Saturday, December 21, 2013

390. Penambahbaikan

1. Untuk bulan ini saya banyak mengemaskini Zairopray dah boleh dikatakan sekarang ini ianya sudah setanding dengan aplikasi-aplikasi waktu solat yang lain. Ada fungsi yang agak lama untuk saya siapkan kerana kesukaran yang dialami dalam bahasa pengaturcaraan Java. Saya terpaksa menenangkan fikiran, membuat perkara yang lain dahulu dan setelah beberapa lama barulah melihat kembali dan menyiapkan Zairopray.

2. Ada banyak cadangan daripada pengguna Zairopray dan sebahagiannya telah pun saya siapkan. Terima kasih saya ucapkan kerana memilih untuk mengunakan Zairopray walau pun banyak lagi aplikasi lain yang menawarkan fungsi seumpamanya di pasaran.

3. Time Remaining adalah fungsi yang baru disiapkan dalam Zairopray. Jika waktu tersebut sudah tamat ianya akan bertukar daripada hijau kepada putih. Warna merah pula adalah waktu solat yang selepasnya. Waktu matahari rambang dalam Zairopray adalah selama kira-kira 15 minit sebelum waktu Zohor manakala waktu matahari tenggelam adalah selama kira-kira 15 minit sebelum Maghrib. Waktu Isyak yang afdal adalah selama 1/3 malam dan ini juga terdapat dalam Zairopray. Waktu matahari naik pula adalah selama kira-kira 15 minit selepas bermulanya waktu syuruk.

4. Offset adalah alarm yang boleh diset 60 minit sebelum waktu tertentu hingga 60 minit selepasnya. Untuk waktu Tahajjud setting adalah daripada 60 minit sebelum hingga 2 jam selepasnya. Setting ini bagus untuk bangun sahur, Tahajjud dan sebagainya. Untuk setting 60 minit sebelum perlu diset contohnya  -60 untuk mewakili 60 minit sebelum waktu tersebut. Manakala untuk 60 minit selepas hanya perlu setkan 60.

5. Pilihan saiz font adalah 14sp hingga 22sp disediakan dalam Zairopray. Ini untuk mempastikan keselesaan kepada setiap individu yang mengunakan Zairopray. Default Setting  adalah bersaiz 18sp. Saiz font akan diubah akan mengubah saiz font untuk semua skrin yang ada dalam Zairopray.

6. Terdapat pilihan format masa 12 jam dan 24 jam di mana default adalah 12 jam. Saya mengunakan format 24 jam kerana terbiasa dengan format begitu termasuk setting masa dalam telefon pintar saya juga adalah dalam 24 jam.

7. Kemaskini antara muka telah diperbaiki di mana saya mengunakan antara muka widget saya sebagai paparan utama. Ianya lebih baik daripada yang sebelum ini yang mengunakan rekaan kalendar yang didapati kurang bersesuaian.

8. Dalam Zairopray juga terdapat waktu solat Dhuha dan solat Tahajjud yang mengunakan formula seperti terdapat dalam skrin about. Waktu Dhuha biasanya 27 atau 28 minit selepas waktu Syuruk manakala waktu Tahajjud di Malaysia biasanya bermula antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi dan berakhir setelah masuknya waktu solat Subuh.

9. Data kalendar Islam untuk tahun 2014 juga telah dikemaskini. Data waktu solat 2014 sahaja yang belum dikemaskini dan biasanya data tersebut boleh diperoleh pada awal tahun hadapan.

10. Ada banyak lagi ciri-ciri baru yang ingin dibuat untuk Zairopray. Ianya bergantung kepada keupayaan saya sama ada boleh melakukannya dalam masa terdekat ini atau pun saya memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya atau pun tidak akan ada pun. Alhamdulillah.

#zairo

Friday, November 8, 2013

389. i3 Tiling Window Manager

1. Satu perkara yang menarik adalah mengunakan kekunci sepenuhnya atau pun hampir sepenuhnya berbanding tetikus dan touchpad bagi mempercepatkan proses menyiapkan tugasan.

2. Untuk menukar daripada satu skrin kepada skrin yang lain sukar dibuat jika tidak mengunakan workspace. Dalam Linux, untuk pergi ke workspace yang lain adalah CTRL+ALT+<right arrow> berbanding mengunakan i3 yang mengunakan mod+<num>. Cara i3 adalah lebih ramah pengguna kerana hanya mengunakan 2 kekunci shortcut.

3. i3 adalah ringkasan kepada Improved Tiling Manager yang mempunyai 3 i pada namanya. i3 adalah salah satu daripada banyak Tiling Window Manager yang boleh dipasang pada Linux sedia ada.

4. Bluetile merupakan Tiling Window Manager di dalam Window Manager sedia ada seperti LXDE, XFCE, GNOME dan KDE. Pada mulanya saya memasang i3 namun agak sukar digunakan bagi pemula. Lalu saya memasag Bluetile dan daripada situ baru saya dapat mengunakan shorcut pada i3 dengan sebaik-sebaiknya.

5. Workspace harus digunakan untuk memudahkan pergi terus ke skrin tertentu seperti Web, Pengubah Teks, Terminal, PDF dan sebagainya. Terdapat 10 workspace dalam i3 daripada nombor 1 hingga 9 dan 0.

6. Tiling Window Manager biasanya digemari oleh pengguna advance dan juga pembangun aplikasi.

7. Salah satu masalah awal yang saya hadapi semasa baru mengunakan i3 adalah konflik dengan gnome-terminal lalu saya membuang aplikasi tersebut. Kebanyakan aplikasi saya adalah LXDE dan terdapat beberapa aplikasi GNOME. Aplikasi GNOME dipasang semasa saya tidak berjaya login ke dalam Lubuntu 13.04 selepas kemaskini OS dan saya masuk melalui GNOME login screen.

8. i3 amat popular di kalangan pengguna Tiling dalam Linux dan boleh dikatakan Tiling Window Manager paling popular dan terbaik dalam Linux.

9. Bash script digunakan untuk membuka beberapa aplikasi secara automatik selepas membuka laptop dan ini memberikan lebih keselesaan kerana anda tidak perlu membuka aplikasi rutin satu persatu.

10. Do you i3?

#zairo

Sunday, October 20, 2013

388. Lubuntu 13.10

1. Saya baharu sahaja meningkatnaik Lubuntu pada laptop saya kepada versi 13.10.

2. Ianya tidak semudah yang dijangkakan kerana pemasangan daripada kosong jauh lebih mudah daripada tingkatnaik daripada versi sebelumnya.

3. Saya mengalami masalah tiada sambungan Internet lalu saya mengunakan kernel 3.8 berbanding 3.11, Apache 2.4 yang memerlukan sedikit ubahsuai pada fail /etc/apache2/sites-available/localhost di mana perlu menukar nama kepada localhost.conf dan suspend mode yang memberikan ralat kepada cursor lalu saya menukar kepada tiada suspend mode jika menutup penutup laptop.

4. Sebelum itu saya terlupa mengecas bateri laptop menyebabkan pemasangan terhenti di tengah jalan. Apabila saya membuka semula laptop, ianya memasuki skrin terminal. Lalu saya reboot semula dan memasuki recovery mode dan memilih pilihan untuk menyambung semula pemasangan yang terhenti separuh jalan.

5. Selesai pemasangan didapati tiada perubahan drastik kecuali pada skrin login. Saya kira ianya lebih kepada pembetulan ralat dan peningkatan semua aplikasi yang digunakan contohnya PHP 5.5, MySQL 5.5 dan Apache 2.4.

6. Ianya satu lagi versi yang stabil daripada pasukan Lubuntu. Lubuntu 14.04 dikatakan akan hadir dengan versi LTS dan ini sememangnya versi yang ditunggu-tunggu kerana sokongan percuma kepada laptop dan pelayan selama 5 tahun.

