Saturday, December 31, 2011

333. Twenty12

Tahun baru bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa elok diimbas apa yang sudah dilalui untuk sepanjang tahun 2011 ini.

1. Impak terbesar dalam hidup saya pada tahun ini adalah apabila mula mengenali Android. Tiga model Android telah pun saya beli untuk tahun ini iaitu Sony X8 (Android 2.1), Samsung Galaxe Ace(Android 2.2) dan terbaru Samsung Galaxy W(Android 2.3). Android merupakan salah satu peneraju hala tuju telefon pintar pada masa kini dan banyak yang boleh dibuat mengunakan telefon pintar sama seperti apa yang boleh dibuat pada laptop. Menurut rakan saya, Ubuntu mobile akan mengisi kekosongan pada aplikasi-aplikasi yang masih belum sempurna pada telefon pintar contohnya seperti aplikasi pejabat yang terdapat pada Ubuntu iaitu LibreOffice.

2. Hobi terbaru adalah bermain Chesspresso dan Word with Friends dalam telefon pintar. Telefon pintar sebenarnya banyak merubah cara hidup kita. Daripada melepak menunggu seseorang, boleh membaca sesuatu di telefon pintar. Jadinya dapat mengunakan masa yang ada dengan optimum.

3. Zairoute adalah aplikasi Android yang saya buat dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Zairoute 2.0 sedang dalam tempoh pengujian dan akan dikeluarkan kepada umum apabila saya berkelapangan. Versi 2.0 akan mengabungkan kesemua tren pengangkutan awam yang ada dalam Zairoute. Versi sebelum ini hanya boleh mencari jalan mengunakan tren yang sama.

4. Zairoliday akan dikemaskini dari segi rekaan. Fungsi yang telah saya ubahsuai menjadikan Zairoliday mudah untuk dikemaskini data-data baru.

5. N9 yang saya pernah berkira-kira untuk membelinya tidak jadi untuk saya beli. Alasan amat mudah iaitu tanpa banyak aplikasi ianya tidak berbaloi membeli telefon pintar dengan harga lebih 1k.

6. Ramai orang masih keliru dengan Linux dan mungkin peranan saya untuk menerangkan apa itu Linux. Ramai menganggap Meego sahaja telefon bimbit Linux walhal Android juga berasal daripada Linux. WebOS juga daripada Linux. Jadi tidak timbul Linux tidak mendapat tempat di hati pengguna-pengguna bukan geek kerana Android sudah pun membuktikan melalui jumlah jualan terbanyak bahawa Android adalah sangat ramah pengguna dah terkehadapan daripada segi teknologinya.

7. Bagi saya adalah penting untuk mengunakan telefon pintar yang terbaik untuk memudahkan kehidupan. Daripada Nokia N900 saya beralih kepada Android Samsung Galaxy W. Begitu juga dengan laptop daripada Ubuntu saya beralih kepada Xubuntu dan seterusnya Lubuntu. Namun begitu saya masih kekal dengan cabang Ubuntu kerana arahan-arahannya lebih mudah difahami.

8. Tahun 2012 mungkin dianggap bukan tahun Linux. Nokia menghentikan pembangunan Meego lalu digunakan oleh Samsung dan  dinamakan Tizen, WebOS dihentikan pembangunannya,  Sun dibeli oleh Oracle lalu wujud cabang Open Office iaitu LibreOffice dan cabang MySQL iaitu MariaDB. Cuma paling menarik adalah kejayaan Android menjadi peneraju dalam telefon bimbit dan digemari oleh orang ramai dan wujudnya Linux 3.0 sempena 20 tahun Linux.

9. Saya mula mengunakan Linux Ubuntu apabila menghadapi masalah virus pada Laptop saya. Sejak itu saya terus mengunakan Linux. Linux dalam server pula mula saya kenali apabila itu sahaja pilihan terbaik untuk dipasang pada server berbanding yang lain. Linux dalam telefon bimbit saya kenali melalui Nokia N900 kemudian Android apabila N900 saya dicuri orang.

10. Ini adalah cara saya menghargai Linux. Ianya percuma dan boleh dipasang oleh sesiapa sahaja. Dalam dunia Linux, tidak ada rooting atau pon jailbreak. Android dianggap tidak begitu mesra sumber terbuka kerana halangan-halangan tertentu dalam OS Android. Ini akan diatasi apabila munculnya Ubuntu Mobile yang dianggap sistem sumber terbuka yang benar-benar terbuka seperti mana yang ditunjukkan dalam Ubuntu pada deksktop, laptop dan server.

#zairo

Thursday, December 15, 2011

332. I Wonder

Bertukar lagi telefon yang lain. Apa ke hal ni kamu? Lama juga memikirkan keputusan ini sebabnya nak berjimat cermat. Akan tetapi setelah diperhalusi dengan teliti, ditimbang tara dan difikirkan sedalam-dalamnya itulah keputusan yang telah dibuat.

Disenaraikan 10 kelebihan Galaxy W (W bermaksud tertanya-tanya (wonder)) berbanding Galaxy Ace:

1. Tanggapan pertama yang melintasi fikiran saya masa mula-mula mengunakan Galaxy W adalah KELAJUAN PEMPROSESNYA. Maklumlah kerana mengunakan RAM 512 dan pemproses 1.4MHz.

2. Boleh main ANGRY BIRDS. Yey. Tiada lagi lenggah masa.

3. Berkali ganda BANYAKNYA APLIKASI boleh dipasang. Kalau Galaxy Ace hanya sekitar 75 aplikasi (sedia ada + dipasang sendiri) sahaja sudah memenuhkan memori dalaman walau pon dipasang di memori kad kerana ada fail-fail tertentu yang disimpan pada memori dalaman. 

4. Mengunakan ANDROID VERSI 2.3. Segala pembaharuan pada versi 2.3 boleh dilihat terus. Antaranya push notification lebih stabil.

5. Tangkap gambar LEBIH PANTAS. Mungkin kerana pemproses yang lebih laju dan teknologi terkini yang dihasilkan maka gambar diproses dengan lebih cepat dan lebih selesa digunakan.

6. ADA FOLDER untuk masukkan beberapa aplikasi yang sama kategori dalam satu folder. Ini adalah fungsi yang dibuat oleh teknologi Samsung dan bukan Android 2.3. Lebih mudah untuk mencari aplikasi yang ingin digunakan.

7. LEBIH BANYAK APLIKASI SEDIA ADA dalam Android Market kerana mengunakan Android 2.3.

8. HARGA DI BAWAH PARAS 1k. Ianya amat berbaloi. Saya trade in Galaxy Ace maka cuma perlu membayar jauh lebih murah daripada harga asal. Mana hendak dapat telefon pintar dengan 512 RAM, pemproses 1.4MHz dan memori dalaman 1.7GB yang berspesifikasi tinggi tetapi harga di bawah 1k, hu2.

9. MEMPUNYAI 252 ppi. Ini memberikan hasil video yang lebih baik kerana melebihi 200 ppi iaitu minimum untuk kualiti cetak.

10. Mempunyai KAMERA HADAPAN VGA. Kamera belakang sama dengan Galaxy Ace iaitu 5MP dengan flash dan merupakan minimum untuk gambar berkualti.

#zairo

Thursday, December 1, 2011

331. Lubuntu 11.10

Agak lambat sedikit review ini. Kata orang lebih baik lambat daripada tidak sampai langsung, hu2.

Antara perubahan-perubahan yang saya perasan dalam edisi kali ini adalah:

1. File Manager adalah Bookmark BOLEH DIPINDAH atas dan bawah secara tarik dan jatuh. Akan tetapi File Manager tiba-tiba akan tutup aplikasi jika buka folder di dalam folder yang terlalu dalam. Edisi 11.04 tiada pun masalah ini. Workaround untuk masalah ini adalah mengunakan Compact View berbanding Detailed List View. -1

2. Tekan saja butang Logout DIPAPARKAN VERSI Ubuntu 11.10. Ini sangat bagus kerana memudahkan untuk mengenalpasti versi Ubuntu yang digunakan tanpa perlu diperolehi daripada terminal bagai. +1

3. Wallpaper ADALAH REKAAN BARU. Ini semestinya wajiblah. Kalau guna wallpaper yang sama nanti ada pula orang yang keliru versi yang mana satu la pulak ini, hu2. +1

4. Saya mengunakan Lubuntu 11.10 64 bit, iaitu versi kedua 64 bit yang dikeluarkan oleh Lubuntu. Pastinya BANYAK PENAMBAHBAIKAN yang dilakukan pada backend yang tidak perasan pun oleh pengguna namun ianya menstabilkan OS dan menjadikan OS up-to-date. +1

5. Wireless berfungsi out-of-the-box. Ini ciri penting harus ada pada Linux. Kalau bermasalah maka pengguna baru akan mudah putus asa dengan Linux. +1

