fonts/wps-office/)

l. dan lain-lain

5. Antara aplikasi yang dipasang pada Windows
a. Chrome

b. Firefox

c. Git Bash

d. Filezilla

e. SQL Server Management Studio

f. Visual Studio

g. XAMPP

h. Meld

i. Evince

j. Notepad++

k. WPS Office (Word, Spreadsheet dan Powerpoint)

l. Ext2fsd

m. dan lain-lain

6. Ianya adalah laptop generasi baru yang tiada kipas namun ianya tidak terlalu panas mengunakan RAM voltan rendah.

7. Ada 2 aplikasi pejabat yang bagus iaitu daripada Kingsoft buatan China yang percuma dinamakan WPS Office dan Textmaker buatan Jerman yang tidaklah terlalu mahal dan sangat bagus.

8. Git dan Filezilla adalah antara 2 aplikasi percuma yang sangat bagus kegunaannya untuk pembangunan sistem.

9. Ubuntu lebih dikenali di kalangan pembangun sistem berbanding pengguna biasa. Mungkin dengan terhasilnya model Ubuntu Phone daripada BQ dan Miuzu pada tahun ini sedikit sebanyak telah memperkenalkan Ubuntu kepada ramai orang.

10. Amatlah sukar mengubah kehendak seseorang daripada sistem pengoperasian sedia ada kepada sistem pengoperasian baru. Contoh seperti aplikasi Sublime yang sangat popular dan bagus namun saya telah terbiasa mengunakan Geany dan Notepad++.

p/s Kenapa beli laptop model Lenovo? Hasil cadangan daripada sifu.

#zairo

Sunday, March 22, 2015

405. Family Tree

1. Sudah lama saya membuat aplikasi Salasilah Keluarga asalnya mengunakan PHP. Namun baru-baru ini saya bercadang membuatnya mengunakan Java dan sudah pun siap untuk perkara asasnya. 

2. Timbul idea membuat aplikasi Salasilah Keluarga kerana generasi baru makin lupa tentang siapa saudara mara mereka dan ini merisaukan generasi lama.

3. Sebagai pengamal IT, salah satu cara yang saya cadangkan adalah membuat salasilah keluarga tidak kira secara dalam talian atau pun luar talian.

4. Daripada mengunakan aplikasi orang lain, saya lebih suka mengunakan aplikasi sendiri.

5. Sekali imbas ianya nampak sukar dibuat. Itu sebabnya pada awalnya saya membuat modul peta di dalam Zairotask yang boleh menyimpan koordinat lokasi terutamanya untuk saudara mara. Namun ianya tidak lengkap tanpa adanya salasilah keluarga.

6. Akhirnya saya cuba juga membuat salasilah keluarga kerana saya masih lagi faham tentang kaedah yang saya gunakan untuk salasilah keluarga mengunakan PHP yang kodnya telah hilang.   

7. Untuk versi pertama ini saya telah menyiapkan 16 hubungan
i. Anak lelaki
ii. Anak perempuan
iii. Emak
iv. Ayah
v. Abang/adik lelaki
vi. Kakak/adik perempuan
vii. Datuk
viii. Nenek
ix. Cucu lelaki
x. Cucu perempuan
xi. Ayah saudara
xii. Emak saudara
xiii. Anak saudara lelaki
xiv. Anak saudara perempuan
xv. Sepupu lelaki
xvi. Sepupu perempuan

8. Untuk kemaskini berikutnya saya telah menyiapkan 21 hubungan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 37 hubungan dijana oleh aplikasi.
i. Dua pupu
ii. Bapa saudara sepupu
iii. Ibu saudara sepupu
iv. Anak saudara sepupu lelaki
v. Anak saudara sepupu perempuan
vi. Suami
vii. Isteri
viii. Abang/adik lelaki ipar
ix.  Kakak/adik perempuan ipar
x. Isteri bapa saudara
xi. Isteri emak saudara
xii. Isteri sepupu lelaki
xiii. Isteri sepupu perempuan
xiv. Bapa mertua
xv. Emak mertua
xvi. Menantu lelaki
xvii. Menantu perempuan
xviii. Abang/adik lelaki tiri sama emak
xxi. Kakak/adik perempuan tiri sama emak
xx. Abang/adik lelaki tiri sama ayah
xi. Kakak/adik perempuan tiri sama ayah

9. Aplikasi Salasilah Keluarga ini merupakan salah satu aplikasi yang istimewa kerana fungsi yang ada padanya dalam menjana hubungan keluarga selain daripada anak, emak dan ayah yang diisi oleh pengguna.

10. Terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan idea bernas dalam penghasilan aplikasi Salasilah Keluarga ini.

11. Aplikasi Salasilah Keluarga merupakan sub modul kepada aplikasi Zairotask dan boleh didapati secara percuma di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairocator.


#zairo

Tuesday, February 17, 2015

404. Arch Linux

Sudah lama saya berminat untuk memasang Arch Linux namun gagal memulakan tidak ingat sampai mana saya berusaha. Baru-baru ini saya memulakan semula pengembaraan pemasangan Arch Linux. Untuk rekod, saya pernah memasang Ubuntu sahaja di dalam laptop dan mendapat pendedahan berkaitan Ubuntu, RHEL, CentOS dan Fedora.

Masukan ini ditulis mengunakan Arch Linux yang mengunakan XFCE sebagai Desktop Environment. XFCE merupakan Desktop Environment pertama saya di dalam Xubuntu sebelum saya beralih kepada Lubuntu yang mengunakan LXDE. Kemudian saya mengunakan Ubuntu yang mengunakan Unity hingga sekarang sebelum saya bercadang untuk mengunakan Arch Linux pula.