#zairo

Saturday, September 14, 2013

387. Office Suite

1. Kalau kita bercakap mengenai perisian pejabat untuk Word Processor, Spreadsheet dan Presentation format yang dominan adalah docx, xlsx dan pptx. Sekiranya perisian pejabat yang anda gunakan tidak dapat membaca dan mengubah format tersebut, ianya tidaklah begitu bagus untuk digunakan dalam persekitaran kerja sehari-hari kerana majoriti penguna di seluruh dunia masih mengunakan format utama dalam MS Office.

2. Ada 2 perisian yang menarik untuk Linux iaitu daripada Softmaker Office dan Kingsoft Office kerana kerana kedua-dua perisian tersebut menyokong format docx dengan sangat cemerlang dan hampir tiada ralat.

3. Sokongan jitu terhadap docx tidak terdapat pada Open Office dan Libre Office yang telah saya gunakan sejak saya mengunakan Linux. Untuk format odt sangat comel digunakan akan tetapi untuk format docx ianya jauh ke laut.

4. Softmaker Office versi percuma hanya dibenarkan untuk baca sahaja. Untuk ubahsuai memerlukan membeli pada harga 69.95 euro. Untuk kemaskini baru, ianya adalah 29.95 euro. Perisian ini daripada Jerman telah mula beroperasi sejak 1987.

5. Kingsoft Office untuk Linux masih lagi dalam versi Alpha yang mula dibangunkan pada tahun 2012. Saya telah cuba mengunakannya dan didapati ianya sangat pantas dan hasil yang jitu untuk format docx.

6. Setakat hari ini, tidak ada perisian percuma yang benar-benar selesa digunakan dalam Linux untuk untuk membaca dan mengubah dalam format docx. Untuk itu perisian komersial digunakan sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan kerja sehari-hari.

7. Satu kelebihan Kingsoft Office dan Softmaker Office adalah ianya tidak mengunakan emulator seperti yang perlu digunakan jika memasang MS Office dalam Linux.

8. Untuk memasang semula Kingsoft Office dan Softmaker Office adalah sangat mudah kerana ianya boleh dimuaturun daripada Internet.

9. Kelebihan lain Kingsoft Office (dibangunkan mengunakan C++ dan Qt) dan Softmaker Office adalah kepantasan membuka fail yang banyak muka surat dalam kadar yang sangat pantas.

10. Kadang-kadang kita terlupa, mengunakan Linux tidak semestinya mengunakan perisian percuma semata-mata.

p/s Saya telah membeli Softmaker Office 2012 for Linux pada 15 Sep 2013.

#zairo

Monday, September 2, 2013

386. Think Before You Overtake

1. Bulan ini saya masih belum menulis, hu2. Kalau boleh memang ingin menulis setiap minggu malahan setiap hari. Akan tetapi terdapat kekangan masa dan juga pengisian juga perlu mantap. Kalau tidak ianya hanyalah umpama melepaskan batuk di tangga.

2. Satu aplikasi yang menarik ingin saya kongsikan adalah Gravity Screen untuk tutup skrin secara automatik apabila diletakkan di dalam poket atau pun diletakkan di atas meja. Apabila mengeluarkan daripada poket dan juga memegang telefon pintar daripada atas meja, ianya akan secara automatik buka skrin. Sebelum ini saya mengunakan  aplikasi Ultimate On Off, juga menarik cuma memerlukan menekan butang pada skrin.

3. Saya bercadang untuk memperlahankan rentak dalam mengemaskini aplikasi Android untuk memberi laluan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting. Namun fungsi masjid berhampiran dan kemaskini Zairoute juga Zairotask akan dibuat apabila sampai masa yang sesuai. Bukan janji tapi akan diusahakan, InsyaAllah.

4. Selamat hari lahir kepada Fina Fedora yang banyak membantu melaporkan ralat pada Zairopray sehingga ianya menjadi lebih baik seperti sekarang.

5. Perkara yang kurang selesa pada aplikasi-aplikasi berikut:
a. Whatsapp mempunyai mesej pada notifikasi yang tidak akan hilang walau pun dibuang sehingga anda membaca mesej tersebut.
b. KakaoTalk mempunyai popup message yang akan keluar jika terdapat mesej baru.
c. Line sarat dengan pelbagai permainan dalam aplikasi yang memberatkan aplikasi secara keseluruhan.
d. Wechat mempunyai loading screen yang memenuhi skrin.
e. FaceBook mengelirukan jika ada rakan anda yang lebih daripada seorang mempunyai nama yang sama.
f. Twitter mempunyai imej yang perlu dibuka pada pelayar jika muatnaik tanpa mengunakan imej rasmi daripada Twitter.
Walau bagaimana pun, semua aplikasi ini memberikan inspirasi kepada para pembangun aplikasi untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi yang terbaik dan disukai ramai. Ia juga membolehkan para pengguna bertukar-tukar maklumat dengan lebih mudah dan moden.


#zairo

Friday, August 16, 2013

385. Eid Mubarak

1. Semasa cuti 2 minggu ini banyak kemaskini aplikasi saya yang telah saya lakukan. Ianya lebih kepada menghapuskan ralat minor dan penambahbaikan minor.

2. Zairoute ditambahbaik dengan ikon-ikon baru yang lebih kemas.

3. Zairotask ditambah shortcut untuk subtask. Juga ditambah due date untuk subtask.

4. Zairoliday ditambah pilihan untuk lihat semua data atau lihat data terkini.

5. Zairopray ditambah puasa wajib, sunat dan haram untuk hari semasa. Juga banyak penambahbaikan dilakukan untuk antara muka dan menghapuskan ralat minor.

6. Secara ringkasnya Zairoliday adalah gabungan cuti umum dan cuti sekolah yang dipaparkan dalam satu senarai untuk memudahkan kita melihat kalendar cuti umum tahunan. Tidak semua orang akan bercuti semasa cuti sekolah akan tetapi maklumat ini adalah penting untuk merancang perjalanan yang biasanya tidak sesak semasa cuti sekolah.

7. Zairopray pula adalah maklumat solat dan puasa yang merangkumi kategori wajib, sunat muakkad dan sunat. Asalnya ianya adalah waktu solat sahaja namun ia telah berkembang pesat menjadi seperti mana ianya sekarang.

8. Zairoute adalah panduan laluan tren untuk pergi ke sesuatu tempat yang digabungkan hampir keseluruhan pengangkutan awam di Lembah Klang. Panduan laluan bas dan kereta mungkin akan ditambah, InsyaAllah.

9. Zairotask pula adalah to-do list yang tidak terlalu lengkap seperti schedule planner dan tidaklah terlalu ringkas. Juga mengandungi butang map untuk memudahkan menyimpan geocode yang boleh digunakan dalam Google Map untuk pergerakkan.

10. Keempat-empat aplikasi ini adalah aplikasi yang saya gunakan saban hari dan ada yang saya gunakan setiap hari. Semoga ianya memberikan manfaat kepada anda juga.

Sibuk bekerja bagai nak rak,
kini Syawal sudah menjelma,
ucapan salam Eid Mubarak,
daripada Zairo kepada semua.

#zairo

Sunday, July 28, 2013

384. 1000 Bulan

1. Saya berjaya membetulkan RALAT LAMA pada Zairoute (kiraan jarak) dan Zairopray (nilai pada SharePreference untuk combobox dinamik), Alhamdulillah. Saya mengambil masa yang agak lama kerana saya bukanlah pakar dalam bahasa pengaturcaraan Java.

2. Saya baru mengemaskini IKON-IKON pada aplikasi Zairoliday dan Zairopray untuk menjadikan ia lebih menarik dan selesa digunakan. Sehari suntuk juga mengadap benda ini kerana saya juga bukan pakar dalam rekaan ikon. Semua ikon saya buat sendiri dengan merujuk kepada ikon-ikon sedia ada dan mengubah mengikut kesesuaian dan sesuka hati, hu2.

3. Saya juga berjaya membetulkan ralat pada NOTIFIKASI AZAN dalam aplikasi Zairopray untuk alarm dan juga offset, Alhamdulillah. Ini sangat penting memandangkan ramai yang memberikan maklum balas secara email dan komen di Google Play tentang masalah ini. Notifikasi azan tidak mengunakan suara azan akan tetapi mengunakan default notifikasi dan default alarm untuk mengelakkan daripada suara azan daripada telefon pintar berbunyi ketika kita berada di dalam tandas.