6. Rakan saya bertanya ada tak DropBox dalam 64 bit ini. Ya, ada tapi kena pasang secara manual sebab ianya bukan aplikasi default. +1

7. Kesemua aplikasi yang biasa saya guna di laptop 32 bit boleh dipasang juga pada laptop 64 bit. Cuma cara pemasangan ada juga yang sedikit berbeza. Kebanyakannya hanya mengunakan sudo apt-get namaAplikasi terus siap. +1

8. Office tiada secara default dalam Lubuntu. Jadinya kena pasang secara manual. Tidak seperti Ubuntu yang mempunyai Libre Office secara default. +1

9. Macam biasa Geany menjadi pengubah teks kegemaran. Cuma yang saya perasan dalam Lubuntu 11.10 ini tiada lagi arrow di atas dan bawah scroll bar. Perlu membiasakan diri dengan cara baru ini yang bergantung dengan scroll bar di tengah2 itu sahaja. +1

10. Suspend Mode dan Hibernate Mode masih tidak berfungsi dan sama seperti versi-versi sebelumnya. Saya tidak pasti versi mana yang okay untuk kedua-dua fungsi tersebut kerana sebelum ini saya tidak pun mengunakan suspend mode dan hibernate mode. Biasanya saya shutdown sahaja. -1

Secara keseluruhan 8 daripada 10 bintang. Memang berbaloi kerana Lubuntu Linux ini bukan sekadar percuma akan tetapi ianya memberikan anda pengalaman mengunakan laptop atau PC secara maksimum dan menyeronokkan. Versi baru Linux tidak menjejaskan pun kelajuannya malah semakin ditingkatkan kelajuannya pada proses-proses tertentu seperti yang diperkatakan oleh Linux Torvalds.

#zairo

Monday, November 28, 2011

330. Zairoliday

Lepas buat Zairoute saya terus buat Zairoliday iaitu senarai cuti umum mengikut negeri dan tahun. Saya buat untuk tahun ini iaitu 2011 dan tahun hadapan, 2012 kerana biasanya kita hanya ingin merancang untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Kemudian banyak lagi aplikasi hendak buat akan tetapi kemalasan melanda diri ini di samping beberapa hal yang lain menyebabkan banyak projek terbengkalai, hu2.

Bila saya sudah setkan sebulan 1 kemasukan bermakna semakin kurang saya akan menulis. Dulu setiap minggu saya akan menulis satu kemasukan.

Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Ada yang suka guna Linux, Mac OS X dan Windows. Ada yang suka Android, iOS, BlackBerry OS dan juga Windows Phone. Semua orang berhak mengunakan apa yang disukai.

Kepelbagaian itu adalah keindahan dalam kehidupan. Apa juga yang dilakukan kita tidak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain. Apa yang penting adalah selesa mengunakan OS pilihan masing-masing.

Sempena Maal Hijrah ini bagus juga memperbaharui azam. Azam saya menjadi semakin kurang sejak meningkat usia ini. Mungkin saya tidak lagi bercita-cita tinggi seperti sebelum-sebelum ini. Apa yang penting adalah harapan dan impian biarlah logik dan mungkin boleh tercapai.

Masa untuk saya melabuhkan sauh.

#zairo

Thursday, November 3, 2011

329. Zairoute

QR Code for Zairoute

Teknologi komputer sudah berubah daripada Desktop PC ke Laptop, kemudian ke Netbook, seterusnya ke telefon pintar dan tablet. Ubuntu juga baru-baru ini dilihat akan mengorak langkah membangunkan sistem pengoperasian untuk digunakan dalam tablet dan telefon pintar dan dijangka akan mula dipasarkan mulai 2014.

Saya menaiki kenderaan awam beberapa bulan kerana dalam proses mendapatkan kembali kereta yang baru jumpa. Saya menaiki bas atau teksi ke stesyen komuter kemudian menaiki komuter jika ada mesyuarat di luar atau pun seminar atau latihan.

Ada sekali, dalam sehari itu saya ditanya bantuan arah oleh 2 orang pelancong asing untuk menaiki tren. Saya pun memberikan maklumat seperti yang sepatutnya. Dari peristiwa itu timbul idea kalau ada satu aplikasi yang boleh digunakan untuk mengetahui arah yang betul untuk menaiki kenderaan awam, alangkah selesa. Dari situ maka lahirlah Zairoute yang memakan masa selama berbulan-bulan juga kerana kemalasan diri ini di samping kesibukan dan keletihan sekali sekala.

Untuk satu jangkamasa yang agak lama saya berhenti seketika daripada menyambung penyiapan Zairoute yang nama asalnya saya panggil My Route. Di satu ketika, rakan sekerja saya telah berjaya dalam satu pertandingan yang disertainya untuk projek barunya dan terus saya bersemangat kembali kerana saya rasa saya juga boleh buat sesuatu yang bermakna untuk penduduk muka bumi, haha.

Sebenarnya malas hendak menulis tapi disebabkan atas permintaan seorang rakan mahukan saya ceritakan sesuatu mengenai Zairoute maka saya pun menulis sesedap rasa, hu2.

Zairoute merupakan maklumat perjalanan gabungan KTM Komuter, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, KL Monorail dan ERL. Terdapat maklumat laluan yang harus diikuti termasuk transit jika ada, tambang untuk perjalanan sehala, tempoh perjalanan yang diambil dari satu destinasi ke satu destinasi dan tempoh masa sistem kenderaan awam tersebut beroperasi untuk hari tersebut.

Zairoute boleh digunakan untuk telefon pintar Android versi 2.1 dan ke atas . Zairoute akan kekal percuma sampai bila-bila. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada kelapangan, InsyaAllah.

#zairo

Sunday, October 9, 2011

328. Lubuntu 11.04

Dulu memang saya sering mengikuti perkembangan Ubuntu dan akan mencuba setiap edisi terbaru serta akan ada ulasan daripada saya untuk versi baru yang dikeluarkan. Selepas ini InsyaAllah akan saya ikuti perkembangan Ubuntu yang mana versi 11.10 akan menyusul tidak lama lagi dalam bulan ini. Saya pernah mengunakan bermula daripada Ubuntu 8.04. Selepas itu saya pernah mengunakan Xubuntu 8.04, Xubuntu 8.10, Xubuntu 9.04, Lubuntu 10.10 dan Lubuntu 11.04.

Kadang-kadang menyemakkan juga apabila ada masalah berlaku pada benda-benda penting seperti wireless, suspend mode, hibernate mode, dll. Mujur ada banyak variasi dalam Linux dan juga Ubuntu itu sendiri yang memungkinkan menukar variasi jika variasi tertentu mempunyai masalah yang tidak diinginkan.

Berikut pengalaman saya cuba memasang beberapa distro dalam laptop Fujitsu baru saya yang berharga RM1220 sahaja yang mungkin memberikan 'wake up call' kepada pihak tertentu untuk membetulkan kesilapan yang berlaku yang sepatutnya dapat dielakkan. Mungkin juga saya harus menjadi salah seorang penguji Ubuntu yang pastinya komen saya akan diberikan ruang tertentu untuk mempastikan tiada lagi masalah-masalah tersebut berlaku.

1. Saya berjaya memasang Lubuntu 11.04 64 bit Desktop dengan jayanya kecuali suspend dan hibernate mode yang sedikit merimaskan kerana kegagalan untuk berfungsi dengan sempurna.

2. Saya memuat turun Ubuntu 10.04 64 bit Dekstop dan berjaya pasang namun wireless tidak berfungsi 'out of the box'.

3. Saya memuat turun Xubuntu 11.04 64 bit Desktop dan cuba memasang namun pemasangan tidak berjaya langsung.

4. Saya kembali memasang Lubuntu 11.04 64 bit Desktop kerana itu yang terbaik buat masa ini yang boleh dipasang. Cara atasi masalah suspend dan hibernate mode adalah dengan shutdown laptop yang memakan masa cuma 5 saat dan startup semula mengambil masa cuma 30 saat.

Selama ini saya cuma memasang versi 32 bit dalam Laptop. Akan tetapi untuk membolehkan penggunaan RAM secara maksimum 4GB maka saya perlu memasang sistem pengoperasian 64 bit.

Lubuntu 11.04 yang paling ketara adalah mengunakan font Ubuntu secara default. Amat menarik sekali di situ. Lain-lain adalah bertukar aplikasi default akan berlaku dalam setiap edisi terbaru.

Sebelum ini saya berjaya memasang Lubuntu 10.10 32 bit Desktop. Oleh kerana Lubuntu 10.10 tidak disediakan versi 64 bit maka saya pun memasang versi 11.04. Ternyata hasilnya amat memuaskan dan lebih stabil mungkin kerana kelebihan yang ada pada 64 bit.