Beberapa kali percubaan telah dibuat untuk memasang Arch Linux dan ada yang berjaya dan ada yang gagal.

1. Arch Linux Vanilla - skrin hitam.

2. CTKArch - gagal dipasang.

3. Evo/lution Linux + LXDE - masuk terminal selepas boot.

4. Evo/lution Linux + GNOME - berjaya dipasang dan ralat pada terminal, ralat pada tutup pengurus fail.

5. Bridge Linux + GNOME - gagal dipasang.

6. Bridge Linux + LXDE - berjaya dipasang yang sebelum ini tertinggal langkah.

7. Antergos + GNOME - gagal dipasang. Gagal dipasang semula.

8. Bridge Linux + XFCE - berjaya pasang. Alhamdulillah.

Satu kelebihan Arch Linux adalah 'rolling release' di mana kemaskini sentiasa ada tanpa memerlukan tingkatnaik. Tingkatnaik kadang-kadang memerlukan pemasangan semula dan itulah yang ingin dielakkan.

Pemasangan dibuat mengunakan Virtualbox dan apabila telah selesa kemudiannya barulah boleh memasang secara dual boot atau pun single boot.

Arch Linux dikatakan sesuai dipasang oleh pengguna yang sudah biasa mengunakan Ubuntu sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah biasa mengunakan Terminal.

Kebanyakan cabang dalam Arch Linux mengekalkan kemaskini terus kepada Arch Linux tanpa ada tapisan.

Arch Linux dikatakan sebagai distro yang sangat ringan kerana memasang hanya apa yang diperlukan oleh perkakasan dan perisian yang diperlukan oleh pengguna sahaja.

p/s Ubuntu masih distro terbaik.

#zairo

Wednesday, January 14, 2015

403. Truly Linux

1. Zairotask telah ditambah dengan fungsi kamus dengan data sebanyak 2801. Data diperolehi daripada New General Service List di mana data tersebut merangkumi 90% daripada Cambridge English Corpus jika dikira bersama kata kembangannya seperti kata akar play boleh dikembang kepada played, player, playing dan sebagainya.

2. Zairotask juga ditambah fungsi recurrence iaitu untuk perkara yang berulang boleh diletakkan pilihan harian, mingguan, bulanan, tahunan dan lain-lain untuk mengelakkan kemaskini due date pada data yang sama kerana ianya akan dilakukan secara automatik oleh aplikasi.

3. Zairotask juga ditambah indikator mengikut masa untuk hari ini dan esok. Ini sangat berguna untuk ada banyak perkara perlu dibuat dalam masa satu hari yang sangat sibuk. Warna indikator hijau akan bertukar kepada merah jika masa sudah berlalu melebihi satu jam.

4. Saya mengunakan 2 simcard sekarang ini dan jika dapat membeli Ubuntu Phone maka satu lagi simcard boleh digunakan dalam Ubuntu Phone (Alasan). Lagi pun mengunakan 2 simcard di dalam Moto G menyebabkan kuasa ketahanan bateri berkurangan sedikit berbanding mengunakan satu simcard.

5. Menarik untuk diketahui apabila Ubuntu Phone mengunakan pendekatan berbeza dalam telefon pintar. Boleh dikatakan Ubuntu selalu mengunakan teknik yang belum pernah digunakan oleh pengeluar yang lain. Contoh mudah adalah Ubuntu yang mengunakan menu di sebelah kiri secara menegak yang juga digunakan dalam Ubuntu Phone. Ini berbeza dengan Windows yang mengunakan Menu mendatar di bahagian bawah dan Mac mengunakan Menu mendatar di bahagian atas. Gesture Ubuntu juga adalah tersendiri dalam Ubuntu Phone yang boleh dikatakan sangat unik dan menarik.

6. Semasa saya memasang Ubuntu Phone dalam Galaxy Nexus sebelum ini, ianya lengah masa kerana masih lagi belum dioptimasikan sepenuhnya dan menarik untuk dilihat sejauh mana pengalaman mengunakan Ubuntu Phone yang merupakan satu-satunya telefon pintar yang benar-benar Linux. Android juga Linux namun ianya banyak membuang komponen dalam Linux berbanding Ubuntu Phone.

7. Saya percaya kebanyakkan perkara boleh dibuat dengan selesa mengunakan pelayar web seperti Twitter, Facebook, Gmail, Whatsapp, membaca blog, surat khabar dan sebagainya tanpa memerlukan aplikasi. Walau pun dengan aplikasi yang sedikit contohnya Nokia N900 yang saya pernah gunakan begitu selesa digunakan dengan kebanyakkan aplikasi dibuka dalam pelayar web sahaja.

8. Saya masih mengunakan Android dan mengemaskini Zairotask untuk Android. Mengikut firasat saya Android akan terus menerajui industri telefon pintar ditambah pula dengan ura-ura untuk mengabungkan Chrome OS dengan Android menjadikan Android mampu digunakan dalam laptop.

9. Sebagai pengguna sistem pengoperasian Ubuntu sejak 6 tahun lalu, sudah semestinya menarik untuk mengunakan Ubuntu Phone. Walau pun versi pertama, pastinya kelainan yang dibawa oleh Ubuntu Phone menjadikan ia salah satu telefon pintar yang sangat menarik untuk dimiliki untuk tahun ini.

#zairo