4. Fungsi baru iaitu MASJID BERHAMPIRAN telah dikeluarkan dalam Zairopray untuk Kuala Lumpur dan Singapura. Untuk bandar-bandar lain, InsyaAllah akan ditambah dari semasa ke semasa.

5. Zairopray juga boleh digunakan sebagai ALARM untuk bangun sahur dengan membuat set pada imsak kepada offset -30.

6. Menu pada Zairopray ditukar daripada About kepada More untuk memberikan lebih banyak MODUL ditambah dalam Zairopray dan memberikan antaramuka yang lebih kemas.

7. Notifikasi azan telah ditambah OFFSET -5 min, -10 min, -30 min, 5min, 10 min dan 30 min untuk memberikan lebih anjal untuk kegunaan setiap individu.

8. Sebelum bercuti pastikan kerja-kerja telah DISIAPKAN dengan sempurna supaya kita boleh bercuti dengan selesa. Kalau nak buat kerja kat kampung memang tak boleh pun sebab tiada talian Internet.

9. Selamat menjalani ibadah puasa dan mengejar malam LAILATUL QADAR.

10. Selamat bercuti, selamat pulang ke kampung halaman dan selamat HARI RAYA AIDIL FITRI.


#zairo

Saturday, July 13, 2013

383. Salam Ramadhan

1. Bulan Ramadhan Al Mubarak tiba lagi. Semoga kita semua dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna di samping kerja-kerja harian.

2. Lubuntu 13.04 ini masih ada masalah di mana kadang-kadang papan kekunci tidak dapat berfungsi. Sebelum ini mengunakan pelayar Chromium dan sekarang mengunakan pelayar Chrome pun masih sama. Biasanya saya terpaksa logout untuk membetulkan keadaan ini. Akhirnya workaround yang saya perolehi adalah tekan kekunci CTRL dan ALT bersama F3 serentak. Kemudian tekan kekunci CTRL dan ALT bersama F7 untuk kembali ke skrin sebelum tadi.

3. Ada rakan saya mengingatkan saya fungsi Masjid berdekatan dalam Zairopray yang masih belum dibuat. InsyaAllah akan dibuat juga. Zairopray telah mencapai 5k++ muat turun dan kemaskini, Alhamdulillah. Ianya memberikan saya lebih inspirasi untuk mengemaskini ciri-ciri terbaik untuk Zairopray.

4. Saya juga berminat untuk mempelajari cara mengunakan PostgresQL (disebut sebagai pos gres atau pos gres qiu el) dan menyambungkan dengan PHP. Agak susah pada mulanya dan memerlukan masa untuk mempelajari dengan baik.

5. Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin lakukan mengunakan Android. Memandangkan kesukaran yang saya alami dan Java merupakan bahasa pengaturcaraan kedua saya selepas PHP, maka saya tidaklah bercadang untuk meneruskannya dengan lebih gigih. Lebih baik masa yang ada saya fokuskan kepada PHP dan yang berkaitan dengannya.

6. Salah satu perkara penting yang saya baru belajar adalah backend hybrid. Selama ini kita hanya mengetahui frontend hybrid iaitu gabungan antara muka natif dan web. Backend hybrid adalah istilah saya reka sendiri apabila PHP bergabung dengan JSP untuk memberikan capaian yang lebih mudah kepada pangkalan data selain daripada MySQL.

7. Saya juga belajar pemasangan aplikasi secara luar talian mengunakan pakej RPM. Ianya memerlukan versi yang betul, jenis server(x86_64) yang betul dan versi OS(RedHat x.x) yang betul. Kesilapan memilih versi yang betul menyebabkan lebih banyak kebergantungan library yang perlu dimuat turun yang seakan-akan tidak berhenti-henti.

8. Saya banyak mengunakan GIT dalam kerja-kerja saya. Ini penting kerana ada kalanya kita mengemaskini pada local dahulu kemudian muatnaik ke server. Ada kala kita mengemaskini kod terus di server. Jadinya, kod pada local dan server tidak tally. Apabila mengunakan GIT, kod hanya dikemaskini pada local dahulu kemudian baru commit dan push ke server. Ianya tidaklah susah pun malah pantas dan memberikan satu sistem terbaik untuk penyeleranggaan kod tidak kira sama ada membuat kod secara individu atau berkumpulan.

9. Banyak juga mesyuarat di sana sini dan ada kalanya saya menghadiri mesyuarat yang saya tidak perlu hadiri pun. Ini menyebabkan masa saya untuk membuat kod semakin kurang. Satu cara saya membuat kod semasa mesyuarat dan di masa lain adalah saya membuat kod mengunakan pendekatan terbaik yang dapat menjimatkan masa.

10. Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan beribadah.

#zairo

Thursday, June 13, 2013

382. Birthday

1. Setiap tahun kita menyambut hari lahir dan ini bukanlah tradisi keluarga saya. Jadinya saya kurang teruja menyambut hari lahir walau pun saya merasakan ianya hari istimewa kepada saya, hu2.

2. Tahun ini lebih istimewa kerana pada petangnya ada donat yang diberikan oleh seorang rakan pejabat.

3. Sebelah malamnya seperti tahun-tahun lepas, saya makan malam bersama rakan-rakan serumah cuma bezanya dengan menu ikan keli penyet berbanding ayam penyet pada tahun lepas.

4. Keesokan harinya pula ada kek hari jadi. Tahun ini kek tertera dengan kod dalam bahasa pengaturcaraan C yang hasilnya memaparkan 'Happy Birthday Azril!'. Ini mengingatkan saya tentang buku kedatangan perkahwinan untuk seorang rakan pejabat yang saya menulis 'Selamat Pengantin Baru' dalam bahasa pengaturcaraan PHP.

5. Secara rasminya saya sudah tidak membuat sebarang kemaskini major untuk aplikasi Android saya. Bukan bermakna saya sudah tidak menyukai Android, akan tetapi kerana saya ingin membuat perkara-perkara lain yang lebih penting. Android tetap menjadi salah satu OS yang menarik untuk digunakan.

6. Saya cuma akan kemaskini aplikasi setahun sekali memandangkan data yang perlu dikemaskini setiap tahun.

7. Banyak perkara yang ingin dicapai. Hidup di dunia ini adalah jambatan ke alam akhirat. Perlu memperbanyakkan amalan soleh, InsyaAllah.

8. Ada perkara seakan telah ditakdirkan. Paling penting adalah berusaha dan berdoa untuk mencapai impian dan harapan.

9. Paling penting juga adalah tidak mudah putus asa terutama pada saat-saat genting kerana biasanya kejayaan dicapai apabila anda berusaha sehingga ke saat akhir dan juga apabila anda menghampiri kepada putus asa.

10. Paling penting saya ingin mengawal diri saya daripada marah tanpa asalan kukuh. Memperbanyakkan lawak di dalam kehidupan kerana ianya menjadikan saya terasa lebih muda daripada usia saya.

#zairo

Tuesday, June 4, 2013

381. Hackathon

1. Jumaat lepas bertolak mengunakan Jetstar ke Singapura untuk acara angelhack yang berlangsung di pejabat Microsoft. Menaiki teksi pukul 4 petang ke KLIA. Kapal terbang bertolak pada pukul 6.45 petang dan sampai di lapangan terbang Changi, Singapura pada pukul 8.15 malam.

2. Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di Singapura dan menyertai acara seumpama ini walau pun pernah beberapa kali menyertai hackathon bersama rakan-rakan sepejabat.

3. Isnin pagi saya bertolak pulang.
a. Menaiki bas daripada Bugis untuk pergi ke Larkin, Johor.
b. Melalui pemeriksaan imigresen Singapura.
c. Melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.
d. Menaiki bas ke Larkin.
e. Menaiki bas Transnasional ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
f. Menaiki komuter daripada Bandar Tasik Selatan ke UKM.
g. Menaiki teksi ke rumah.

4. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang 2 hari di sana. Belajar menyelesaikan masalah kod secara pantas dan mencari cara terpantas untuk menyiapkan kod. Semuanya perlu dibuat dalam masa 24 jam kerana selepas itu wakil kumpulan perlu mempersembahkan hasil kerja kepada para hakim dalam masa 2 minit dan 1 minit Q&A.

5. Dapat juga menambah kenalan semasa berada di sana. Ini penting untuk saling pertukaran maklumat untuk kemajuan bersama.

6. Pasukan saya berjaya mendapat anugerah khas daripada BlackBerry. Ianya bukan hadiah utama akan tetapi ianya satu pencapaian yang melonjakkan lagi semangat kami untuk terus menghasilkan aplikasi-aplikasi yang terbaik dan menarik.

7. Semasa berada di sana baru saya perasan yang Zairopray tidak memaparkan data untuk Singapura. Akhirnya didapati data untuk Singapura hanya ada sehingga 31 Januari 2013. Saya terlupa untuk mengemaskini rupanya. Sekarang ianya sudah kembali pulih seperti sediakala dan data telah dikemaskini sehingga Disember 2013.

8. Kebanyakan perjalanan kami adalah mengunakan MRT di Singapura kerana jaringan sistem pengangkutan mereka adalah antara yang terbaik dan selesa di gunakan. Dua kali percubaan menaiki teksi tidak berjaya kerana kononnya percuma kerana mendapat kupon tapi tidak berjaya juga.

9. Malam terakhir kami berjalan merayau-rayau di Singapura. Banyak tempat-tempat menarik yang ditunjukkan oleh pemandu pelancong kami merangkap staf syarikat saya bekerja yang berpangkalan di Singapura seperti bangunan Parlimen, universiti dalam bandar, Funan (seperti Low Yatt di Malaysia, saya secara berjenaka mengatakan kalau tidak dapat apa yang diidamkan dipanggil kempunan), Maybank dan CIMB cawangan Singapura, dan banyak lagi tempat-tempat telah kami terokai.

#zairo

Wednesday, May 22, 2013

380. GIT Part IV

1. Kali ini saya ingin bercerita mengenai stash dalam GIT.

2. Digunakan apabila anda sudah kemaskini kod dan tiba-tiba ada perkara lain yang lebih penting perlu diselesaikan dahulu dan anda perlu berhenti separuh jalan dengan kod yang anda sedang buat.
$ git stash

3. Apabila sudah commit dan push kod lain itu, anda ingin menyambung semula kerja-kerja yang separuh jalan itu anda bolehlah
$ git pop

4. Satu lagi situasi adalah apabila anda bercadang untuk tidak mahu commit kod yang telah anda buat itu yang masih belum commit. Caranya adalah
$ git stash
$ git stash drop

5. Untuk melihat senarai kerja-kerja tertangguh yang ada dalam stash
$ git stash list

Setakat itu sahaja untuk kali ini.

#zairo

Sunday, May 12, 2013

379. Ubuntu and LXDE

1. Ubuntu 13.04 saya crash 3 kali untuk 2 hari berturut-turut. Sudah kemaskini Linux kernel yang membetulkan shutdown akan tetapi tetap crash. Lalu saya mengambil keputusan mengunakan LXDE sebgai Windows Manager berbanding UNITY yang default dalam Ubuntu 13.04.

2. Hasilnya berjaya mengelakkan crash daripada berulang. Cuma kadang-kadang shutdown pula tidak menjadi. Akhirnya berjaya diatasi sebagai penyelesaian sementara iaitu
$ sudo nano /etc/default/speech-dispatcher
Tukar RUN=no kepada RUN=yes

3. Ini memberi mute kepada sound akan tetapi boleh diatasi dengan
$ sudo alsa force-reload

4. Mungkin ada cara lebih baik akan tetapi ini yang saya berjaya lakukan buat masa ini. Asalkan masalah shutdown berjaya diatasi, ini memberi kelegaan kepada saya untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

5. Dalam masa yang sama ada juga ura-ura mengunakan Arch Linux atau pun Debian tetapi ianya memerlukan kepakaran yang tertentu sebelum benar-benar mampu melakukannya. Lagi pun Ubuntu telah memudahkan pengguna untuk memasang Linux dengan lebih baik dan lebih baik cuba memahami cara Ubuntu.

6. Oh ya, saya sedang menyiapkan notifikasi untuk Zairopray yang mengunakan alarm manager.  Berminggu-minggu juga saya mencari jawapan kerana ianya agak sukar berbanding fungsi-fungsi yang lain dan merupakan satu-satunya fungsi penting yang masih belum wujud dalam Zairopray.

7. Notifikasi ini tidak akan refresh setiap seminit. Ia juga beroperasi secara luar talian. Ini memberikan keselesaan kepada pengguna dan boleh beroperasi dengan kadar penjimatan penggunaan bateri.

8. Mungkin ada aplikasi yang lebih baik daripada Zairopray. Terpulang kepada anda untuk memilih mana yang terbaik untuk anda gunakan.

9. Saya tidak bercadang untuk membuat aplikasi baru. Kalau ada pun adalah kemaskini untuk 4 aplikasi yang telah saya buat itu.

10. Tahun ini sebenarnya untuk saya membuat Zairotask dengan terperinci. Akan tetapi terdapat beberapa masalah semasa pembangunan menyebabkan saya terus menyepi daripada membuatnya untuk suatu masa yang panjang. Namun ianya sudah sedia digunakan setakat mana fungsi-fungsinya yang ada sekarang.

#zairo

Sunday, April 28, 2013

378. Back to Base

1. Saya baru selesai memasang dan ubahsuai Ubuntu 13.04 pada laptop saya. Ianya sedikit kepayahan kerana mulanya saya memasang Lubuntu 13.04 secara tingkatnaik daripada dalam talian.

2. Setelah selesai proses pemasangan, didapati saya tidak berjaya log masuk menerusi LXDM. Tukar kepada LightDM juga lagi teruk kerana tidak keluar skrin login.

3. Jenuh juga saya mencari penyelesaian menerusi telefon pintar kerana sudah tidak boleh masuk dalam desktop kecuali di terminal sahaja yang boleh menerusi CTRL-ALT-F2 di mana login pengguna adalah berjaya. Ini bermakna ada masalah dengan LXDM.

4. Akhirnya saya mengambil keputusan memasang Ubuntu-Desktop.
$ sudo apt-get install ubuntu-desktop.
$ sudo reboot
dan sangkut juga di LXDM. Saya tekan masuk ke terminal menerusi CTRL-ALT-F2 dan menaip
$  ls -ld $HOME $HOME/.dmrc
$  chmod og-w $HOME $HOME/.dmrc
$  ls -ld $HOME $HOME/.dmrc
$ startx
lalu berjaya masuk ke desktop. Alhamdulillah.

5. Setelah itu saya membuang aplikasi LightDM, LXDM dan LXDE  kerana saya hanya mengunakan satu Desktop Manager(UNITY + GNOME2) dan satu Display Manager(GDM).
$ sudo apt-get install gdm
$ sudo apt-get remove lightdm
$ sudo apt-get remove lxdm
$ sudo apt-get remove lxde
$ sudo apt-get autoremove

6. Saya tidak pernah mengunakan Unity secara teliti dan hanya pernah guna di Virtualbox. Rupanya Unity ini sangat menarik dan ramah pengguna. Saya rasa keselesaan itu daripada pertama kali mengunakannya.

7. Kali ini saya memasang Ubuntu lebih awal berbanding versi lepas yang saya pasang pada bulan Februari 2012 yang lalu. Ini kerana saya bercuti selama 2 hari minggu depan dan ada masa lebih untuk memperbetulkan sekiranya masalah berlaku semasa pemasangan.

8. Saya suka dengan Terminal pada Ubuntu kerana boleh buat transparent background dengan mudah pada preference. Terminal pada Lubuntu, transparent background adalah wallpaper desktop dan bukan aplikasi di bawah terminal.