Oh ya saya pernah beli laptop sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2005 model Acer Aspire berharga RM2200 tanpa sistem pengoperasian dan juga pada tahun ini juga tanpa sistem pengoperasian. Mesti mau jimat meh. :)

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

327. When Linux Goes Wrong (What You Gonna Do?)

Sebenarnya puji Linux je, hu2. Mari kita lihat apa tindakan yang harus diambil apabila Linux jadi pening. Macam manusia juga ada masa sakit dan demam.

1. Kes berlaku pada Lubuntu: Mesej Ralat: No init found. Try passing init=bootarg.
Ini yang berlaku pagi tadi yang membuatkan saya terkasima sebentar. Tidak semena-mena keluar error message 'File System in read only mode'. Apabila restart laptop, dapat pula mesej ralat seperti di atas. Hasil google daripada telefon bimbit, memerlukan burn CD Ubuntu dan masuk ke dalam Live CD. Kemudian buka terminal dan larikan arahan berikut:
sudo fsck -y /dev/sda3
Cubaan dimulakan dengan sda1, sda2 dan seterusnya hingga ada proses dibuat maka anda telah memilih slot yang betul.
Kemudian shutdown atau reboot dan on semula macam biasa.

2. Kes berlaku pada Lubuntu: Setiap kali reboot atau on semula laptop, ini arahan pertama akan dibuat pada terminal:
sudo xmodmap .Xmodmap
untuk menukar fungsi kunci Control dengan kunci Command. Barulah penggunaan keyboard di laptop Apple lebih selesa. Mungkin ada cara lebih mudah tapi ini salah satu cara yang mudah. Harus diingat kalau laptop lain rasanya tidak memerlukan arahan ini pun.

3. Kes yang berlaku pada Lubuntu: Kadang-kadang anda dapati internet tidak berfungsi dengan klik pada atas kanan ada mesej 'network manager is not running' apabila anda buka laptop setelah laptop berhibernasi. Cara atas dengan buka terminal dan taip:
sudo /etc/init.d/network-manager restart

4. Kes berlaku pada Lubuntu/Xubuntu: Kadang2 ada juga aplikasi yang 'hang' tak tau kenapa. Cara atasi adalah buka terminal dan taip
xkill
kemudian klik pada aplikasi yang 'hang' itu. Nescaya tiada lagi masalah berlaku dah boleh buka semula aplikasi tersebut dan digunakan seperti sediakala.

5. Kes berlaku pada Xubuntu: Panel bar menu hilang secara tiba-tiba. Cara atasi adalah tekan ALT dan F2 serentak untuk buka terminal kemudian larikan arahan
xfce4-panel &

Paling saya suka Linux kerana KELAJUANNYA. RAM 1GB sahaja sudah cukup selesa untuk digunakan dan ini menjimatkan duit kerana hanya memerlukan pembelian laptop pada harga rendah dengan RAM 1GB dan tanpa OS kerana OS akan dipasang sendiri.

Juga kerana malware SUSAH MEREBAK pada Linux, maka anda dapat jimat lagi di situ kerana tidak perlu membeli perisian anti-virus yang perlu dibayar setiap tahun demi mengelakkan daripada terkena malware.

#zairo

Sunday, September 4, 2011

326. Ace

Berikut disenaraikan 10 aplikasi pihak ketiga dan sedia ada yang utama. Disenaraikan juga aplikasi tambahan dan yang perlu dipasang untuk menjadikan pengalaman mengunakan telefon bimbit Sony Ericsson Xperia X8 lebih bermakna. Aplikasi pihak ketiga menjadi sebab utama untuk memilih satu-satu telefon bimbit.

Itu juga yang berlaku dalam Linux Ubuntu. Pemasangan Ubuntu tidak sempurna jika tidak dipasang juga dengan aplikasi pihak ketiga.

Walau pun Android versi 2.1, Xperia X8 masih mampu menyajikan aplikasi-aplikasi terbaik untuk para penggunanya.

Android(Sony Ericsson Xperia X8) 10 Aplikasi Utama
1. Mail Client: E-mail(default), mail.com Mail
2. Twitter client: UberSocial for Android
3. FB Client: Facebook for Android(default)
4. Browser: Opera Mini
5. To-Do List: To Do Task Manager
6. RSS Feed: gReader
7. Diary(Time Sheet): Moment Diary
8. Blogging: Blogger-droid
9. IM: Imo
10. Multimedia Messaging: LiveProfile, Pingchat(kedua-dua menyokong untuk Android, iPhone dan Blackberry)

Aplikasi Perlu Dipasang
1. Tutup semua aplikasi: Advance Task Manager
2. Tutup aplikasi yang auto start up: Startup Cleaner Pro
3. Jimat penggunaan bateri: Battery Defender

Aplikasi Tambahan
1. Tethering: EasyTether (Android versi 2.2 dan ke atas boleh mengunakan Hotspot/WIFI atau pun Tethering secara automatik)
2. Piano: xPiano
3. Dictionary: Free Dictionary
4. ClockSync

Aplikasi GPS
1. Voice Navigation: OsmAnd
2. Route Finder: OsmAnd, Places

Aplikasi Islam
1. Quran Recitation: iQuran
2. Prayer Time: Prayer Time
3. Qiblah Compass: Qibla Compass

Aplikasi Catur
1. Online Chess(FICS): Mobialia Chess
2. Offline Chess: DroidFish, ChessGenius, ShredderChess
3. Chess for Analyse: DroidFish, ChessGenius, ShredderChess

Aplikasi Tidak Disokong
1. Screenshot: No (Perlukan 'rooting')
2. WiFi Hotspot: No (Sedia ada dalam Android versi 2.2 dan ke atas)
3. 3G Video Call: No (Tiada camera depan)
4. VoIP Video Call: No (Sedia ada dalam Android versi 2.2 dan ke atas mengunakan aplikasi seperti YM, dll)
5. VoIP Audio Call: Yes (Sedia ada dalam Android versi 2.2 dan ke atas mengunakan aplikasi seperti Skype, dll)

Saya baru membeli Samsung Galaxy Ace berharga RM850. Ianya terpasang dengan Android 2.2. Dengan skrin 3.5 inci ianya saiz selesa untuk banyak menaip berbanding dengan 3.0 inci dalam X8 yang sering tersalah taip. Dengan RAM 278MB, pemproses 800MHz dan memori dalaman 178MB ianya sudah memadai untuk aplikasi-aplikasi yang biasa digunakan.

Belilah telefon bimbit mengikut keperluan dan bukan kehendak. Android mampu digunakan dengan RAM yang rendah dan terdapat banyak pilihan spesifikasi perkakasan disediakan dengan harga yang pelbagai.

RAM 1GB menjadi penanda aras baru untuk telefon bimbit berprestasi tinggi. N900 yang saya pernah gunakan juga berkapasiti 1GB. Patutlah selesa digunakan, hu2.

Cadangan aplikasi-aplikasi diambil sebahagiannya daripada sifu dan kenkawan. Walau bagaimana pun semuanya telah saya cuba sebelum dimasukkan sebagai pilihan aplikasi.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 14, 2011

325. Chess on Linux

Catur dalam Lubuntu ada banyak pilihan.

1. XBoard
Xboard mempunyai mod analisa yang tiada dalam EBoard.
Untuk pasang aplikasi, larikan arahan berikut:
$ sudo apt-get install xboard
Untuk buka aplikasi dengan enjin catur sedia ada, cari dalam drop-down menu dalam kategori Games > XBoard.

Untuk Free Internet Chess Server (FICS), larikan arahan berikut:
$ xboard -ics -icshost freechess.org
Contoh arahan untuk mencari lawan anda, larikan arahan berikut:
$ seek 2 12 r 1200-2000
atau
$ seek 2 12 r

Untuk Internet Chess Club (ICC), larikan arahan berikut:
$ xboard -ics -icshost chessclub.com

2. Crafty chess engine
Untuk pasang, larikan arahan berikut:
$ sudo apt-get install crafty
Untuk buka aplikasi, larikan arahan berikut:
$ xboard -fcp crafty

3. GNU chess engine
Dibuat oleh komuniti GNU, yang banyak menghasilkan aplikasi percuma untuk Linux menyebabkan nama rasmi sistem pengoperasian Linux dipanggil GNU/Linux.
Untuk pasang, larikan arahan berikut:
$ sudo apt-get install gnuchess
Untuk buka aplikasi, larikan arahan berikut:
$ xboard -fcp gnuchess

4. Chenard chess engine
Juga terdapat dalam versi Windows (.exe) dan web (Java).
Untuk pasang, larikan arahan berikut:
$ mkdir chenard
$ cd chenard
$ wget http://cosinekitty.com/chenard/chensrc.zip
$ unzip chensrc.zip
$ cd linux
$ chmod +x xbuild
$./xbuild
Untuk buka aplikasi, larikan arahan berikut:
$ xboard -fcp ./xchenard

5. Stockfish chess engine
Untuk pasang aplikasi, larikan arahan berikut:
$ sudo apt-get install stockfish
Untuk buka aplikasi, larikan arahan berikut:
$ xboard -fUCI -fcp stockfish -sUCI -scp stockfish

6. EBoard
Boleh chat dengan lawan anda semasa perlawanan catur dijalankan.
Untuk pasang, larikan arahan berikut:
$ sudo apt-get install eboard
Untuk buka aplikasi, cari dalam drop-down menu dalam kategori Games > eboard.

7. Jin Chess
Boleh dikatakan semua arahan penting dalam FICS disediakan dalam Jin Chess dan mempunyai beberapa pilihan.
Juga terdapat dalam versi Windows dan Mac OS X.
Download installer from http://jinchess.com/download
Untuk buka aplikasi, cari dalam folder HOME/jinchess dan klik dua kali pada shell script bernama jin.

8. PyChess
Tiada pilihan board diberikan. Mempunyai capaian catur secara dalam talian ke FICS.
$ sudo apt-get install pychess
Untuk buka aplikasi, cari dalam drop-down menu dalam kategori Games > PyChess.

Rumusan daripada saya:
Aplikasi Catur Terbaik untuk FICS: Jin Chess
Aplikasi Catur Terbaik untuk Analisa: XBoard
Enjin Catur Terbaik: Crafty dan Stockfish (Crafty mendapat tempat kedua selepas Rybka dalam Kejohanan Catur Rapid Dunia 2010 manakala Stockfish merupakan ketiga selepas Houdini dan Rybka dalam ranking catur komputer).

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 29, 2011

324. Aplikasi Linux

Masa berlalu dah aplikasi Linux juga begitu. Ada yang masih kekal dalam Ubuntu dan ada yang sudah ditukar baru. Dalam Lubuntu pelayar default adalah Chromium berbanding Firefox yang biasanya wujud bersama pakej default Ubuntu. Downloader for X juga tidak kelihatan lagi yang sebelum ini secara mudah boleh dimuatturun melalui sudo apt-get install d4x lalu bolehlah digunakan MultiGet sebagai aplikasi yang boleh muatturun bersambung-sambung itu.

Disenaraikan 10 aplikasi yang biasa saya gunakan dalam Lubuntu:
1. LAMP - Pakej Apache server, MySQL dan PHP dalam Linux. Dipasang dengan cuma satu baris arahan: sudo tasksel install lamp-server.

2. Pengubah Teks Geany. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install geany.

3. Pelayar Chromium (default) - Mungkin zaman Firefox sudah berlalu kerana ramai sudah mengunakan Chromium. Selain itu, pelayar Opera adalah antara pelayar yang pantas juga.

4. Terminal (default) - macam-macam perkara boleh dibuat di sini daripada ping, ssh, git, mkdir sampai kepada sudo halt. Dulu-dulu kalau stuck saya suka: reboot now. Selalunya berjaya selesaikan banyak masalah. Kadang-kadang bila PC proses startup idea datang, hu2.

5. File Manager PCManFM (default) - menarik kerana boleh buka file daripada partition lain secara terus setelah memasukkan password.

6. Shutter - untuk screenshot. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install shutter.

7. GIMP - untuk mengubah fail gambar. Kalau pakar dalam rekaan grafik sinilah tempat untuk mengasah bakat terpendam. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install gimp.

8. QGIT - Sama seperti GITK (default dalam GIT) untuk melihat history GIT tetapi dengan fungsi copy paste. Semestinya perlulah pasang GIT kalau tidak, tiada maknanya pasang QGIT, hu2. Dipasang mengunakan arahan: sudo apt-get install qgit.

9. GNOME Mplayer (default) - pemain lagu dan video.

10. LibreOffice - peralatan pejabat. Dipasang mengunakan arahan-arahan berikut:
sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install libreoffice

Ada beribu-ribu aplikasi percuma dalam Linux cuma ini adalah antara aplikasi yang saya selalu gunakan.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 3, 2011

323. Macam-macam Linux

Linux ada beribu-ribu lemon. Hanya beberapa yang pernah saya mencuba dan sebahagian daripadanya berjaya menarik perhatian saya untuk terus gunakan. Mari kita perhatikan variasi Linux yang pernah saya gunakan:

Desktop
1. Ubuntu Desktop
Mengunakan Window Manager GNOME dan baru2 ini dalam versi 11.04 Ubuntu telah mengunakan Window Manager baru iaitu Unity 3D dan Unity 2D yang dibangunkan sendiri oleh Canonical.

2. Xubuntu Desktop
Saya lebih lama mengunakan Xubuntu berbanding Ubuntu kerana Window Manager XFCE dalam Xubuntu lebih laju daripada GNOME dalam Ubuntu.

3. Lubuntu Desktop
Mengunakan Window Manager LXDE, merupakan OS terlaju dalam keluarga Ubuntu. Saya telah mengunakan dalam Macbook dan Macbook Pro dan kedua-duanya sangat sesuai digunakan.

Old PC
4. SliTaz GNU/Linux
SliTaz GNU/Linux sangat sesuai dipasang pada PC lama. Dengan RAM kurang daripada 512 MB iaitu 384 MB atau 256 MB dengan selambanya dapat dilarikan secara pantas dengan ciri-ciri moden hampir sama seperti yang ada dalam Ubuntu.

Server
5. Ubuntu Server
Kebiasaan dalam Ubuntu Desktop memudahkan untuk membuat konfigurasi dalam Ubuntu Server. Tiada GUI merupakan keadaan server yang paling optimum di mana penggunaan tenaga sangat minimum.

6. CentOS Server
Merupakan server percuma yang paling popular dan mempunyai arahan-arahan yang hampir sama dengan Fedora kerana masing-masing merupakan cabang daripada Red Hat.

7. Fedora Server
Inspirasi kepada nama seorang penguji bernama Fina menjadi finafedora. Baru sahaja kahwin dia itu hari ini, tahniah diucapkan. Fedora Desktop digunakan oleh Linus Torvalds dan semestinya satu cabang Linux yang harus menjadi perhatian.

Mobile/Tablet
8. Maemo
Saya pernah mengunakan Maemo yang merupakan sistem pengoperasian dalam Nokia N900, sebuah telefon bimbit yang pernah menjadi telefon bimbit terbaik oleh Nokia sebelum N9 dikeluarkan.

9. Meego
Merupakan gabungan Maemo dan Moblin menjadi Meego. Digunakan dalam Internet Tablet dinamakan WeTab oleh sebuah syarikat di Jerman. Meego juga merupakan salah satu sistem pengoperasian Nokia yang akan mengeluarkan model terakhir Meego iaitu N9 pada akhir tahun ini.

10. Android
Saya mengunakan Sony Ericsson Xperia X8 yang mengunakan Android 2.1. Dengan harga sekitar RM500 hingga RM650 ianya cukup berbaloi dengan apa yang ada dalam Android seperti Twitter client, FaceBook client, email client, Moment Diary, recitation Quran, planner, To-Do List, pelayar internet dan lain-lain.

Linux ada di mana-mana. :)

#zairo

Monday, June 20, 2011

322. Now

Saya kembali mengunakan pengubah teks Geany. Yey. Syukur. Boleh bukak dan tutup sesuka hati kerana kelajuannya tiada lengah masa. Inilah dunia Linux. Editra pun laju cuma masih versi beta dan memerlukan masa untuk kestabilan sebelum setanding Geany. Satu fakta menarik tentang Geany adalah saya pernah mengunakan Geany untuk plain PHP, bingkai kerja Symfony, bingkai kerja CakePHP dan bingkai kerja CodeIgniter. Boleh dikatakan Geany amat sesuai digunakan untuk PHP.

Saya ambil masa yang agak lama juga sebelum kembali mengunakan Linux. Saya pun tidak pasti kenapa. Mungkin kerana persekitaran sudah berubah jadi perlukan masa yang sesuai untuk mengatur semula pernafasan. Lagi pun memasang Linux dalam Mekbuk jauh lagi sukar daripada memasang dalam laptop biasa yang hampir tiada konfigurasi. Dalam Mekbuk perlu konfigurasi bagai. Mekbuk Pro lagi la dasat dan memerlukan konfigurasi yang lebih banyak daripada Mekbuk.

Pada mulanya saya berminat memasang SliTaz GNU/Linux 3 akan tetapi mengalami kesukaran dalam konfigurasi manual untuk Boot Menu. Untuk mengatasi masalah tersebut saya memasang pula Lubuntu 10.10 di mana Boot Menu sedia dipasang secara automatik. Selesai masalah pertama timbul pula masalah kedua iaitu wireless tidak dapat digunakan dalam SliTaz.