9. Ikon default pada Ubuntu lebih besar berbanding Lubuntu. Dash sangat selesa digunakan untuk membuka aplikasi-aplikasi dan folder.

10. Syukur tidak ada aplikasi yang terjejas teruk semasa menaiktaraf Ubuntu. Ini sangat penting kerana jika perlu pasang semula setiap 6 bulan daripada baru sangatlah tidak ramah pengguna.

p/s Masalah shutdown kadang-kadang loading tidak henti-henti kerana masalah gnome2 permission diatasi dengan arahan berikut:
$ chown -hR $USER .gnome2/
$ chown -hR $USER .gnome2_private/

Untuk dapatkan semula scroll bar tanpa overlay
$ gsettings set com.canonical.desktop.interface scrollbar-mode normal
Untuk kembali ke default scroll bar
$  gsettings reset com.canonical.desktop.interface scrollbar-mode

#zairo

Friday, April 26, 2013

377. Bowling Part 2

1. Hari ini bermain 3 bingkai. 2 bingkai dapat masing-masing 84 (nombor 2 bersama seorang lagi pemain) dan 83 (Nombor 5 bersama - tercorot) manakala bingkai terakhir dapat 104 (nombor 3).

2. Mula-mula masih tercari-cari teknik yang betul untuk bola putar. Jenuh juga mencuba-cuba. Rupanya saya bermain agak salah kerana berada di tengah-tengah landasan sedangkan saya ingin membuat bola putar.

3. Kesilapan kedua saya adalah membuat putaran terlalu awal. Sepatutnya perlu membuat balingan menegak dah apabila sudah 0 darjah baru memulakan putaran lengan ke sebelah kiri.

4. Cara saya membuat balingan adalah memastikan di sebelah kiri dan kanan landasan saya tidak ada orang membuat balingan dalam masa serentak kerana ini boleh menganggu kosentrasi. Sama ada membiarkan mereka membuat balingan dahulu atau pun saya membuat balingan asalkan tidak secara serentak.

5. Saya menarik satu nafas panjang sebelum membuat teknik balingan yang memerlukan 2 langkah kaki kanan dan 2 langkah kaki kiri. Sebelum melihat teknik ini di Youtube, saya hanya membuat 2 langkah sahaja. Rupanya teknik yang betul adalah dalam 4 langkah.

6. Tangan menghayun seperti ladung seperti kira-kira 180 darjah ke belakang untuk memberikan impak maksima kepada jatuhan pin.

7. Balingan perlu dibuat dengan agak pantas, bukan terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Jika dibuat dengan perlahan kononnya untuk mengawal pergerakan sendiri akan tetapi ianya tidak berhasil seperti yang diharapkan.

8. Secara keseluruhan saya memperolehi peningkatan dalam permainan untuk minggu ini. Ini merupakan minggu kedua saya membuat balingan secara putar.

9. Balingan putar memerlukan kelajuan yang tertentu berbanding balingan secara tegak yang boleh dibuat secara perlahan, laju dan kelajuan sederhana.

10. Untuk 3 bingkai hari ini saya membuat 4 kali strike tetapi 2 daripadanya tidak dikira kerana ada sedikit masalah teknikal pada mesin. Paling penting dapat belajar teknik yang betul untuk bola putar dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

#zairo

Saturday, April 20, 2013

376. Glow In The Dark Bowling

1. Saya ada pengalaman suka duka bermain boling. Pernah mendapat tempat tercorot dalam pemilihan boling di syarikat lama menyebabkan saya menyepi daripada bermain boling untuk suatu ketika.

2. Semalam saya bermain bowling untuk 2 minggu berturut-turut. Ini merupakan aktiviti baru teman sekerja saya. Kami bermain 2 frame sahaja.

3. Berikut adalah keputusan 3 minggu lepas
Minggu 1 frame 1: Tidak bermain.
Minggu 1 frame 2: Tidak bermain.
Minggu 2 frame 1: 81 (Tempat ke-6 daripada 6 peserta)
Minggu 2 frame 2: 106 (Tempat ke-3 daripada 6 peserta
Minggu 3 frame 1: 93 (Tempat ke-4 daripada 5 peserta)
Minggu 3 frame 2: 161 (Tempat pertama daripada 5 peserta)

4. Setiap pin yang berjaya dijatuhkan dikira sebagai 1 jatuhan pin. Jika 9 pin dijatuhkan untuk setiap pusingan maka anda mendapat 90 jatuhan pin.

5. Jika spare akan dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 1 kali balingan berikutnya. Jika semua balingan adalah spare maka jumlah jatuhan pin ada adalah antara 109 hingga 181.

6. Jika strike dikira 10 jatuhan pin ditambah jumlah jatuhan pin pada 2 kali balingan berikutnya. Ini menjadikan jumlah pin maksima adalah 300 jatuhan pin yang dipanggil permainan sempurna.

7. Jika anda berselang seli antara spare dan strike maka jumlah jatuhan spin adalah 190.

8. Laman sesawang untuk teori pengiraan mata dalam boling adalah di http://tralvex.com/pub/bowling/BSC.htm

9. Sasaran saya setiap kali bermain boling adalah mendapat mata lebih daripada 100 jatuhan pin walau pun frame pertama selalu bawah 100, hu2. Untuk mendapat 100 jatuhan pin tidak memerlukan sebarang strike dan memerlukan sekurang-kurangnya 1 spare pada bukan pusingan terakhir. Jika mendapat beberapa strike, ini memberikan lebih peluang untuk melepasi paras 100 malahan memberikan mata yang lebih tinggi. Jika sudah boleh kekalkan lebih daripada 100 jatuhan pin baru beralih kepada sasaran lebih daripada 200 jatuhan pin yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 kali strike.

10. Buat pertama kalinya semalam saya membuat bola spin hasil daripada melihat panduan di Youtube dan perbincangan dengan rakan-rakan. Pada mulanya tidak menjadi seperti yang diharapkan akan tetapi semasa di frame kedua, ianya menjadi strike sebanyak 4 kali berturut-turut. Benarlah seperti teori, ianya lebih mudah strike mengunakan bola spin berbanding bola lurus.

p/s Adakah 161 jatuhan pin markah yang bagus? Untuk bermain saja-saja sekitar 130 jatuhan pin adalah markah yang baik. Untuk pemain liga, 175 jatuhan pin adalah markah yang baik. Pemain negara biasanya melebihi 220 jatuhan pin. Oleh kerana bermain saja-saja, ianya markah yang bagus.

#zairo

Monday, April 15, 2013

375. Calon

Memang susah nak suruh orang buat kerja amal contohnya seperti muat turun aplikasi, retweet, like dan share. Tapi tidak semua orang begitu, ada yang okay.

Dari situ kita tahu mana kawan sejati dan kawan biasa. Kawan sejati akan tolong kita tanpa soal untuk apa kena buat semua ini akan tetapi terus buat tanpa banyak soal.

Manusia ada macam-macam jenis. Kita tidak boleh anggap orang lain macam kita atau paksa orang bersikap seperti kita. Itu yang saya faham melalui pengalaman hidup untuk selama ini. Biarkan mereka dengan cara masing-masing asalkan mereka bahagia dah tidak menyusahkan aku, hu2.

Selalunya bila ada masalah baru cari kawan. Bila hidup senang langsung lupa kawan. Telefon tak angkat dan mesej tak jawab. Bila ditanya sibuk katanya tapi bila ada masalah tak pernah sibuk pun untuk cari kita.

Cukup untuk cerita itu. Oh ya, saya baru dapat menghubungi kawan-kawan lama yang sama Asasi dahulu dan satu kumpulan dengan saya iaitu L2. Masing-masing sudah berjaya dengan kehidupan sendiri, Alhamdulillah. Lebih 10 tahun tidak bersua tiba-tiba kenal di MukaBuku. Mereka masih sama seperti dulu.