Berikut langkah-langkah konfigurasi yang perlu diambil setelah memasang Lubuntu pada Mekbuk:

1. Dalam Lubuntu wireless sedia berfungsi setelah pergi ke Preferences > Additional Drivers > Add Broadcom STA Wireless Driver dengan menyambung kepada wired supaya sistem dapat mencari drebar yang sesuai.

2. Kemudian kemaskini sistem mengunakan arahan sudo apt-get update.

3. Selepas itu pasang la apa saja aplikasi yang anda minat mengunakan sudo apt-get install <namaAplikasi>.

4. Jika ada error semasa pemasangan biasanya akan dipaparkan error message dan masalah ini biasanya dapat diatasi dengan arahan sudo apt-get update --missing dan selepas itu menyambung kembali pemasangan aplikasi yang diinginkan seperti pada arahan 3 iaitu sudo apt-get install <namaAplikasi>.

5. Manual konfigurasi untuk Mekbuk sahaja:
a. Tukar mapping key CTRL dengan key Super supaya lebih mudah digunakan.
b. Betulkan key FN supaya kawalan kecerahan dapat berfungsi.
c. Betulkan kelajuan Trackpad.

Ada orang lebih berminat mengunakan Windows di dalam laptop Mekbuk. Saya pula berminat mengunakan Linux di dalam Mekbuk secara dual boot. Ada juga mengunakan Mac. Bagi saya apa saja yang digunakan terpulang kepada citarasa masing2 dan tiada siapa yang salah dan siapa yang benar. Apa yang penting adalah (kerjasama) dapat mengunakannya dengan efektif dan efisien.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, June 2, 2011

321. Editra

Bulan Jun merupakan bulan kelahiran diri ini. Pernah juga saya menulis pasal hari lahir beberapa kali di blog lama saya. Jadinya tak ada apa pun nak diceritakan mengenai hari lahir. Cuma saya tidak ada acara tertentu semasa hari lahir dan menjadi tradisi keluarga saya begitu.

Sedang membiasakan diri mengunakan pengubah teks Editra. Lama juga saya mencari2 pengubah teks yang bagus. Daripada TextWrangler kepada Komodo Edit dan seterusnya Tincta akhirnya berlabuh di pelabuhan Editra, hu2.

Saya pernah mengunakan Textpad selama 3.5 tahun manakala Geany selama 2.5 tahun. Textpad walau pun mengandungi popup yang keluar sekali sekali kerana versi percuma, agak menganggu juga tapi saya selesa mengunakannya kerana kelajuan pemprosesannya.

Pengubah teks pertama saya adalah Textpad. Bermula daripada selepas latihan ASP, pengajar mencadangkan Textpad sebagai salah satu pengubah teks yang percuma dah sesuai digunakan. Saya terus mengunakan Textpad dah selesa mengunakannya sehingga beberapa tahun mengunakan platform Windows.

Selepas itu saya mengunakan platform Linux dan perlu mencari pengubah teks yang baru kerana Textpad tidak boleh digunakan dalam Linux. Geany digunakan oleh supervisor ketika masing2 mencari pengubah teks yang paling menarik dalam platform Linux. Lalu Geany digunakan membangunkan beberapa sistem untuk beberapa tahun.

Selepas itu mengunakan platform Mac OS pula dan seperti dinyatakan di atas.

Bagi saya, ciri-ciri yang paling penting bagi sebuah pengubah teks antaranya ialah:
1. KELAJUAN memproses kerana banyak masa dibuang begitu sahaja jika memproses yang terlalu lambat.

2. TAB untuk setiap fail yang dibuka. Biasanya diletakkan di bahagian atas fail.

3. Mempunyai FILE EXPLORER untuk memudahkan mencari dan buka fail dan tidak memerlukan aplikasi lain untuk tujuan ini.

4. Paling penting juga adalah mempunyai CODE EXPLORER untuk melihat senarai class dan function untuk mempercepatkan proses mencari function yang diperlukan.

5. Mempunyai fungsi carian secara RECURSIVE untuk mencari fail berdasarkan kata kunci yang dicari. Ini juga merupakan elemen penting yang perlu ada bagi pengubah teks yang bagus.

6. LINE dan COLUMN. Ini ciri-ciri wajib ada. Kalau tak ada, baik pakai Notepad je hu2.

7. UNDO dan REDO. Penting jika ada kesilapan dan memerlukan kembali ke asal jika fail masih belum ditutup.

8. SIMPAN SESI. Bila buka balik pengubah teks, akan sedia buka fail2 yang sebelumnya dibiarkan buka.

9. Shortcut untuk INDENT dan UNINDENT. Ini untuk memperkemaskan kod.

10. PLUGIN GIT bagus jika ada. Jika tak ada pun boleh mengunakan default antaramuka GIT yang dikatakan adalah pilihan terbaik untuk melaksanakan kerja-kerja GIT.

Editra mempunyai semua ciri-ciri ini dan yang menariknya boleh digunakan di platform Linux, Mac OS dan Windows.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, May 17, 2011

320. Recharge

Lama juga tidak dikemaskini blog ini. Kadang2 kebizian, kadang2 idea kureng, kadang2 kemalasan, hu2. Berikut adalah cara2 untuk penjimatan bateri telefon bimbit.

1. Setkan simcard mod from 3G kepada 2G. Jika anda berada di kawasan 3G, mod 2G memberikan kelajuan EDGE (2.5G) yang memadai. Kalau ada plug berhampiran anda maka bolehlah gunakan mod 3G.

2. Kurangkan penggunaan widget dan ikon pada layout skrin. Lagi bagus jika tiada ikon pada home skrin. Banyak2 ikon pun melengahkan saja.

3. Tutup semua aplikasi jika dalam mod menunggu. Kalau shutdown pun lagi bagus tapi macam agak melebih2 la pulak, hu2.

4. Kali pertama, caskan bateri 6-8 jam seperti yang disyorkan. Ini untuk mempastikan hayat bateri lebih tahan lama. Biasanya tempoh kali pertama cas bateri adalah 4 kali ganda tempoh cas bateri.

5. Matikan peranti tambahan seperti bluetooth, GPA, AGPS dan wireless jika tidak digunakan.

6. Gunakan aplikasi dengan berhemah. Maksudnya tidaklah sepanjang masa dalam talian melihat FB, Twitter, dll.

7. Pastikan tiada aplikasi yang dilarikan automatik sepanjang masa. Kalau ada, setkan supaya dalam mod padam atau jika tidak boleh, buang sahaja aplikasi tersebut dan pasang aplikasi yang lebih baik.

8. Guna 2 telefon bimbit di mana panggilan dan sms pada telefon lagi satu. Ini mempastikan jika bateri habis, anda masih boleh membuat panggilan dan SMS.

9. Beli telefon bimbit yang mempunyai skrin yang tidak terlalu besar. 3 inci hingga 4 inci adalah wajar untuk bateri yang lebih bertahan lama.

10. Jangan buka telefon bimbit jika tiada apa yang ingin dibuat. Lagi kerap anda buka telefon bimbit maka lagi cepatlah kehabisan bateri.

Telefon bimbit Nokia N900 saya dahulu mampu bertahan lebih 18 jam tanpa cas setelah membuat langkah2 seperti di atas. Untuk telefon bimbit SE Xperia X8 ini baterinya bertahan melebihi 18 jam juga.

#zairo

Saturday, April 9, 2011

319. Do You Android?

1. Kemaskini daripada laptop kerana agak sukar menaip banyak2 dengan skrin kecil dan papan kekunci maya. Kalau menaip sikit2 ok sangat jer. (-1)

2. Angry Bird atau pun permainan yang berat2 tidaklah sesuai dimainkan pada telefon bimbit yang RAM cuma 168MB. Kalau RAM 512MB dan ke atas tiada lengah masa dan dapatlah bermain dengan tanpa gangguan seperti pada Nexus One, HTC Desire dll. (-1)

3. Email pada Xperia X8 amat menarik kerana kemaskini dan padam data adalah sempurna dan tiada kesilapan data yang berlaku seperti telefon bimbit saya yang terdahulu. Kalau ada broadband, terus boleh hantar email kat mana2 pun. Cepat dan berkesan. (+1)

4. Memori dalaman cuma 128MB jadi perlu memilih aplikasi yang ingin dipasang kerana sokongan pada pemasangan memori luaran tidak ada pada Android 2.1. Versi berikutnya barulah sokongan pada memori kad untuk aplikasi dibolehkan terjadi. (+1) Telefon bimbit murah takkan nak samakan dengan telefon mahal2, hu2.