Oh ya, saya ketua kumpulan L2. Menawarkan diri sebab sudah tiada sesiapa yang berminat untuk mencalonkan diri sendiri. Saya tidak suka menjadi ketua pun tapi sejak sekolah rendah selalu dicalonkan sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas. Sekolah menengah baru saya jadi orang biasa tanpa jawatan dalam kelas, huhu. Untuk rekod, saya pernah menjadi penolong ketua kelas darjah 2, ketua kelas darjah 3, penolong ketua kelas darjah 4, ketua kelas 5M dan ketua kelas 6M.

Saya ditawarkan menjadi pengawas semasa darjah 6 dan tingkatan 5 tetapi saya menolak. Saya lebih suka menjadi orang biasa, hu2.

Oh ya, saya tidak berminat untuk bercakap pasal politik pun. Saja mengambil angin pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 ini. Selamat mengundi semua. Undilah dengan bijaksana dan jangan sampai menyesal dan dipersalahkan oleh generasi selepas kita.

#zairo

Sunday, March 31, 2013

374. Kejenuhan

Ada banyak cara untuk membuat domain tempatan pada Ubuntu. Paling penting adalah mudah untuk menambah domain dari semasa ke semasa. Berikut adalah langkah untuk menambah domain baru pada fail bernama localhost. Nama fail apa sekali pun tidaklah penting di sini asalah di dalam folder /etc/apache2/sites-available. Kalau mengunakan aplikasi server Nginx pastilah di dalam folder /etc/nginx/sites-available.

 1. $ sudo nano /etc/apache2/sites-available/localhost
    add to the top of the file:
    #abc
    <VirtualHost *:80>
    DocumentRoot /var/www/abc
    ServerName abc
    <Directory /var/www/abc/>
    Options -Indexes +FollowSymLinks -MultiViews +Includes
    AllowOverride All
    Order allow,deny
    allow from all
    </Directory>
    </VirtualHost>

 2. $ sudo nano /etc/hosts
    add domain name e.g. abc to 127.0.1.1:
    127.0.0.1       localhost
    127.0.1.1       my_laptop abc   

 3. $ sudo /etc/init.d/apache2 restart

 4. Open browser to http://abc

Dahulunya aku ini membuat satu fail di /etc/apache2/site-available untuk satu domain. Banyak kerja tu sebab kena a2ensite fail itu lagi. Buang masa pun satu, erk. Baru perasan rupanya ada cara yang lebih mudah dan bergaya untuk membuat domain.

Kalau boleh buat dinamik subdomain pun menarik akan tetapi 3 langkah je kot takkan malas pula hendak buat, hu2.

Untuk membuat domain kali pertama adalah sama seperti langkah di atas cuma perlu menambah
4. $ sudo a2ensite localhost

Juga perlu salin dan tampal konfigurasi VirtualHost dari fail lain. Kalau tambah domain cuba salin dan tampal pada fail yang sama dan kemudian ubah mana yang patut.

Oh ya, biasanya tidak perlu buat domain tempatan pun cuma kalau mengunakan Ion Auth pada CodeIgniter biasanya redirect akan salah jika mengunakan localhost/nama_folder. Itu le pasei nyer.

#zairo

Saturday, March 30, 2013

373. Magic Show

1. Saya suka menghargai kejayaan-kejayaan kecil kerana dengan himpunan kejayaan kecil ini maka terhasilnya kejayaan besar. Sejak mula mempelajari PHP, ada saja cara menghargai kejayaan-kejayaan kecil seperti menjerit, gelak ketawa dan sebagainya. Paling penting adalah bersyukur kerana tanpa ilham dariNya tiadalah daya upaya kita.

2. Hampir 9 tahun saya membuat pengaturcaraan dalam PHP. Masih banyak yang saya perlu pelajari. CSS dan JavaScript misalnya adalah rakan penting kepada PHP kerana PHP semata-mata tidaklah menghasilkan antara muka yang bijaksana.

3. Saya tidak suka menyiapkan kerja di saat-saat akhir. Kononnya lambat lagi due date maka bolehlah bersenang lenang. Saya suka menyiapkan kerja dengan cepat kerana ia akan memberikan kita banyak masa untuk menyiapkan tugasan lain, membuat experimen dan mengilap hasil kerja agar menjadi hasil yang lebih baik.

4. Tadi baru sahaja menyiapkan satu tugasan yang agak sukar kerana maklumat yang diperlukan melibatkan pihak ketiga. Bila ianya siap nampak seperti tiada apa-apa yang istimewa pun kerana ianya adalah benda biasa pun akan tetapi bagi yang membuatnya ianya seperti satu pertunjukan magis yang sangat sukar dibuat.

5. Mereka yang berada di belakang pentas tidak memerlukan penghargaan pun cuma cukup mengembirakan apabila dapat membuat para hadirin kegirangan dan bertepuk tangan menonton pertunjukan tersebut.

6. Berada di belakang pentas untuk hampir sedekad merupakan pengalaman yang istimewa. Banyak pertunjukkan telah dijalankan dan banyak pengalaman yang diperolehi sama ada pahit dan manis.

7. Pengalaman pahit menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati dan berfikir secara rasional dan pengalaman manis menjadi dorongan untuk terus mencipta kejayaan yang lebih manis di masa depan.

8. Penceritaan kali ini adalah metafora. Sengaja diadakan begitu untuk mewujudkan suasana yang berlainan seketika.

9. Hidup ini hanyalah persinggahan sementara di bawah sebatang pohon yang rendang. Kadang-kadang kita terlena dibuai mimpi yang indah dan kadang-kadang bila terhantuk baru mengadah.

10. Hormati semua orang walau pun berbeza pandangan dan keutamaan. Hidup ini bukanlah untuk mengatasi orang lain akan tetapi adalah untuk mengatasi diri kita sendiri. Untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

#zairo

Tuesday, March 26, 2013

372. GIT Part III

GIT Part I (Pemasangan): http://zairochess.blogspot.com/2010/11/305-very-technical-is-subjective.html.
GIT Part II (Shortcut, gitignore, clean up, conflict file): http://zairochess.blogspot.com/2012/12/git-part-2.html

Ada banyak yang boleh diceritakan mengenai GIT namun saya akan pilih yang penting sahaja. Kali ini saya hendak bercerita tentang dev dan master secara ringkas. 

1. Dev dan Master
local: 
a. Git commit (git commit "blabla")
$ gc "blabla"
b. Git pull (git pull origin dev)

$ gpod
c. Git push (git push origin dev)
$ ghod

(Commit, push to dev svr, merge dev to master, push to master svr)
a. $ gcom (git checkout master)
b. $ gpom (git pull origin master)
c. $ gmd (git merge dev)
d. $ ghom (git push origin master)


server:
$ git pull

2. Fix conflict with Merge.
Sambungan daripada cerita Merge dalam Part II.
a. Git mergetool (git mergetool -t meld)
$ gmt
b.
Git commit (git commit "fix conflict")
$ gc "fix conflict"
c.
Git push (gh origin dev)
$ ghod

Lazimnya saya mengunakan gc "blabla"-ghod untuk commit dari dev local ke dev server dan untuk merge master local  ke master server mengunakan gcom-gpom-gmd-ghom.

Perbedaan dengan tanpa ada branch dev dan master adalah mengunakan gc "blabla"-gp-gh namun ini sudah tidak boleh digunakan apabila ada branch.

#zairo

Thursday, March 14, 2013

371. Switcher

Saja mencuba sesuatu yang baru dengan switcher dalam Compiz. Dulu masa mengunakan Xubuntu agak mudah untuk membuat konfigurasi. Tapi bila guna Lubuntu ini ada sedikit kepayahan pula. Tapi saya tidak mudah putus asa. Selepas beberapa bulan berlalu, saya kembali mencuba mengunakan Compiz.

Setelah merujuk kepada http://www.webupd8.org/2012/11/how-to-set-up-compiz-in-xubuntu-1210-or.html dapatlah sedikit idea bagaimana untuk membuat pemasangan walau pun rujukan itu untuk Xubuntu.

$ sudo apt-get install compiz compiz-plugins compizconfig-settings-manager
$ sudo apt-get install dconf-tools
$ compiz --replace

You need to add it to your start up applications
$ sudo nano /etc/xdg/lxsession/Lubuntu/autostart
add a line to the bottom of that file:
@compiz --replace

 1. Compiz > General > OpenGL > Checked
 2. Compiz > General > Composite > Checked
 3. Compiz > General > GNOME Compatibility > Checked
 4. Compiz > Desktop > Expo > Checked
 5. Compiz > Effects > Window Decoration > Checked
 6. Compiz > Utility > Compiz Library Toolbox > Checked
 7. Compiz > Utility > Mouse Position Polling > Checked
 8. Compiz > Utility > Resize Info > Checked
 9. Compiz > Windows Management > Scale > Checked
10. Compiz > Windows Management > Move Window > Checked
11. Compiz > Windows Management > Place Window > Checked
12. Compiz > Windows Management > Shift Switcher > Checked
Dalam Shift Switcher antara setup yang saya ubah adalah:
    Max Windows Size > 100
    Cover Angle > 0
    Maximum Number of Visible Windows > 1

Keberhasilan ini memberi kesyukuran kepada saya. Saya mengunakan switcher bersaiz sama berbanding kecil kerana ianya lebih mudah dilihat. Cara mengunakannya adalah tekan kunci Super (logo Windows) dan Tab kemudian lepas kunci Tab. Tekan Kunci Tab semula untuk ke Window yang lain.

p/s Akhirnya terpaksa disable Compiz untuk memberikan lebih flexible kepada tetingkap dalam Lubuntu. Lebih senang untuk membuat pengujian sistem dan aplikasi.

#zairo

Sunday, March 10, 2013

370. Mirage

Apabila kemaskini kepada Lubuntu 12.10, ada sesuatu tak kena dengan pengubah teks Geany. Ini mungkin disebabkan oleh Geany yang baru telah dikemaskini yang default theme tidaklah saya berkenan kerana seakan menyemakkan mata. Setelah mencuba tukar satu persatu akhirnya saya memilih Slush and Poppies keran warnanya yang sesuai dan menenangkan mata. Slush and Poppies juga terdapat pada Sublime sebagai theme pilihan.

Kemudian masalah font yang crowded. Sebelum ini tak rasa crowded pun tak tahu apa yang sudah jadi tiba-tiba semak mata memandang. Jadinya setelah mencari-cari di Internet dan bertanya kepada rakan-rakan yang berpengalaman akhirnya saya dapat senaraikan beberapa font yang berpotensi untuk digunakan dalam pengubah teks Geany.

1. ANDALE MONO - The character-spacing is a bit too clumsy and the letters are a bit too wide.

2. DROID SANS MONO - Its only real flaw is the lack of a slashed zero.

3. DEJA VU SANS MONO - Panic Sans, which is actually just a version of Deja Vu Sans Mono

4. LIBERATION MONO - Red Hat licensed these fonts.

5. MONACO - default font for TextMate, a little too fancy.

6. MONOSPACE - default for Geany.

7. UBUNTU MONO - I use this font for Terminal and all interfaces except for Text Editor.

8. INCONSOLA - $ sudo apt-get install ttf-inconsolata

9. TERMINUS - $ sudo apt-get install xfonts-terminus console-terminus

10. BITSTREAM VERA - $ sudo apt-get install ttf-bitstream-vera

11. MENLO - New monofont for Snow Leapard which is a customized Bitstream Vera Sans Mono.

12. MESLO - Meslo LG is a customized version of Apple’s Menlo-Regular font.  http://leah.chooseyourownerotica.com/blog/?p=114

Akhirnya saya mengunakan Meslo LG L DZ bersaiz 10. LG bermaksud Line Gap manakala DZ bermaksud Dotted Zero. L adalah saiz ruang antara line atas dan bawah paling maksimum di mana terdapat saiz lain iaitu M dan S. Terima kasih kepada Shimon atas cadangan mengunakan Meslo.

#zairo

Saturday, March 2, 2013

369. Ubuntu Touch

 1. Sambungkan Galaxy Nexus pada laptop mengunakan USB cable.

 2. Buka terminal
    $ adb kill-server
    $ sudo adb start-server
    $ adb devices
    $ sudo phablet-flash -b

3. Do you accept?
    Taip Yes

4. Tunggu proses muat turun dan pemasangan Ubuntu Touch ke dalam telefon pintar yang memakan masa beberapa minit

Flashback. Untuk proses kali pertama. Telefon pintar Galaxy Nexus saya adalah Android 4.2.2. Jadi saya perlu kemaskini adb dalam laptop supaya terkini. Prasyarat perlu ada laptop dengan sistem pengoperasian Ubuntu sekurang-kuranya 11.10.

Kemudian ikuti langkah-langkah di URL https://wiki.ubuntu.com/TouchInstallProcess. Rasanya sudah terang lagi bersuluh jadinya tidak perlulah saya huraikan ia di sini.

Fast-Forward ke masa sekarang. Saya sudah berjaya pasang Ubuntu Touch.
1. Masuk ke aplikasi FaceBook dan log in. Sangat sempurna dan selesa.

2. Masuk ke aplikasi Google Mail dan log in. Versi web view tapi selesa digunakan.

3. Swap Kiri ke kanan akan pergi ke main page.

4. Swap kanan ke kiri akan pergi ke aplikasi yang sedang dibuka.

5. Masuk ke aplikasi Twitter dan login in. Saya cuba tweet dan berjaya. Cuma ikon untuk tweet terlalu tepi dan kadang-kadang terswap kanan ke kiri yang akan buka ke aplikasi lain.

6. Terdapat 5 skrin pada wall iaitu Music, People, Home, Apps dan Videos. Swap kiri ke kanan dan kanan ke kiri akan membawa kepada salah satu daripada skrin ini.

7. Swap hujung kiri skrin akan membuka menu aplikasi yang memanjang secara vertical. Terdapat 11 aplikasi secara default dan 1 shortcut ke . 12 aplikasi tersebut adalah Phone, Camera, Gallery, FaceBook, Browser, Twitter, Gmail, Music, Notepad, Ski Safari Game dan Video Player.

8. Pada bahagian atas kiri skrin terdapat search panel.

9. Pada bahagian atas kanan skrin ada 5 shortcut iaitu Messages, Sounds, Networks, Battery dan Date and Time.

10. Pada skrin People terdapat 3 kategori iaitu Favourites, Recently Touch People dan New Contacts.

11. Pada skrin Home terdapat 5 kategori iaitu Frequent Apps, Favourite People, People Recently in Touch, Recent Music dan Videos Popular Online.

12. Pada skrin Apps terdapat 4 kategori iaitu Running apps, Frequently used, Installed dan Available for download. 

Itu sahaja penerangan ringkas saya berkaitan Ubuntu Touch. Masih banyak yang akan dikemaskini oleh pembangun Ubuntu Touch dan saya berharap ia akan menjadi satu OS telefon pintar yang berjaya di pasaran memandangkan keistimewaan yang ada padanya yang mengunakan sistem pengoperasian yang sama dalam Desktop iaitu Ubuntu dan antara muka Unity yang membolehkan lebih banyak aplikasi dipasang pada Ubuntu Touch di samping keindahan, kecepatan, kestabilannya yang semua sedia maklum.

#zairo

Wednesday, February 27, 2013

368. A Little Too Late

Saya baru memasang Lubuntu 12.10 iaitu kemaskini daripada Lubuntu 12.04. Ianya sedikit lambat tapi inilah masa yang sesuai disebabkan oleh kesibukan kerja dan hal peribadi sehari-hari.

Proses memang secara dalam talian (jika luar talian dan mengunakan CD, sistem tidak dapat mengemaskini OS dengan berkesan, ianya lebih sesuai kepada memasang OS baru) mengambil masa beberapa jam. Agak banyak juga fail untuk kemaskini kali ini.

Selepas selesai proses auto pemasangan dan restart, didapati tiada talian internet lalu saya selesaikan mengunakan arahan sudo dpkg-reconfigure resolvconf.