5. Catur dalam talian memang 'superb'. Tiada lengah masa dan amat jarang terputus. Telefon saya yang dulu tiada aplikasi untuk main secara dalam talian untuk server FICS. (+1)

6. Default pelayar Internet agak perlahan berbanding Opera Browser. Jadinya pasang Opera Browser dan nak baca berita dan cari info pun laju. (+1)

7. Bateri kalau tidak digunakan langsung tahan dalam 1 hari setengah. Mana2 telefon bimbit mahal2 pun kuasa bateri memang masalah global. Mungkin akan datang bateri boleh tahan seminggu pada telefon bimbit berprestasi tinggi. Kalau digunakan pada kadar normal, bateri tahan selama lebih 18 jam. Hari2 kena cas. (+1)

8. FB client hampir lengkap macam2 ada. Mula2 masa guna gambar tak keluar. Lama2 lepas guna ada sudah kerana kemaskini berlaku secara automatik. Ini boleh diset manual jika anda tidak mahu mod auto kemaskini aplikasi.(+1)

9. Twitter client masih belum matang. Saya mengunakan pula Seesmic dan lebih baik dari segi klik pada URL dan setkan kemasikini manual. Jimat bateri meh, hu2. (+1)

10. Aplikasi piano boleh direkod amatlah menarik. Bolehlah merakam beberapa lagu yang saya sering mainkan hu2. Nak saya mainkan 'live' pun boleh juga hu2. (+1)


8 daripada 10. Terbaek. 

Aplikasi paling penting saya gunakan adalah Todo Task Manager. Ini untuk schedule planner menyenaraikan apa perkara yang akan saya buat mengikut tarikh. jadi saya boleh merancang aktiviti kerja dengan lebih bijaksana dah efisien. (+1)

Aplikasi Advance Task Killer pula perlu ada untuk menutup aplikasi yang dibuka. N900 ada shortcut untuk tutup aplikasi yang sedang dibuka. (-1)

Ada Qibla Compass untuk tentukan arah kiblat yang tiada dalam telefon bimbit saya sebelum ini. (+1)

Aplikasi Youtube default amat bagus kerana tiada lagging. Suara juga sedap dah kuat dan ini kekuatan yang ada pada Sony sejak daripada telefon bimbit awalnya. (+1)

Ringkasnya, banyak aplikasi baru yang menarik perhatian saya untuk meneroka dah memahami cara penggunaannya. Ada hikmah setiap apa yang berlaku. 

Terlalu banyak aplikasi yang ada pada Android dan kalau hendak disenaraikan panjang berjela2. 


#zairo
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 1, 2011

318. Android and Me

Bersua kembali. Agak lama tak kemaskini blog nampaknya. Baru beli telefon bimbit Sony Xperia X8 berharga RM650 dan dalam kategori jimat. Namun itu bukan alasan untuk tidak beroleh kelajuan Linux.

Aplikasi yang disediakan tidak kurang hebatnya. Siap boleh main catur dalam talian mengunakan aplikasi Odesys bagi menyambung ke FICS.

Disenaraikan 10 aplikasi menarik Android pilihan saya.

1. Blogger-droid untuk kemaskini blog ini

2. Email client (default)

3. Odesys Chess Lite

4. gReader untuk RSS

5. ToDo Task Manager

6. eBuddy

7. Twitter client

8. FaceBook client

9. Free Dictionary

10. Internet Browser (default)

Sebelum ini tahu gitu2 saja pasal Android. Bila guna banyak situasi wow berlaku kerana terlalu banyak pilihan aplikasi dan aplikasi rata2 sudah matang. Antaramuka pula ada gaya yang tersendiri.

#zairo
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, February 27, 2011

317. Never Grow Old

Tujuan:
1. Memasang semula Linux untuk PC lama rakan saya.
2. Mengenalpasti distro Linux yang benar2 bermakna digunakan untuk PC lama.

Alat radas:
1. Telefon bimbit Nokia N900 untuk cari info dalam Internet.
2. Phone connector untuk sambungkan ke PC jika diperlukan.
3. CD ISO untuk Lubuntu 10.10, Zenwalk 5.2, SliTaz 1.0, Ubuntu 10.10, dll.

Kaedah:
1. On PC.
2. Tekan butang 'delete' untuk masuk skrin BIOS dan pastikan sistem akan baca CD-ROM dahulu kemudian cakera keras.
3. Masukkan CD dalam peranti CD.
4. Ikut arahan pada skrin.
5. Buka pelayar internet untuk cari maklumat langkah2 untuk pasang SliTaz pada cakera keras.
6. Buka terminal dan ikut langkah2 yang diperlukan.

Pemerhatian:
1. Kelajuan amat mempesonakan walau pun RAM cuma 512MB.
2. Banyak aplikasi pre install dan ini amat membantu untuk pengguna biasa.

Kesimpulan:
1. Linux memang terbukti sesuai untuk PC lama contohnya mengunakan distro SliTaz.

Itu setelah saya ringkaskan. Kronologi apa yang berlaku adalah macam2 hal jugak la:
1. Saya cuba masukkan CD tapi kesemua CD tidak dapat baca. Jadinya kena beli peranti CD-ROM baru.
2. Pergi beli peranti CD-ROM baru dan berjumpa rakan kepada rakan saya. Otai, semua benda dia tahu. Agak jarang saya jumpa orang seperti itu, hu2.
3. Cuba pasang Lubuntu 10.10 tetapi gagal.
4. Cuba pasang Zenwalk 5.2 tetapi gagal.
5. Cuba pasang SliTaz 1.0 dan berjaya masuk live CD. Terus pasang ke cakera keras.
6. Muatturun SliTaz 3.0 kerana versi terbaru itu semestinya lebih banyak aplikasi sedia ada dan yang boleh dipasang. 10 minit jer sudah siap muat turun. 'Burn' dalam CD dan sudah sedia untuk dipasang.
7. Pasang SliTaz 3.0 dan ianya berjaya membuktikan Linux amat berguna untuk PC lama. Syukur.

Tamat pencarian Linux untuk PC lama yang mengambil masa yang agak lama sebenarnya sejak 2 tahun lebih jugak la, hu2.

Kepulangan ke kampung selepas ini haruslah memasang SliTaz 3.0 untuk PC lama itu supaya tidaklah menjadi tukun semata2. Ada jugak kegunaannya seperti tengok video, dengar lagu, menaip surat, dan Internet. Aplikasi Open Office 3 juga berjaya dipasang dengan jayanya. Syukur.

#zairo

Saturday, February 19, 2011

316. Something in the Way

1. N900 dikatakan telefon bimbit terbaik yang pernah dihasilkan oleh Nokia setakat ini. Ianya direka khas untuk para geek IT yang kerap mengunakan terminal untuk kerja2 teknikal.

2. Hasil kejutan Jumaat 2 minggu lepas, kini Nokia mempunyai 3 sistem pengoperasian iaitu Symbian, Meego dan Windows Phone. Untuk rekod sebelum ini Nokia mempunyai 2 sistem pengoperasian iaitu Symbian untuk 'low end ' dan 'middle end device' manakala Meego untuk 'high end device'.

3. Nokia juga mempunyai banyak bahasa pengaturcaraan dan bingkai kerja untuk membangunkan aplikasi telefon bimbit seperti Qt, Qt WRT, Qt QML, Carbide, GTK+, Python, dll. Ketidakfokusan ini sedikit sebanyak memberi kebebasan kepada para pengaturcara akan tetapi menyebabkan kematangan bingkai kerja agak kureng.

4. Walau apa pun hala tuju Nokia selepas ini, aplikasi sumber terbuka tidak pernah lenyap di muka bumi kerana akan sentiasa ada cabang yang bakal direka oleh para pembangun sistem demi kelangsungan masyarakat sejagat.

5. Nampaknya kebelakangan ini saya banyak bercerita pasal Nokia dan N900. N900 adalah telefon bimbit pertama di dunia yang betul2 menyamai konsep sumber terbuka Linux.

6. Saya telah mengeyorkan kepada rakan2 sebelum saya membeli N900. Selepas membelinya, saya mendapati ianya amat baik dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan laptop kecuali skrinnya yang lebih kecil. Hingga kini saya masih mengesyorkan kepada rakan jika ada yang berminat membelinya.

7. Mengikut konsep sumber terbuka, sistem pengoperasian boleh ditingkat naik secara percuma. Kebiasaannya tidak perlu menukar perkakasan akan tetapi akan sampai masa perlu juga menukar perkakasan untuk mendapatkan ciri2 terbaru yang ditawarkan. Ini memberi lebih nilai kepada para pengguna.

8. Esok saya akan memasang Linux Lubuntu untuk PC rakan saya. Tidak ada masa yang cukup untuk mengkaji distro lain. Hasil laporan akan dikemaskini untuk entry blog berikutnya.

9. Ya agak sibuk dua tiga menjak ni tapi agak menarik mengekalkan kemaskini blog setiap minggu.

10. Banyak yang perlu dipelajari dalam proses menyiapkan kerja. Semoga dapat mengapai semua azam dan impian saya untuk tahun ini yang hanya terlakar secara jelas di kotak minda ini.

#zairo

Saturday, February 12, 2011

315. Ralit yang Melarat Meralatkan

Minimum untuk kekal dalam sesebuah syarikat dikatakan 2 tahun. Ini ada benarnya kerana dalam masa 2 tahun biasanya seseorang itu telah melalui seluruh proses penyiapan sistem atau bidang kerja yang diceburi. Akan tetapi jika dapat terus berkhidmat dengan syarikat yang sama selama yang mungkin lebih wajar berbanding menjadi nomad. Tambahan jika sudah ada keluarga, banyak faktor perlu diambil kira bukan sekadar pengetahuan baru dan pengalaman baru yang dicari semata2.

Minimum untuk kekal dengan satu2 telefon bimbit agaknya berapa tahun? 2 tahun bolehlah dianggap munasabah kerana berbaloi dengan wang yang digunakan untuk membelinya dan bagi yang membeli secara ansuran maka tamatlah sudah bayaran bulanan sebelum membeli telefon bimbit baru. Saya membeli N900 pada 1 Mei 2010 maka 1 Mei nanti genap setahun saya mengunakan telefon bimbit tersebut.

Sedang menunggu servis kereta siap sebenarnya lantas saya menulis apa yang terlintas di fikiran ini. Tak sangka pulak tempat servis kereta sepelaung saja dari rumah, hu2. Bila pindah rumah banyak benda perlu tahu: lokasi pejabat, lokasi pejabat pos, bank, pusat servis kereta, tempat makan utama dan alternatif, klinik, stesyen minyak, dll.

Saya rasa selama ini saya dalam kategori workaholic. Kerana kerja buat kod tidaklah cukup sekadar waktu pejabat semata2. Kadang2 idea datang tak kira waktu cuti. Satu baris kod kadang2 sudah cukup untuk menyiapkan tugasan yang tersangkut. 'Work smart' sememangnya amat berbeda berbanding 'work hard' malah memberikan hasil jauh lebih baik.

Petang ini nak buat kajian sikit berkaitan Zenwalk dan SliTaz. Esok akan memasang Linux pada PC lama seorang rakan. Masih belum ada keputusan sama ada Lubuntu, Zenwalk atau SliTaz. Sebelum ini saya pernah cuba pasang beberapa Linux distro seperti Zenwalk, Slitaz, dll. Namun tidak ada yang saya fokus dengan lebih terperinci terutama aplikasi asas seperti aplikasi pejabat, video dan audio, dll. PC beliau dengan RAM 512MB membolehkan pemasangan ubuntu dalam kelajuan yang agak selesa. PC saya di kampung itu dengan RAM 384MB mungkin memerlukan sentuhan Zenwalk untuk memberi nafas baru kepada PC lama.

#zairo

Saturday, February 5, 2011

314. Hanyut

Kali ini saya hendak senaraikan apa yang saya maksudkan bahawa N900 hampir sama dengan ciri2 yang ada pada Iphone 4. Saya tidak bercakap sambil lewa tetapi telah membuat kajian tentang apa yang ditawarkan oleh Iphone 4 yang tiada dalam model2 sebelumnya.

1. Camera 5MP dalam N900. 3.2MP pun gambar sudah jelas maka 5MP lebih menarik untuk digunakan.

2. Menu disusun dalam kumpulan. N900 tidak memerlukan model baru tetapi model sedia ada ditambahbaik dengan ciri ini untuk memudahkan mencari aplikasi yang ingin digunakan.

3. 'Multi-tasking' di mana aplikasi bukan 'default' boleh juga dibuka secara serentak.

4. Facetime melalui wifi dan Skype melalui wifi dan broadband oleh Iphone manakala N900 boleh 'video call' melalui Skype dan GTalk mengunakan wifi dan broadband.

5. Kalau Iphone ada Momento untuk diari offline, N900 ada MaStory untuk kemaskini blog online.

6. Terminal untuk SSH, RDesktop, VNC dan FTP tanpa 'jailbreak'. Iphone 4 memerlukan 'jailbreak' untuk capaian tersebut.

7. Aplikasi GPS dalam Iphone ada Google Map manakala dalam N900 ada Ovi Map. 'Turn by turn direction' dan 'voice direction' sedang giat dilaksanakan oleh komuniti untuk N900.

8. Aplikasi catur dalam Iphone ada banyak seperti Shredder, Fritz, ChessGenius, Hiarcs, dll. N900 ada default chess, Eboard dan terbaru sedang dalam proses pembikinan adalah ChessGenius.

9. Pelayar berskala penuh maka aplikasi seperti twitter, facebook dan email boleh dibuka mengunakan pelayar selain boleh juga digunakan aplikasi client seperti email dan TwimGo.

10. Apa sahaja aplikasi pihak ketiga boleh dibangunkan tanpa batasan bergantung kepada kreativiti para pembangun. Aplikasi N900 yang mengunakan sistem pengoperasian Maemo boleh dibangunkan mengunakan Qt, Qt WRT, Qt QML, Python, Carbide atau GTK+.

11. RAM 1GB dan cakera keras berkapasiti 32GB. N900 boleh dipasang memori luar 16GB namun kegunaaannya lebih kepada untuk memasang lebih daripada satu sistem pengoperasian.

Saya sangat menghormati para pembangun Iphone yang bertanggungjawab menjadikan dunia IT menjadi kegilaan ramai terutamanya telefon bimbit yang telah ditingkatkan menjadi hampir seperti PC. Dalam masa yang sama kita memerlukan telefon bimbit yang lebih dekat dengan komuniti dan sumber terbuka seperti yang ada pada N900 dan ini mewujudkan persaingan yang sangat sihat.

#zairo

*updated from N900 using MaStory

Sunday, January 30, 2011

313. Chess Computer

Hari itu saya berlawan dengan Shredder Chess Online dan menang (peringkat mudah la tapi). Versi dalam talian tersebut (http://shredderchess.com/iphone/play-chess.html) dibuat untuk telefon bimbit Iphone tapi boleh juga digunakan daripada N900 yang berskrin sesentuh.

Dalam Iphone ada banyak aplikasi catur boleh dipasang seperti Shredder, Fritz, ChessGenius, Hiarcs, dll. Dalam N900 ada EBoard (boleh bermain FICS secara dalam talian), default chess yang mengunakan enjin GNUChess boleh tahan kuat cuma memerlukan drag berbanding klik petak mula dan klik petak akhir adalah kurang ramah pengguna, dan ChessGenius (akan datang). XBoard hanya boleh dipasang mengunakan N8x0 iaitu versi2 sebelum N900 juga Easy Debian untuk N900.

Dalam banyak2 itu ChessGenius antara yang menarik kerana skrin penuh, boleh analisa dan dalam kategori kuat. 10 kali rekod menang dalam Kejohanan Catur Super Komputer sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dan pernah mengalahkan GM Gary Kasparov pada tahun 1994 menjadi bukti kekuatannya walau pun mengunakan pemproses cuma 100MHz. Untuk rekod hanya 2 program komputer pernah mengalahkan Kasparov dalam kejohanan bukan rapid iaitu ChessGenius dan Deep Blue. Kini Kasparov dan ChessGenius telah pun bersara daripada menyertai kejohanan secara profesional.

Rbyka gerakan yang hampir menyerupai seorang GM, program catur nombor satu di ketika ini dalam versi telefon bimbit antara yang ditunggu oleh ramai peminat catur. Shredder lebih banyak positional menarik juga diikuti oleh Fritz yang lebih banyak taktikal. ChessGenius tidaklah bermain pergerakkan terbaik tapi selalu menang dalam setiap permainannya.

#zairo

Sunday, January 23, 2011

312. Forgotten Promise

Ya tajuk dengan topik cerita tak semestinya sama. Itu cara saya hu2. Bila buat blog secara mingguan macam menarik la pulak. Sekurang2 orang sudah tahu setiap minggu akan ada kemaskini baru. Itu juga salah satu resepi kejayaan Ubuntu yang setiap 6 bulan akan keluar versi baru.

Saya cuba elakkan cerita berulang kerana hanya kita yang suka menceritakannya walhal orang yang mendengar menyampah pun ada. Sabar jelah aku.

Saya baru melepaskan tawaran beberapa nilai hebat demi memperuntukkan masa untuk kerja2 saya. Nampak macam rugi besar yela kalau dapat duit tu terus boleh kahwin bulan depan. weiwit. Tak apalah pelan2 kayuh beskal letrik. Duit boleh dicari tapi kepercayaan orang tiada galang ganti.