Selepas itu saya cuba sudo apt-get autoremove selepas membuang satu aplikasi, tetapi ada mesej ralat. Akhirnya setelah google, jawapan untuk masalah itu adalah

$ sudo mv /var/lib/dpkg/info/xem*prerm /tmp
$ sudo dpkg --remove --force-remove-reinstreq xemacs21 xemacs21-basesupport xemacs21-bin xemacs21-mule xemacs21-mulesupport xemacs21-support
$ sudo dpkg --purge --force-remove-reinstreq xemacs21 xemacs21-basesupport xemacs21-bin xemacs21-mule xemacs21-mulesupport xemacs21-support
$ sudo mv /var/lib/dpkg/info/em*prerm /tmp
$ sudo dpkg --remove --force-remove-reinstreq emacsen-common dictionaries-common ienglish-common iamerican ispell emacs23-common aspell emacs23-bin-common gnuserv hyphen-en-us wfrench aspell-en emacs23
$  sudo dpkg --purge --force-remove-reinstreq emacsen-common ienglish-common iamerican ispell emacs23-common aspell emacs23-bin-common gnuserv hyphen-en-us aspell-en emacs23
$  sudo dpkg --configure -a
$  sudo apt-get -f install
$  sudo apt-get autoremove

Masalah ini berpunca daripada ralat daripada aplikasi emacs dan library xemac21.  Setelah saya menjalankan sudo apt-get -f install (-f bermaksud fix bukannya force) dan sudo apt-get autoremove yang tiada output maka tahulah saya bahawa sistem sudah kembali okay.

Masalah seperti ini mungkin menakutkan pengguna baru Linux tapi saya sudah terbiasa dengan masalah di dalam Linux sejak 5 tahun lalu.

Ikon-ikon sudah bertukar menjadi lebih ceria. Lain-lain tidaklah saya perasan pun kerana kebanyakkan kemaskini adalah backend yang kita tidak perasan pun. Apa yang yang penting adalah kelajuan OS adalah pada tahap sama seperti sebelum pemasangan kemaskini 12.10. Harapnya ralat pada pengurus fail PCManFM telah sedia diatasi untuk kemaskini kali ini kerana ianya merupakan salah 1 daripada 4 aplikasi yang selalu saya gunakan selain daripada pelayar Chromium, Pengubah teks Geany dan terminal.

p/s
1. Terdapat popup icon pada kanan atas apabila sambungan ke Internet yang sebelum ini tiada pun.
2. Suspend mode sudah okay. Sebelum ini sangkut semasa hendak key in katalaluan. Hoyeh. Akan tetapi Shutdown lebih baik untuk daya ketahanan laptop kerana proses ini tidak sampai 10s pun.

#zairo

Thursday, February 7, 2013

367. Namun Hakikatnya Bukan Mudah

Kisah satu. Telefon bimbit Samsung saya yang murah itu sudah rosak kekuncinya lalu saya membeli telefon bimbit model baru berharga RM110 iaitu Vox C1240 daripada syarikat Ninetology. Syarikat ini asalnya adalah CSL yang model telefon CSL saya pernah guna dah agak berpuas hati juga mengunakannya.

Antara ciri-ciri menarik telefon bimbit ini adalah

1. Antara muka yang laju seperti untuk padam semua mesej yang banyak hanya dalam 1s.

2. Boleh mendengar radio dan menonton tv tanpa mengunakan earphone pun.

3. Dual simcard.

Kisah dua. Saya baru membetulkan ralat pada data Zairopray. Patutlah ada orang komen di Google Play bahawa aplikasi selalu crash tapi saya tak dapat mencari di mana yang crash. Hari ini ada idea untuk membetulkan semaksima mungkin potensi data yang menyebabkan crash.

Kisah tiga. Pemahaman saya dalam Git bertambah baik dari hari ke hari. Ini sangat penting kerana sebagai pengaturcara, Git adalah seperti rakan karib yang setia. Ada masalah dalam Git memberikan masalah kepada pengaturcara untuk menyiapkan kerja dengan baik.

Kisah empat. Agak sibuk dua tiga menjak ini menyebabkan jarang saya mengemaskini blog ini. Menulis blog memang menarik dan selalunya pasti ada masa untuk menulis dan kalau tiada masa sekali pun mesti dapat cari masa untuk menulis.

Kisah lima. Cukup dahulu setakat ini. Jumpa lagi dalam episod yang lain dengan cerita yang lain (kalau cerita berulang-ulang ianya hanyalah satu kebetulan sahaja, hu2) oleh orang yang sama di waktu yang lain. Hidup biar berjasa. Jangan sombong. Ini semua poyo, ha3.

#zairo

Wednesday, January 2, 2013

366. Twenty13

Sempena tahun baru 2013 ini bagus diimbas apa yang telah berlaku sepanjang 2012 dalam kehidupan saya.

1. Mencabar diri sendiri mempelajari Java. Akhirnya setelah 8 bulan mempelajari Java daripada rakan sekerja dan mencari maklumat di Internet, boleh dikatakan saya dapat mengunakan Java dengan baik. Kesimpulannya Java memang sukar dan tidak pernah sama seperti PHP. Saya terpaksa melupakan bahasa pengaturcaraan PHP apabila membuat kod Java. Masa mula-mula selalu tersasul juga terutama apabila isytihar pemboleh ubah dan array. Tapi lama kelamaan sudah jadi perkara biasa.

2. Saya belajar mengunakan merge dan branch dalam GIT. Saya telah mengunakan GIT sejak lebih 2 tahun lalu tapi baru kini saya dapat menyelami selok belok GIT dengan lebih baik. Saya juga dapat mengunakan terminal untuk git pull, git commit dan git push.

3. Saya berjaya siapkan asas kepada Zairotask sebelum tahun baru. Zairotask merupakan aplikasi global yang menjadi impian saya untuk dilaksanakan. Setelah 3 aplikasi saya bercorak local, saya teringin pula mempunyai aplikasi global.

4. Terdapat beberapa perkara berkaitan kerja yang saya belajar juga. Setiap projek baru ada sahaja cabaran baru dan banyak belajar perkara baru.

5. Selain daripada Zairotask, tahun 2012 juga mulanya saya mengeluarkan aplikasi Zairopray. Dari situ saya belajar tentang tulisan Arabic mengunakan Inkscape dan GIMP, doa harian dan lain-lain.

6. Tahun ini juga saya banyak pergi latihan dan seminar dan satu daripadanya di Bangkok. Banyak juga yang saya belajar setelah melihat negara orang. Paling saya suka adalah latihan inovasi yang selepas latihan itu antaranya adalah saya mempunyai banyak idea untuk Zairopray dan telah pun dikemaskini Zairopray seperti yang sedia ada pada hari ini.

7. Tahun 2013, saya bercadang untuk mengilap Zairotask. Zairopray dan Zairoliday boleh dikatakan sudah siap untuk digunakan sehari-hari. Zairoute pula memerlukan masa tertentu untuk melihat kembali apa yang perlu ditambah.

8. Membuat aplikasi atau pun sistem adalah hobi dan juga kerjaya saya. Ada kalanya saya terlalu berlebih-lebihan membuat aplikasi sehingga ianya sentiasa bermain dalam fikiran saya. Ada masa perlu berehat juga di mana saya bercadang untuk pulang ke kampung dalam masa terdekat ini. 

9. Salah satu latihan yang banyak membantu adalah permainan catur yang melatih minda untuk berfikir secara analitik. Saya masih bermain catur dari semasa ke semasa tapi tidak serius seperti masa pertandingan.

10. Antara perkara penting saya belajar dari tahun 2012 adalah membuat keputusan yang bijaksana daripada masalah yang berlaku. Kesilapan membuat sesuatu keputusan boleh menyebabkan masa akan dibazirkan termasuk kos. Tidak semua perkara boleh dibuat dengan PHP. Ada perkara perlu diselesaikan mengunakan JSP dan lain-lain. Kesilapan membuat keputusan juga boleh menyebabkan kegagalan sesuatu projek.

#zairo