Tahun ini belajar sebanyak mungkin dalam proses menyiapkan kerja. Tawaran2 yang datang ibarat syaitan yang menghasut 'masyuk', 'kita kaya', bla3. Bukan skim cepat kaya yang membinasa malah banyak lagi cara memusnahkan dalam sekelip mata.

Apa menda aku mengarut ni labu. Lebih baik mengarut daripada mencarut hu2.

Rakan saya bertanya tentang SSH dalam N900. Semestinya ada selepas dipasang aplikasi rootsh. Saya sudah mencuba SSH mengunakan katalaluan. Memang sejibik seolah2 mengunakan PC. SSH mengunakan RSA key masih belum dicuba. Akan dicuba jua nanti.

Seorang lagi rakan bertanya kenapa saya tidak mengunakan Iphone. Saya mengikuti perkembangan Iphone dari jauh. N900 yang saya gunakan lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan oleh Iphone 4 (harus diingat bukan Iphone 3G S dan versi sebelumnya). Jadi tidak ada sebab munasabah untuk saya menukar N900. Dari segi aplikasi mungkin Iphone sudah meninggalkan jauh beribu tiang. Akan tetapi sumber terbuka lebih dekat di hati saya maka N900 lebih memenuhi ciri2 ini. Tidak perlu 'jailbreak' untuk capaian ke terminal dan SSH. Seperti mana2 telefon bimbit lain yang terkehadapan seperti Iphone, Android dan Blackberry, N900 boleh digunakan dengan mudah untuk menyemak dan balas email, cari maklumat, FB, Twitter, kemaskini dan baca blog, dll.

Saya menunggu kemunculan ChessGenius untuk N900. Saya pernah menjadi salah seorang penguji bebas untuk ChessGenius Symbian 3rd Edition dan mendapat percuma aplikasi tersebut. Mungkin kali ini saya akan membelinya. Ianya berbaloi kerana beberapa rakan saya termasuk saya juga mengalami ketewasan berlawan ChessGenius dengan setting cuma 5s per move.

Bagi saya Iphone, Android, Blackberry dan Maemo/Meego menawarkan hampir sama apa yang diperlukan oleh pengguna. Terpulang pada citarasa masing2 untuk memilih mengikut keselesaan masing2. Para pembangun untuk kesemua itu pastinya saling memperbaiki apa yang ada dan menambah baik apa yang tiada supaya ianya tidak dilihat sebagai faktor kelemahan pada sistem pengoperasian terbabit.

#zairo

Monday, January 17, 2011

311. Samsung... Samsung3

Semalam...
Tadi baru beli telefon bimbit dual sim Samsung GT-E2152. Saya tidak pernah guna telefon bimbit Samsung. Dikatakan telefon bimbit Samsung amat tahan lasak berbanding dengan model lain.

Setakat ini Samsung mengeluarkan 3 telefon bimbit dual sim sejak 2010 yang dual stand by. Nokia masih beberapa model dual sim satu stand by.

Agak penat sebenarnya tapi gagahi jua kemaskini blog. Tak banyak dapat diperkatakan mengenai telefon bimbit ini kerana sama fungsi macam dual sim yang lain.

Oh ya, telefon bimbit ini ganti telefon bimbit kedua saya. Telefon bimbit pertama masih N900. Sejak pasang Easy Debian, membuka lembaran baru kepada pelbagai aplikasi yang boleh dipasang.

Hari ini...
Tadi dapat panggilan di pantri ofis. Suara jelas tidak seperti telefon bimbit sebelum ini yang tidak berapa kedengaran. SMS pun laju hantar. Dengan harga RM270 agak berbaloi.

#zairo

Sunday, January 9, 2011

310. Caturjaya

Kali terakhir saya menyertai kejohanan catur adalah Ogos 2009, iaitu lebih setahun yang lalu di Kejohanan Catur Merdeka Berpasukan. Hasil post-mortem daripada kejohanan tersebut saya dapat kesimpulan bahawa prestasi catur saya semakin merosot disebabkan kesibukkan kerja dan saya ingin menumpukan pada kerjaya 100%.

Saya bermain kejohanan catur sejak 1991. Sudah 18 tahun saya menyertai kejohanan catur tempatan di sana sini. Sudah sampai masanya saya bersara penuh (macam pemain pro la pulak hu3) demi memberikan fokus yang lebih kepada kerjaya. Orang lain sudah bekeluarga jadi saya perlu meningkatkan tahap hidup saya untuk masa hadapan yang lebih terjamin.

Sudah setahun lebih saya tidak bermain catur walau pun dalam telefon bimbit. Yela ada cuba sekali aplikasi catur kat MacBook Pro tapi tak main habis pun. Skil2 lama masih ada tapi bila tidak digilap ianya agak tumpul dan banyak yang sudah lupa.

Saya tidak bercadang untuk bermain semula secara serius di meja catur. Rasanya sudah lama tidak bercerita mengenai catur. Ini pun dapat idea sejak berjumpa semula dengan rakan catur secara maya di FB. Beliau seorang pemain yang terkenal dengan serangan yang bertali arus. Rekod pertemuan saya dengannya adalah 1-1.

Dalam pertemuan pertama saya kalah mudah dengannya dalam bukamainan Queen's Gambit Accepted di mana saya sebagai pemain putih memberikan bidak secara percuma yang sepatutnya dapat kembali tetapi saya gagal di situ yang memberikan kesan kepada keseluruhan permainan.

Dalam pertemuan kedua, saya diajak bermain secara permainan tertutup kerana beliau tahu saya lebih bagus bermain secara terbuka. Namun saya juga dapat bermain dengan bagus dalam permainan tertutup dan berjaya menang dalam perlawanan tersebut.

Catur sudah lama sebati dalam diri saya dan membentuk nilai2 murni dalam diri saya seperti ada keyakinan diri, disiplin diri, dapat menerima kekalahan, tidak kenal erti putus asa, rajin berusaha, dll. Lalu saya mengabadikan nama chess kepada zairo menjadi zairochess iaitu beberapa bulan sebelum Kasparov mewujudkan laman webnya yang masyhur, kasparovchess.com pada tahun 1997.

#zairo

Sunday, January 2, 2011

309. Lebih Dari Sekadar Percuma

Perisian sumber terbuka adalah lebih dari sekadar percuma. Untuk sesetengah pihak ianya adalah satu keperluan walau pun untuk pihak lain tidak mengunakannya pun.

Ada tanggapan bahawa kita tidak dapat melaksanakan kerja dengan sempurna tanpa produk berbayar itu. Ini tidak tepat malah tersasar jauh kerana saya sudah mengunakan perisian sumber terbuka sejak 2 tahun yang lalu. Di negara kita dapat dilihat sudah ada kelompok yang berminat kepada perisian sumber terbuka terutamanya Linux Ubuntu, yang dicipta untuk memudahkan pengguna memahami cara pengunaannya dengan cepat.

Saya berjaya melenyapkan penggunaan cetak rompak beberapa tahun lalu. Dengan mengunakan perisian sumber terbuka, anda boleh membantu pembangun membetulkan pepijat jika ada dengan melapor kepada mereka sama ada dengan satu klik atau pun pergi ke forum mereka.

Mungkin ada sedikit kekecohan di dunia sumber terbuka apabila syarikat Oracle, yang diketahui tidaklah mesra sumber terbuka telah membeli syarikat Sun. Kesannya maka Open Office sudak ada cabang iaitu LibreOffice dan cabang MySQL pun muncul seperti MariaDB dan lain2.

Perisian sumber terbuka biasanya dibangunkan oleh para pengaturcara dari seluruh dunia. Mereka tidak dibayar pun tapi minat menyumbangkan sesuatu kepada dunia memberikan semangat kepada mereka berbuat sesuatu yang bermakna untuk dunia sejagat.

Perisian sumber terbuka akan terus berkembang dan menjadi semakin matang dan lebih mesra pengguna berbanding daripada awal penciptaannya. Linux akan terus menjadi ikon kepada perisian sumber terbuka dan akan semakin digemari oleh para pengguna di seluruh dunia.

Pengabungan Intel Moblin dan Nokia Maemo menjadi Meego memberi impak yang besar kepada persekitaran Linux. Linux kini tidak hanya dikenali pada pelayan dan PC tetapi disegani pada pasaran telefon bimbit. Android merupakan satu lagi cabang Linux yang dibangunkan oleh syarikat Google yang dikatakan menjadi dominan pada masa hadapan. Sama ada Meego oleh Nokia atau Android oleh syarikat2 lain seperti Samsung menguasai pasaran telefon bimbit masih menjadi persoalan yang menarik minat orang ramai untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh kedua2 sistem pengoperasian tersebut.

#zairo